ISL MINGGU 4

Disediakan oleh: oleh:
Siti Nurdiyana binti Mohd Yusof Hamizah binti Mohamed Saari. Saari.
2PISMP PEMULIHAN (BM)/MT/BI AMBILAN JAN 2009 IPGKDA

TEKNIK MENINGKATKAN DAN MENGURANGKAN TINGKAH LAKU

DEFINISI TINGKAH LAKU
‡ Tingkah laku ialah sesuatu yang dilakukan oleh organisma. ‡ Apa sahaja yang seseorang lakukan sebagai respons atau tindak balas kepada apa yang berlaku di dalam dirinya ataupun di luar. ‡ (Sarafino, 1996)

‡ Menurut Boon Pong Ying dan Ragbir Kaur (1998), tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku sama ada positif atau negatif yang menjejaskan keberkesanan dan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran.

‡ Tingkah laku bermasalah boleh juga didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat,tidak kira di dalam kehidupan bermasyarakat atau termasuk sekolah. ‡ Secara konsepnya, ia bertentangan dengan tingkah laku yang lazimnya dianggap sebagai persepsi, perasaan, dan perlakuan yang pada kebiasaanya dialami oleh banyak orang dalam sesebuah masyarakat sama ada di kawasan pedalaman mahupun bandar.

PENGURUSAN TINGKAH LAKU
‡ Modifikasi tingkah laku ialah pendekatan berstruktur dan bersistematik bagi meningkatkan tingkah laku yang diingini dan mengurangkan tingkah laku yang buruk serta mengekalkan tingkah lak sasaran.

JENIS-JENIS TINGKAH LAKU

Tingkah laku

Positif Sifat ingin tahu

Negatif Sikap bergantun g

Cepat belajar

Proaktif

Pintar cerdas

Distrukti f

Distruptif

TINGKAH LAKU POSITIF
‡ Tingkah laku positif merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka. ‡ Ini kerana kanak-kanak akan lebih bersemangat dan berkeyakinan untuk meibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sikap ingin tahu. ‡ Sikap ingin tahu kanak-kanak akan membantu guru merangsang dalam pemikiran dan penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. ‡ Akan membantu guru dalam membina aktiviti yang berbentuk penerokaan kerana pada tahap ini kanak-kanak akan suka aktiviti ini.

Cepat belajar. y Kanak-kanak ini akan memudahkan guru dalam proses P&P dalam kelas. y Guru tidak perlu memikirkan proses pemulihan tetapi hanya memerlukan memikirkan proses pengayaan sekiranya murid cepat belajar.

Proaktif. y Kanak-kanak ini berbeza dengan kanak-kanak hyperaktif. y Kanak-kanak proaktif suka melibatkan diri dalam aktiviti, suka bermain dan suka dikawal oleh guru.

Pintar cerdas. y Jarang dijumpai. y Namun guru harus pandai memberikan aktiviti menarik agar mereka tidak mudah bosan.

TINGKAH LAKU NEGATIF.
y Merupakan tingkah laku yang berupaya memberikan masalah dan mengganggu proses P&P dalam kelas. y Mereka bukan sahaja menggangu kanak-kanak lain tetapi juga sering memberontak dalam kelas. Distruktif. y Kanak-kanak yang sering menunjukkan tingkah laku fizikal ataupun lisan yang bertujuan untuk menyakiti hati orang lain. y Contohnya, seorang murid sedang beratur untuk dapatkan makanan tiba-tiba seorang murid yang lain, memotong barisan tersebut. y Vandalisme juga merupakan ciri-ciri tingkah laku distruktif.

Distruptif. ‡ Kanak-kanak ini biasanya mempunyai ciri-ciri hyperaktif, suka membuat bising dan agresif. ‡ Selain itu, kanak-kanak ini juga suka bergerak, suka ketawa dengan kuat dan sering menunjukkan tingkah laku agresif kepada rakan-rakan yang lain.

Sikap bergantung. ‡ Kanak-kanak yang sering mengalami emosi kebimbangan, pergantungan berlebihan dan mempunyai nilai kendiri yang rendah. ‡ sering bergantung pada orang lain dalam apa juga aktiviti yang dijalankan dan terlalu pemalu.

TEKNIK MENINGKATKAN TINGKAH LAKU POSITIF.
Kontrak kontigensi Peneguhan positif Peneguhan negatif

Pelupusan/ pengaburan

TEKNIK PENINGKATAN TL POSITIF

Shaping/ pembentukan

Chaining/ perantaian Modeling.

Ekonomi token.

1) PENEGUHAN POSITIF y Peneguhan positif adalah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan yang diingini (atau tidak diingini) ditambah. y Digunakan sebagai ganjaran untuk mendorong murid ²murid memberi tumpuan semasa belajar. y Contoh peneguhan memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya.

2) PENEGUHAN NEGATIF. y Kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan ditambah dengan memindahkan atau menghapuskan stimuli yang mengganggu. y Seperti menghalau seorang murid yang membuat bising dari kelas akan dapat menambahkan peluang murid-murid lain supaya meneruskan aktiviti pembelajaran mereka tanpa gangguan.

3) SHAPING. y Shaping merupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa peneguhan yang diberi secara beransur-ansur dekat kepada tindak balas yang dfiharapkan. y Prinsip shaping ditakrifkan sebagai memberikan ganjaran kepada murid seyiap kali dia semakin hampir kepada satu matlamat tingkah laku yang ditetapkan oleh guru. y Teknik ini adalah perlu digunakan apabila murid itu tidak melakukan dengan sendiri tingkah laku yang diingini. y Pada mulanya, shaping digunakan untuk mengajar haiwan melakukan aktiviti seperti yang ditonton dalam sarkas dan zoo.

4) KONTRAK KONTIGENSI. y Membuat perjanjian secara lisan atau menandatangani kontrak merupakan salah satu cara yang berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku nagatif kepada positif. y Seperti membuat kontrak formal dengan guru besar dapat menyakinkan murid bahawa dia akan dikenakan tindakan yang berat sekiranya melakukan kesalahan sebagaimana perjanjian yang telah dibuat.

5) EKONOMI TOKEN (TOKEN ECONOMY) ‡ Satu program di mana murid akan diberikan mata/token bagi setiap TL yang dipamerkan, kemudian boleh menukarkannya dengan aktiviti, objek dan keistimewaan yang ditawarkannya. ‡ Program intensif dalam kelas untuk pengukuhan positif bagi meningkatkan dan mengekalkan pencapaian dan tingkah laku sasaran. Tujuan: ‡ ‡ meningkatkan TL yang diingini dan TL pengurangan diingini. untuk mengajar TL yang sesuai dan berketrampilan sosial yang positif.

Kekuatan, (Zirpoli & Melloy, 1993.) ‡ ‡ ‡ Sebaran token lebih meluas. Dapat ubah suai dan kawal pemberian ganjaran mengikut masa yang sesuai. Dapat menyediakan satu ganjaran kepada setiap murid yang mempunyai pelbagai cita rasa. ‡ Token boleh diberikan tanpa mengganggu masa pembelajaran atau aktiviti.

Kelemahan. y kos, usaha dan lain-lain kos seperti tenaga dan penglibatan umum. y Beberapa para pengkaji merasakan bahawa tekonomi token bersifat tidak praktik dan memakan waktu.

Unsur yang perlu diperhatikan dalam ekonomi token. a) Tokens b) Suatu target perilaku jelas dan nyata c) Motif-motif Penguat/Back-up Reinforcers. d) Suatu sistem yang digunakan untuk menukarkan token. e) Suatu sistem untuk merakam data. f) Implementasi konsisten ekonomi token

a) Tokens:  Semua hal yang dapat dihitung dan dapat dilihat dapat digunakan sebagai token. Token diutamakan yang disukai, menarik, mudah untuk dibawa/dibahagikan, dan juga sukar untuk dipalsukan.  Contohnya, kraftangan seperti bintang, permainan atau stiker

b) Suatu target perilaku jelas dan nyata.  Individu yang mengambil bahagian perlu untuk mengetahui tujuan dan bagaimana merekadapat menerima token.  Tingkah laku yang tidak diingini dan yang diingini dijelaskan sebelum waktu yang ditetapkan di dalam terminologi yang sederhana dan spesifik.  Jumlah token diberikan atau yang diambil untuk setiap tingkah laku tertentu juga ditetapkan dan dijelaskan.

c) Motif-motif Penguat/Back-up Reinforcers. 

Motivasi pengukuhan adalah apabila peserta atau individu tersebut menerima
token. 

Kejayaan dari strategi ekonomi token bergantung pada tawaran yang menarik
atau kenikmatan dari motif-motif pengukuhan. 

hanya bermotivasi untuk mendapatkan token jika mereka mengetahui bentuk
penghargaan di masa depan.

d) Suatu sistem yang digunakan untuk menukarkan token. 

Perlu untuk ditetapkan waktu dan tempat untuk menukarkan motif-motif
peneguhan. 

Token harus mempunyai nilai berkala untuk ditukarkan dan nilai tersebut
haruslah ditetapkan. 

Sebagai contoh, jika motif pengukuhan itu adalah sangat menarik, nilai token
harus yang lebih tinggi. 

Jika nilai token diatur atau tetapkan terlalu rendah, maka individu akan kurang bermotivasi untuk mendapatkan token. Sebaliknya, jika nilai token terlalu tinggi, individu akan merasa takut atau ragu dalam mendapatkan token.  Adalah penting untuk masing-masing individu dapat memeperoleh token.

e) Suatu sistem untuk merakam data.  Sebelum sesi dimulakan, maklumat (data umum) dikumpulkan dan dicatatkan serta di pamerkan untuk mengukur kemajuan individu dan keberkesanan aktiviti token economy tersebut.  Maklumat mengenai pertukaran dari token juga perlu untuk dirakam atau dicatat.

f) Implementasi konsisten ekonomi token oleh.  Semua penyelaras yang terlibatkan harus memberi penghargaan tingkah laku menggunakan jumlah yang sesuai, menghindarkan motif pengukuhan dibahagikan dengan bebas dan mencegah token dari diperoleh secara tidak adil.  Token hendaklah dikurangkan atau ditambahkan secara berperingkat.  Contohnya:Dalam suatu kelas, pelajar boleh mendapatkan 25 hingga 75 token pada hari pertama,sehingga mereka dengan cepat belajar nilai dari token. Kemudian, para pelajar boleh mendapatkan 15 hingga 30 token sehari. Secara berangsur-angsur token dikurangkan (pemudaran), pelajar perlu belajar untuk berusaha untuk mendapatkan token yang diingini dengan mandiri, tanpa pengaruh yang tidak wajar akibat penggunaan token.

Kriteria pemilihan token. I. Tangibel. II.Mencukupi apabila diperlukan. III.Praktis. IV.Dalam bentuk yang boleh dihimpun. V. Terhad kepada tingkah laku sasaran. VI.Tidak mudah diperoleh di tempat lain.

6. MODELING
‡ Membawa maksud kita meniru daripada orang lain baik secara langsung ataupun tidak langsung. ‡ Kanak-kanak akan cuba menjalani proses modeling ini dengan meniru ibu bapa, guru, iklan pada media, dan sebagainya dari segi gaya becakap, gaya berpakaian, gaya makan, gaya makan dan sebagainya.

Modeling

Sekatlakuan

Tak sekatlakuan

a) Modeling Sekatlakuan.  Misalnya, kanak-kanak telah meniru orang ramai bersorak ketika di padang sewaktu perlawanan bola sepak apabila pasukan yang menang. Ini memeberi peluang kanak-kanak tadi belajar bahawa tingkah laku bersorak ini tidak boleh dilakukan dalam bilik darjah kerana jika dilakukan akan didenda atau dihukum oleh guru.  Dengan berpandukan contoh di ini, kita boleh memikirkan contoh-contoh lain yang telah kita pelajari dan sesuai dilakukan dalam keadaan-keadaan lain. Oleh itu, kita menyekat tingkah laku yang tidak sesuai daripada berlaku.

b) Modeling Tak Sekatlakuan.  Membawa maksud proses diatas diterbalikan.  Kalau dahulu kita telah belajar bagaimana bersorak dan telah belajar untuk tidak bersorak dalam kelas tetapi kini apa yang dipelajari itu dilakukan walaupun keadaan tidak sesuai atau tidak mengizinkan, jika kita dapati ada orang lain bersorak dalam kelas tanpa dikenakan sebarang denda atau dera.

Proses Elisitasi  Proses ini lebih kurang sama dengan Proses Taksekatlakuan.  proses elisitasi merujuk kepada seseorang turut melakukan apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudahpun mengetahui bagaimana melakukan gerak balas yang dilakukan oleh orang lain itu.

‡

Sebagai contoh, bila seseorang memasak mi kita juga tahu cara memasak mi setelah kita melihat orang itu memasak mi dan kita turut memasak mi. Dalam situasi ini, kita juga meniru memasak mi. Keinginan untuk memasak mi itu timbul lantaran melihat gerak balas yang dilakukan orang lain. Jika tidak ada orang lain yang memasak mi itu kita juga tidak akan terasa untu memasak mi kerana tiada keinginan untuk berbuat demikian.

TEKNIK MENGURANGKAN TINGKAH LAKU NEGATIF.
Response cost. Penghapusan/ extinction Time out

Pembetulan melampau/ overcorrection.

TEKNIK MENGURANG KAN T/L NEGATIF

Kejemuan/ kejelakan

Dissensitization

Hukuman / punishment

1) PENGHAPUSAN y Memberhentikan atau menyekat murid-murid daripada terus melakukan tingkah laku negative secara beransur2 dengan menggantikan dengan tingkah laku baru yang positif. ‡ ‡ Cara melaksanakan kaedah-pengukuhan yang selama ini diberi kepada tingkah laku berkenaan ditarik balik. Kaedah dendaan boleh digunakan.

2) TIME OUT y Menempatkan murid berasingan daripada kumpulan atau mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan. y Time out merupakan teknik di mana guru akan meletakkan murid yang menimbulkan masalah disipilin di kerusi atau sudut yang berlainan. (Ee Ah Meng, 1997) y Jangka masa efektf adalah disesuaikan dengan umur kanak-kanak. y Misalnya, bagi kanak-kanak di usia 3 tahun adalah 3 minit. Bagi kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas, 10 minit sudah memadai. y Setelah selesai hukuman, kanak-kanak hendaklah diterangkan tentang kesalahan yang telah dilakukan dan mengapa dia dihukum. y Pemisahan dilakukan untuk menenangkan keadaan kelas dan juga si pelaku agar menenangkan diri.

y Majalah Pa & Ma (Ogos,2003), telah menyenaraikan panduan yang boleh diaplikasikan dalam situasi tertentu. I. II. Gunakan bilik air, atau tempat sunyi sebagai tempat time ±out. Gunakan perakam masa dan loceng. Perakam masa akan alihkan anak/murid daripada anda kepada bunyi yang menenangkan. Ia akan membantu ibu bapa/guru terlupa akan time-out itu sedang berjalan. III. IV. Benarkan anak/murid jadikan time-out sebagai pengalaman berfikir. Jarak masa adalah bergantung kepada setiap kanak-kanak.

3) KEJEMUAN / SATIATION. y Membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukannya dan berhenti sendiri

4) HUKUMAN/ PUNISHMENT. y Denda ialah tindakan yang dikenakan bertujuan untuk menghentikan sesuatu tingkah laku negatif. y menggunakan hukuman yang memang diketahui oleh murid yang melanggar peraturan dan memastikan hukuman itu relevan dan berpatutan. y Menurut Skinner denda hanya boleh memberi kesan dalam tempoh yang singkat sahaja. Selepas itu biasanya murid itu akan mengulanginya semula. y Dilakukan dengan cara yang baik dan tidak menderakan atau mencederakan individu. Contoh : kelas tahanan(balik lambat), ambil semula token yang diberi, dendaan fizikal yang ringan(berdiri). y Sekiranya murid didenda kerana kelemahan dirinya dalam akademik mungkin akan menyebabkan hilang minat murid teerhadap bidang tersebut.

5) DISENSITISASI/ DISSENSITIZATION. y Tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa takut, rasa gugup, rasa tidak yakin yang berlebihan, rasa terlalu malu.

y Systematic desensitization. ‡ ‡ Digunakan bagi menghapuskan masalah kebimbangan dan ketakutan. Pesakit dibimbing mengatasi ketakutan atau kebimbangan kepada perkara-perkara yang kecil dahulu sebelum menguruskan yang lebih besar.

6) PEMBETULAN MELAMPAU/ OVERCORRECTION y Prosedur yang memerlukan pelajar memperbaiki keadaan, kesalahan yang dilakukan melebihi keadaan sebelumnya. y Contoh 1 : Sekiranya seorang pelajar membuat kesalahan tulisan berulang kali,cara membetulkannya ialah mengarahkan pelajar tersebut membuat pembetulan kesalahan tulisannya berulang kali. y Contoh 2 : Seorang pelajar yang selalu menumpahkan makanan di atas lantai dirah mengelap bukan sahaja bahagian lantai yang ditumpahi makanan atau minuman, tetapi di minta mengelap keseluruhan lantai itu. 7) RESPONSE COST. y Suatu bentuk penarikan, peneguhan atau ganjaran secara sistematik terhadap sesuatu tingkah laku yang tidak sesuai.

PENGURUSAN TINGKAH LAKU BERDASAKAN MODEL

PENDEKATAN TINGKAH LAKU
‡ Terapi behaviourisme. ‡ Menggunakan prinsip pembelajaran bagi menghapuskan atau mengurangkan tingkah laku salah adaptasi. ‡ Fokus diberikan pada menukar TL yang boleh dilihat.

‡ Kaedah asas berkait dengan pelaziman klasik atau pelaziman operan. ‡ Pelaziman klasik- systematic desensitization, terapi elakkan (aversion therapy) ‡ Pelaziman operan-extinction

Systematic desensitization
‡ Digunakan bagi menghapuskan masalah kebimbangan dan ketakutan. ‡ Pesakit dibimbing mengatasi ketakutan atau kebimbangan kepada perkara-perkara yang kecil dahulu sebelum menguruskan yang lebih besar.

Terapi elakkan (aversion therapy)
‡ Melibatkan TL yang perlu diubah ataupun rangsangannya dikaitkan dengan sesuatu yang tidak disukai contohnya kejutan elektrik, katakata kesat dan benda yang meloyakan.

EXTINCTION
‡ Digunakan bagi mengurangkan atau menghapuskanTL yang tidak diingini. ‡ Cara melaksanakan kaedahpengukuhan yang selama ini diberi kepada tingkah laku berkenaan ditarik balik. ‡ Kaedah dendaan boleh digunakan.

BIBLIOGRAFI
y http://cikguhaidi.wordpress.com/2009/08/18/pengurusan-tingkah-laku-part3/ y http://eko13.wordpress.com/2008/05/18/ekonomi-token-tips-mendidikanak-kreatif/ y http://www.scribd.com/doc/15741748/Strategi-Prosedur-Pen-Gurus-AnTingkahlaku y http://www.scribd.com/doc/3991270/IP-tingkah-laku-teknik-modifikasi y http://www.scribd.com/doc/17805545/Definisi-Masalah-Tingkah-Laku y K. Daniel O¶Leary and Susan G.O¶Leary (1972). Classroom management the successful use of behavior modification. y Garry Martin, Joseph Pear(1992). Behavior modification what it is and how to do it.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful