FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN EID2143 PENDIDIKAN J-QAF

MOHAMAD BAKIR B. ISMAIL BASRI BIN ABDULLAH

Sejarah Perkembangan Sistem Pendidikan Di Malaysia
Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut:
‡ ‡ ‡ ‡ ‡ Zaman Pramerdeka (sebelum 1957); Zaman Pasca Merdeka (1957-1970); Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990); Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000); dan Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).

Zaman Pramerdeka (sebelum 1957)
‡ Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat aliran , iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. B eberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporanlaporan berikut:
Laporan Barnes (1951) Laporan Fenn-Wu (1951) Ordinan Pelajaran (1952) Laporan Razak (1956) menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu menyemak pendidikan kaum Cina mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.

Sehubungan itu. ‡ . Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964.Zaman Pasca Merdeka (1957-1970) ‡ Sebaik mencapai kemerdekaan. Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan.

2008). manakala di Sarawak pada tahun 1990. pendidikan diberikan keutamaan untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum. Dalam tempoh ini.Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) ‡ Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi (Universiti Terbuka Malaysia. Mata pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar. ‡ . Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga kerja mahir. selaras dengan Akta Pelajaran 1961. sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Pada masa ini juga Sistem Pendidikan Kebangsaan mengalami banyak perubahan. Walau bagaimanapun. antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut diberi tumpuan.

emosi. Seterusnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara.Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) ‡ Pada tahun 1979. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani. peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. rohani dan intelek. Pada tahun 1980-an. . semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan.

Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996. misalnya Akta Pendidikan 1996. Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan. ‡ Selain itu. ‡ Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). ‡ Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma. Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan lain-lain.Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) ‡ Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara. dan ‡ Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik. . ‡ Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999. banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan termasuk: ‡ Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari.

penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan. dasar dan program utama. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21. Program Bimbingan dan (Keputusan Jemaah Menteri. . Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi. 2002). Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) diperkenalkan pada tahun 2003.Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang) ‡ Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat. dan banyak lagi program-program pendidikan diperluas. Al-Quran. 2003). Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri. antaranya: Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002). 2002).

‡ Program j-QAF telah dilaksanakan secara uji kaji dalam projek rintis selama 3 bulan dan berakhir pada Julai 2004. YAB Perdana Menteri telah bersetuju program ini dilaksanakan mulai tahun 2005. Cetusan idea ini telah diperhalusi di peringkat Kementerian Pelajaran melalui satu seminar jQAF pada 3 hingga 5 Mac 2004.Sejarah j-QAF ‡ Program j-QAF berasaskan idea Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang telah dinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003. .

pengayaan dan penghayatan murid. al-Quran. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan. bahasa Arab dan fardu ain yang dilaksanakan di peringkat persekolah rendah. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.KONSEP PROGRAM j-QAF ‡ Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi. pengukuhan. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. bimbingan. . kemahiran.

menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi. khatam al-Quran.OBJEKTIF PROGRAM j-QAF ‡ Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan semua murid Islam sekolah rendah akan dapat: 1. memantapkan dan menghayati amalan fardu ain. 3. 2. dan 4. menguasai bacaan dan tulisan Jawi. .

Sirah Nabawi.KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF ‡ Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan PI yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah al-Quran. Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan. Ibadah. . Akidah.

Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata-mata masih belum mencukupi dan berkesan.Kepentingan Pemulihan Jawi ‡ Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktu seminggu pada 6 bulan pertama di tahun Satu. . Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan jawi perlu dibaiki lagi. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan.

AGIHAN WAKTU PEMULIHAN JAWI Tahun Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 6 bulan pertama 2 waktu seminggu 6 bulan kedua 1 waktu seminggu 1 waktu seminggu 1 waktu seminggu 1 waktu seminggu 1 waktu seminggu 1 waktu seminggu .

Namun ia tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan berterusan daripada bilangan guru yang sesuai dengan nisbah murid yang menepati pendekatan talaqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar. membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Oleh itu Pendidikan Islam pada masa ini hanya menjurus kepada kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi menyerahkannya kepada masyarakat.Kepentingan Khatam al-Quran ‡ Al-Quran pula telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan Tilawah alQuran pada masa ini. .

AGIHAN WAKTU KHATAM AL-QURAN DAN ASUHAN TILAWAH AL-QU RAN Tahun 6 bulan pertama (Khatam al-Quran) 4 waktu seminggu 4 waktu seminggu 4 waktu seminggu 4 waktu seminggu 4 waktu seminggu 4 waktu seminggu 6 bulan kedua (Asuhan Tilawah al-Quran) 3 waktu seminggu 2 waktu seminggu 2 waktu seminggu 2 waktu seminggu 2 waktu seminggu 2 waktu seminggu Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 .

Kepentingan Bahasa Arab ‡ Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada masa ini sebagai mata pelajaran bahasa tambahan. . Ia diajar di sekolahsekolah rendah secara berpilih dan terhad. Tidak semua murid berpeluang mempelajarinya.

.Kepentingan Fardhu Ain ‡ Ramai ibu bapa masih belum berpuas hati dengan tahap pencapaian dan penguasaan anak-anak mereka terhadap amalan fardu ain terutama dalam hal ibadah mendirikan solat.

model Bestari Solat (kokurikulum). model 6 bulan Khatam al-Quran. b. Model-model berkenaan adalah seperti berikut: a. e. model Tasmik. model Pelaksanaan Perluasan Bahasa Arab Komunikasi. c. . model Kelas Pemulihan Jawi. d.MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF ‡ Untuk pelaksanaan 2005 lima model telah dikenalpasti iaitu 4 model pengajaran dan 1 model kokurikulum.

Ihtifal Khatam al-Quran. a. Persatuan Bahasa Arab. d. dan e. persatuan dan aktiviti seperti berikut. c. Kem Bina Juara. b. . Kem Literasi al-Quran.‡ Pengukuhan program j-QAF dilaksanakan melalui kelab. Kelab Seni Tulisan Jawi.

PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF ‡ Program j-QAF telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula tahun 2005 sehingga 2010 dengan unjuran pelaksanaannya seperti dinyatakan dalam jadual 1. ‡ Bagi maksud ini sebanyak 1221 buah sekolah telah terlibat pada tahun 2005. Dan pada tahun 2010 bilangan sekolah terlibat adalah sebanyak 7835 buah. .

GURU j-QAF ‡ Jawatan guru j-QAF diwujudkan bagi pelaksanaan program j-QAF. ‡ Unjuran Perlaksanaan Program j-QAF di Sekolah seperti dalam jadual berikut: Tahun Peringkat penyertaan Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 Bilangan penyertaan 1221 2456 3703 4530 5296 1221 1235 1221 1247 1235 1221 827 1247 1235 1221 766 827 1247 1235 1221 762 766 827 1247 1235 1221 6058 2005 2006 2007 2008* 2009* 2010* .

‡ UNJURAN BILANGAN GURU j-QAF DI SEKOLAH RENDAH Tahun Bilangan guru Tahun 1 Tahun 3 (Tambahan guru) 3663 3705 3741 3780 3819 4797 2005 2006 2007 2008 2009 2010 1221 1235 1247 1260 Tahun 3 (Tambah 1 guru bahasa Arab) 1221 1235 1247 Jumlah Kumulatif Guru j-QAF 3663 7368 12330 18566 24867 32171 .

Mulai tahun 2005 semua murid Tahun 1 di sekolah-sekolah yang terpilih akan melaksanakannya terlebih dahulu.861 buah kelas dan seramai 141.235 buah sekolah yang melibatkan seramai kira-kira 93. Pada tahun 2006 jumlah sekolah yang melaksanakan program j-QAF ialah 1.SASARAN ‡ Sasaran program ini ialah murid-murid di Sekolah Rendah. . Murid-murid yang lain akan meneruskan pembelajaran sedia ada dan dilibatkan dalam Ihtifal Khatam al-Quran bersama-sama murid Tahun 1.783 murid. Sebanyak 1221 buah sekolah dengan 4.725 orang murid akan terlibat pada tahun 2005.

Bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru j-QAF. Kementerian Pelajaran akan mengadakan latihan kepada mereka dari semasa ke semasa di dalam dan luar negara. .LATIHAN GURU ‡ Urusan latihan perguruan dan pengambilan guru-guru pelatih j-QAF dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malay-sia.

daerah. Program tersebut dinamakan dengan Ihtifal Khatam al-Quran SekolahSekolah. negeri dan kebangsaan. sekolah.PENGIKTIRAFAN ‡ Pihak KPM akan mengadakan satu program pengukuhan kepada program j QAF sebagai satu cara memberi galakan dan pengiktirafan kepada guru. murid dan masyarakat. Program ini diadakan di semua peringkat. .

PEMANTAUAN DAN BIMBINGAN ‡ Pegawai-pegawai j-QAF peringkat pusat dan negeri akan menjalankan pemantauan secara berterusan untuk memberi bimbingan bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan program ini. . Laporan pemantauan dibuat dari semasa ke semasa mengikut keperluan bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatan program tersebut untuk diambil tindakan sewajarnya.

lagu dan multimedia.Kesan pengajaran j-QAF ‡ Pelaksanaan program j-QAF sudah menampakkan kejayaan ketara apabila semakin ramai murid mahir menulis dalam jawi menerusi konsep pengajaran pemulihan jawi lebih menarik menggunakan kaedah inovasi pembelajaran seperti permainan. .

. Sesi tasmik memberi peluang kepada guru melakukan pemantauan terhadap perkembangan murid dalam bacaan al-Quran menerusi sesi penilaian yang direkodkan sekali gus berjaya membantu murid mempelajari al-Quran dengan lebih bersistematik.Kesan pengajaran j-QAF ‡ perkembangan bacaan al-Quran menerusi Model Enam Bulan Khatam al-Quran yang menekankan kaedah pengajaran Iqra dan instrumen latih tubi tasmik.

. berbanding rakan sebaya mereka yang tidak mengikuti program j-QAF sebelum ini.Kesan pengajaran j-QAF ‡ penguasaan asas bahasa Arab dalam kalangan murid pula semakin menyerlah apabila mereka berupaya menyebut pelbagai perkataan dalam bahasa Arab.

ilmu pengetahuan dan penghayatan dalam solat. perbuatan. pencapaian cemerlang berjaya ditonjolkan murid dalam amali solat dengan lebih sempurna dari segi bacaan. Hasilnya. .Kesan pengajaran j-QAF ‡ Pengajaran amali solat misalnya yang diselangselikan dengan pelaksanaan Kem Bestari Solat yang dilaksanakan empat kali setahun banyak membantu murid mendalami amali solat.

Rujukan ‡ Buku Panduan Dasar. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Kementerian Pelajaran Malaysia. Shah Alam Berita Harian Online: 5 Oktober 2009 ‡ ‡ . Pelaksanaan Dan Pengurusan Kurikulum Dan Kokurikulum Program J-Qaf. Bhd. Pengajian Agama Islam dan j-QAF Metodologi dan Pedagogi Pendidikan. Oxford Fajar Sdn.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful