FALSAFAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN (ISLAM) EID 1263

SILIBUS
Nama Subjek : Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Islam Kod Subjek : EID 1263 Nama Tenaga Pengajar : Pn. Hafizah Hj Khusni Rasional penawaran subjek : Membina kefahaman yang jelas mengenai konsep falsafah dalam pendidikan, sama ada pendidikan moden atau Islam, selain dari mengupas sejarah dan latarbelakang perkembangan pendidikan Islam sebelum dan selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Mendedahkan kronologi pembentukan Falsafah Pendidikan Negara, strategi pelaksanaan pembangunan pendidikan dan isu-isu terkini mengenai cabaran pendidikan dan profesion keguruan di Malaysia.

Objektif : Objektif kursus ini ialah untuk mendedahkan pelajar dengan falsafah Barat dan Islam, falsafah pendidikan moden, falsafah pendidikan Islam, Falsafah Pendidikan Negara serta sejarah, latar belakang dan perkembangan pendidikan Islam di Malaysia. Hasil Pembelajaran :

Di akhir pembelajaran subjek, pelajar-pelajar dapat : Mengetahui aliran falsafah Barat dan Islam. Menghuraikan pendidikan dan hubungannya dengan falsafah pendidikan. Menjelaskan perkembangan pendidikan Islam di Malaysia. Mengetahui kepentingan dan keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam pembentukan dan pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia kini. Mengetahui perkembangan terkini pendidikan (Islam) di Malaysia.

falsafah pendidikan moden. Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta sejarah. pembentangan Kaedah dan Bentuk Penilaian Peperiksaan Akhir Penilaian Berterusan /Tugasan Kursus Tugasan Kursus mengandungi item berikut : Ujian/kuiz Tugasan Kumpulan/individu Pembentangan : : : 20% 20% 20% : : 40% 60% . latar belakang dan perkembangan pendidikan Islam di Malaysia dahulu dan kini. falsafah pendidikan Islam. Kaedah Penyampaian Kuliah. Sinopsis Matapelajaran ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan aspek falsafah Barat dan Islam. syarahan.

y Mengetahui konsep pendidikan kebangsaan. Sejarah perkembangan pendidikan Islam di Malaysia. y Menjelaskan perkembangan pendidikan Islam di zaman penjajahan/ semasa penjajahan y Menghuraikan perkembangan pendidikan Islam selepas kemerdekaan Tanah Melayu 1957. y Menghubungkaitkan peranan guru sebagai teras pelaksanaan pendidikan. kod etika dan nilai-nilai keguruan yang perlu diaplikasikan sebagai seorang guru dalam institusi pendidikan . pendidikan jarak jauh. Sekolah Bestari. y Mengenalpasti cabang ilmu falsafah tradisional dan moden Barat. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam pembentukan dan pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia kini. matlamat. y Menghuraikan perbezaan falsafah pendidikan Barat dan falsafah pendidikan Islam. y Mengetahui definisi falsafah. Perkembangan pendidikan (Islam) di Malaysia. y Mengenalpasti perbezaan antara konsep pendidikan menurut sarjana Barat dan Islam. TOPIK-TOPIK Aliran falsafah. y Mengetahui perkembangan pendidikan masa kini. y Menerangkan perkembangan pendidikan Islam di Tanah Melayu sebelum penjajahan. y Memahami falsafah dalam Islam dan tokoh-tokoh falsafah Islam Pendidikan dan hubungannya dengan falsafah pendidikan y Mendefinisikan pendidikan. Sekolah Wawasan. y Menghuraikan secara terperinci falsafah pendidikan guru. y Menjelaskan maksud falsafah pendidikan Barat dan Islam. y Menghuraikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari perspektif matlamat pendidikan Islam. y Menyatakan kepentingan. peranan dan kedudukan falsafah dalam pendidikan. y Menghuraikan pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan y Menghubungkaitkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan matlamat dan misi pendidikan negara. Teknologi Maklumat.

Selangor: Oxford Fajar Sdn. Kuala Lumpur: DBP . Pengajian Agama Islam & j-QAF. Pendidikan Di Malaysia: Sejarah. Mok Soon Sang. Selangor: Penerbit Multimedia Sdn. Halim Mat Diah. Bhd. (1996). Siri Pendidikan Guru. Pendidikan Islam di Malaysia: Sejarah dan Pemikiran. Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman.RUJUKAN Ahmad Mohd. Kurikulum & Profesionalisme Keguruan. Islam dan Demokrasi Pendidikan. Sistem & Falsafah. (2010). Kuala Lumpur: ABIM Abdullah Sani Yahaya. (2003). Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Metodologi dan Pedagogi Pendidikan. Perkembangan Pendidikan di Malaysia. (1989). Kuala Lumpur: ABIM. Sufean Husin. (2008). Bhd. Rujukan tambahan yang menyokong kursus. Salleh. Tanjong Malim: Quantum Books. Abd. Abd. (2003). (1989). Falsafah Pendidikan. Halim Mat Diah. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum.

BAB 1: KONSEP ASAS FALSAFAH PENDIDIKAN .

pelajar akan memahami falsafah dan keperluannya Dalam pendidikan.Pengenalan Kepada Falsafah Matlamat: Di akhir pelajaran. Pelajar mempelajari pelbagai Bentuk falsafah pendidikan .

mengkaji kebenaran. Dalam Oxfort Dictionary (1982) ditakrifkan falsafah sebagai: "Seeking after wisdom or knowledge especially that which deals with ultimate reality. ¶Philes · bererti cinta. ´Sophic· bererti hikmah. menghargai kebenaran. or with the most general causes and principles of things and ideas and human perception and knowledge of them. cinta kepada kebenaran. kaji dan hargai.DEFINISI FALSAFAH Perkataan falsafah berasal daripada perkataan Yunani philosophia. Ia bermaksud cinta kepada hikmah. kebijaksanaan atau kebenaran. physical phenomena and ethics" .

· Al-Farabi (257-339H/870-950M): ¶falsafah ialah ilmu pengetahuan tentang alam yang ada dan bertujuan untuk menyelidiki hakikatnya yang sebenar.· Rene Descartes ² Bapa Falsafah Moden.· Plato (427-347 SM): falsafah tidaklah lain daripada pengetahuan tentang segala yang ada. Aristotles (348-322 SM): ¶falsafah ialah disiplin yg menyelidiki asas & sebab segala benda. Phytagoras (500-580SM). urusan ketuhanan dan urusan kemanusiaan. Renaissance (1596-1650M): falsafah ialah satu disiplin yang dapat menjelaskan hakikat kebenaran tertinggi (ultimate truth). . ahli matematik yang terkenal m·perkenalkan falsafah dengan maksud ¶kecintaan terhadap kebijaksanaan & menggunakannya dengan maksud perbahasan tentang tabiat sesuatu.· Al-Kindi (185-252H/801-866M): ¶falsafah ialah ilmu tentang kewujudan benda-benda.

Falsafah Pendidikan . Schofield (1972): menganggap dan menerangkan falsafah sebagai proses menyoal. Horald H. mukasurat 1-18 . dan satu teori atau system pemikiran. sikap tentang hidup dan tentang alam semesta. philien (yang bermaksud mencintai) dan sophia (yang bermakna kearifan atau kebijaksanaan). 1982:75) Max Hocutt: Falsafah. satu peringkat masalah. kepercayaan dan konsep pemikiran seseorang. satu kaedah pemikiran reflektif dan penyelidikan akliah. (Endang Saifuddin. Kurikulum dan Profesionalisme Keguruan . merangkumi asas sikap. Sila rujuk Buku Mok Soon Sang.Titus: Falsafah merangkumi 4 pengertian. Sharifah Alwiah (1984): philoshopy berasal dari dua perkataan Yunani.

memberi interpretasi dan menimbangkan fakta untuk kehidupan. Mereka mencari hakikat sesuatu. Secara umumnya. dengan menganalisis makna. Falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Ahli-ahli falsafah merupakan orang yang mencintai hikmah dan berusaha untuk mendapatkannya. Falsafah tidak menambah fakta baru tetapi menilai fakta. sebab dan akibat dan berusaha mentafsir pengalaman-pengalaman manusia. falsafah mempunyai ciri-ciri seperti berikut: Merupakan satu usaha pemikiran yang mantap Tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran .

mengenai ontologi dan kosmologi Satu cabang falsafah yang mengkaji tentang perkara-perkara seperti sifat realiti. Mempersoalkan perkara-perkara seperti alam.nature" benda tersebut? Adakah sesuatu wujud tanpa pergantungan kepada deria manusia? Apakah sifat ruang dan masa? Apakah sifat akal dan berfikir? Apakah yang dikatakan manusia? Apakah yang dikatakan sedar? Adakah Tuhan wujud? . ¶perubahan·.DIMENSI/ CABANG FALSAFAH Metafizik y y Perkataan asal: metaphysic. apa yang wujud di dunia ini dan susun aturnya. Bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada perkaitan sebab-akibat. jiwa atau roh dan kehidupan Cuba memberi perhatian kepada konsep yang keadaannya tidak boleh diukur seperti ¶realiti·. y y y y Contoh soalannya: Jenis benda yang wujud? Apakah sifat "semulajadi . ¶kendiri· dan jiwa Metafizik cuba menjawab persoalan-persoalan yang jauh melampui penyiasatan saintifik.

Teori ini membahaskan tentang sumber pengetahuan dan kebenaran / kesahihan pengetahuan. . Merupakan falsafah ilmu atau lebih dikenali sebagai Teori Pengetahuan.Epistemologi Epistemologi berasal dari perkataan Episteme ² berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud pengetahuan. Logi/logos ² bermaksud ilmu.

alam sekeliling. watak Menghujahkan prinsip-prinsip moral & tingkah laku manusia. Bidang falsafah ini memikirkan tentang nilai kemanusiaan. kebaikan sesuatu masyarakat. pengalaman perseorangan & kehidupan. Terbahagi kepada 2 cabang iaitu nilai etika dan nilai estetika. kelakuan. kebaikan sesuatu kehidupan Estetika aesthesis = seni & keindahan sesuatu perkara. Contoh soalannya: Adakah terdapat perbezaan antara tindakan bermoral dan tindakan yang salah ? Jika ada. mengkaji kebaikan seseorang. benar-salah. kriteria bagi kecantikan dalam kesenian. apakah perbezaannya? Tindakan yang mana betul dan tindakan yang mana salah? Bagaimana seseorang itu harus hidup? . Ia juga dikenali sebagai teori nilai iaitu perkara yang berkaitan dengan nilai seperti tentang baik-buruk. Dilihat dari sudut penghargaan manusia terhadap objek & perkara kesenian. Etika: ethos = sifat. cantik-hodoh. objektif-subjektif.Aksiologi Aksiologi berasal daripada bahasa Yunani (axios = kelayakan/kepantasan) & (logos=ilmu pengajian mengenainya).

Terbahagi kepada dua iaitu : a)Logik induktif Bermula dengan butiran khusus.Logik Satu bidang falsafah yang mengkaji penaakulan manusia menggunakan hujah yang sistematik. penggunaan statistik untuk penyelidikan tentang aspek pendidikan. Contoh: premis 1: Semua manusia adalah fana premis 2: Ali seorang manusia premis 3: Jadi. apabila timbul 2 premis. sesuatu kesimpulan akan menyusul. kemudian membuat penaakulan terhadap butiran tersebut dan seterusnya membuat kesimpulan umum yang menjelaskannya Pengukuran dalam kajian tentang bidang pendidikan. Ia satu usaha mencari kaedah yang boleh membezakan penaakulan yang sah dan tidak sah/tidak rasional. Ali manusia yang fana . b)Logik Deduktif Taakulan menurut Aristotle.

Ia memberi panduan untuk memilih matlamat. Falsafah bertujuan memberi arah. . Bukan memberi jawapan yang tepat dan tidak boleh diubah lagi. kaedah dan tujuan. khususnya dalam agama dan pendidikan.Tujuan Falsafah Falsafah berusaha memberikan pandangan yang komprehensif mengenai manusia dan alam keseluruhannya.

Kemudiannya falsafah berkembang & menjadi kpd pelbagai pendekatan yg terpisah satu dgn yg lain. RUSSELL berpendapat: bidang sains [ FALSAFAH ] bidang teologi Sains: ilmu empirikal studies.rasa ingin tahu ² guna kaedah pemerhatian. Lahirlah ilmu-ilmu khusus dr ilmu falsafah induk sprt matematik. fizik. pengamatan ² guna makmal ² ujikaji Ilmu ketuhanan: ilmu yang diperolehi melalui wahyu yang datang dr Allah swt Ilmu falsafah: ilmu memperolehi kebenaran bermula dengan keraguan kemudian penaakulan dgn akal utk menyelami keraguan & mendapatkan jawapan.KEDUDUKAN BIDANG FALSAFAH Bidang ini berkembang sejak 2500 th dahulu Falsafah diakui sbg induk ilmu pengetahuan y mampu menjwb segala pertanyaan ttg sesuatu & segala mcm masalah. Sehingga akhirnya falsafah tinggal sbg disiplin ilmu y cuba menjawab persoalan yg tidak dapat dijelaskan oleh ilmu2 khusus. psikologi dll. .

CONTOH: AIR Perbezaan antara sains. 2 bhgn hidrogen :H2O Bidang falsafah: pengkajian tentang kebenaran mengapa air diwujudkan? Apakah kepentingan air? Bidang Teologi: mengkaji persoalan tentang siapakah yang berkuasa dan bertanggungjawab mencipta dan mewujudkan air? . hasilnya kebenaran air terdiri dari 1 bhgn oksigen. falsafah. teologi (agama) Bidang sains: mengkaji kebenaran kewujudan air dari segi komposisinya dgn menjalankan proses elektrolisis di makmal sains.

24 . m/s 18 .FALSAFAH UMUM BARAT Metafizik Epistemologi kebenaran sbg idea Aksiologi mematuhi Tuhan IDEALISME alam fikiran kerohanian REALISME Alam kebendaan Jirim dan bentuk ‡ Yang diperseps i kebenaran sbg fakta Hukum tabii/sifat semulajadi PRAGMATISME Alam pengalaman Interaksi dgn persekitaran kebenaran sbg pngalaman Nilai-nilai bersifat umum EKSISTENSIALISME Alam kewujudan kebenaran pilihan indiv kebenaran bergtg kpd individu Rujukan: Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum.

Tokoh: Metafizik: Epistemologi: Plato. kefahaman. krn membentuk pelajar. celik akal. pelajar 100% belajar d dari guru 100%. Bersifat mutlak kerana dtg dr tuhan. jiwa. buku: The Republic Realiti dpt ditransformasikan ke dlm btk fikiran & rohani Kebenaran sebagai idea yg berada di alam pemikiran. penaakulan.IDEALISME Mazhab terawal Fokus pada akal. Guru penting. rohani Kebenaran boleh dicari menggunakan penaakulan berterusan BUKAN kebendaan. cantik dsb dr segi asasnya tidak berubah dr satu generasi ke satu generasi. Apa yang diberi oleh guru hanya itu sahaja yg dipelajari Aksiologi: Pendidikan: . Pengetahuan wujud dlm bentuk fikiran sprt ingatan. Apa yang dikatakan bernilai baik.

Tidak timbul soal minat untuk belajar atau tidak. Epistemologi: pengetahuan adalah hasil interaksi dgn alam kebendan . Pengalaman dlm hidup menyebabkan pelbagai pengetahuan dlm otak. Minat akan timbul hasil dari strategi pembelajaran oleh guru . Manusia menemui objek melalui deria.REALISME Dikenali sebagai materialisme. Manusia lahir dgn fikiran. Pelajar mesti belajar. k·fhm·n @ingatan. Masyarakat terima sbg nilai. Metafizik: Fokus kepada objek dan jirim melalui pancaindera. namun pemikiran mesti selaras dgn kewujudan di alam nyata. maka ia bernilai Pendidikan: Guru penting kerana tentukan apakah perkara yg akan dipelajari pelajar. W/p sesuatu wujud dalam alam fikiran. lalu mencari sebab musabab yg berkaitan dgn objek & jirim di alam nyata. Bukan teori. kefhm. Aksiologi: Nilai dirujuk kpd sejauhmanakah ianya diterima & tidak bertentangan. ingatan yg kosong. Kebenaran adalah merujuk kepada bebas daripada peggunaan akal sematamata. Tokoh Aristotle.

eksperimentalisme. p·mbinaan semula) Kebenaran bergantung kpd hasil akhir sesuatu tindakan. m·yebab·n sukar menentukan realiti. inkuiri penemuan adlh baik. berkembang dan tumbuh. dari sudut mana ia hendak dilihat & dipraktikkan Pendidikan pelajar mudah mendapat ilmu pngtahuan skiranya d beri pengalaman. Epistemologi pengetahuan lahir dari pengalaman & p·hbgn antara mnusia & persekitaran. Fokus kpd pengalaman (b·asaskan p·ubahan. William James.PRAGMATISME Lahir selepas idealisme & realisme pd abad ke 19 di Amerika Syarikat. Pemikiran semata tanpa pengalaman. Manusia perlu menyelesaikan masalah melalui proses dan pengalaman semasa. Charles Darwin. Dikenali sebagai functionalisme. Metafizik fahaman ini menolak konsep metafizik. empirisme. relativiti. Kaedah eksperimen. kerana ianya tidak boleh diukur. Juga kpd idea yg mampu membawa keuntungan.proses. Pelajar adalh individu yg aktif dlm proses pembelajaran. . Manusia dan alam adalah dinamik dan sentiasa berubah. lalu berlaku proses p·belajaran Aksiologi persoalan nilai sangat bergantung kpd situasi. Tokoh: John Dewey.

Pelajar m·gunakan pengalaman. pmbljrn & pengalaman sendiri. Jean-Paul Satre. Msyrkt tidak menentukannya. k·mahiran intelek bg capai matlamat. . Fhmn ini krg smbtn. sistematik & b·struktur. Tokoh: Soren Kierkegaad. krn krg sistematik & bercampur baur. B·sifat peribadi & bebas m·ikut keperluan individu.EKSISTANSIALISME Wujud slps Perang Dunia ke-2. minat yg spesifik/ berbeza. Soal nilai adalh milik individu. Epistemologi pengetahuan individu b·punca dr pengalaman & p·sekitarannya. Aksiologi nilai jga b·sifat relatif kpd individu & tidak muktamad. Dikenali falsafah (moden) org Eropah. bhn yg b·kaitan dgn k·perluan. Pendidikan tiada kurikulum yg tetap. Metafizik realiti adalah kewujudan individu. Fokus kpd kebebasan individu. Tujuan: kmbg potensi diri & kesejahteraan diri. Fredrich Wilhelm Nietzsche. Martin Buber. krn setiap individu punyai keperluan. Bergantung jga pd p·sekitaran y dipilih (secara bebas) oleh individu. Pelajar digalakkan m·jlnkan projek yg boleh m·najamkan k·mahiran. Bersifat relatif & berubah ikut kesesuaian masa & keadaan. Individu bebas membuat pilihan. P·kmbgan individu b·laku slps k·wjudan.

Melalui istilah Socrates inilah yang menjadi begitu popular lantaran ianya diikuti oleh ramai ahli Falsafah berikutnya sehingga munculnya Falsafah Islam seperti Farabi dan Ibnu Sina yang memberi erti yang sama. Perkataan falsafah sebenarnya berasal daripada istilah Yunani. Socrates menganggap dirinya sebagai philosophos untuk membezakan dirinya dengan golongan Sophist(Sophisme/Sufasta'iyyin) yang diasaskan oleh Protagoras. keutamaan). Pokok pemikiran Sophisme ialah bahawa segala sesuatu itu berubah-ubah dan tidak tetap. Ini bermakna bahawa kebenaran yang hakiki tidak tercapai dan tidak akan tercapai. Ia membawa maksud "al-bahsu" (pengetahuan.SEJARAH FALSAFAH Ahli-ahli sejarah menyatakan bahawa Pythagoras yang berasal dari Yunani (sekarang Greece) (500-580 SM) adalah pengasas dan orang yang mula-mula menggunakan lafaz atau istilah Falsafah. Nilai-nilai moral yang dianggap baik dan abadi tidak penting lagi kerana apa yang dianggap baik pada hari ini sudah dianggap tidak baik pada hari esok. Philo (cinta) dan Sophos (hikmat. Pythagoras telah menggelarkan dirinya sebagai philosophos atau pencinta kebijaksanaan (Lover of Wisdom). Sebab itu tidak ada ukuran yang tetap tentang benar dan salah atau baik dan buruk. Dengan ini Socrates memberi maksud Falsafah itu satu ilmu untuk mencari sebab dan kebenaran kepada punca sesuatu. Mengenai Socrates peranannya yang besar ialah menghadapi kaum Sophist melalui proses dialog untuk mencari kebenaran. kebijaksanaan).Oleh kerana kebenaran hakiki tidak tercapai maka tiap-tiap pendirian boleh dibenarkan. kebijaksanaan. . Ada juga yang mengatakan Socrates yang mula2 m·gunakan istilah Falsafah.

PERKEMBANGAN FALSAFAH ISLAM Perbahasan tentang falsafah Islam berkisar kepada masalah asas dalam epistemologi iaitu. Namun perkembangan falsafah Islam menjadi semakin matang dan meluas melalui faktor utamanya iaitu penterjemahan karya-karya dari falsafah Yunani kedalam pemikiran Islam . (1) sumber wahyu (2) akal Sejak dari dulu hingga sekarang persoalan-persoalan tentang dua sumber inilah yang terus menerus diperdebatkan sehingga timbul beberapa aliran dan mazhab dalam pemikiran Islam.

Keduanya menyebut sebagai bid'ah dan Ketiga tidak boleh diingkar. Al-Farabi. Bahagian pertama menghukumkannya sebagai kufur. Ibnu Sina dan Ibn Rusyd. Sehingga Imam Ghazali menjustifikasikan kepada tiga bahagian.Golongan pertengahan. . Disinilah lahirnya ahli-ahli Falsafah Islam seperti Al-Kindi.Golongan yang menentang seperti Ibnu Solah berpendapat bahawa penterjemahan falsafah Yunani ini akan memberi kesan kepada kesesatan serta penyelewengan akidah. 3. mereka menerima dan mengambil beberapa kajian serta kritikan bagi apa yang dinilai baik mahupun yang tidak baik. Beberapa ahli sejarah berpendapat bahawa perpindahan dan penterjemahan falsafah Yunani ini bermula pada zaman Khalifah Al-Abbasi Al-Makmun pada tahun 215 Hijrah. Walaubagaimanapun perpindahan dan penterjemahan falsafah Yunani ini bukan mudah untuk diterima oleh semua orang Islam. Sehinggakan terdapat beberapa pendapat yang mengharuskan dan menentang penterjemahan ini.Golongan yang memandang mulia dan taajub. Golongan ini termasuklah Muktazilah dan Al-Asya'irah. 1. 2.

Al-Farabi. Ibnu Sina dan Ibn Rusyd. . Ini bermakna mereka tidak menjadikan falsafah Yunani sebagai sumber rujukan asal tetapi menggunakan Alquran sebagai sumber utama kemudian berusaha mencari titik pertemuan antara kedua-dua sumber tersebut. Mereka menghadapi dan mempelajari falsafah Yunani dengan tekun dan mengambil kajian beberapa karya-karya penting khususnya daripada Aristotle dan Plato serta melakukan kritikan terhadap ahli-ahli falsafah Yunani tersebut. Mereka tidaklah mengambil falsafah Yunani secara taklid buta bahkan memelihara kandungan-kandungan sumber utama mereka iaitu Al-quran.Al-Kindi.

manusia tidak boleh berdiri sendiri. Cth. nilai baik. kerana ianya ditentukan oleh Allah swt. tetapi juga wahyu Allah swt. Ciri k·sepaduan antara akal & agama m·bolehkan manusia m·mahami p·aturan alam ciptaan Allah. Nilai bersifat mutlak. sprt sains bg m·bina tamadun ilmu. Keterbatasan akal m/perlukan manusia b·gantung kpd bantuan wahyu/Allah. Islam mengintegrasikan ilmu wahyu dan ilmu akal. . masa & keadaan. tidak berubah m·ikut tempat. Namun ilmu wahyu m·jadi sumber utama epistemologi. Dlm setiap gerakan perlu merujuk kpd konsep ketuhanan. Manusia tidak m·gunakan 100% akal logik w/p manusia tinggi martabatnya b·bdg haiwan krn memilik akal.FALSAFAH ISLAM Metafizik Epistemologi Aksiologi Logik Islam yakin keseimbangan alam yg wujud adalah b·dasarkan sunnatullah / ketentuan Allah yang sistematik. sempurna. Namun ketetapan ini tidak b·canggah dgn apa yg difikirkan manusia. Persoalan metafizik tidak boleh dilihat m·gunakan rasional akal & pancaindera semata2. Ia b·sifat kekal & tetap.

Falsafah adalah penaakulan yang bijaksana untuk mendapat kebenaran. tugas & tanggungjawab. diikuti dan diamalkan. Kebenaran akan menjadikan kehidupan bermakna. Untuk tujuan itu. Kebenaran perlu menjadi aktiviti dlm kehidupan. adalah kebenaran. . kemantapan ilmu. Falsafah dalam Islam mesti berteraskan kpd garis panduan @ ketetapan drpd Allah swt. Kesimpulannya: kebenaran adalah sesuatu yg perlu dicari. lantas manusia mendapat kebaikan daripadanya. dan keteguhan nilai adalah pra syaratnya. adalah mendekati kebenaran. Manusia perlu dididik dgn asas yg ditentukan oleh Allah swt. ketajaman akal. Jika. demi melaksanakan peranan. Falsafah dalam Islam tidak bercanggah dgn kehendak atau prinsip yg terdapat dalam ajaran Islam. Sains Falsafah Agama adalah mencari kebenaran.

AKHIR KALAM. suci dari kekurangan dan bersifat menyeluruh. Oleh sebab itu. Islam tetap membuka ruang kepada pemikiran manusia. Tugasan tutorial TOKOH FALSAFAH ISLAM . sempurna. ianya adalah agama wahyu yang bersifat rabbani. Islam bukanlah falsafah. mutlak datang dari Allah SWT. dan sesuai di semua tempat.. Namun. masa dan zaman. segala pemikiran dan kebijaksanaan manusia dalam aspek-aspek kefalsafahan akan membentuk falsafah Islam jika ianya merujuk kepada neraca Islam. anjal (flexible).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful