KAEDAH TATABAHASA TERJEMAHAN, TERUS DAN NATURAL

Muhamad Faizul Mustafa Kamar Nurulaini Muhaniz Ahmad Jaiz Nursyuhada Zukafle Muhammad Naim Roslan

KAEDAH TATABAHASA TERJEMAHAN
‡ Kaedah ini merupakan kaedah klasik (Palmer ) ‡ Kaedah ini dirancang untuk memberi kemahiran menulis dan bukan kemahiran bertutur (tidak mementingkan fonetik ) ‡ Kaedah ini menekankan kepada ejaan dan penulisan dalam bahasa tersebut. ‡ Kaedah ini menentukan perbendaharaan kata yang diberi dipangkal pengajaran.

‡ Kaedah ini membolehkan murid-murid memahami tatabahasa sesuatu bahasa. ‡ Mereka juga dilatih menggunakan bahasa yang betul. ‡ Murid-murid juga boleh menterjemahkan bahasa asing ke dalam bahasa jati atau sebaliknya. ‡ Selain itu, perbendaharaan kata yang luas dapat digunakan dalam penulisan.

CARA MENGAJAR
Murid diperkenalkan dengan disiplin tatabahasa.

Guru beri penerangan dan contoh kepada murid-murid.

Disiplin tatabahasa dihafaz agar tiada kesilapan.

Murid-murid membuat ayat menggunakan perbendaharaan kata berdasarkan disiplin tatabahasa yang dipelajari. .

KEBAIKAN
Abdullah Hassan(1976) dalam Pedagogi Bahasa. ‡ Tidak menggunakan masa yang panjang. ‡ Tidak memerlukan kos yang banyak. ( kurang BBM ) ‡ Guru yang tidak fasih masih boleh mengajar bahasa tersebut. ‡ Tiada had saiz kelas, mengajar banyak pelajar dalam sekaligus. ‡ Latihan intensif berjam-jam tidak diperlukan. ‡ Pelajar boleh belajar sendiri tanpa bimbingan guru.

KELEMAHAN
Abdullah Hassan(1976) dalam Pedagogi Bahasa. ‡ Mengalami kesulitan ketika membuat penterjemahan. ‡ Memberikan tanggapan yang salah di kalangan pelajar terhadap pembelajaran bahasa.

KAEDAH TERUS
‡ Kaedah ini direka dan diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer (1920-1935). ‡ Mengutamakan prisip-prinsip mengajar berdasarkan psikologi kanak-kanak. ‡ Menyerupai kaedah tentera. ‡ Kaedah ini sesuai untuk pengajaran bahasa kedua.

‡ Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ini ialah kaedah pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak. ‡ Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi kanak-kanak.

‡ Kaedah ini disampaikan berdasarkan 4 asas tertentu:
± Perhubungan secara lansung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya. ± Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman yang telah sedia ada. ± Harus timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan yang telah dirancang. ± Pengajaran harus berpandu kepada lunas- lunas kanak kanak mempelajari bahasa ibunda mereka.

CARA PENGAJARAN
a) Dimulakan dengan cara menghubungkan murid murid terus kepada bahasa yang hendak mereka pelajari.Semasa pengajaran dijalankan terjemahan tidak sesekali digunakan. b) Segala makna perkataan yang tidak difahami murid dijelaskan oleh guru. c) Pelajaran tatabahasa diajar secara induktif. d) Pola ayat yang hendak diajar latih tubi sehingga murid dapat kuasainya. e) Bahan bahan bacaan yang digunakan ada kaitan dengan latihan lisan yang dibuat.

KEBAIKAN
‡ Sesuai untuk pengajaran bahasa kerana sifatnya sama dengan cara kanak-kanak menguasai bahasa ibunda mereka. ‡ Pengajaran secara terus memudahkan murid-murid cepat bertutur dengan lancar dan fasih.

KELEMAHAN
‡ Merumitkan guru-guru untuk sampaikan makna perkataan (perkataan abstrak) ‡ Memerlukan guru yang terlatih khas (pengajaran yang memakan masa) ‡ Murid-murid mengkin keliru dengan maksud yang kurang tepat. ‡ Berfaedah kepada murid yang cerdik manakala yang lemah akan ketinggalan.

KAEDAH NATURAL
‡ Kaedah ini adalah sama dengan kaedah terus. ‡ Cara pembelajaran adalah sama seperti cara kanakkanak mempelajari bahasa pertama. ‡ Penyampaiannya disusun dan diperingkatperingkatkan. ‡ Keempat-empat kemahiran yang hendak dikuasai perlulah mengikut prosedurnya iaitu didahului dengan aktiviti lisan, kemudian bertutur dan seterusnya kepada membaca dan menulis.

PROSEDUR
a) Pelajar dimulakan dengan arahan TPR ( Total Physical Response) b) Guru gunakan TPR untuk mengajar nama bahagian tubuh dan kemudian memperkenalkan nombor dan urutan. c) Mengajarkan nama nama dalam kelas dan lakukannya melalui arahan. d) Gunakan nama dan ciri ciri fizikal dan pakaian untuk mendeskripsi rakan dalam kelas. e) Menggunakan alat visual untuk perkenal perbendaharaan kata yang baru. f) Guru menggabungkan penggunaan gambar dengan TPR. g) Menggabungkan pemerhatian tentang gambar dengan arahan. h) Menggunakan beberapa gambar, meminta pelajar menunjukkan gambar yang sedang diceritakan.

Bibliografi
‡ Abdul Aziz Abd.Talib, 2002, Pedagogi Bahasa Melayu Prinsip, Kaedah dan Teknik, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. ‡ Asmah bt Hj. Ahmad, 1998, Pedagogi 1, Selangor: Longman Malaysia Sdn.Bhd ‡ Kamaruddin Hj. Husin, 1993 (cetakan keenam), Pedagogi Bahasa, Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd. ‡ __________________,1998,Pedagogi Bahasa ³perkaedahan´, Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. ‡ Khalid bin Mohamed Nor , 1993, Kaedah Pembelajaran Berkesan, Kuala Lumpur: Cahaya Pantai Sdn.Bhd.