TOPIK 9 : MERENTAS KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

Fokus Perbincangan: 1. Menghuraikan konsep merentas kuriklum. 2. Menghuraikan dan mencirikan merentas kurikulum dalam KBSR. aspek-aspek

3. Menghuraikan dan mencirikan definisi dan konsep pengajaran dalam KBSR. 4. Menghuraikan dan mencirikan elemen-elemen dalam pengajaran KBSR.

Kesan kurikulum lama:
‡ ‡ ‡ ‡ banyak memberi tumpuan kepada bidang ilmu pengetahuan kurang memberi tumpuan pada perkembangan personaliti pelajar. lebih berorientasikan peperiksaan bukannya pembentukan potensi diri kanak-kanak bagi membantu pertumbuhan dan pembangunan negara. Oleh itu, KBSR dan KBSM diperkenalkan pada tahun 1980 untuk memberi yang lebih mantap

‡

Maka: ‡ ‡ Dasar pendidikan negara disemak semula supaya pendidikan dapat melahirkan masyarakat yang seimbang dan sepadu pembentukan peribadinya. dari aspek ilmu, iman, dan amal. melahirkan warganegara yang berpekerti dan berakhlak mulia dengan rasa cintakan tanah air. Keseimbangan dan kesepaduan berfokus pada aspek rohani, jasmani dan mental. Usaha ini berterusan selaras dengan keperluan dan cita-cita negara Ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju memenuhi hasrat Wawasan 2020.

‡ ‡

‡

‡ ‡

Hal ini selaras dengan apa yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis Dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Kenapa Kurikulum lama di semak: a) Kurang menekankan nilai-nilai dan kemahiran kanak-kanak ke arah pekerti dan susila yang baik. Ini kerana tumpuan hanya pada ilmu akal semata-mata dan tidak pada ilmu wahyu. Ini menjadikan murid-murid tidak bersemangat patriotik dan bermoral. b) Kandungan memberatkan ilmu pengetahuan dan peperiksaan. Fokus berlebihan pada persediaan menuju ke-peringkat pengajian tinggi. Ini menyebabkan kurikulum lama tersebut kurang memberi tumpuan pada perkembangan sahsiah muridmurid. c) Amalan pemupukan dan pembentukan nilai diri dan semangat kebangsaan kurang diberi tumpuan. Pendidikan tidak ke arah untuk melahirkan rakyat yang beridentitikan kebangsaan dengan mengamalkan nilai jati diri yang mantap dan unggul.

Kenapa Kurikulum lama di semak: d) Kurkulum Baru Sekolah Rendah juga kurang memberi tumpuan pada bidang kemahiran atau praktikal. Sesi pengajaran lebih menumpukan kepada hafalan dan bukan membiasakan diri dengan kemahiran, pemikiran kreatif dan kritis, dan pengalaman etika serta etiket kerja yang lebih produktif dan progresif iaitu mempunyai ciri-ciri pemikiran inovatif.

e) Pendidikan bagi tujuan perpaduan dan semangat kekitaan dengan mengurangkan polarisasi antara kaum dengan menumpukan pada integrasi dan amalan keadilan demokrasi berorientasikan negara Malaysia dengan berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Negara dan Rukun Negara.

Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu

Melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan dan sejahtera

MATLAMAT KEMENTERIAN PELAJARAN

Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara

Memberikan peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM DALAM KBSR
‡ Perubahan dibuat - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Perubahan dilakukan untuk mencerminkan Matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan Matlamat Wawasan 2020, Globalisasi Pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

‡

Antara perubahan besar dalam KBSR ialah; i) ii) iii) iv) v) penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran penguasaan dan aplikasi kemahiran asas dalam aktiviti harian menyusun semula kemahiran belajar daripada yang paling atas kepada yang paling kompleks mengikut topik mengulang kaji sukatan bagi setiap mata pelajaran mengintegrasikan penyelesaian masalah dan arithmetik perniagaan ke dalam topik berkaitan seperti wang, ukuran panjang dan berat mata pelajaran Alam dan Manusia dibahagikan kepada dua matapelajaran iaitu Sains dan Kajian Tempatan pengunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik, Sains dan semua matapelajaran teknikal bagi Tahun 1 sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah mulai Januari 2003 serta pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains.

vi) vii)

Penekanan dalam melaksanakan KBSR i. Kemahiran asas;

ii. Kemahiran berfikir iii. Nilai Merentas Kurikulum; iv. Bahasa merentas kurikulum; v. Patriotisme merentas kurikulum; vi. Strategi P&P yang berpusatkan murid; vii. Penilaian berterusan; vii. Pemulihan dan pengayaan; ix. Prinsip mudah ubah; ix. Sains dan teknologi merentas kurikulum

Dalam tajuk ini penekanan adalah diberikan kepada elemen-elemen berikut; i) ii) iii) iv) Nilai merentasi kurikulum Bahasa merentasi kurikulum Patriotisme merentasi kurikulum Sains dan teknologi merentasi kurikulum

Nilai merentasi kurikulum

Menurut Ishak (2005), Tingkah laku individu boleh menggambarkan sikap mereka begitu juga dengan perasaaan, pemikiran, pandangan hidup dan penghayatan nilainya. Pegangan nilai seeorang individu adalah diperolehi melalui tanggapan dan pengamatan daripada apa yang mereka lihat dan pelajari.

Apakah yang dimaksudkan dengan nilai? Nilai merupakan standard dan prinsip dalam mempertimbangkan harga sesuatu benda. (Koo, 1990) menyatakan nilai merupakan kriteria bagi kita mempertimbangkan sesuatu benda (manusia, objek, idea, tingkah laku dan situasi) sebagai: baik, berfaedah,diingini, buruk, tidak berfaedah, dibenci atau di antara kedua pola ini, iaitu sederhana Menilai sesuatu dengan perkataan, baik, buruk, cantik dan lainlain adalah suatu penilaian yang dibuat oleh akal manusia mengikut piawaian mereka. Individu menggunakan sesuatu nilai dalam pelbagai konteks dan cara.

Kategori perbandingan jenis-jenis nilai; a) Nilai instrumental (ekstrinsik) berbanding nilai instrinsik. b) Nilai subjektif berbanding nilai objektif. c) Nilai relatif berbandingnilai mutlak (absolute)

Nilai instrumental (ekstrinsik) berbanding nilai instrinsik
NILAI INSTRUMENNTAL (EKSTRINSIK) NILAI INSTRINSIK

- Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai - Kualiti yang diterima atau ditolak semataalat mencapai sesuatu matlamat. - Bergantung pada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Nilai peringkat kedua, misalnya berani, rajin dan hormatmata kerana ia baik atau buruk tanpa mengambil kira kesannya. Tidak

bergantung pada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat. - Nilai tersebut sendiri sebagai matlamat akhir. Nilai peringkat pertama, misalnya baik hati, kasih sayang, keadilan. Contoh: Hakim menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara kepada perogol setimpal dengan jenayah yang dilakukan. - Nilai-nilai di atas pula tidak bergantung

menghormati. Contoh: Dia berpura-pura rajin di depan ibunya untuk mengambil hati ibunya. - Nilai di atas (mengambil hati) bergantung kepada nilai lain (rajin) untuk mencapai matlamatnya. Nilai-nilai ini digunakan untuk menunjukkan hubungan antara nilai

dengan nilai lain untuk mencapai matlamat.

Nilai subjektif berbanding nilai objektif.

NILAI SUBJEKTIF

NILAI OBJEKTIF

- Kualiti yang diterima atau ditolak - Kualiti yang bernilai atau sebaliknya oleh seseorang yang memberikan pandangan yang bebas daripada pilihan

peribadi.

- Diterima atau ditolak mengikut - Diterima atau ditolak berdasarkan pandangan seseorang individu satu set kriteria yang dipersetujui oleh semua atau kebanyakan orang.

Nilai relatif berbandingnilai mutlak (absolute)

NILAI RELATIF

NILAI MUTLAK ATAU NILAI ABSOLUTE

- Nilai yang diterima atau ditolak - Nilai yang kebaikan tidak terikat oleh peraturan untuk sesuatu mencapai kepada sesuatu kebiasaan

masyarakat

sesebuah masyarakat. - Diterima umum dan telah diuji atau terbukti sebagai baik atau buruk. - Kekal sepanjang masa dan di semua tempat serta hampir semua situasi norma masyarakat

sesuatu matlamat masyarakat. - Nilai relatif ialah arbitrari (tidak tertentu), tidak sempurna dan berbeza-beza antara masyarakat yang berlainan. - Boleh berubah mengikut masa

Konsep Nilai Merentasi Kurikulum 
Semua Sukatan Pelajaran yang diajar diselitkan nilai murni secara menyeluruh dalam semua mata pelajaran KBSR.  Pendekatan ini dikenali sebagai nilai merentas kurikulum.  Nilai-nilai murni merupakan unsur yang amat penting dan diserapkan kedalam setiap mata pelajaran.  Nilai-nilai ini berteraskan kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan.  Matlamat penerapan nilai-nilai murni melalui pendidikan adalah untuk melahirkan insan dan juga warganegara yang baik serta memiliki akhlak mulia.

Antara objektifyang hendak dicapai menerusinya ialah: a) Menanam kesedaran, kefahaman, keyakinan diri dan juga kesyukuran. b) Menanam semangat cinta akan nilai suci c) Menghormati kebaikan dan membenci keburukan d) Membentuk sikap positif yang berguna kepada agama, bangsa dan juga sewaktu menjalankan tugas dan tanggungjawab.

sambungan

Antara objektifyang hendak dicapai menerusinya ialah:

e) f) g) h) i)

Menghapuskan sikap negatif dalam kehidupan Menjalankan tugas dengan dedikasi Melatih diri dengan displin Meningkatkan hasil atau produktiviti Berusaha dan mencapai kecemerlangan

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990)

Bincangkan berdasarkan satu contoh yang spesifik mengikut mata pelajaran terpilih. Bagaimanakah anda melaksanakan aktiviti P&P yang melibatkan penyelitan unsur nilai merenras kurikulum.

Contoh: Ukuran / Wang Simulasi / Main Peranan TAJUK : AKTIVITI PERNIAGAAN
Guru matematik boleh menyelitkan nilai murni seperti kejujuran, keadilan, hormat pelanggan, semasa menyampaikan topik ukuran berat dan panjang. Guru boleh mengaitkan cerita tentang peniaga yang berjaya dalam perniagaan disebabkan pelanggannya percaya terhadap kejujurannya menimbang dan mengukur barangan yang dijual.

Unsur Nilai Merentas Kurikulum Semua mata pelajaran terdapat nilai instrinsik yang diselitkan. Nilai ini adalah sinonim dengan nilai universal yang digunakan secara rutin dalam kehidupan seharian kita. Nilai instrinsik ini boleh mengukuhkan nilai-nilai murni yang hendak diterapkan dalam diri murid-murid melalui KBSR. Ini juga adalah selaras dengan komponen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
RUJUK RAJAH

Mengetahui nilai baik dan buruk

Menyedari kesan daripada perbuatan baik dan buruk

Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

Yakin kepada nilai murni

Mengamalkan perlakuan baik dan menghindari perlakuan buruk

Menghayati nilai kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan

Secara ringkasnya penerapan nilai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah seperti; 1. Nilai adalah ukuran atau piawai yangditetapkan oleh seseorang untuk mengukur sesuatu. Moral adalah suatu nilai tetapi bukan semuanilai bersifat moral. Terdapat banyak jenis nilai dalam kehidupan yang mempunyai ciri dan fungsi tertentu. Baik, benar dan patut merupakan ciri-ciri yangdiperlukan bagi insan bermoral Dalam masyarakat majmuk, konsep baik,benar dan patut diamalkan dengan mengambil kira kepelbagaian latar belakang individu seperti agama dan adat Peraturan dan pegangan prinsip moral seseorang akan menentukan bagaimana ia menghayati konsep baik, benar dan patut.

2. 3

4.

5.

6.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.