EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH

PENSYARAH : PUAN NORAINI BINTI MD YUNOS

DISEDIAKAN OLEH : NUR HAFIZAH BACHOK RAMIZAH MAHMOOD PISMP PENDIDIKAN KHAS 5

‡ JELASKAN KONSEP DAN PELAKSANAAN PENILAIAN KENDALIAN BERASASKAN SEKOLAH ‡ BINCANG PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN PENTAKSIRAN DALAM BILIK DARJAH.

KONSEP DAN PELAKSANAAN PENILAIAN KENDALIAN BERASASKAN SEKOLAH

MAKSUD PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH
‡ Suatu usaha untuk mengesan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan berkesan di peringkat sekolah. ‡ Satu bentuk penilaian yang dibuat dalam sukatan KBSR dan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) pula ialah satu penilaian yang dibuat dalam sukatan KBSM.

‡ Hanya melalui proses penilaian yang berterusan, guru dapat memastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid iaitu sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan. ‡ Merupakan proses penilaian selaras dengan proses pengajaran dalam bilik darjah untuk mengesan kemajuan pelajar dalam konteks perkembangan individu secara menyeluruh.

‡ Mempertingkatkan mutu penilaian dengan menggunakan ujian-ujian yang dibina dan dikawal mutunya supaya proses pengukuran pembelajaran pelajar menjadi lebih bermakna dan bermanfaat. ‡ Memainkan peranan untuk meningkatkan keupayaan guru dalam usaha membina dan mereka bentuk jenis-jenis ujian yang lebih bermutu

PRINSIP
‡ Satu prinsip PKSR/PKSM yang penting untuk guru ialah bagi mengetahui tahap pencapaian murid serta untuk mengenal pasti dan membaiki kelemahan-kelemahan murid sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran menjadi lebih kronik. ‡ Dalam PKSR, guru menilai murid dalam pelbagai aspek berdasarkan hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam mata pelajaran yang berlainan.

Aspek-aspek yang dinilai dalam mata pelajaran yang berlainan dalam PKSR meliputi:

‡ ‡ ‡ ‡ ‡

pengetahuan kemahiran berfikir kemahiran berbahasa kemahiran mengira kemahiran belajar

‡kemahiran amali ‡kemahiran manipulatif ‡kemahiran bersosial ‡daya kreatif

‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡

kemahiran proses sains perlakuan dan amalan nilai-nilai murni sikap kesihatan dan kecergasan kemahiran kinestetik bahan pembelajaran minat

TUJUAN
‡ Untuk membaiki pembelajaran pelajar dengan mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan maklumat yang diperoleh daripada PBS. ‡ Untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran pelajar supaya tindakan susulan yang sesuai dapat dijalankan untuk membantu mereka mengatasi kelemahan yang telah dikenal pasti.

‡ Untuk merangsang pelajar supaya terus membaiki pembelajarannya melalui tunjuk ajar dan bimbingan guru secara berterusan di bawah aktiviti PBS. ‡ Untuk menyediakan pelajar menyesuaikan diri dalam alam kehidupan manusia melalui penilaian berterusan yang melatih mereka sentiasa sedia menerima teguran, bimbingan dan ajaran guru.

‡ Untuk mempertingkatkan mutu penilaian dengan menggunakan ujian-ujian yang dibina dan dikawal mutunya di peringkat tempatan supaya proses pengukuran pembelajaran pelajar menjadi lebih bermanfaat dan lebih bermakna. ‡ Untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan guru dalam usaha membina jenisjenis ujian dengan lebih bermutu seterusnya meningkatkan prestasi mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

CIRI-CIRI
‡ Menekankan penilaian secara tak formal, seperti pemerhatian, soal jawab secara lisan dan ujian kertaspensel untuk mengesan peringkat penguasaan dan kemajuan pelajar dalam bilik darjah. ‡ Menekankan penilaian formatif berbanding penilaian sumatif maklumat yang diperoleh daripada PBS adalah digunakan untuk membantu perkembangan pelajar dalam semua bidang yang berkaitan dengan pendidikan. ‡ Menekankan tindakan susulan daripada laporan pencapaian atau pensijilan membaiki pembelajaran seterusnya.

‡ Menekankan penilaian secara berterusan membolehkan guru mengubahsuai strategi dan teknik, pengajaran mengikut maklumat penilaian yang diperoleh dari semasa ke semasa. ‡ Menekankan penilaian secara menyeluruh segala potensi pelajar seperti intelek, rohani, jasmani dan emosi dinilai. ‡ Menekankan penilaian dalaman guru yang mengajar pelajar itu sendiri dan bukan diuruskan secara berpusat.

PELAKSANAAN PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH
Pelaksanaan PKS yang sistematik perlu mengikut langkah- langkah yang berikut : 1) merancang  Menentukan hasil pembelajaran dan instrumen penilaian. 2) membina instrumen  Membuat Jadual Penentuan/JSU  Membina soalan/instrumen

3) melaksanakan penilaian  Pemerhatian/lisan/penulisan 4) merekod 5) menganalisis maklumat 6) melapor (jika perlu) 7) penguasaan perkara yang diajar  Jika dapat menguasai- Tindakan Susulan Pengukuhan dan pengayaan  Jika tidak dapat menguasai Tindakan Susulan ‡ Pemulihan 8) teruskan pelajaran baru.

PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN PENTAKSIRAN DALAM BILIK DARJAH.

DEFINISI PENTAKSIRAN
‡ Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. ‡ Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.

FUNGSI PENTAKSIRAN SEKOLAH
Mendapatkan maklumat tentang pembelajaran murid untuk :  Mengetahui apa yang murid tahu dan boleh buat  Mengetahui sejauh mana mereka telah menguasai apa yang dipelajari  Membantu memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran murid

‡ Pentaksiran dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa dan dilapor oleh guru di sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar. Pentaksiran Sekolah dilaksanakan dalam bentuk pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir unit pembelajaran, semester atau tahun.

PERANAN UMUM
‡ Peranan guru merangkumi pengurusan pentaksiran dalam bilik darjah. ‡ Keputusan pentaksiran mempunyai implikasi penting bagi pembelajaran. ‡ Guru berperanan menyemak kembali kualiti alat pentaksiran yang digunakan supaya selaras dengan tujuan pentaksiran.

PERANAN GURU DALAM PROSES PENYEDIAAN UJIAN DAN PEPERIKSAAN
‡ Ujian dan peperiksaan merujuk kepada jenis buatan guru seperti ujian bulanan dan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun. ‡ Proses penyediaan atau penggubalan item-item ujian dan peperiksaan terbahagi kepada tiga fasa iaitu: Fasa 1-Sebelum ujian/peperiksaan Fasa 2-Semasa ujian/peperiksaan Fasa 3-Selepas ujian/peperiksaan

FASA 1 ± SEBELUM UJIAN/PEPERIKSAAN 
Mengumpul bahan-bahan yang berkaitan.(huraian sukatan pelajaran,buku rujukan, soalan- soalan yang lepas)  Mendapatkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) mata pelajaran yang berkenaan daripada Ketua

FASA 2-SEMASA UJIAN/PEPERIKSAAN 
Dalam penyediaan item-item ujian/peperiksaan,ketua panitia dan guru berperanan dalam memberikan pertimbangan serius kepada perkara tersebut. ‡ Bilangan item harus diedar kepada guru-guru mata pelajaran mengikut sama banyak. ‡ Soalan-soalan yang lepas(dibawa dalam sesi pengubalan) harus dijadikan rujukan dan panduan. ‡ Pengubalan item-item hendaklah berdasarkan JSU mata pelajaran.

‡ Ketua panitia, guru kanan mata pelajaran dan guru cemerlang mata pelajaran berperanan sebagai moderator dan pakar rujuk dan sedia memberikan bimbingan. ‡ Selepas moderasi, guru yang telah bertanggungjawab perlu membuat pindaan yang disyorkan oleh panel moderasi(ketua panitia, guru kanan mata pelajaran dan guru cemerlang mata pelajaran). ‡ Draf terakhir akan disemak dan diluluskan oleh panel moderasi.

FASA 3-SELEPAS UJIAN/PEPERIKSAAN 
Guru membuat pertimbangan dalam perkara-perkara tersebut: ‡ Kertas difotostat mengikut bilangan murid yang sedia ada bagi satu-satu tahun persekolahan. ‡ Kertas soalan dimasukkan dalam sampul mengikut gandaan 30, kemudian disimpan di dalam almari yang berkunci, atau bilik kebal dan dikeluarkan setengah jam sebelum pentadbiran ujian/peperiksaan tersebut.

RUJUKAN
‡ http://www.scribd.com/doc/26209726/Peranan-GuruDalam-Pen-Gurus-An-Pentaksiran-Guru-Dalam-Bilik ‡ http://74.6.117.48/search/srpcache?ei=UTF8&p=PERANAN+GURU+DALAM+PENTAKSIRAN&fr=crm as&u=http://cc.bingj.com/cache.aspx?q=PERANAN+GU RU+DALAM+PENTAKSIRAN&d=4861224542864068&m kt=en-US&setlang=enUS&w=34bc59d6,29695f7d&icp=1&.intl=us&sig=khoZr HUoH53RPMZG2ky_JA-‡ http://www.scribd.com/doc/24027929/Pentaksiran ‡ http://www.scribd.com/doc/6460504/PenilaianKendalian-Sekolah

SEKIAN TERIMA KASIH

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful