You are on page 1of 24

PEMBENTUKAN MALAYSIA

Pengenalan
Sejarah Pembentukan Malaysia
 Berlaku selepas enam tahun merdeka iaitu pada 16 September
1963
 Penggabungan ini telah disuarakan oleh pelbagai pihak seperti
David Marshall, Ghazali Shafiee, Tan Cheng Lock, Lee Kuan Yew
dan Tunku Abdul Rahman
 Menurut Nordin Sopiee (1974) dalam buku beliau yang bertajuk ‘
From Malayan Union to Singapore Separation’ : Idea
penggabungan gagasan Malaysia sebenarnya telah lama timbul di
kalangan pemimpin di Asia Tenggara dan pihak British pada tahun
1888 dan lebih serius pada tahun 1932 setelah British berjaya
menguasai sembilan negeri Melayu serta Sarawak dan Borneo
 Terdapat tentangan daripada beberapa tokoh di Asia seperti A.M
Azahari di Brunei dan Ahmad Boestamam di Malaya. Mereka
memberikan cadangan yang lain seperti gabungan Alam Melayu
 Tunku mengunakan kaedah tunggu dan lihat bagi mendapatkan
pandangan daripada semua pihak
 Pada 27 Mei 1961 dalam satu majlis dengan
wartawan Asia Tenggara di Hotel Adelphi,
Singapura, Tunku dengan rasminya melahirkan
hasratnya untuk membentuk Malaysia
 Hasrat Tunku ini berdasarkan kajian dan perundingan
yang telah dijalankan seperti pertemuan dengan Lee
Kuan Yew pada bulan Januari 1961 dan tinjauan Datuk
Senu Abdul Rahman ke Sabah, Sarawak dan Brunei
serta pertemuan dengan Mac Milan di London
Faktor Mendorong Pembentukan Malaysia
Politik
 Mengelak Ancaman dan Pengaruh Komunis
- Pengaruh komunis semakin kuat apabila bekas anggota Parti
Tindakan Rakyat (PAP)- People’s Action Party berhaluan kiri
tubuhkan barisan Sosialis yg dipimpin oleh Lim Chin Siong.
Kekalahan PAP dlm pilihanraya 1961 menyebabkan pengaruh
komunis semakin merebak di Singapura.
- Perkembangan yg berlaku di Singapura membimbangkan Tunku
Abd Rahman. Penyatuan Singapura dgn Tanah Melayu dpt
menyekat pengaruh komunis
- Pengaruh komunis juga aktif di Sarawak seperti Parti Bersatu
Rakyat Sarawak dipengaruhi idealogi komunisme.
2. Mempercepatkan Kemerdekaan
- Mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei,
Sabah dan Sarawak.
- dapat menamatkan penjajahan British di Asia Tenggara.
Ekonomi
3. Kerjasama ekonomi
- negara-negara anggota kaya dengan sumber ekonomi boleh
membantu untukm faedah ekonomi.
- Persekutuan Malaysia dapat membantu mempertingkatkan
pembangunan ekonomi. Tanah Melayu kaya dengan sumber bijih
timah dan Brunei dengan sumber minyak.
Sosial
4. Keseimbangan Kaum
- Percantuman dgn Singapura boleh menimbulkan masalah
kaum yang tidak seimbang di Tanah Melayu. Lebih 75%
penduduk Singapura terdiri drpd kaum Cina. Komposisi kaum
Melayu 50% dan Cina 30% di Tanah Melayu.
- Bagi keseimbangan kaum, Sabah dan Sarawak perlu
digabungkan kerana mempunyai 70% kaum bumiputra.
Reaksi Awal Terhadap Gagasan

Setelah Tunku mengisytiharkan keinginannya untuk


bergabung terdapat pelbagai reaksi daripada setiap negeri:
Singapura
 Lee Kuan Yew menunjukan minat yang ketara
 Terdapat tentangan apabila pengaruh parti sepihan
People’s Action Party (PAP ) seperti parti sosialis bernama
United People ‘s Party (UPP) yang
berhasrat memerdekakan Singapura
mengikut ideologi mereka
 PAP semakin terdesak apabila mereka
kalah dalam pilihan raya kecil
Brunei
 Pada peringkat awal tidak mendapat sokongan
yang penuh daripada rakyat
 Mereka ingin merdeka dengan sendiri terlebih
dahulu
 Sultan Omar Ali Saifuddin sangat berminat dengan
idea penggabungan
 Parti Rakyat Brunei pimpinan Ahmad M. Azahari
menentang dengan membawa idea gabungan
Borneo Utara British dan Sarawak
dengan nama Kalimantan Utara
 Kemuncaknya berlaku penentangan
bersenjata tetapi dipatahkan oleh
Sultan dengan bantuan British
 Sabah dan Sarawak
 Mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk
atas alasan inginkan kemerdekaan daripada pihak Inggeris
 Ancaman komunis juga telah menguatkan lagi keinginan untuk
bergabung
 Namun terdapat juga kebimbangan terhadap dominasi orang
Melayu terhadap bukan Melayu
 Parti Sarawak National Party (SNAP) menentang pembentukan
Malaysia diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan di Sarawak.
 Di Sabah, Parti UNKO(United National Kadazan Organization)
dipimpin oleh Donald Stephen tentang pembentukan Malaysia.
 Malaya
 Sebelum 1961 terdapat golongan dalam UMNO yang
menimbang untung dan rugi rancangan ini kerana
bimbang pengaruh Singapura
 Selepas kesediaan Sabah dan Sarawak kebimbangan
mereka lenyap
 PAS menentang atas alasan merugikan orang Melayu dan
mencadangkan konsep MAPHILINDO yang terdiri
daripada Malaya, Filipina dan Indonesia
 Britain
 British bersetuju dengan rancangan ini bagi menjaga
kepentingan pelaburan mereka
 Perdana Menteri Komanwel, Harold Mac Milan
merasakan penggabungan ini dapat menjamin
keselamatan Singapura dan memberi kebaikan
kepada pulau tersebut
Suruhanjaya Cobbold

 Ditubuhkan pada Jan 1962 untuk mendapat pandangan


rakyat Sabah dan Sarawak tentang cadangan
penubuhan Malaysia.

 Dipengerusi oleh Lord Cobbold. Anggota:


a) Sir Anthony Abell wakil British
b) Sir David Watherston
c) Tan Sri Mohd Ghazali Shafie wakil Tanah Melayu
d) Dato’Wong Pow Nee

 Tinjauan dibuat antara 19 Feb hingga 18 April 1962.


Hasil laporan mendapati 80% daripada rakyat Sabah
dan Sarawak bersetuju menyertai penubuhan Malaysia.
Antara syor suruhanjaya Cobbold :
i) Jawatankuasa Antara Kerajaan(JAK) ditubuhkan Ogos 1962
ii) Persekutuan Tanah Melayu ditukar kpd Persekutuan Malaysia
iii) Kuasa autonomi dan jaminan khas dlm beberapa perkara diberi
kpd Sabah dan Sarawak.
iv) Kedudukan istimewa kaum peribumi Sabah dan Sarawak
v) Kuasa imigresen dan agama masih di bawah Dewan
Undangan di Sabah dan Sarawak.
Detik-Detik Peristiwa Ke Arah Penubuhan Malaysia
Tarikh Tindakan/Badan Tujuan Kesan/Keputusan
Jun Lawatan muhibbah Bagi Kebimbangan dominan
1961 Tunku ke Sabah dan mengurangkan Malaya berjaya
Sarawak keraguan rakyat dikurangkan
Julai Kunjungan Tunku ke Memberi Sultan Brunei tubuh
1961 Brunei penjelasan lanjut Suruhanjaya Tinggi

Ogos Rundingan Singapura 1.Penjelasan Dipersetujui Singapura


1961 untuk rakyat diberi autonomi
2.Bincang Pendidikan dan Tenaga
kedudukan/auto Buruh
nomi Singapura

Pertenga Jawatankuasa Menghilangkan Berjaya mengurangkan


han Perundingan kesangsian keraguan. JPP terus
1961 Perpaduan (JPP) rakyat dan adakan mesyuarat dari
(ekoran keputusan pemimpin Sabah semasa ke semasa
Persatuan Parlimen dan Sarawak
Komanwel)
November Rundingan dengan Bagi menjamin 1.Rundingan Singapura –
1961 Britain tentang kedudukan PTM diakuri
kepentingan Negeri- Sabah dan 2.Pungutan suara akan
negeri Borneo Sarawak dibuat
3.perjanjian pertahanan
England-PTM diluaskan

Jan 1962 Suruhanjya Cobbold Meninjau Tinjauan sahkan lebih


pendapat rakyat 70 % penduduk kedua
Sabah dan negeri setuju
Sarawak
(tinjauan dibuat
19 Feb- 18 April
1962)
Julai Rundingan Pra-Rang Menyelesaikan Cadangan diselaraskan.
1962 Undang-undang perbezaan antara Perakuan Malaya
Malaysia (London) laporan anggota diterima amnya
Malaya dan
laporan anggota
Britain dalam
Suruhanjaya
Cobbold
Ogos Jawatankuasa Merancang Rangka Perlembagaan
1962 Antara Kerajaan bentuk negara asas disiapkan. Laporan
(JAK atau J.K baru termasuk JAK diterima dan
Landsdowne) merangka menjadi asas Perjanjian
Perlembagaan Malaysia
Sept Referendum Bagi meyakinkan 80 % rakyat bersetuju
1962 Singapura (didahului rakyat tentang penyertaan dalam
kempen referendum) taraf kerakyatan Malaysia
dan status
perdagangan
Jun Misi Bangsa-Bangsa Mendapatkan 1.Lebih 2/3 rakyat
1963 Bersatu kepastian rakyat menyokong
Sabah-Sarawak 2.Filipina dan Indonesia
(Filipina dan terus menentang
Indonesia dakwa
rakyat sangsi)

Julai Perjanjian Malaysia Memeterai Negara baru Malaysia


1963 ditandatangani oleh persetujuan lahir, diisytiharkan pada
empat negeri anggota (Negara baru & 16 September 1963
bersama Britain kebebasan untuk
tiga negeri)
Indonesia
 Indonesia: pada peringkat awal, menerusi menteri Luarnya,
Dr. Subandrio, telah memberikan sokongan kepada
pembentukan Malaysia
 Presiden Sukarno telah melancarkan dasar konfrontasi
menentang Malaysia secara rasmi pada 20 Januari 1963
dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’. Sukarno mendakwa
penubuhan Malaysia satu bentuk penjajahan baru dan
memastikan penguasaan British ke atas getah, bijih timah
dan minyak.
 Indonesia bertindak menyerang sempadan Johor, Sarawak
dan Sabah untuk tujuan perisikan dan pengintipan.
MAPHILINDO ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah
 30 September 1965, tentera Indonesia berjaya
menumpaskan cubaan rampasan kuasa oleh PKI –
konfrontasi semakin berkurangan
 16 Ogos 1966 hubungan diplomatik dipulihkan
FILIPINA
 Filipina - Presiden Macapagal mendakwa bahawa Sabah
adalah sebahagian daripada kesultanan Sulu yang
menjadi milik Filipina
 Tetapi pada 22 Januari 1878 Sultan Jamal Azam telah
menandatangani perjanjian dengan Baron de Overbeck dan
Alfred Dent untuk menyerahkan / memajak Borneo Utara
(Sabah)
 Sultan Sulu dan Filipina beberapa kali cuba untuk
mendapatkan kembali Sabah
 Idea penubuhan Malaysia telah membangkitkan isu tersebut
 Beliau telah memutuskan hubungan diplomatik dengan
Malaya
 British menolak tuntutan Filipina.
Masalah Brunei
 Pada awal menyokong tetapi akhirnya Sultan Brunei, Sultan Omar
Ali Saifuddin membatalkan hasrat menyertai Malaysia.
 Antara tuntutan Brunei:
- tuntut 10 kerusi parlimen
- kuasai semua hasil minyak
- kekal semua pelaburan
- kadar cukai yang rendah
 Tuntutan paling utama soal kekuasaan baginda dan hasil
minyak.
 Tentangan dari A.M. Azahari dari Parti Rakyat Brunei (PRB)
mencetuskan pemberontakan bersenjata pada 8 Dis 1962
menentang kemasukan Brunei dalam Malaysia.
Singapura Keluar Dari Malaysia

Sebab-sebab:
 Perlembagaan : isu ekonomi dan kewangan yang
melibatkan penyelarasan perindustrian dan percukaian
 Persaingan Politik PAP dan MCA: PAP melanggar
janjinya untuk hanya terlibat dalam kegiatan politik di
Singapura dan mereka berminat untuk menggantikan
MCA sebagai parti politik orang Cina. Tunku menyifatkan
PAP sebagai sebuah parti perkauman Cina dan tidak
diperlukan.
 Masalah perkauman: Orang Melayu Singapura
diabaikan dan berlaku rusuhan kaum di Singapura pada
Julai dan September 1964. Konsep Malaysian Malaysia
yang dibawa oleh PAP telah mengenepikan institusi
beraja dan mencabar kedudukan istimewa orang Melayu
– Lee Kuan Yew telah membentuk gabungan parti politik
yang menjurus kepada bentuk perkauman dan
mendesak persamaan hak dengan orang Melayu
 Perbezaan pendekatan Perikatan dan PAP: PAP mahu
mewujudkan masyarakat ‘bukan perkauman secara
serta merta’ manakala Perikatan yang diketuai UMNO
mahukan ianya ditangani secara beransur-ansur dan
tidak mahu diadakan debat secara terbuka bagi
mengelakkan berlakunya kekacauan akibat daripada isu-
isu perkauman
 Akibat daripad ketegangan yang berlaku antara kerajaan
Persekutuan dengan Singapura, pada 9 Ogos 1965
secara rasmi Singapura keluar dari Malaysia.
MALAYSIA
Penutup
 Pembentukan Malaysia melibatkan penyertaan Tanah Melayu
bersama Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak.
 Pembentukan Malaysia mendapat pelbagai reaksi daripada
pelbagai pihak.
 Penentangan daripada Indonesia (Konfrontasi Indonesia) dan
Filipina (tuntut Sabah).
 Pengisytiharaan penubuhan Malaysia dibuat pada 16 September
1963.

You might also like