You are on page 1of 51

BAB 8

IMPLIKASI FALSAFAH
DALAM PTV
CABANG FALSAFAH
PENDIDIKAN
METAFIZIK
 Takrif ringkas : mengenai realiti
 Persoalkan perkara seperti :
 Apa dia hidup ?
 Apa dia fikiran dan hasil fikiran ?
 Persoalkan perihal adanya Tuhan atau tidak

 Persoalan ini tidak hasilkan jawapan yang


dapat diterima sebulat suara oleh ahli
falsafah
EPISTEMOLOGI
 Takrif ringkas : mengenai pengetahuan
 Persoalkan perkara seperti :
 Apakah sumber-sumber pengetahuan ?
 Sejauh manakah sumber-sumber ini boleh
dipercayai?
 Apakah kebenaran ?

 Temuan & rumusan yang dibuat untak


keperluan pendidikan, berlandaskan
pemikiran mazhab falsafah yang dipegang
oleh pendidik tersebut
AKSIOLOGI
 Takrif ringkas : mengenai nilai
 Di bahagi kepada dua :
 Etika : beri perhatian kepada kualiti moral
dan tingkah laku
 Estetika : tentukan kriteria bagi kecantikan,
pengalaman, alam sekeliling dan
kehidupan
PRAGMATISME
Definisi Pragmatisme
 Berasal daripada perkataan Greek iaitu ‘pragma’ yang
bermaksud ‘kerja’.
 Pragmatisme bermaksud kaedah mengatur dan
mengurus perkara yang harus dilakukan oleh seseorang,
pembinaan kehidupan manusia dan mencari keperluan.
 Turut dikaitkan dengan teori makna (theory of meaning).
 Juga dikenali sebagai ‘eksperimentalisme’ iaitu
berdasarkan penekanan utama terhadap pengalaman.
 Ia menggambarkan interaksi antara organisme manusia
dengan persekitarannya.
 Idea manusia mengenai alam adalah neutral dan ini
bermaksud realiti adalah interaksi antara manusia dan
alam sekeliling.
Objektif Falsafah Pragmatisme
 Menolak semua punca yang membawa
kesan negatif kepada masyarakat
 Manusia mestilah menerima perubahan.
 Cara dan matlamat pendidikan mestilah
fleksibel dan terbuka.
 Interaksi manusia dengan persekitarannya
juga akan memberikan makna realiti.
Tokoh Falsafah Pragmatisme
i) Charles Sanders Pierce
 Merupakan seorang yang berminat
terhadap sains dan matematik.
 Beliau telah cuba memasukkan
pemikiran saintifik ke dalam falsafah dan
masyarakat.
 Mengatakan peningkatan ilmu adalah
dengan mewujudkan tabiat rohani yang
boleh menguji idea melalui pemerhatian,
pengujian dan persoalan.
ii) William James
 Merupakan seorang ahli psikologi dan
teologi yang mempunyai kecenderungan
di dalam sistem nilai-nilai keagamaan dan
kepercayaan.
 Beliau berpendapat, perasaan dan logik
sangat penting kepada rational dan
memberi isu-isu besar terhadap
kehidupan, nilai-nilai dan kepercayaan
agama.
 Beliau mempercayai sesuatu yang berlaku
sepertimana yang difikirkan adalah benar.
iii) John Dewey
 Merupakan seorang yang sangat terkenal
dalam falsafah ini.
 Seorang ahli sains, teknologi, pendidik dan
juga ahli falsafah yang telah banyak
menghasilkan karya mengenai pragmatisme.
 Berpendapat pengalaman, kepintaran dan
masyarakat merupakan alat untuk
memperkembangkan minda.
 Melaluinya manusia dan ahli masyarakat
boleh menyelesaikan semua masalah.
 Dapat mencetuskan demokrasi di dalam
kehidupan.
 Beliau juga berpendapat idea-idea tradisional
hendaklah dikaji dan dimasukkan semula di
dalam perkembangan minda.
 Manusia melakukan sesuatu dan bertindak
balas terhadap persekitarannya.
 Begitu juga dengan persekitaran yang akan
bertindakbalas terhadap manusia.
Metafizik Pragmatisme
 Metafik iaitu kajian mengenai realiti ditolak dan
dianggap sebagai satu bidang falsafah yang
tidak sah oleh semua ahli falsafah pragmatisme.
 Mengikut falsafah pragmatisme, realiti
ditentukan oleh pengalaman yang dirasai oleh
deria seseorang individu.
 Manusia tidak dapat mengetahui sesuatu yang
tidak pernah dialaminya dan tiada di dalam
pengetahuannya.
 Oleh itu, persoalan mengenai hakikat semulajadi
manusia yang sebenar dan alam sejagat tidak
dapat dijawab kerana persoalan ini terkeluar
daripada pengalaman manusia.
Epistemologi Pragmatisme
 Menurut falsafah pragmatisme, manusia adalah
di ‘dalam’ dan ‘dari’ dunia persepsinya sendiri.
 Semua yang diketahui adalah perihal dari
kejadian atau fenomena yang sentiasa berubah
seterusnya membentuk pengetahuan dan
pengalaman manusia yang turut berubah-ubah.
 Kebenaran ialah sesuatu yang berlaku
terhadap sesuatu idea.
 Apa sahaja yang dikatakan benar pada sesuatu
masa atau keadaan harus dianggap
berkemungkinan berubah pada masa dan
situasi lain.
Aksiologi Pragmatisme
 Aksiologi berusaha menentukan apa yang bernilai
dari segi etika dan estetika.
 Mengikut falsafah pragmatisme pula, nilai lahir
daripada keadaan manusia.
 Manusia adalah sebahagian daripada masyarakat.
 Oleh kerana itu, akibat daripada tindakan manusia
sama ada baik atau buruk terhadap masyarakat
bergantung kepada kesannya.
 Jika sesuatu tindakan menunjukkan kesan yang
baik terhadap masyarakat, maka nilai tindakan
tersebut dibuktikan sebagai baik dan begitu juga
sebaliknya.
 Oleh itu, jelaslah disini nilai etika dan estetika di
dalam falsafah pragmatisme bergantung kepada
keadaan dan situasi yang timbul secara relatif.
 Nilai tidak dapat wujud kerana kebenaran itu
sentiasa relatif dan tertakluk kepada sesuatu
situasi.
 Namun begitu, pertimbangan mengenai nilai
turut diberikan perhatian dan amat berguna di
dalam usaha ke arah kehidupan yang lebih baik.
IMPLIKASI PRAGMATISME
DALAM PTV
 PTV lebih pentingkan kemahiran teknikal
berbanding akademik.
 Latihan amali dijalankan di bengkel dan
kilang perusahaan (Van Scotttes, 1979)
 Perspektif Pragmatisme – PTV pentingkan
pengalaman dan penyelesaian masalah.
Pendapat ahli pragmatisme mengenai nilai :
 Berubah - dahulu PTV tidak begitu
diminati oleh ibu bapa dan
dipandang rendah
- kini masyarakat telah sedar
kepentingan pendidikan ini
 Berkemungkinan - sesuatu penyelesaian
masalah mungkin sesuai untuk suatu
masa tertentu tetapi tidak pada masa yang
lain
 Timbul dari kehendak sosial dan individu -
Idea yang baik perlu bagi memajukan
teknologi berdasarkan kehendak pasaran.
 Mempunyai konsekuens awam -
Kepentingan masyarakat dititikberatkan
dan diambil kira sama ada sesuatu
perkara itu baik atau buruk.
 Tidak universal - Setiap kelompok
masyarakat yang perlu mengikut citarasa
umum yang berbeza mengikut
kebudayaan.
PROGRESIVISME
PROGRESIVISME

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi


ketiga, terbitan tahun 2000, mentakrifkan
bahawa progresivisme berasal dari
perkataan progresif membawa maksud
menuju ke arah pembaikan atau kemajuan.
Pengenalan
 dibentuk di Amerika Syarikat pada pertengahan
tahun 1920-an. Ia muncul daripada pragmatisme dan
kemudian dibentuk untuk pendidikan oleh John
Dewey.

 Pada tahun 1915, terbit bukunya yang pertama


Schools of Tomorrow, dan empat tahun kemudian
pertubuhan pendidikan progresif ditubuhkan.

 Kesan dirasai setelah 30 tahun pertubuhan ini


bergerak. Pada peringkat awal ia bersifat
individualistik. Ideologi ini lebih baru jika
dibandingkan dengan ideologi humanisme klasik.
Samb..

 Pendidikan progresif sangat masyhur dalam


menentang sesetengah daripada pendapat
dan praktik pendidikan tradisi.

 menentang autoritarianisme dan menyokong


pengalaman manusia sebagai asas untuk
mendapatkan pengetahuan.
Prinsip-Prinsip Fahaman Progresivisme

 Pendidikan seharusnya merupakan suatu


proses yang aktif dan dibina oleh aktiviti-
aktiviti yang timbul daripada kehidupan
kanak-kanak.

 Pembelajaran mesti dipusatkan kepada


penyelesaian masalah dan bukan berbentuk
arahan sahaja.
Samb..
 Perkara-perkara yang ditentang oleh para pendidik
progresif antaranya ialah:

1. Guru yang autoritarian.

2. Perihal bergantung kepada kaedah mengajar


yang memberatkan buku.

3. Pembelajaran pasif dengan cara mengingat mklumat


data dan fakta.

4. Falsafah pendidikan yang cuba mengasingkan


pendidikan daripada kenyataan sosial.

5. Menggunakan hukuman fizikal sebagai suatu


bentuk disiplin.
Implikasi Fahaman
Progresivisme

1. Tujuan Pendidikan
2. Kandungan
2. Agensi
3. Kaedah
4. Kritikan ke atas Progresivisme
1. Tujuan Pendidikan

 tujuan pendidikan yang paling penting ialah


membantu individu mencapai personaliti
yang sempurna.

 suatu pendidikan untuk mencapai manusia


yang sempurna dan memperkembangkan
tingkah laku peribadi.
2. Kandungan
 kurikulum yang berdasarkan kepada pengalaman hidup.
Kurikulum pendidikan progresif mengandungi pengalaman
hidup yang sebenarnya.

 menentang bookish content curriculum yang diberi


kepada guru.

 kurikulum seharusnya dibina daripada semua aktiviti dan


pengalaman kanak-kanak.
3. Agensi

 institusi pendidikan perlu bekerjasama


dengan agensi sosial yang lain untuk
mencapai aspirasinya.
4. Kaedah

 Metodologi bagi progresivisme ialah ujikaji


dan juga sosial.

 Bilik darjah yang menggalakkan aktiviti


kumpulan.

 elemen yang penting dalam proses


pembelajaran ialah persidangan,
perbincangan, perancangan dan penglibatan.
5. Kritikan ke atas Progresivisme

 Kritikan yang dibuat ke atas progresivisme


iaitu:

1. Sekolah progresivisme gagal melatih


kanak-kanak membaca dan menulis.

2. Progresivisme adalah anti intelektual.


REKONSTRUKTIVISME
PENGENALAN
Rekonstruktivisme merupakan falsafah pendidikan yang
dipecahkan daripada aliran fahaman progresivisme dan
menjadi suatu falsafah sendiri.

Pelopor utama - George S. Counts (1899-1974) dan


Harold O. Rugg (1886-1960).

Golongan yang bermazhabkan falsafah ini berpendapat


bahawa nilai adalah hasil ciptaan manusia dan relatif
mengikut kepercayaan, masa dan tempat.

Rekonstruktivisme menentang pandangan


progresivisme yang terlalu memberi tumpuan kepada
pendidikan berpusatkan pelajar.
Ahli-ahli rekonstruktivisme berpendapat falsafah
pendidikan progresivisme hanya sesuai digunakan dalam
masyarakat yang stabil.

Aliran fahaman rekonstruktivisme mula menjadi perhatian


dalam tahun 1950-an, apabila Theodore Burghard Hurt
Brameld (1904-?) menggabungkan teori progresivisme
dengan behaviorial sains sebagai asas rekonstruktivisme.
Mengikut mereka, teori progresivisme yang menyarankan
kaedah penyelesaian masalah tidak mempunyai objektif
dan nilainya, dan cara yang berkesan untuk mengkaji
masalah sosial ialah teknik perbincangan, yang akan
dapat mencapai matlamat penyelesaian masalah sosial,
dan seterusnya membentuk masyarakat sosial yang
harmoni dan sempurna.

Secara ringkasnya , teori rekontriktivisme menekankan


teknik perbincangan dan penggunaan kemahiran berfikir
kritis dan kreatif dalam menyelesaian masalah
Prinsip-Prinsip Dasar
Rekonstruktivisme
Prinsip 1: Tujuan utama pendidikan ialah mengembangkan
rancangan-rancangan untuk pembaharuan sosial.

Prinsip 2: Ahli pendidik mestilah melaksanakan tugas prinsip 1


secepat mungkin.

Prinsip 3: Masyarakat baru mestilah melaksanakan konsep


demokrasi tulen di mana institusi dan bahan-bahan utama dikuasai
oleh ahli masyarakat itu sendiri.

Prinsip 4: Orang awam mestilah dipujuk untuk menyusun semula


keadaan masyarakat yang mereka tinggal, dan pujukan ini patut
dimulakan di sekolah.
Prinsip 5: Kaedah-kaedah dan tujuan pendidikan hendaklah
dapat memenuhi kehendak-kehendak krisis kebudayaan
yang sedang berlaku dan disesuaikan pula dengan konsep
sains tingkah laku.

Prinsip 6: Kanak-kanak, sekolah dan pendidikan dibentuk


oleh tekanan sosial dan kebudayaan.
Implikasi Fahaman
Rekonstruktivisme
Tujuan Pendidikan
 Rekonstruktivisme masih berpegang kepada falsafah
pragmatisme dan prinsip-prinsip progresivisme, tetapi
sebagai tambahan ia memasukkan pembentukan
semula masyarakat yang eksplisit sebagai matlamat
utama pendidikan.

Pembentukan masyarakat
 Theodore Bremald, seorang ahli rekonstruktivisme
melihat rekonstruktivisme sebagai falsafah krisis yang
merupakan saripati masyarakat demokratik.
Sekolah Dan Guru
 Ahli-ahli rekonstruktivisme mempercayai bahawa
sekolah boleh memainkan peranan untuk membentuk
masyarakat baru yang lebih baik.
 Peranan guru juga bukanlah hanya menyampaikan
pengetahuan sahaja tetapi ia berperanan untuk
menimbulkan isu-isu sosial yang dianggap penting.

Kepercayaan
 Ahli-ahli rekonstruktivisme menaruh kepercayaan
sepenuhnya kepada penemuan-penemuan hasil kajian
sains tingkah laku.
EKSISTENSIALISME
Pengenalan
 Muncul di Eropah selepas Perang Dunia
Pertama.

 Kamus DBP, Edisi ke-3 (2000):Fahaman


(falsafah) moden yang menekankan
pentingnya pengalaman manusia, dan
bahawa setiap manusia (pada akhirnya)
bertanggungjawab atas segalanya tindak-
tanduknya.
tanduknya
Asas Fahaman Eksistensisme
Bermula dengan tumpuan kepada
kewujudan seseorang individu

Manusia tidak berhutang sesuatu pun kepada alam ini

Kewujudan manusia mendahului kepentingannya

Kewujudan nilai asas bagi dirinya dan


manusia bertanggungjawab ke atas nilai asasnya
Manusia mengetahui Kewujudan seseorang itu merupakan
hanya melalui pengalamannya nilai asas bagi dirinya

Fahaman Eksistensialisme

Jangan mengikuti & mematuhi norma


Manusia bertanggungjawab
nilai sesuatu masyarakat @ institusi terhadap tindakannya
masyarakat semata-mata
Pandangan Ahli Falsafah
Van Scottes, Kraft dan Haas (1979):
 Terlalu individualistik dan juga terlalu
bergantung atas faktor-faktor yang terlalu
subjektif.

 Premis asas: Manusia bertanggungjawab


terhadap dirinya sendiri untuk menetapkan
matlamat dan mebuat keputusan yang
bebas daripada norma-norma kumpulan.
Percanggahan pendapat:

 Sekumpulan mereka didapati memberi


penekanan yang lebih kepada individualisme.
Manakala sekumpulan yang lain masih memberi
penekanan kepada perhubungan individu dan
masyarakatnya.
Implikasi Falsafah
Eksistensialisme kepada PTV

 Sukar untuk mengadakan sekolah berlandaskan


falsafah eksistensialisme.
 Apa yang mungkin, ialah kewujudan individu guru
atau pelajar yang berfahaman eksistensialisme.
Kurikulum Eksistensialisme
-Tidak tetap dan tidak dapat ditentukan
-Kaedah-kaedah pendidikan yang sesuai digunakan
-Sukar untuk menyatakan bahawa sesuatu mata
pelajaran sekolah itu lebih penting daripada yang lain

Guru eksistensialisme
Implikasi -Menilai & menghargai kebebasannya
Falsafah -Menghormati kebebasan pelajar sepertimana dia
menilai dirinya sendiri
Eksistensialisme
-Tidak mengenakan disiplin kepada pelajar-pelajarnya
kepada PTV -Membantu setiap pelajar untuk berjaya dalam usaha
mencari kesedaran-kendiri.

Pelajar eksistensialisme
-Bertanggungjawab terhadap setiap perkara
-Diberi kebebasan untuk memilih
-Bertanggungjawab ke atas pilihannya
KESIMPULAN
KESIMPULAN
 Setiap falsafah pendidikan yang dibincangkan dalam
tajuk ini iaitu falsafah pragmatisme, progresivisme,
rekonstruktivisme dan eksistensialisme , masing-masing
mempunyai kekuatan dan kelemahannya sendiri.
 Tidak ada persetujuan yang dicapai di kalangan
pembuat dasar, perancang kurikulum, pentadbir sekolah,
guru, pelajar dan masyarakat umum; yang mana satu
untuk diamalkan.
 Perlaksanaan pendidikan di negara ini baik pendidikan
teknik dan vokasional (PTV) atau aliran sains adalah
berlandaskan kepada matlamat-matlamat ataupun
dasar-dasar kerajaan yang memerintah.

You might also like