You are on page 1of 37

TEORI

Definisi Teori

 secara umumnya teori memberi makna sesuatu pendapat, sesuatu cara atau
sesuatu aturan yang sistematik sifatnya yang dicetuskan oleh seseorang pemikir
atau penteori yang boleh digunakan oleh pencetusnya atau pengikutnya samada
yang sezaman atau lebih kemudian untk melakukan sesuatu pengkajian atau
penelitian dalam sesuatu bidang ilmu: sains, teknologi, falsafah, agama,
kemasyarakatan dan kemanusiaan.

 Ada teori yang kegunaannya yang exclusive (tertutup) dan ada yang flexible atau
luwes fungsi/kegunaannya kpd bidang-bidang ilmu atau disiplin yg lain didlm
mahupun diluar kelompoknya. Cth: Teori sosiologi atau antropologi boleh
diterapkan dalam bidang kemanusian seperti disiplin sastera – dgn tanpa atau ada
perubahan mengikut kesesuaian.

 Teori kebudayaan/kesenian dapat dibahagikan period kepada Teori Klasik, Teori


Moden dan Teori Pascamoden.
 Teori Estetika
 Teori Memetik
 Teori Feminisme
ESTETIKA

Plato melalui karyanya Symposium mengemukakan teori estetika.


Menyarankan perlu melakukan renungan dan penelitian untuk
memberikan pengalaman estetik kepada penghayat seni/pengkaji.

Alexandar Gotlieb Baumgarten menerbitkan bukunya berjudul


Aesthetica dalam tahun1950 yang menerangkan estetika itu sesuatu
yang berhubung dengan keindahan (beautiful).
Definisi Estetika

 Estetik merupakan kajian deria atau nilai deria-emosi, ataupun timbangan sentimen
dan cita rasa. Estetik merupakan subdisiplin sesuatu cabang falsafah, dan sering
dikaitkan dengan falsafah seni.

 Bererti, estetika adalah sesuatu yang berkaitan dengan deria pengamatan terhadap
sesuatu perkara atau suasana yang menekankan aspek kesenian atau keindahan
melalui kesan penghayatan daripada kehalusan karya seni/ budaya.

 Pendekatan estetika popular dikalangan ahli-ahli kritik Formalistik. Mereka yakin


sesebuah karya dapat dinikmati apabila sudut estetika di kaji secara mendalam dari
aspek intrinsik sesebuah karya tanpa menghubungkannya dengan unsur-unsur lain.
• Konsep Estetika

• Secara mudah estetika merujuk kepada sesuatu objek alam dan seni yang bernilai
dan berguna pada penglihatan dan penikmatan kita. Seperti sesuatu yang indah,
yang mengagumkan, yang mempersonakan, yang menarik, yang cantik, termasuk
juga yang melucukan.

• Apabila kita merasakan sesuatu perasaan luarbiasa @ jarang dialami, seperti rasa
keindahan, rasa keterharuan, rasa ketakutan, rasa kepuasaan, dan sebagainya.
Perasaan yang terbit @ dialami oleh anda, pada perasaan itulah letaknya estetika.
PENGALAMAN-PENGALAMAN ESTETIKA
Dimaksudkan bagaimana daya persepsi seseorang dapat menanggapi sesuatu
keadaan dan kejadian yang berhubung dengan perasaan. Cth. Bagaimana
seseorang dapat melahirkannya dalam bentuk karya, interpretasi dari pengalaman
dan pemikirannya.

1. Pengetahuan yang dihubungkan dengan Estetika


Pengalaman menghayati karya seni@sastera sama ada menarik, menghairankan,
ada yang menyedihkan dan ada yang mengagumkan. Dinamakan pengalaman
estetika.

2. Nilai-nilai estetika
• Dihubungkan dengan struktur sesebuah karya seperti novel, cerpen, puisi, drama,
atau sebarang karya seni yang tidak termasuk karya-karya propaganda.
• Apa yang dipentingkan, hanyalah melihat bentuk dan struktur sesebuah karya itu,
seperti bagaimana perkembangan plotnya, tema, latar, teknik yang digunakan, stail
bahasa, perwatakan dan sudut pandangan penulis@kepengarangannya.
3. Kritikan Estetika
Dilakukan oleh kumpulan New Critic yang menamakan diri mereka Formalist. Mereka
hanya mengkaji bentuk atau form karya kesenian sahaja, melihat keagungan isi
karya seni itu.

4. Estetika Spekulatif
Juga diterangkan sebagai art theory, iaitu pendekatan kajian estetika secara umum
terhadap kepercayaan pengarang, tentang pengalaman dan perasaannya.

5. Estetika Empirik
Kajian secara pemeriksaan yang saintifik dengan data-data tertentu. Sebab itu
pengalaman2 dalam kajian estetika dijadikan satu cara penyelidikan. Cth dapat
dilakukan ke atas tingkalaku dan tindakan-tindakan manusia. Antaranya ilmu
psikologi, sosiologi dan linguistik.
TEORI MEMETIK

• Aristotle dalam bukunya berjudul, Poetics melihat seni


sebagai satu elemen yang mendekatkan manusia dengan
alam. Dia menggunakan istilah mimetik (mimesis) yang
merujuk kepada proses meniru atau penghasilan semula
kata-kata dan gerak-geri orang.
TEORI FEMINISME
 Feminisme ialah himpunan teori sosial, gerakan politik, dan falsafah moral yang
sebahagian besarnya didorong pembebasan perempuan daripada pengetepian oleh
kaum lelaki. Dalam istilah yang mudah, feminisme merupakan kepercayaan kepada
kesamaan hak sosial, hak politik, dan hak ekonomi antara kedua-dua jantina.
Mengelakkan ketaksamaan sosial, politik, dan ekonomi.

 Para aktivis politik feminisme moden biasanya berkempen memperjuangkan hak


asasi manusia untuk kaum wanita yang merangkumi kebebasan hak pembiakan,
termasuk hak pengguran yang selamat dan sah di sisi undang-undang, pencegahan
hamil, perlindungan daripada keganasan, penganiayaan seks, diskriminasi dan rogol,
hak tempat kerja untuk cuti bersalin dan gaji yg sama. Banyak ahli gerakan
feminisme menganggap feminisme sebagai suatu gerakan akar umbi yang bertujuan
untuk merentasi sempadan yang berasaskan kelas sosial, bangsa, kebudayaan, dan
agama.

 Tema-tema feminisme termasuk kebapaan, pengobjekan seks serta penindasan.


FALSAFAH
 Falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan
asas. Perkataan falsafah berasal daripada perkataan yunani philosophia, yang
bermaksud "cinta kepada hikmah". Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri
seperti berikut:

– Merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas


– Tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran
KATEGORI FALSAFAH
Falsafah dapat dikategorikan 5 bidang berdasarkan persoalannya, iaitu:
 Metafizik
Bidang falsafah ini memikirkan tentang kewujudan.Cth: Jenis benda yang wujud?
Apakah sifat akal dan berfikir? Apakah yang dikatakan manusia? Apakah yang
dikatakan sedar? Adakah tuhan wujud?
 Epistemologi
Bidang falsafah ini memikirkan tentang ilmu pengetahuan. Cth: Apa itu pengetahuan?
Bagaimana kita tahu apa yang kita tahu?
 Etika
Bidang falsafah ini memikirkan tentang kemoralan manusia. Cth:Adakah terdapat
perbezaan antara tindakan bermoral dan tindakan yang salah ? Jika ada, apakah
perbezaannya? Tindakan yang mana betul dan tindakan yang mana salah?
 Logik
Logik adalah satu bidang falsafah yang mengkaji penaakulan manusia.
 Estetika
Bidang falsafah memikirkan tentang keindahan. Cth : Apakah itu indah?
TRADISI FALSAFAH

Falsafah Timur Falsafah Barat

• Falsafah Yunani Kuno


• Falsafah Budhisme • Falsafah Kontinental
• Falsafah Hindu • Falsafah Anglo-Amerika
• Falsafah India • Falsafah Zaman Pertengahan
• Falsafah Indonesia • Falsafah Marxisme
• Falsafah Pascamoden
• Falsafah Jepun
• Falsafah Konfusisme
• Falsafah Taoisme
PENGENALAN KEBUDAYAAN MALAYSIA

 Kebudayaan adalah keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil


ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani
yang menjadi amalam untuk kesejahteraan hidup.
MEMAHAMI KEBUDAYAAN SECARA UMUM

 Kebudayaan merupakan seluruh cara hidup sesuatu masyarakat atau seluruh


aspek pemikiran dan tingkahlaku manusia yang diwarisi dari satu generasi ke
generasi yang lain melalui proses pembelajaran.

 Dari perspektif sosiologi kebudayaan membawa pengertian segala hasil dan idea
yang dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam sebuah masyarakat. Ini
termasuklah segala kepercayaan, nilai-nilai politik, adat resam, undang-undang,
moral, institusi sosial, seni lukis, bahasa dan bahan-bahan material.

 Edward B.Taylor mentakrifkan konsep kebudayaan:


"..kebudayaan merupakan satu keseluruhan yang kompleks yang mengandungi
ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam
dan lain-lain kebolehan serta kebiasan yang diperolehi oleh manusia sebagai
anggota masyarakat.”
BIDANG KEBUDAYAAN (oleh A.Aziz Deraman)

1) Fikiran / idea
Seperti ilmu pengetahuan, bahasa, falsafah, persuratan, metos, lagenda,
kesusasteraan, kepercayaan dan cerita-cerita lisan.
2) Kebendaaan
Seperti seni bina, bangunan, alat-alat-alat mesin, object de art, pakaian, makanan,
ubat-ubatan dan perabot.
3) Kesenian
Dilihat dari dua bidang kemahiran iaitu seni lakon ( teater, tarian, muzik, nyanyian )
dan seni tampak ( ukiran, lukisan, seni pahat, tenunan, takat dan anyaman )
4) Nilai dan Norma
Seperti peraturan-peraturan undang-undang, adat resam, ‘folk-ways & ‘mores’, gaya
dan perlakuan, pantang larang, upacara dan nilai-nilai keagamaan dan bersopan
santun.
 
Nilai dan Norma
Istiadat naik buai
• Asal-Usul - Dipercayai bermula dari kisah seorang ibu yang mempunyai seorang
bayi yang menangis tanpa henti. Kemudiannya bayi itu diangkat lalu dibaringkan di
atas lengan sambil dihayun ke kiri dan ke kanan. Dengan perlakuan itu bayi
tersebut pun berhenti menangis lalu si ibu pun mencari guni dan tali akar
mempapan lalu diikat dan digantung menjadi buaian. Bayi tersebut diletakkan di
atas buaian lalu dibuai sehingga nyenyak.

• Cth Buaian yang dihias cantik – upacara mencukur rambut/jambul.


Kumpulan Marhaban
Adat Perkahwinan Masyarakat Malaysia
• Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam suasana yang
penuh harmoni. Upacara perkahwinan selalu mendapat perhatian penuh dari
semua golongan di Malaysia. Di sebalik keramaian yang penuh warna warni,
upacara ini melambangkan perpaduan kaum yang mempunyai latarbelakang
budaya dan adat resam yang berbeza. Antaranya:

i. Masyarakat Melayu
ii. Masyarakat Cina
iii. Masyarakat India
iv. Masyarakat Cina Peranakan
v. Masyarakat Orang Asli
vi. Masyarakat Iban, Sarawak
vii. Masyarakat Murut, Sabah  
viii. Masyarakat Portugis (Serani)
1. Adat perkahwinan tradisional masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada
beberapa proses iaitu:

 Merisik Atau Meninjau


 Upacara Peminangan
 Upacara Menghantar Tanda
 Hantaran Belanja
 Menjemput
 Upacara Nikah
 Berinai
 Hari Persandingan
2. Di Malaysia majlis perkahwinan masyarakat India dijalankan oleh pedanda
memulakan upacara perkahwinan dengan sembahyang memohon restu kepada
Tuhan pengantin lelaki akan mengikat thaali pada leher pengantin perempuan
kalungan bunga yang dipakai sebanyak tiga kali. Selepas itu pengantin lelaki akan
memegang tangan pengantin perempuan dan mengelilingi api sebanyak tiga kali.
• Perkahwinan Masyarakat Asli
Perayaan kaum-kaum di Malaysia

• Hari Raya Aidil Fitri


• Tahun Baru Cina
• Perayaan Deepavali
• Perayaan Gawai Dayak
• Perayaan Tadau Kaamatan
• Perayaan Krismas
• Pesta Songkran (Masyarakat Siam)
Pesta Songkran
• Songkran merupakan perayaan tahun baru tradisional Siam. Masyarakat Siam di
Kelantan dan kedah turut menyambut perayaan tahun baru ini. Perayaan ini juga
dikenali sebagai pesta Songkran. Songkran disambut berdasarkan kepada
Kalendar lunar Siam iaitu pada bulan kelima semasa bulan purnama dan jatuh
pada hari kelima belas. Pesta Songkran lebih dikenali sebagai pesta mandi air iaitu
mereka akan menyimbah air sesama mereka dan juga kepada orang ramai
Permainan Tradisional
• Batu Seremban
• Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk
memungut mata timbangan terbanyak. Bilangan pemain ialah beberapa
pasukan atau satu (1) orang sebelah / sepasukan. Alatan yang digunakan
di dalam permainan ini ialah Lima (5) uncang (3 cm persegi satu butir).
Gelanggangnya adalah Permukaan rata.
Congkak
• Merupakan jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ialah untuk mengumpul dan
giliran menapak akhir. Bilangan pemain ialah seorang sepasukan. Alatan yang
digunakan di dalam permainan ini ialah Papan congkak dan cakak. Gelanggangnya
adalah sebuah papan congkak yang mengandungi sekampong 5, 7, 8 atau 9.
Rumah Anak serta 1 Rumah Ibu. Tiap Rumah Anak diisi cakak.
Dam Aji
• Merupakan jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ialah untuk mengalahkan
pihak lawan. Bilangan pemain ialah dua orang seperlawanan dan satu (1) orang
sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Tir dan Papan Dam.
Gelanggangnya adalah Permukaan rata.
Gusti Tangan
• Merupakan jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ialah untuk merebahkan
tangan lawan.
Galah Panjang
• Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan dan matlamat permainan adalah untuk
mengalahkan pihak lawan melalui jumlah Bilon yang diperolehi. Pemain terdiri
daripada regu iaitu tiap-tiap regu mestilah mengandungi lima (5) orang pemain
( empat (4) orang pemain dan satu (1) simpanan ). Perlawanan di dalam permainan
ini adalah berkonsepkan ‘Pertahan’ oleh satu regu dan ‘Penyerang’ oleh satu regu
yang lain. Gelanggang Galah panjang di bina di eprmukaan yang rata dan
mendatar.
Lain-lain Permainan tradisional

• Biji Saga
• Berlaga Kerbau Dan Lembu
• Ceper
• gasing
• Guli
• Layang-Layang
• Sepak Bulu Ayam
• Sepak Raga Ratus
Pakaian Tradisi

• Busana Melaka
• Busana Kelantan
• Busana Sabah
• Busana Sarawak
• Busana Kaum India
• Busana Kaum Cina
• PENGENALAN KESENIAN

• Sesuatu bangsa yang bertamadun ditakrifkan menerusi paparan kesenian yang tinggi
dan dijelmakan dalam pelbagai manifestasi seperti seni lukis, seni pentas, seni muzik,
seni sastera, seni filem dan seumpamanya. Secara umum seni boleh difahamkan
sebagai sesuatu yang halus, elok, cantik, menusuk jiwa dan memuaskan pancaindera.
Muzik
• Boria
• Dikir Barat
• Dondang Sayang
• Gendang Pahang
• Ghazal
• Muzik Gamelan
• Muzik Kaum Semela

Alatan muzik
• Idiofon (idiophone) cth Angklung Cak Lempong, Kulintangan, Gong
• Membronofon ( membronophone) cth Gedombak Gendang, Gamelan
• Erofon (aerophone) cth Serunai SerulingS ompoton
• Kordofon cth Gambus Sape , Kecapi Buluh
Tarian

• Tarian Tradisional Melayu


• Tarian Tradisional Cina
• Tarian Tradisional India
• Tarian Tradisional Sikh
• Tarian Etnik Sabah
• Tarian Etnik Sarawak
Nyanyian
• Nyanyian merupakan salah satu aktiviti manusia yang bertujuan untuk
mengembirakan hati. Nyanyian boleh dilakukan dengan bantuan alat musik
atau hanya dengan secara bertepuk tangan dan sebagainya. Nyanyian
memerlukan daya kreativiti manusia dan dianggap sebagai salah satu cabang
seni.
• Nyanyian merujuk kepada aktiviti membunyikan suara dalam bentuk tertentu
yang bertujuan menghasilkan nada dan melodi yang disenangi mereka yang
menyanyi digelar penyanyi.

• Penyanyi- adalah mereka yang menyampaikan lagu atau nyanyian dengan


diiringi muzik. Terdapat beberapa jenis muzik daripada jenis tradisional,
klasik, rock and roll, pop, alternatif, dan nasyid. Penyanyi boleh menyanyi
secara solo ataupun secara berkumpulan.
•Dendangan Rakyat Terengganu, Lagu Tradisional Perak, Lagu Patriotik
Malaysia , Nyanyian Rakyat , Lagu Tradisional Sarawak dll.
Teater
• Teater tradisional Malaysia terbentuk dalam kepelbagaian yang unik,
tersendiri dan menarik. genre seni ini mewakili latar belakang kebudayaan
masyarakat asal yang mempeloporinya. Justeru, pengaruh kebudayaan
masyarakat jelas terpancar dalam semua item penting yang terkandung di
dalamnya sama ada peralatan muzik, gerak tari, kostum dan konsep
persembahannya. Identiti tersebut terus diwarisi dalam teater tradisi yang
masih wujud seperti Mak Yung (Kelantan), Mek Mulung (Kedah), Wayang
Kulit (Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor), Jikey (Kedah dan Perlis),
Nur Sakti (Terengganu), Hamdolok (Johor), Tarian Pulai (Johor), dan
Rodat di Terengganu.
Seni Tampak
• Seni lukis dikenali sebagai seni rupa, seni tampak atau seni visual merupakan
seni yang boleh dinampakkan, diamati menerusi proses melihat, kadangkala
mengasyikkan dan membangkitkan rasa, tafsiran, fikiran dan persoalan kepada
kepada penontonnya.

• Balai Seni Lukis Negara bertanggungjawab bagi menghimpun, memulihara,


mempamer karya seni tempatan dan antarabangsa, serta mendidik dan
menyelidik sambil menyemarakkan kecintaan masyarakat terhadap seni,
khususnya seni tampak.
 
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like