You are on page 1of 33

Pengenalan

Di Malaysia, setiap satu kematian daripada lima kematian adalah


akibat daripada merokok. Merokok merupakan penyebab utama
kematian awal yang mampu diubah. Dianggarkan seramai 10,000
rakyat Malaysia mati setiap tahun akibat merokok. Penyelidikan
dan kajian pada awal tahun 1950-an dan 1960-an telah
mengumpulkan banyak bukti epidemiologi berkaitan dengan impak
merokok terhadap kesihatan. Penyelidikan “cohort studies”, “case
studies” dan sumber data-data yang lain telah menghasilkan bukti-
bukti yang konsisten dan meyakinkan tentang hubungkait
penggunaan tembakau dan merokok dengan penyakit-penyakit
pulmonari dan kardiovaskular yang serius serta kaitannya dengan
penyakit-penyakit neoplastik.
PUNCA-PUNCA
MEROKOK
PENGARUH RAKAN SEBAYA
 rakan sebaya di alam persekolahan adalah kumpulan
rujukan para remaja yang memberi sokongan moral kepada
muda-mudi dalam mencari identiti diri dan pembentukan
imej mereka.

Rakan sebaya memberi peluang untuk mengikut


standard kumpulan itu daripada aspek-aspek pakaian,
pergaulan, pertuturan, orientasi kepada muzik, tarian dan
lain-lain.

Masalah timbul apabila pendedahan selama ini hanya


merangkumi nilai-nilai yang buruk dan bukan yang baik yang
seterusnya membawa kepada keruntuhan disiplin dan moral
mereka.
IBU BAPA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
 Tanpa hubungan yang baik anak-anak akan merasa diri mereka tidak
diberi perhatian, tidak diperlukan dan tidak disayangi.

 Anak-anak ini kemungkinan akan melibatkan diri dalam masalah


disiplin.

Bukti ini bertepatan dengan pendapat Hassan Mohd Ali (1997) yang
menyatakan bahawa peranan ibu bapa seringkali dikaitkan dengan
pembentukan tingkah laku, sahsiah, dan moral anak-anak.

Mereka juga adalah “role model” yang terdekat dengan anak-anak untuk
dicontohi.

 Segala tindak tanduk sama ada yang baik atau buruk akan diperhatikan
dan diikuti oleh anak-anak.

 Malangnya anak-anak akan cepat terikut dengan contoh yang


buruk daripada yang baik.
Bahan penyebab ketagihan
 Tembakau sama ada dihisap, dikunyah atau disedut mengandungi
NIKOTIN iaitu satu bahan penyebab ketagihan yang kuat dan
mengandungi kira-kira 4,000 bahan kimia dan 43 daripadanya
diketahui adalah karsinogen(penyebab kanser).

 Kriteria-kriteria
* Meningkatkan reseptor dopamine.
* Menyebabkan pergantungan secara fizikal dan psikologikal.
* Menyebabkan gejala gian (withdrawal).
* Menyebabkan penggunaan bahan secara berterusan (compulsive).
• Rokok memenuhi semua kriteria di atas sebagai bahan yang
menyebabkan ketagihan.
Nama lain tembakau adalah nicotina tobacum
• Terdapat 67 spesis yang kebanyakannya tertumpu
di hemisfera barat.

• Diperkenalkan oleh Puak Indian Amerika Utara

• Dibawa oleh Christopher Columbus Ke Eropah


pada kurun ke-16.

• Diberi nama sempena Jean Nicot, diplomat


Perancis yang memperkenalkannya ke Perancis
selepas kurun ke-16.

• Sejak itu penggunaan tembakau menular ke


seluruh dunia.
Bahan kimia dalam asap rokok
• Aceton (penanggal cat)
• Methanol (bahan api roket)
• Naftalen (ubat gegat)
• Toluene (bahan pelarut)
• Cadmium (bahan bateri kereta)
• Vinylchlorida (bahan pembuat PVC)
• Toluidine (pelarut industri)
• Ammonia (pencuci lantai)
• Hidrogen sianida (racun yang digunakan di bilik gas)
• Arsenik (racun anai-anai atau semut)
• Phenol (pembersih)
• Butane (cecair pemetik api)
• DDT (racun makhluk perosak)
• Pyrene
• Benzopyrene
• Urethane
• Nickel
• Polonium
• Nikotin (racun serangga)
• Karbon monoksida (gas ekzos kereta)
• Tar (minyak tar jalan)
KESAN-KESAN MEROKOK KE
ATAS TUBUH BADAN
~PEROKOK~
KESAN ASAP ROKOK ~ KEPADA SI PEROKOK

Otak  Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen


menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya

Telinga  Mengurangkan kadar pengairan darah boleh menyebabkan pekak.

Mata Mata berair, radang mata yang boleh menggangu daya penglihatan.

Mulut  Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada


bibir, lidah dan tekak.
 Nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut.
 Gigi menjadi kuning.
 Menyebabkan batuk yang teruk.
Hidung  Mengurangkan deria bau
Kulit  Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut
Paru-paru  Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan
tenaga untuk bersukan.
Jantung  Membebankan jantung
Racun di dalam asap rokok yang memasuki tubuh badan boleh mendatangkan
lebih daripada 20 penyakit kronik seperti kanser. Kepekatan racun yang disedut
adalah amat tinggi dan berisiko besar menyebabkan kematian

-Bagi lelaki yang merokok, bahan racun dalam asap rokok boleh menjejaskan
kesuburan mereka. Ia boleh mengurangkan bilangan sperma dan merangsang
pembentukan sperma tidak normal.

Wanita mengandung yang merokok akan mendapat kesan pembalikan yang


berbahaya terhadap kehamilan dan bayi yang dikandung. Selain boleh
mendatangkan masalah kepada rahim, keguguran spontan, bayi juga boleh
dilahirkan tidak cukup bulan atau meninggal dunia sebaik dilahirkan.
Perokok pasif
Takrifan
* Pendedahan di kalangan bukan perokok terhadap asap rokok
(second hand smoke) secara involuntari.

•Juga dikenali sebagai perokok involuntari.

* Asap rokok (second hand smoke) adalah campuran sidestream


smoke dan exhaled mainstream smoke di dalam udara.

•Sidestream smoke (SS) adalah asap yang berasal daripada rokok yang dihisap
perokok.

* Sidestream smoke merupakan penyumbang utama second hand


smoke dan mengandungi kepekatan bahan kimia yang lebih tinggi
berbanding exhaled mainstream smoke.

* Exhaled mainstream smoke adalah asap yang dihembus keluar oleh


perokok.
Risiko terhadap kesihatan
•Perokok pasif turut mengalami risiko terhadap kesihatan.

* Terdapat bahan kimia yang sama dijumpai dalam sidestream smoke


dan exhaled mainstream smoke.

* Tiada bukti tentang jumlah dos tertentu yang perlu untuk


menyebabkan kesan terhadap kesihatan.

* Walau bagaimanapun, biomarker untuk tembakau iaitu cotinine


membuktikan bahawa second hand smoke diterima oleh mereka
yang tidak merokok.

* Kajian epidemiologi turut membuktikan bahawa second hand smoke


menyebabkan penyakit di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.

* Kajian juga menunjukkan bahawa perokok pasif mempunyai 30%


risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser dan 25% risiko yang
lebih tinggi untuk mendapat penyakit kardiovaskular jika
dibandingkan dengan mereka yang tidak terdedah kepada asap
rokok.

• Impak kesihatan terhadap kanak-kanak


* Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) – kematian mengejut di
Penyakit respiratori akut.

Gejala respiratori kronik.

Mengurangkan fungsi paru-paru.

* Penyakit telinga bahagian tengah sama ada akut atau kronik.

• Kanak-kanak akan terdedah kepada bahaya asap rokok jika:

Ibu adalah perokok aktif ketika mengandung.

Ibu adalah perokok pasif ketika mengandung.

•Kanak-kanak hidup di kalangan perokok dan


terdedah kepada second hand smoke.
• Kesan kesihatan di kalangan dewasa akibat terdedah kepada second
hand smoke

* Terbukti (established)
- Kanser paru-paru
- Gejala respiratori
- Penyakit kardiovaskular
- Serangan asma
* Berpotensi
- Mengurangkan fungsi paru-paru
-Kanser yang lain

iv) Ilustrasi impak terhadap kesihatan


• COPD
• Respiratori / paru-paru
• Peptik ulser
• Kanser mulut / esofagus
• Penyakit vaskular peripheri
• ED (erectile dysfunction)
• Keguguran
• Bayi cacat
• Kelahiran pramatang
• Kanser serviks
• Penuaan
LANGKAH-LANGKAH UNTUK
MENGATASI
MASALAH MEROKOK
Mengadakan Kempen Kesedaran

• Kempen Cara Hidup Sihat (KCHS)

• Nafas Baru Bermula Ramadhan


Program Kawalan Tembakau Kebangsaan

• Mengurangkan prevalens penggunaan tembakau di


kalangan rakyat Malaysia.

• Mengurangkan tabiat mula merokok di kalangan generasi


muda.

• Meningkatkan bilangan perokok berhenti merokok.

• Mengurangkan bebanan terhadap penyakit dan kematian


akibat penggunaan tembakau di dalam negara
Undang-undang DAN penguatkuasaan

• Kesalahan dan denda di bawah Peraturan-Peraturan Hasil Tembakau


1993.

Di antara peraturan yang terdapat adalah seperti berikut:-

* Peraturan 8, melarang penjualan rokok kepada mereka yang


berumur di bawah 18 tahun.

* Mereka yang berumur di bawah 18 tahun dilarang merokok,


mengunyah, membeli atau mempunyai dalam simpanan mereka
hasil tembakau.

* Larangan merokok di kawasan-kawasan yang diwartakan sebagai


kawasan larangan merokok.

* Sesiapa yang melakukan kesalahan tersebut, boleh dikenakan


kompaun sehingga RM1,000 dan jika disabitkan kesalahan boleh
didenda sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun
penjara.
Cara Berhenti Merokok
Kegunaan terapi nikotin

•Untuk berhenti secara efektif, penagih rokok boleh menggunakan tiga


jenis ubat nikotin iaitu gum, pelekat, semburan hidung atau inhaler yang
boleh didapati di klinik atau farmasi.

•Keempat-empat ubat nikotin ini boleh mengurangkan rasa gian perokok


tetapi ia tidak berfungsi sebagai penyembuh.

•Pengguna yang membeli ubatan tersebut dari kaunter farmasi


dinasihatkan supaya mendapat penjelasan yang betul mengenai teknik
penggunaannya.
Nikotin gum
• Dos
* Ada 2 kekuatan: 2 mg dan 4 mg.
* 8 – 15 keping sehari untuk 2 mg.
* Maksimum dos 30 keping sehari untuk 4 mg.
* Jangkamasa rawatan: 8 –12 minggu.
* Boleh diambil jika perlu atau secara berjadual.
* Jika perlu: kunyah satu keping setiap kali rasa gian untuk merokok.
* Berjadual: kunyah satu keping setiap 1 – 2 jam.
KEGAGALAN KEMPEN
ANTIMEROKOK
KELEMAHAN DIRI PEROKOK
 Ramai perokok tidak mengambil peduli
tentang kesan buruk merokok
Mereka kurang mengambil iktibar daripada
bukti perubatan
Ramai orang yang ketagih rokok kerana gagal
mengatasi masalah hidup serta tiada matlamat
hidup
Tekanan hidup kononnya dapat diatasi
dengan merokok
Kelemahan diri sendiri menyebab mereka
ketagih merokok
Pengaruh iklan rokok merupakan halangan
utama

• Iklan rokok dan iklan barang, perkhidmatan, dan sebagainya yang


menggunakan jenama rokok diharamkan dalam media massa

• Namun demikian, iklan rokok masih boleh dipamerkan di kedai


makanan, kedai kopi, kedai runcit, dan pasar raya

• Melalui cara ini, orang ramai masih terdedah kepada mesej dalam
iklan rokok

• Mesej rokok sebagai simbol status dan prestij masih tersebar luas
Lampiran

You might also like