PF4K teori kematangan

PERBANDINGAN TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL DAN ROBERT HAVIGHURST

TUTORIAL 2

ARNOLD GESELL

ARNOLD GESELL
• Berfokus kepada penyelidikan kajian ekstensif beberapa orang kanak-kanak. • Kanak-kanak diumpamakan seperti tumbuh-tumbuhan. • Menekankan kesediaan dan kematangan dan mendapati kanak-kanak secara semula jadi bersedia membaca apabila umur mentalnya sudah mencapai 6 ½ tahun. • Melihat kematangan biologi sebagai perubahan fisiologi dan neurologi yang tidak dapat dikawal.

ARNOLD GESELL
• Baka sebagai faktor utama, mempengaruhi perkembangan diri seseorang individu, jika baik bakanya baiklah individu yang akan terhasil. • Kelancaran proses perkembangan individu dipengaruhi oleh kematangan fizikalnya. • Menekankan perkembangan fizikal kanak-kanak.

ARNOLD GESELL
• Perkembangan manusia dipengaruhi oleh faktor kematangan. • Perkembangan individu mengikut jadual waktu yang tetap, urutan dan pola tertentu. • Kanak-kanak perlu diberikan peluang berkembang pada kadar sendiri dan tidak dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana telah mencapai peringkat usia perkembangan tersebut.

ROBERT HAVIGHURST

ROBERT HAVIGHURST
• As growth proceeds along a developmental continuum, each new stage of development, according to Havighurst (1972,1980) ushers in new tasks – skills, attitudes, understandings, accomplishments – that must be met before a person can move to a higher level of development. These are referred to as developmental tasks, which Havighurst (1972) says occur.

ROBERT HAVIGHURST
• Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh budaya masyarakat persekitaran masyarakat tersebut. • Menerangkan konsep tugas dalam teori perkembangannya. • Pada setiap peringkat perkembangan manusia ada tugas yang perlu dicapai. • Keupayaan menyempurnakan tugas tersebut dengan jayanya akan membawa kebahagiaan kepada individu. • Manakala kegagalan dalam menyempurnakan tugas tersebut akan menyebabkan individu mengalami masalah dalam tugasan-tugasan berikutnya.

ROBERT HAVIGHURST
• Beliau juga percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh persekitarannya, nilai-nilai, norma dan budaya masyarakat.

ROBERT HAVIGHURST
Havighurst telah mengenal enam tempoh usia utama:
• peringkat permulaan dan awal alam kanak-kanak (0-5 tahun), • peringkat pertengahan kanak-kanak (6-12 tahun) • remaja (13-18 tahun), • kedewasaan awal (19-29 tahun), • kedewasaan tengah (30-60 tahun), dan • kematangan kemudian (61+).

MODEL MOTOR PERSEPSI PIAGET
• Peringkat-peringkat perkembangan motor: i. Tahap sensorimotor (0-2 tahun) ii. Tahap praoperasi (2-7 tahun) iii. Tahap operasi konkrit (7-11 tahun) iv. Tahap operasi formal (11 tahun ke atas)

Tahap Sensorimotor (0-2 tahun)
• Pemahaman berasaskan gerakan spontan yang tidak dipelajari • Cth: menghisap, memegang dan melihat • Gerakan spontan: skema-skema dalaman yang sentiasa berubah • Bentuk pemikiran kanak-kanak adalah berdasarkan pada aktiviti sensori (deria) dan motor (fizikal)

Tahap Praoperasi (2-7 tahun)
• Bergantung objek konkrit • Bercakap dengan laju dan perkembangan bahasa berkembang dengan pesat • Menggunakan skema berasaskan penggunaan bahasa dan bentuk-bentuk perwakilan simbolik yang lain • Cth: penyapu sebagai kuda • Dapat menyelesaikan masalah-masalah mudah • Egosentrik dalam pemikiran dan perlakuan • Setiap sesuatu ada sebab dan tujuannya; pemikiran tetap • Membuat penilaian berdasarkan apa yang dilihat • Suka berfikiran tidak logik; semua benda punyai nyawa

Tahap Operasi Konkrit (7-11 tahun)
• Berfikir secara konkrit • Egosentrik dalam pemikiran dan perlakuan • Kognitifnya semakin matang • Pemikiran logik mula jelas • Boleh membuat banding beza

Tahap Operasi Formal (11 tahun ke atas)
• Berfikiran secara abstrak - selesaikan masalah matematik yang libatkan perwakilan abstrak - 4x + x = 10 • Berfikir secara sistematik untuk memberi beberapa kemungkinan penyelesaian • Boleh membuat hipotesis dan mencari alternatif penyelesaian masalah • Egosentrik remaja muncul

RUJUKAN

http://faculty.mdc.edu/jmcnair/EDF3214%20Topic%20Outline/Rober Haliza Hamzah, Joy N.Samuel dan Rafidah Kastawi. (2008), Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Zulkifli bin Yaakob. (2007), Perkembangan Bahasa dan Pembelajaran Kanak-kanak. Kuala Lumpur: OUM Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah. (2007). Panduan Pendidikan Prasekolah.Kuala Lumpur: PTS Professional Laura E.Berk. (1991), Child Development Second Edition. Needham Height: Allyn and Bacon Don Hamachek. (1995). Psychology in Teaching, Learning and Growth. Needham Height: Allyn and Bacon Ee Ah Meng. (1992). Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful