You are on page 1of 17

K O N S E P P E L A K S A N A A N

S M K B U K I T R A N G I N
2 5 1 5 0 K U A N T A N.

SEKOLAH SELAMAT KECEMERLANGAN MENINGKAT


RASIONAL
• Dalam banyak keadaan aspek keselamatan kerap
diabaikan dan tidak dijadikan asas utama dalam
membuat pertimbangan.
• Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu
keselamatan fizikal, sosial, emosi dan teknikal. Oleh
itu, polisi yang berterusan perlu diwujudkan.
• Kurang kerjasama antara keluarga dan masyarakat
dengan institusi pendidikan dari segi keselamatan.
• Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu
keselamatan amat terbatas, tanpa sokongan
keluarga dan komuniti.
DEFINISI
Sekolah Selamat didefinisikan sebagai persekitaran
sekolah yang selamat di mana warga sekolah merasa
selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak
sama ada dari dalam mahupun dari luar.
MATLAMAT
Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan
persekitaran secara berterusan dengan sokongan
keluarga dan komuniti setempat.

PERANAN
Warga sekolah, keluarga dan komuniti perlu memainkan
peranan masing-masing bagi merealisasikan Polisi
Sekolah Selamat.
SEKOLAH
SELAMAT

MURID
SELAMAT
KOMUNITI KELUARGA

SELAMAT SELAMAT

MODEL UNTUK MENJADIKAN MURID SELAMAT


PERANCANGAN

Perancangan bagi mewujudkan Sekolah Selamat


akan memberi peluang dan ruang kepada sekolah
dan masyarakat sekitar membentuk dan membaca
strategi untuk mengatasi isu keselamatan
setempat. Bagi melicinkan pelaksanaan Sekolah
Selamat, sekolah hendaklah menubuhkan
Jawatankuasa Sekolah Selamat (JKSS) yang
keahliannya terdiri daripada wakil sekolah, ibu
bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
FUNGSI JKSS
• Menyediakan kod etika dan tanggungjawab semua warga
sekolah.
• Menyediakan kod etika dan tanggungjawab pihak lain
(komuniti,keluarga).
• Mempromosi secara aktif kod etika tanggungjawab kepada
semua warga sekolah dan komuniti setempat.
• Mendidik dan melatih guru, kakitangan sekolah dan ahli
komuniti akan prosedur keselamatan yang ada.
• Memastikan wujud kesedaran dalam kalangan semua
pihak akan isu Sekolah Selamat.
• Melaksana, menilai dan mengkaji semula semua dasar dan
prosedur Sekolah Selamat dari semasa ke semasa.
BIDANG YANG DICAKUPI

1 . BIDANG AKTIVITI MURID

2 . BIDANG BENCANA ALAM

3 . BIDANG KESELAMATAN FIZIKAL DAN


BANGUNAN SEKOLAH

4 . BIDANG SOSIAL

5 . BIDANG PERSEKITARAN DAN LOKASI


SEKOLAH
BIDANG AKTIVITI MURID

-keselamatan pergi dan balik sekolah

-keselamatan menjalankan aktiviti kokurikulum


-keselamatan semasa menjalankan aktiviti luar
BIDANG BENCANA ALAM

-banjir

-kebakaran

-perubahan cuaca

-jerebu

-ribut
BIDANG KESELAMATAN FIZIKAL DAN
BANGUNAN SEKOLAH

-pendawaian dan peralatan elektrik

-tandas

-peralatan dan perabot kelas

-makmal sains
-bengkel

-gelanggang permainan
BIDANG SOSIAL

-gangguan seksual

-gangguan emosi dan rohani

-keharmonian kaum

-membuli
-peras ugut

-sumbang mahram
BIDANG PERSEKITARAN DAN LOKASI
SEKOLAH
-air bergerak seperti sungai, laut, air terjun, dan
jeram
-air statik seperti kolam, tasik, dan lombong
-jalan raya, lebuh raya, rel kereta api elektrik
-bukit dan tanah tinggi
-perumahan dan bandar besar
-pedalaman
-kawasan tanah rancangan
PERANAN KOMUNITI
i. Melibatkan semua ketua masyarakat dalam
proses menjadikan sekolah tempat yang
selamat.
ii. Menyokong semua polisi dan peraturan sekolah.
iii.Memberi sumbangan material, idea dan
kepakaran dalam perkhidmatan mengawal
keselamatan sekolah.
iv.Menerapkan nilai-niIai kerohanian oleh
pemimpin agama.
v. Menyokong dan menjadi ahli dalam pertubuhan
yang membantu meningkatkan keselamatan.
PERANAN KOMUNITI

vi. Membantu bagaimana mengenal dan


menyelesaikan masalah.
vii. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
sekolah.
viii.Menyatakan had-had tingkah laku yang
dikehendaki oleh komuniti.
ix. Mewujudkan sistem pemantauan kawasan
sekitar sekolah bagi mencegah jenayah.
x. Merapatkan jurang golongan muda dengan
warga tua.
PERANAN KELUARGA
i. Menyokong semua polisi dan peraturan
sekolah.
ii. Melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti
sekolah dan komuniti.
iii. Memperkukuh nilai-nilai agama / moral kepada
anak­anak.
iv. Kerap berkomunikasi dengan anak-anak.
v. Mengenali rakan anak-anak.
vi. Bekerjasama dengan ibu bapa lain.
vii. Menjadi ahli dalam pertubuhan yang boleh
membantu membanteras isu-isu keselamatan.
viii. Mendidik anak-anak cara-cara menjaga
keselamatan diri.
PENUTUP
Sesungguhnya menjadi harapan
Kementerian Pelajaran Malaysia
agar semua pihak menyambut baik
konsep Sekolah Selamat
untuk dilaksanakan di semua sekolah
di seluruh negara agar institusi pendidikan
di Malaysia dapat berfungsi sebagai tempat
mendidik serta menimba ilmu
tanpa gangguan fizikal, mental, dan emosi.
SEKIAN.
c e n d e k i a Z e t i k a Z t e r a m p i l 

You might also like