KURSUS INDUKSI JURULATIH UTAMA KSSR TAHUN 2

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA

Next

BAHASA SENI VISUAL

BAHASA SENI VISUAL
 Unsur Seni Visual • Garisan • Warna • Jalinan • Rupa • Bentuk • Ruang  Prinsip Rekaan • Harmoni • Kontra • Penegasan • Kepelbagaian • Kesatuan • Imbangan • Ritma dan Pergerakan

Prev Next

UNSUR SENI

Unsur seni
Terdapat enam unsur seni dalam pendidikan seni visual. Antaranya ialah garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna. Tidak dinafikan keenam-enam unsur ini amat penting dalam penghasilan karya sesebuah seni mahupun dari segi seni sentuhan ataupun seni tampak. Dalam sesebuah karya seni sekurang-kurangnya terdapat satu unsur seni.
Unsur-unsur seni. 1. Garisan 2. Rupa 3. Bentuk 4. Jalinan 5. Ruang 6. Warna

1) Garisan

Garisan merupakan cantuman titik-titik yang bersambungan at yang mempunyai jarak tertentu. Garisan memainkan peran yang amat penting dalam mewujudkan rupa, bentuk, jalina pergerakan, ton dan corak. Garisan juga memainkan peranan ya penting dalam menunjukkan seseorang perasaan dalam sesebu karya.

1. Garisan merupakan cantuman beberapa siri titik. 2. Garisan wujud pada alam sekeliling, baik pada alam semulajad alam benda, flora mahu pun fauna. 3. Terdapat pelbagai jenis garisan seperti garisan putus-putus, garisan tebal, garisan nipis, garisan berduri, garisan beralun da pelbagai lagi. 4. Garisan boleh diolah dengan pelbagai cara atau teknik dengan menggunakan pelbagai jenis media. Contoh menggunakan teknik gosokan, capan, pualaman atau catan.

Garisan

Garisan pada objek alam semula jadi

Garisan pada objek buatan manusia

Fungsi Garisan 1. Garisan menghasilkan rupa 2. Garisan menghasilkan bentuk 3. Garisan mewujudkan ruang 4. Garisan membentuk struktur dan bentuk 5. Garisan menghasilkan jalinan 6. Garisan menghasilkan motif

7. Garisan menimbulkan kesan ton
8. Garisan menunjukkan pergerakan

Jenis – Jenis Garisan

Garisan berbulu

Garisan serabut

Garisan tebal

Garisan nipis

Garisan bertitik

Garisan bergetar

Garisan bergerigi

Garisan beralun

Garisan berlingkar

Garisan putus-putus

Garisan beranyam

Garisan berduri

Garisan

Rajah : Olahan garisan dengan pelbagai jenis media dan teknik

Garisan

2) Warna
Warna memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan suasana yang tidak bosan. Warna dapat menunjukan perasaan seseorang pelukis semasa menggunakan jenis-jenis warna dalam penghasilan lukisan. Warna merupakan elemen yang amat penting dalam bidang seni visual. Warna terbahagi kepada :

1. Warna asas - merah, biru dan kuning 2. Warna sekunder - campuran dua warna sahaja daripada warna-warna asas 3. Warna tertiar - Warna Asas + Warna Sekunder = Warna Tertier 4. Warna harmoni - sekumpulan warna yang terletak sebelahmenyebelah dalam roda warna. 4. Dll.

Warna

Warna Primer (asas) terdiri daripada warna biru, merah dan kuning.Warna asas ialah warna utama yang tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain, tetapi boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. biru, merah dan kuning

Warna Sekunder Warna sekunder terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu.Warna sekunder terhasil daripada campuran 2 warna asas.Warna Asas Warna Sekunder Kuning + Biru = Hijau Biru + Merah = Ungu Merah + Kuning = Jingga

Warna

Warna tertier terhasil daripada campuran 1 warna asas dengan 1 warna sekunder. Warna Asas + Warna Sekunder = Warna Tertier
Biru + Ungu Merah + Ungu Merah + Jingga Kuning + Jingga Kuning + Hijau Biru + Hijau Warna Harmoni Warna harmoni ialah sekumpulan warna yang terletak sebelahmenyebelah dalam roda warna. Ia mempunyai hubungan warna, ton dan suhu warna yang sama. Warna harmoni dapat menimbulkan kesan perasaan selesa dan tenang. Ia sesuai digunakan untuk menghasilkan corak tekstil, hiasan dalaman, perabot, seni taman dan seni halus. Berikut ialah contoh warna yang berharmoni: *merah jingga, jingga, jingga kuning *hijau kuning, hijau, hijau biru

Warna Pengenap

Warna yang bertentangan

Penggunaan warna harmoni dalam karya teknik resis

3) Jalinan
Nilai permukaan pada objek boleh dialami dengan cara melihat dan menyentuh.
Jalinan bermaksud kesan yang terdapat dalam sesuatu permukaan objek. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu : 1. Jalinan sentuh 2. Jalinan tampak

Jalinan 1. Jalinan sentuh - dapat dilihat dan disentuh dengan deria

Jalinan pada hasil anyaman

Jalinan pada hasil kolaj

2. Jalinan tampak - Hanya dapat dilihat dengan deria

Kesan jalinan yang dihasilkan oleh warna

Kesan jalinan yang dihasilkan oleh lukisan pensel

4) Rupa
Rupa ialah imej yang bersifat rata. Permukaan rupa adalah kosong dan ini menjadikan rupa bersifat dua dimensi.
Rupa merupakan sambungan penghujung garisan ke titik permulaannya. Rupa tiada jisim dan hanya mempunyai satu permukaan sahaja. Rupa terbahagi kepada empat iaitu : 1. 2. 3. 4. Rupa geometri Rupa organik Rupa Positif Rupa Negatif

Rupa

Rupa organik

Rupa geometri

Rupa

Rupa positif Penekanan pada bahagian imej

Rupa negatif Penekanan pada bahagian latar

Rupa muka taip

5) Bentuk
Imej atau objek yang bersifat tiga dimensi. Bentuk ialah merupakan objek yang mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan mempunyai permukaan yang lebih daripada satu. Bentuk terbahagi kepada dua iaitu : 1. Bentuk konkrit 2. Bentuk ilusi

Bentuk

1. Bentuk konkrit Objek maujud dapat dilihat dan disentuh (arca,tembikar)

2. Bentuk ilusi Objek yang boleh dilihat sahaja dan tidak dapat dirasa oleh deria sentuh. (gambar, lukisan, dan catan)

6) Ruang
Ruang ialah kawasan kosong yang terdapat dalam sesuatu objek ataupun jarak yang ada pada di antara kedua-dua objek dalam sesebuah karya seni. Ruang mudah diwujudkan dalam menggunakan garisan grid perspektif. Ruang terbahagi kepada dua iaitu : 1. Ruang nyata 2. Ruang ilusi

1 . Ruang Nyata Karya berbentuk 3D – arca, tembikar, ukiran kayu Ruang fizikal merupakan ruang yang terdapat di persekitaran.Ruang fizikal boleh dibahagikan kepada 2 iaitu a. Ruang terbuka – suatu kawasan lapang dan luas. b. Ruang tertutup – suatu kawasan yang sempit dan terhad. 2. Ruang Ilusi - lukisan, cetakan, catan Dalam konteks ini, ruang dapat diterjemahkan mengikut 3 peringkat berdasarkan penggunaannya dalam karya seni visual seperti lukisan, catan dan rekaan grafik. · 3 peringkat ruang tersebut ialah ruang dalam, ruang cetek dan ruang rata. a. Ruang Dalam Ruang dalam ialah perhubungan kesan penggunaan perspektif warna, perubahan saiz dan bentuk dalam hasil karya seni seperti lukisan dan catan. Kajian nilai ton warna dan perubahan saiz berikut memperlihatkan kesan ilusi ruang bergerak sama ada ke luar atau ke dalam mengikut arah cahaya yang diwujudkan melalui nilai ton warna. b. Ruang Cetek Ruang cetek merupakan ruang yang wujud dalam lingkungan yang terbatas sama ada dari dinding ke dinding atau ruang kedalamannya yang terhad. c. Ruang Rata Ruang rata terhasil dalam karya, terutama catan apabila dilukis atau diolah elemen-elemen gambaran pada satah yang sama. Ia memperlihatkan suasana rata dan sama pada suatu garisan ufuk.

Ruang Ruang Nyata -Dikenali juga sebagai ruang konkrit. -Ruang konkrit wujud pada segala bentuk 3 dimensi.

Ruang Ilusi - Dikenali juga sebgai ruang tampak.

PRINSIP REKAAN

Prinsip rekaan
Prinsip rekaan amat penting dalam penghasilan sesebuah karya seni. Dengan adanya, prinsip-prinsip ini kita dapat memberikan kritikan dan pandangan atau huraian terhadap sesebuah karya seni dalam bidang seni visual. Antara prinsip yang terdapat dalam prinsip rekaan dalam bidang seni visual ialah seperti berikut : 3K 2I PH ( singkatan nota untuk mudah diingati ) 3K - " Kontra, Kepelbagaian, Kesatuan " 2I - " Imbangan , ritma & pergerakan " P - Penegasan H – Harmoni Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual

1)Harmoni
- Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai - Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang - Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna - Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah

Harmoni – perulangan motif dan warna

2) Kontra
- Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan - Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan

- Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan

Kontra

Kesan Kontra dalam gubahan diatas ditimbulkan oleh warna yang berlainan.

Kesan Kontra dalam gubahan diatas Ditimbulkan oleh satu saiz yang berlainan

Kontra

Hasil karya mempunyai kontra dari segi warna

3) Penegasan
- Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan

- Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan
- Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan Fungsi Penegasan 1. Penegasan yang digunakan dalam hasil seni bertujuan untuk memberi tumpuan dan menarik perhatian. 2. Contoh, hiasan pada kulit buku, pintu gerbang, poster dan sebagainya.

Penegasan

Penegasan menggunakan kontra warna, bunga berwarna kuning lebih menonjol.

Penegasan

Contoh bagaimana hendak menegaskan salah satu bahagian daripada cogan kata. Kaedah kontra digunakan untuk tujuan ini. JIWA itu lebih menonjol dan menjadi unsur tumpuan. Penegasan dari segi warna.

4) Imbangan
- Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan - Terdapat 2 jenis imbangan iaitu: 1- Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut) 2- Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan

Imbangan

Labu sayong yang mempunyai imbangan simetri

Corak yang mempunyai imbangan simetri

Corak yang mempunyai imbangan tidak simetri

5) Ritma dan Pergerakan
- Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb - Fungsi ritma dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu gubahan - Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb

Ritma dan Pergerakan

Corak pualaman yang mempunyai pergerakan hasil dari teknik penghasilannya.

Kapal terbang ini kelihatan terbang dengan laju menunjukkan pergerakan kerana penggunaan garisan-garisan serong

6) Kepelbagaian
- Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan - Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan

- Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan

Kepelbagaian

Kepelbagaian – warna, garisan, jalinan

7)Kesatuan
- Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan - Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa - Memperlihatkan keberkesanan penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan media dan teknik digabungkan untuk menjadikan gubahan yang sempurna

Susun atur yang kemas, teratur, lengkap dan sempurna dapat mewujudkan kesatuan.

Unsur Seni

+

Prinsip Rekaan

Garisan Warna Rupa ruang

Imbangan Kontra Penegasan Harmoni

Kesatuan

Carta yang menunjukkan bagaimana kesatuan dicapai dalam gubahan topeng muka

Sekian

Selamat Maju Jaya

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful