TEMA 1 : PENCAPAIAN KENDIRI UNIT 1 : KECEMERLANGAN DIRI

Kumpulan 1 Ketua ; Nor Syafiqa binti Noor Suhaimi Ahli kumpulan; Nur Fahiza binti Zainudin Syazwani binti A.Wahab Anis binti Abdul Razak Shahirah Shahrini binti Komar Abadi Nur Arina binti Jalaluddin Nazira binti Sulaiman Nur Aqilah Izzati binti Daud

CIRI-CIRI KECEMERLANGAN DIRI
-Rajin berusaha -Sikap yang baik -Bertanggungjawab -Bijak mengurus masa -Hidup beragama -Mempunyai cri perwatakan yang terpuji -Kemahiran berkomunikasi dengan baik -Mengamalkan pendidikan sepanjang hayat -Mendisiplinkan diri -Menghormati orang lain -Sentiasa berusaha memajukan diri -Mempunyai nilai moral yang tinggi

MEMBUAT REFLEKSI DIRI DAN BERSIKAP BERTANGGUNGJAWAB MAKSUD REFLEKSI DIRI IALAH MEMBUAT RENUNGAN ATAU MENGIMBAS KEMBALI. CARA-CARA 1.MEMBUAT REFLEKSI DIRI SETIAP MALAM SEBELUM TIDUR. 2.MENGIMBAS KEMBALI PERBUATAN YANG BAIK DAN KURANG BAIK YANG TELAH DILAKUKAN SEPANJANG HARI 3. BERAZAM UNTUK MEMPERBAIKI DIRI. 4. BERDOA DAN MENYATAKAN SYUKUR.

MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KECEMERLANGAN DIRI
TUJUAN

; UNTUK MENGENAL PASTI CIRI-CIRI YANG

CEMERLANG DAN KURANG CEMERLANG CONTOH ;

Ciri ²ciri diriku yang cemerlang

Ciri-ciri diriku yang kurang cemerlang

Suka membaca Peramah Suka menolong orang

Menangguhkan kerja Tidak menepati masa Cepat marah

KEJAYAAN PERHUBUNGAN INTERPERSONAL
Perhubungan dua hala antara dua pihak. Pemberi maklumat menyampaikan maklumat kepada penerima. Penerima memberikan maklum balasnya kepada pemberi maklumat tadi. Komunikasi boleh berlaku dalam tiga bentuk, iaitu ; A)lisan atau verbal B)bahasa badan atau non-verbal C)simbol yang difahami oleh kedua-dua pihak iaitu pemberi dan penerima maklumat.

KOMUNKASI YANG BERKESAN
Cara-cara untuk menyampaikan komunikasi yang berkesan. a)Memahami maklumat yang disampaikan secara bukan lisan atau non-verbal. b)Memahami maklumat tersirat daripada penyataan tersurat yang disampaikan dengan meneliti perasaan yang mengiringi penyataan tersebut. c)Menanyakan soalan untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas. d)Mengelakkan daripada membuat rumusan atau andaian sebelum mendengar penjelasan yang diberikan terlebih dahulu. e)Memberikan perhatian sepenuhnya kepada orang yang bercakap dan bertentang mata dengannya.

BERTERUS-TERANG
Petua berterus-terang a)Pilih masa yang sesuai iaitu ketika kedua-dua pihak berada dalam keadaan tenang dan tidak berasa terancam. b)Fokuskan hal yang positif,bukan yang negatif. c)Fokuskan hal yang hendak dibincangkan,bukan hal peribadi mana-mana individu yang terlibat. d)Bincangkan kompromi yang dapat diterima oleh kedua-dua pihak.

CIRI-CIRI PERWATAKAN YANG TERPUJI
Setiap individu mempunyai hak-hak asasi yang tertentu yang harus diiktirafkan oleh setiap individu yang lain. Dengan adanya pengiktirafan tersebut, barulah seseorang individu tidak akan membelakangi pemikiran ,perasaan, dan kepercayaan orang lain. Justeru,sikap mengiktirafkan hak-hak asasi orang lain dapat menimbang kepada komunikasi yang baik, harmonis dan berkesan.