Konsep ibadah dalam islam

Khansa’ Nurul Liyana Raja Nurshahidayu

SALAH FAHAM TERHADAP PENGERTIAN IBADAH
• Banyak di kalangan kita berpendapat bahawa ibadah itu hanya solat, berpuasa, menunaikan haji, berdoa dan berzikir semata-mata. • Ada yang menganggap ibadah itu perbuatan mengasingkan diri, atau terbatas kepada tempat-tempat tertentu sahaja atau hanya dilakukan melalui perantaraan orang-orang tertentu. • terdapat juga di kalangan umat Islam yang mengaku beribadah kepada Allah, tetapi tindak-tanduknya menunjukkan bahawa ia melaksanakan ubudiyyah kepada sesuatu yang lain daripada Allah. • terdapat juga orang yang berpendapat bahawa ruang lingkup ibadah itu tidak ada kaitan langsung dengan urusan masyarakat, terutamanya dalam bidang politik dan pemerintahan.

RUANG LINGKUP IBADAH DALAM ISLAM
• • • Syumul Ibadah Merangkumi Agama Seluruhn Seluruhnya Sebenarnya ibadah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia sebagaimana yang disyariatkan dalam Islam. Islam amat istimewa hingga menjadikan seluruh kegiatan manusia sebagai ibadah apabila diniatkan dengan penuh ikhlas kerana Allah demi mencapai keredhaanNya serta dikerjakan menurut cara-cara yang disyariatkan olehNya Firman Allah: Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat). (Al-Mulk:2) • ruang lingkup ibadah dalam Islam sangat luas,seluas tempoh hayat seseorang Muslim dan kesanggupan serta kekuatannya untuk melakukan apa saja amal yang diredhai oleh Allah dalam tempoh tersebut.

Kewajipan menunaikan ibadah
• • • • Manusia diciptakan oleh Allah S.W.T. dengan matlamat yang tertentu, yang telah ditetapkan oleh penciptanya. Matlamat itu ialah beribadah kepada Allah S.W.T. Hal ini dinyatakan dalam surah al-Zariyaat, ayat 56 yang bererti: • “Dan tiadalah Aku menciptakan jin dan manusia kecuali • supaya mereka memperhambakan diri kepada-Ku.”

Hakikat ibadah dalam Islam
• Pengertian ibadah (menurut Abu Al-Ala Al-Maududi) :
– Bahasa: Merendah diri, tunduk, patuh dan taat – Istilah : Taat, tunduk, patuh dan merendah diri kepada Allah. Jelasnya, ibadah ialah pengabdian dir sepenuhnya kepada Allah subhaanahu wa taaala.

• Al-Quran menjelaskan bahawa ibadah sebagai ubudiyyah dan ketaatan. Firman Allah:Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. (Al-Baqarah:1-2)

Matlamat & tujuan ibadah
• Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah • Untuk mencari keredhaan Allah

Pembahagian ibadah
• Ibadah khusus : Merupakan perintahperintah yang wajib dilakukan • Ibadah umum : Segala perkara atau amalan selain daripada kumpulan ibadah khusus di atas yang dilakukan sematamata untuk mencari keredhaan Allah

Ibadah khusus
• sebagaimana yang terkandung di dalam Rukun Islam seperti solat, puasa, zakat, haji dan beberapa amalan khusus seperti tilawah AlQuran, zikir dan seumpamanya. • Ianya bersifat taufiqiyyah, iaitu dilaksanakan menurut garis-garis yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dan berhenti setakat sempadan yang telah ditentukan oleh syara’ dan sebagaimana yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah s.a.w tanpa boleh ditambah atau dikurangkan atau membuat sebarang perubahan terhadapnya.

Ibadah umum
• Sesuatu amalan dikira sebagai ibadah dengan syarat :
– Niat yang benar – Pelaksanaannya benar, tidak melanggar syariat atau peraturan Tuhan – Perkara (subjek) kegiatan tersebut dibenarkan oleh syariat dan mendapat keredhaan ALLAH – Natijah (hasil) mesti baik kerana merupakan pemberian ALLAH ataupun nikmat-Nya kepada hamba-Nya. – Tidak meninggalkan ibadah-ibadah asas

Rukhsah
Pengertian Hukum Pembahagian kesukaran contoh

Rukhsah dalam ibadah
• Pengertian : peraturan tambahan yang dijalankan berhubung adanya hal-hal yang membebankan sebagai pengecualian daripada peraturan-peraturan asas • Contoh :
– Dalam keadaan terpaksa, bangkai boleh dimakan asalkan tidak berlebih-lebihanSolat jama’ dan qasar – Solat ketika sakit – solat secara duduk, menelentang atau berbaring – Solat khauf – ketika perang – Tayammum – menyapukan tanah suci ke muka dan kedua tangan dengan syarat-syarat tertentu apabila ada halangan untuk berwudhu’0

• Hukum
– Selama tidak ada hal-hal yang menyebabkan adanya rukhsah maka kita harus mengambil peraturan asas tetapi apabila ada hal-hal yang memberatkan kita boleh mengambil rukhsah. – Jika melihat kepada rukhsah itu sendiri, maka hukumnya adalah mubah (kebolehan) – Ayat albaqarah 173 – 101 an-nisa

Kelebihan ibadah
• Solat yang benar-benar khusyu’ akan mempengaruhi seluruh kehidupan seseorang itu sehingga ia merasakan jijik untuk dan benci untuk melakukan sebarang kejahatan dan kemungkaran. • Ruh yang dibawa oleh sistem zakat pula mengembangkan daya kerja yang tinggi di kalangan orang-orang beriman • Puasa yang mengukuhkan sifat taqwa di dalam jiwa mukmin • Manfaat haji yang besar adalah dorongan bagi seluruh ummat Islam mengukuhkan kesatuan Muslim.

kesimpulan
• setiap ibadah itu jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh akan dapat melahirkan ummah yang kuat, bersatu dan diredhai oleh Allah subhaanahu wa taaala. • Dua perkara utama yang menjadi ibadah asas ialah rukun iman yang terdiri dari enam rukun dan rukun Islam yang terdiri dari lima rukun. Kedua rukun itulah yang merupakan tapak untuk menegakkan segala amalan yang lain. • Bila seseorang itu telah mempunyai aqidah yang kukuh maka:
– Hidupnya hanyalah untuk beribadah kepada Allah – Menolak segala kepatuhan dan ketaatan yang selain dari ketaatan kepada Allah.

Islam adalah agama yang syumul, merangkumi semua aspek dlam kehidupan, dari perkara-perkara yang kecil; makan, minum sehingga kepada perkara-perkara yang besar; ekonomi, pendidikan dsb.

rujukan
• • • • • Konsep-konsep Umum Islam - Abu Urwah Al-Ibadah Fil Islam - Dr Yusuf Al-Qardhawi Usul Fiqh – A.Hanafie Panduan asas fardhu ain – Azhar Ahmad Capaian internet

– http://www.mail-archive.com/itb@itb.ac.id/msg394 – UNITAR faculty – http://noradila.tripod.com/ - skima usrah

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful