You are on page 1of 18

Pembinaan Negara Bangsa Dalam Persekitaran

Kepelbagaian Sosiobudaya Di Sekolah

PENSYARAH: DR. MASHIRA BINTI YAHAYA


Pembinaan Negara Bangsa Dalam Persekitaran
Kepelbagaian Sosiobudaya
Di Sekolah

1. Konsep negara bangsa


•Memperkasa bahasa kebangsaan
•Memantapkan integrasi nasional
•Memupuk kecintaan kepada seni, warisan dan budaya negara
2. Initiatif pembinaan negara bangsa
3. Peranan guru dalam pembinaan integrasi nasional
Konsep negara bangsa
• Melalui konsep negara bangsa ini, semua masyarakat
mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas
satu identiti negara yang sama yang di menifestasikan oleh
pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang dan
sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian
yang tinggi.
• Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya
yang tersendiri.

3
Sebagai rakyat Malaysia, kita mempunyai sebab untuk terus kekal
mempertahankan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa

- kebangsaan,
- bahasa rasmi,
- bahasa ekonomi,
- bahasa sastera,
- bahasa budaya,
- bahasa ilmu
- bahasa pendidikan,
- menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Bahasa Melayu sememangnya sudah terbukti sebagai bahasa


supranasional.

12/05/21
Sehubungan itu, takrif penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi amat jelas diperuntukkan dalam
Perlembagaan Malaysia, Perkara 152.

Di Malaysia , masalah berkaitan pembinaan bangsa masih lagi


menjadi isu besar dan memerlukan strategi dan tindakan
pelaksanaannya yang lebih mapan, berterusan dan kemas kini agar
usaha melahirkan sebuah bangsa Malaysia dapat direalisasikan
bangsa di sini bermakna pembentukan sebuah bangsa Malaysia
yang benar-benar bersatu, bersefahaman dan kukuh dengan
semangat patriotiknya

12/05/21
• Bahasa Melayu diberi kedudukan istimewa dalam Perlembagaan
Malaysia.
• Selain dijadikan bahasa kebangsaan Malaysia, bahasa Melayu juga
diiktiraf sebagai bahasa rasmi utama dalam tempoh 10 tahun selepas
merdeka.
• Pada masa yang sama, keutamaan bahasa Melayu juga ditetapkan
sebagai syarat untuk menjadi warganegara Malaysia.
• Keistimewaan kedudukan bahasa Melayu bermula apabila rang
Perlembagaan yang dipinda telah diluluskan oleh Majlis Perundangan
Persekutuan pada 15 Ogos dan berkuat kuasa pada 27 Ogos 1957.

12/05/21
Memantapkan integrasi nasional
• Ekoran dari peristiwa 13 Mei 1969 iaitu rusuhan kaum yang menjadi
titik hitam negara, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah
atau dasar sosial,ekonomi dan politik ke arah pewujudan dan
pengukuhan perpaduan dan integrasi nasional.
• Usaha yang diambil oleh kerajaan telah memberi kesedaran di antara
masyarakat tentang kepentingan perpaduan dan integrasi nasional.
Proses pemantapan perpaduan serta integrasi nasional yang
dilaksanakan oleh kerajaan meliputi pelbagai bidang, di antaranya
ialah:
-Rukun Negara
-Dasar Ekonomi baru (DEB)

12/05/21
Rukun Negara
• Rukun negara merupakan dokumen awal yang menanamkan
semangat
• kesetiaan,
• kesopanan dan kesusilaan bagi mewujudkan pelbagai kaum.
• Menurut Tengku Anuar dalam bukunya Pengetahuan
Kenegaraan Malaysia mengatakan rukun negara merupakan
ideologi kebangsaan yang bertujuan untuk menyatukan
fikiran, pendapat dan perasaan rakyat tanpa mengira
perbezaan yang berdasarkan asal keturunan, bahasa, agama
dan budaya.
12/05/21
• Tercetusnya masalah perpaduan pada 13 Mei 1969 telah mendesak
kerajaan menjalankan dasar yang lebih tegas. Rukunegara
diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 dan digubal oleh Majlis
Perundangan Negara untuk memupuk integrasi nasional.
• Secara terperinci, objektif rukun negara diperkenalkan adalah untuk
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat iaitu
menghapuskan perasaan kedaerahan dan perkauman.

12/05/21
• Seterusnya ialah membentuk sebuah negara yang adil dan saksama tanpa
mengira kaum dan agama, memelihara dan mengekalkan prinsip
demokrasi, membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang liberal dan
membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden.
• Rukun negara melaksanakan dasar dan garis panduan supaya proses
perpaduan dapat dipercepatkan.
• Ia juga menggariskan prinsip-prinsip yang harus diikuti dan diamalkan
oleh rakyat.
• Tidak dilupakan ia menyedarkan rakyat tentang kesan buruk yang
menimpa Negara akibat tragedi tersebut.
• Rukun negara membolehkan rakyat mengamalkan toleransi dan tatasusila
yang mulia.
12/05/21
Dasar Ekonomi baru (DEB)
• Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun 1970
hingga 1990 sebagai tindak balas kepada peristiwa 13
Mei 1969, rusuhan kaum yang dikatakan terjadi
kerana jurang perbezaan dari segi ekonomi.
• Dasar ini digubal untuk mencapai perpaduan negara
melalui penghapusan kemiskinan dan struktur sosio-
politik dan ekonomi masyarakat yang tidak seimbang.

12/05/21
• Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara
dan integrasi nasional.
• Strategi ‘serampang dua mata’ diperkenalkan iaitu mengurangkan
dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan
pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua
rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; mempercepatkan proses
penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan
ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan
seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi
ekonomi.

12/05/21
Memupuk kecintaan kepada seni,
warisan dan budaya negara
• Untuk mengembangkan budaya tradisional,
rakyat mesti didedahkan kepada kekayaan
warisan budaya negara.
• Kita boleh menganjurkan kempen, ceramah,
wawancara serta pameran untuk menghidupkan
warisan budaya. Dengan ini, rakyat kita akan
lebih memahami budaya sendiri.

12/05/21
• Usaha kita menerapkan seni bina Melayu pada bangunan Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC), Muzium Negara, Bank Muamalat, dan
bangunan lain perlu diperluas. Kemasukan budaya asing yang mampu
menggugat kedudukan tradisi dan identiti negarajuga perlu disekat.
Tempat dan bangunan bersejarah perlulah dikekalkan dan dipulihkan.
Dengan ini, warisan budaya dapat diikuti dan dilihat sepanjang masa.
• Warisan tradisional kita boleh disampaikan kepada generasi muda
melalui latihan.

12/05/21
Initiatif pembinaan negara bangsa
• Bina negara
• Bina bangsa
• Penyertaan Rakyat
• Pengagihan Nilai-Nilai Dalam Masyarakat

12/05/21
Peranan guru dalam pembinaan
integrasi nasional
• Memupuk semangat setiakawan
• Memupuk semangat kerjasama, toleransi dan hormat menghormati
antara satu sama lain.
• Menyemai sifat ‘ penerimaan’ dalam diri murid
• Memberi pendidikan kepada semua rakyat
• Guru melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan
• Guru mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah integrasi
• Mengadakan program yang melibatkan semua kaum –CTH: PLKN
• Guru mengamalkan ciri-ciri kecekapan sosial.

12/05/21
RUJUKAN
• Noriati A. Rashid, Boon, Sharifah Fakhriah Ahmad & Zuraidah A.
Majid. (2014). Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.
• Eggen P. & Kauchak D. (2007). Educational Psychology Windows
On Classrooms. New Jersey: Pearson Prentice Hall.
• Gollnick D.M & Chinn P.C. (1990). Multicultural Education in
Pluralistic Society. Columbus Ohio: Merrill Publicity.
• Noriati A. Rashid & Boon. (2008). Modul Pengajian Profesional
EDU 3106: Budaya Dalam Pembelajaran. Dipetik Januari 8, 2017,
dari
http://ppgmuzik.weebly.com/uploads/1/6/3/0/16300836/edu31
06.pdf
SOALAN PERBENGKELAN

Apakah peranan guru dalam pembinaan integrasi


nasional sebagai inisiatif pembinaan negara bangsa?

You might also like