BAB 1: PENGENALAN PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAKKANAK

PRA 3111 NFA89.IPGKDRI http://ipgmkdriprasekolah.blogspot.com

TOPIK
‡ Konsep Penaksiran Autentik (Authentic Assesment) ‡ Objektif ‡ Kepentingan ‡ Prinsip-prinsip

nfa89.ipgmkdri

KONSEP PENAKSIRAN AUTENTIK
‡ Autentik: boleh dijadikan pegangan, boleh dipercayai, asli dan benar. ‡ Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pnp dan ianya merupakan salah satu komponen kritikal dalam membuat penilaian berdasarkan maklumat pengukuran sama ada yang dibuat secara kuantitatif atau kualitatif.
nfa89.ipgmkdri

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
‡ Rohaty dan Abu Bakar (1989), penilaian adalah satu proses yang melibatkan beberapa langkah utama atau proses berterusan untuk mencapai satu tujuan iaitu bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan mencukupi untuk membolehkan guru membuat sesuatu keputusan yang dirasakan perlu. ‡ Dodge et. Al (1994), pentaksiran merupakan satu proses pengumpulan maklumat tentang kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan perkembangan mereka yang dinilai melalui pemerhatian, dokumentasi dan tugasan yang dilakukan kanak-kanak.
nfa89.ipgmkdri

FAHAMKAN!!

nfa89.ipgmkdri

PENTAKSIRAN BERTERUSAN
‡ Mazzeo (2001), pentaksiran berterusan memberi bukti yang lebih komprehensif, sahih, autentik, dipercayai dan adil berbanding pengujian yang lain. ‡ Rohani & Mohd Majid (2003), pentaksiran berterusan memberi panduan dan ruang kepada pelajar dan guru untuk memperbaiki kelemahan dan seterusnya meningkatkan prestasi mereka dari semasa ke semasa.
nfa89.ipgmkdri

SENARIO PENTAKSIRAN DI PRASEKOLAH
Proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan kanakkanakkanak dengan menggunakan pelbagai kaedah. kaedah. Sebahagian daripada proses pnp yang dijalankan secara berterusan. berterusan. Dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

Secara keseluruhannya, pentaksiran dan penilaian dalam prasekolah bermaksud satu proses pemerhatian yang melibatkan beberapa langkah utama dalam proses pengumpulan tentang perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dari aspek psikomotor, kognitif dan afektif yang dilaksanakan secara berterusan dan tidak formal dalam tujuan mendapatkan maklumat yang tepat selain memberi panduan buat guru dalam menilai sejauh mana keberkesanan pnp.

OBJEKTIF
‡ Secara umum, menurut Katz (1997) objektif pentaksiran dan penilaian di prasekolah bertujuan: ‡ Menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang utama ‡ Membuat keputusan penempatan ‡ Membuat diagnosis masalah pembelajaran ‡ Membantu membuat keputusan berkaitan pengajaran dan kurikulum ‡ Menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibu bapa ‡ Menolong kanak-kanak dalam menilai kemajuannya sendiri nfa89.ipgmkdri

Secara khususnya pula, pentaksiran dan penilaian untuk kanak-kanak prasekolah bertujuan: ‡ Mengesan perkembangan seseorang murid itu serta mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. ‡ Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke masa. ‡ Mengenal pasti keberkesanan sesuatu pengajaran. ‡ Medium untuk merangsang aktiviti mengikut keperluan pertumbuhan dan kepelbagaian murid.
nfa89.ipgmkdri

PRINSIP-PRINSIP
‡ James H. McMillan (2000), menyatakan terdapat 3 prinsip dalam pentaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak. ‡ Jelas, boleh dipercayai dan boleh dicapai dengan telus. ‡ Konsisten. ‡ Inklusif dan adil.
nfa89.ipgmkdri

‡ Surayah dan Haslinda (2009), Amalan Bersesuaian Perkembangan Kanak-Kanak menyatakan terdapat 6 prinsip pentaksiran dan penilaian: ‡ Dijalankan secara berterusan. ‡ Mempunyai perancangan strategi dan instrumen penilaian yang berbeza-beza sesuai dengan setiap tujuan dan hasil penilaian. ‡ Mempunyai kriteria-kriteria penilaian perkembangan yang sesuai dengan objektif pembelajaran. ‡ Memberikan manfaat dan bermakna dalam pengalaman harian murid-murid. ‡ Dilaksanakan secara tidak formal. ‡ Dilaksanakan melalui pemerhatian dan dokumentasi untuk membuktikan kesahihannya.
nfa89.ipgmkdri

RUMUSAN
‡ Penilaian adalah proses mendapat,menentukan dan memberi maklumat yang berguna ataupun menganalisis hasil pengukuran,membuat bagi tindakan selanjutnya. ‡ Dalam proses pembelajaran, penilaian adalah proses mengumpul maklumat,membuat analisis dan keputusan berkenaan perubahan tingkah laku ataupun perkembangan kanak-kanak.
nfa89.ipgmkdri

‡ Kini di prasekolah ,istilah penaksiran sering digunakan bersilih ganti dengan istilah penilaian. ‡ Penaksiran adalah proses membuat keputusan berdasarkan peraturan atau piawaian. ‡ Penilaian pula melibatkan pengupulan maklumat,merekodkan ,menganalisis dan melaporkan berdasarkan data yang diperoleh. ‡ Di prasekolah,penilaian dijalankan secara berterusan dan tidak formal bagi memudahkan guru mengambil tindakan susulan.
nfa89.ipgmkdri

RUJUKAN
‡ http://myais.fsktm.um.edu.my/5107/1/2.pdf ‡ http://www.scribd.com/doc/33497294/PENTAKSI RAN-PRASEKOLAH ‡ http://www.scribd.com/doc/40671364/Penaksira n-dan-Penilaian-Perkembangan-Kanak-kanak ‡ http://kedah.edu.my
nfa89.ipgmkdri

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful