TERAPI PSIKOANALITIK

GAMBARAN KESELURUHAN

Pelopor utama: Sigmund Freud Terapi psikoanalitik merangkumi teori perkembangan personaliti, falsafah sifat (nature) manusia dan kaedah psikoterapi yang memfokus kepada faktor-faktor di luar kesedaran (unconscious) yg mempengaruhi tingkah laku. Penekanan diberikan ke atas pengalaman hidup 6 tahun pertama sebagai pengaruh besar perkembangan personaliti pd hari kemudian.

2

FALSAFAH ASAS

Manusia dipengaruhi oleh tenaga psikik (psychic energy) dan pengalaman hidup awal. Motif dan konflik di luar kesedaran penting di sebalik tingkah laku semasa. Kuasa tidak rasional (irrational forces) adalah kuat. Manusia dikuasai oleh impuls seksual dan agresif. Perkembangan awal adalah penting kerana masalah personaliti pd hari kemudian berpunca drp konflik zaman kanak-kanak yang diketepikan (repressed).

3

KONSEP-KONSEP UTAMA

Perkembangan personaliti normal berasas pd kejayaan penyelesaian pd peringkat-peringkat perkembangan psikoseksual dan integrasinya. Perkembangan personaliti yang bermasalah disebabkan oleh kurangnya penyelesaian pd peringkat tertentu. Kecelaruan (anxiety) disebabkan oleh pengenepian (repression) konflik-konflik asas. Proses-proses di luar kesedaran (unconscious) sgt mempengaruhi tingkah laku semasa.

4

MATLAMAT TERAPI

 Untuk menjadikan yg di luar kesedaran (the unconscious)

disedari.  Untuk membina semula personaliti asas.  Untuk membantu klien melihat semula (relive) pengalaman-pengalaman awal dan menyelesaikan konflik-konflik yang diketepikan (repressed).  Untuk mencapai kesedaran intelektual dan emosi.

5

HUBUNGAN TERAPUITIK

Penganalisis adalah anonymous. Klien ada projections terhadap penganalisis. Fokus: (1) mengurangkan penolakan (resistances) yg mungkin terbit akibat transference; (2) menguatkan kawalan rasional (rational control). Klien melalui analisis jangka panjang, menggunakan free association utk konflik dan mendapat insight drp bercakap. Penganalisis membuat interpretasi utk mengajar klien maksud tingkah laku semasa dan kaitannya dgn masa lalu.

6

TEKNIK-TEKNIK TERAPI

Teknik-teknik utama: interpretasi, analisa mimpi, free association, analisis resistance, analisis transference. Kesemua teknik ini bertujuan membantu klien mengakses konflik-konflik di luar kesedaran (uncosncious), seterusnya memberikan pemahaman (insight) dan asimilasi oleh ego.

7

APLIKASI

Terapi psikoanalitik tidak disarankan utk individu-individu yg mementingkan diri sendiri, impulsif dan mempunyai masalah psikotik yg teruk. Teknik-teknik psikoanalitik boleh digunakan utk terapi individu dan kumpulan.

8

SUMBANGAN

Terapi psikoanalitik telah membawa kontroversi dan eksplorasi dan menggalakkan pemikiran tentang terapi dan perkembangan terapi. TP memberikan huraian terperinci tentang struktur personaliti dan fungsi individu. TP memperkenalkan faktor-faktor seperti the unconscious sebagai penentu tingkah laku dan peranan trauma semasa 6 tahun pertama hidup. TP memperkenalkan teknik-teknik untuk memahami the unconscious dan memberikan pengetahuan ttg transference dan countertransference, resistance, anxiety dan ego defense.
9

KEKURANGAN

Penganalisis memerlukan latihan yg pjg; klien memerlukan masa yg pjg dan wang yg banyak. TP menekankan faktor-faktor biologi dan instinctual tanpa melihat pada faktor-faktor sosial, budaya dan interpersonal. Kaedah-kaedahnya tidak boleh digunakan utk menyelesaikan masalah-masalah harian yg spesifik. TP tidak sesuai utk banyak kumpulan etnik dan budaya. TP tidak sesuai utk kaunseling biasa.

10

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful