Contoh Pembelajaran Koperatif dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Moral KSSR Tahun 2

Oleh PKPSKSK
(D043933)
pkpsksk

pkpsksk

Standard kandungan :
12 – kerjasama 12.1 – melaksanakan tugas bersama-sama keluarga untuk kebaikan bersama Standard Pembelajaran Di akhir pembelajaran, murid dapat : 1 – menyenaraikan tugas yang boleh dilakukan bersama-sama keluarga 2 – menceritakan kebaikan bekerjasama bersama ahli keluarga 3 – menyatakan perasaan apabila melaksanakan tugas bersama-sama keluarga 4 – menjalankan tugas bersama-sama keluarga

1 - Set Induksi (5 minit) 2 – Langkah 1 (8 minit) – aktiviti soal jawab berdasarkan gambar yang ditunjukkan. 3 - Langkah 2 (12 minit) -Pembelajaran Koperatif : Think Pair Share a- Guru meminta murid duduk dalam kumpulan enam orang
A B C

pkpsksk

D

E

F

b. Guru meminta murid memilih pasangan masing-masing. A dan B, C dan F, E dan D. c. Guru meminta murid bercerita dengan pasangan masing-masing tentang tugas yang boleh dilakukan bersama anggota keluarga di rumah. (guru memberi masa 1 minit untuk murid bercerita kepada pasangan mereka) d. Guru meminta murid bercerita kepada rakan-rakan yang lain tentang cerita yang dikongsi bersama pasangan mereka. Contoh, murid A akan bercerita kepada murid C, D, E, F tentang tugas yang selalu dilakukan bersama keluarga oleh murid B. (murid B selalu bersama-sama membantu kakak menyiram pokok bunga)

pkpsksk

Pembelajaran Koperatif : Think Pair Share
Kemudian murid B akan bercerita tentang murid A seterusnya murid C,D,E,F akan berkongsi cerita pasangan mereka kepada rakan-rakan yang lain. e. Guru meminta murid bertukar pasangan dan meminta mereka menyatakan kebaikan yang mereka perolehi dengan bekerjasama dengan anggota keluarga mereka. (ulang semula proses d. Guru perlu sentiasa menerapkan nilai-nilai moral pada jawapan murid disamping memberi peneguhan positif pada murid f. Guru meminta murid bertukar pasangan dan meminta murid bercerita dengan pasangan tentang kebaikan yang diperolehi jika bekerjasama membuat tugas bersama keluarga. (proses seperti langkah d dan e). 4 – Langkah 3 (10 minit) – Guru meminta murid menyenaraikan tugas yang boleh dilakukan bersama keluarga berdasarkan langkah 2) 5 – Langkah 4 (10 minit) – Lembaran kerja / aktiviti peneguhan /pengayaan dan pemulihan 6 – Penutup (5 minit) – Rumusan guru. (guru perlu menerapkan nilai moral sepanjang p&p berjalan serta memberi pujian kepada murid pada jawapan dan kerjasama