1

PENDAHULUAN
Islam adalah agama yang lengkap mencakupi politik,ekonomi dan sosial.  Al-Quran dan al-Sunnah menjadi dasar pemerintahan dan pentadbiran Islam.  Negara Islam ialah negara yang mengimplimentasikan aqidah, syariah,dan akhlak secara menyeluruh.

2

LATAR BELAKANG

Dalam era serba mencabar ini,ummat Islam harus meletakkan keyakinan bahawa ‘Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya’. Kemajuan negara Islam terletak kepada keyakinan terhadap sistem Islam dan prinsip menguasai ilmu berasaskan Fardu Ain dan Fardu Kifayah. Penguasaan disiplin ilmu termasuk matematik,sains dan teknologi, ekonomi dan teknologi maklumat contohnya melahirkan ramai cerdik pandai Islam dan seterusnya membentuk Tamadun Islam yang memberi manfaat kepada umat Ialam keseluruhannya. Oleh itu,kualiti ummat Islam harus ditingkatkan terutama ketika ini di mana mereka menghadapi persoalan ‘survival of the ummah’ samada dari segi ekonomi,sosial dan keselamatan.
3

LATAR BELAKANG
1.

2.

3.

Fungsi kepimpinan pula hendaklah mengikut tuntutan Al-Quran dan As-sunnah agar matlamat tercapai.Ini termasuklah menjaga Agama Islam dan kepentingan masyarakat awam. Allah SWT telah mengamanahkan manusia sebagai khalifah di muka bumi untuk menguruskannya dengan bijaksana. Isu negara Islam dan pemerintahan Islam sering menjadi agenda dalam media dan ahli politik.
4

LATAR BELAKANG
8. Maksud Negara Islam itu sendiri tidak difahami oleh orang ramai.Bagi masyarakat Islam,ada yang menganggap amalan Islam di Malaysia adalah menifestasi negara Islam tulen, ada juga yang menganggap Malaysia sebuah negara Islam moden sejajar dengan proses modenisasi. 2. Bagi masyarakat bukan Islam pula,mereka menganggap ia sebagai satu ancaman. 3. Walaubagaimanapun,mantan Perdana Menteri Malaysia telah mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada satu Persidangan Perwakilan Ke-30 Parti Gerakan Malaysia pada 29 September 2001. Ini telah membuka perbincangan yang menarik dikalangan ahli politik,pemikir dan para sarjana.
5

TAKRIF NEGARA ISLAM

Syeikh Muhammad Abu Zuhrah (1964:377) :-‘Negara Islam ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintah Islam, di mana kekuatan dan pertahanannya berada di tangan umat Islam’ Muhammad bin Hassan As-syaibani seorang ulama terkemuka dari Mazhab Hanafi:-Negara Islam ialah negara yang dikuasai oleh umat Islam, dalam mana orang-orang Islam beroleh keamanan didalamnya’ Abu Bakr Muhammad Ibn Suhl al-Sarkhasiy (1324H :144) dalam kitabnya “al-Mabsutt” mengambil pandangan alQadi Abu Yusuf :-Negara Islam negara yang nyata di dalamnya hukum-hakam Islam,sekalipun majoriti masyarakatnya bukan Islam.Sebaliknya sebuah negara dianggap “Dar al-Harb”(negara harbi/kufur) walau majoriti masyarakatnya beragama Islam.

6

CIRI-CIRI PEMERINTAHAN NEGARA ISLAM

b)

c) d) e) f) g)

Menurut Sheikh Said Abu Jib (1985) dalam bukunya “Dirasah fi Manahij al-Islam asSiyasi”,ciri pemerintahan negara Islam ialah: Perundangan hukum adalah milik Allah ( hakimiyatillah) Keadilan (al-‘adalah) Kesatuan dan perpaduan (al-wehdah) Kesaksamaan (al-musaawah) Kebebasan (al-hurriyah) Demokrasi (syura)

7

CIRI-CIRI PEMERINTAHAN NEGARA ISLAM
Pada asasnya ulama menetapkan, persoalan kedudukan hukum adalah penentuan paling utama (al-mabda al-awwal), pemutus dan pembeza dalam menentukan sifat kelayakan pemerintahan Islam. Dalam ciri perundangan milik Allah (‘La hukmu illa lillah) maka asas utama Negara Islam ialah perundangan Allah dijadikan sumber rujukan dan ia telah disepakati oleh kesemua mazhab ahli Sunnah Wal Jamaah. Inilah yang disebutkan sebagai “Supremacy of Syari’ah” (zuhur al-hukmu al-Islamiah), Dari segi perlaksanaan perundangan, perlu ditekankan tentang “parallel implementation of laws” iaitu “sistem yang selari”. Undang-undang syari’ah perlu ditegaskan tidak akan dikuatkuasakan ke atas kaum bukan Islam. Bahkan kaum Kristian, Hindu, Buddha dan Sikh bebas untuk memilih untuk melaksanakan hukum berdasarkan ajaran agama mereka. Media massa sewajarnya memainkan peranan positif dalam membantu memahamkan masyarakat dalam hal ini. 8

CIRI-CIRI PEMERINTAHAN NEGARA ISLAM
Sifat Madaniyah(civil state) yang lazimnya diikat dengan pengertian sebuah ‘sosial contract’ sebagaimana yang disebut, Prof Dr. Yusuf Qardawi • Pemerintahan di dalam Islam adalah terikat, bukannya bebas sesuka hati melakukan apa sahaja. Padanya ada syari’at yang mengawal, nilai yang mengarahkannya dan hukum-hukum yang mengikatnya. Ia adalah hukum-hukum yang bukan ciptaan parti atau penasihat parti. Bahkan ia dicipta oleh Pencipta manusia, Tuhan manusia, Raja manusia dan Penguasa alam dan segala isinya”. • Ia berdiri di atas asas demokrasi dan pemilihan, ketaatan, syura, tanggungjawab pemerintah terhadap rakyat, hak individu rakyat untuk menasihati pemerintah, menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran. • Ia adalah sebuah masyarakat madani seperti mana Madinah yang melambangkan tamadun manusia yang cukup moden dan berbudaya. • Perlembagaan dan Kontrak Sosial ‘Sahifa Madinah’ melambangkan kemodenan masyarakat madani yang dipimpin Rasulullah SAW.

9

CIRI-CIRI PEMERINTAHAN NEGARA ISLAM
Sifat Madaniyah (civil state) yang lazimnya diikat dengan pengertian sebuah ‘sosial contract’ sebagaimana yang disebut, Prof Dr. Yusuf Qardawi ………..samb • Pemerintahan Islam tidak akan menafikan hak orang bukan Islam atau menjadikan mereka rakyat kelas dua. Pengisytiharan yang dibuat Rasulullah SAW dalam Sahifa Madinah (piagam Madinah) ketika menyamakan taraf kerakyatan penduduk samada mereka orang Islam, atau ahli Kitab atau pun Musyrik. Ia adalah penunjuk yang paling tepat dalam menjawab isu ini. • Prinsip al-Musaawah atau Kesaksamaan adalah berkuatkuasa ke atas semua khususnya dari segi hak dan tanggungjawab kerana ia menyangkut persoalan keimanan atau ibadah yang asasnya berkait dengan keadilan Islam.
10

NEGARA KEBAJIKAN DAN HIDAYAH

Negara Islam adalah negara kebajikan dan hidayah yang bergandingan dengan ciri ‘al-adalah’ Menekankan pendekatan bagi menyesuaikan perkembangan dalam masyarakat demokrasi yang lebih peka terhadap isu keadilan, kemiskinan, kerosakan alam, kepenggunaan dan hak asasi manusia Menonjolkan aspek curahan “khidmat” dan “kebajikan” terhadap masyarakat teramai dan termiskin Tergolong dalam tujuan sebenar syari’at (maqasid syar’iyah) untuk menyelesaikan masalah manusia

11

Prioriti menjaga Agama, Nyawa, Aqal, keturunan dan Harta, prioriti kepada Dhoruriyat (keperluan asasi), Hajjiyat (keperluan naluri) dan Tahsiniyat (kesempurnaan) memberi gambaran yang jelas mengenai sistem Islam yang teratur Syariat Islam bertujuan memakmurkan bumi ini dengan “kebajikan” bagi mengelakkan kerosakanterhadap alam sekitar dan makhluk Allah Penggunaan sumber alam perlu atas dasar keperluan dan bukan kegelojohan dan pembaziran Isu “keadilan”bukan berkisar mengenai politik dan perundangan bahkan pengagihan sumber kekayaan Agihan yang adil mencetuskan keperihatinan terhadap kebajikan masyarakat
12

NEGARA KEBAJIKAN DAN HIDAYAH

NEGARA UMAT ISLAM
Negara Islam berbeza dengan negara umat Islam iaitu ketika mana umat Islam menjadi majoriti dalam sebuah negara  Menurut Prof. Dr Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya “Fiqh Kenegaraan” terdapat beberapa kriteria negara Islam : 1. Negara madani dengan Islam sebagai sumber rujukan. Memerintah atas dasar-dasar hukum Islam dan berdiri di atas perjanjian (bai’at) dan syura 2. Negara yang berdimensikan antarabangsa. Ia bukan negara yang berdiri di tas kesukuan dan perkauman tetapi terbuka bagi setiap orang yang beriman kepada prinsip ajarannya secara sukarela tanpa paksaan

13

NEGARA UMAT ISLAM
3. Mempunyai prinsip-prinsip dan hukum-hukum syarih yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan 4. Diasaskan atas musyawarah dan bukan atas kuasa raja. Ia juga bukan negara yang didirikan atas warisan turun-temurun di mana kekuasaan beredar pada satu dinasti sahaja 5. Abu Hassan Ali An Nadawi menamakan negara Islam sebagai negara hidayah kerana sebahagian tertumpu kepada pengembangan dakwah dan penyampaian risalah Islam ke seluruh ceruk penjuru dunia

14

NEGARA UMAT ISLAM
6.Negara yang melindungi kaum yang lemah iaitu melindungi hak-hak kaum yang lemah melalui kewajipan zakat yang diambil dari golongan kaya dan diberikan kepada orang miskin 7.Melindungi hak dan memberi kebebasan. Keduadua merupakan prinsip keimanan dalam Islam 8.Negara yang berprinsip dan berakhlak. Negra Islam amat berdisiplin dalam menjaga prinsipprinsip dan nilai-nilai akhlak serta tidak menyeleweng daripada prinsip tersebut
15

TANGGUNGJAWAB NEGARA ISLAM
Apakah tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh sebuah kerajaan Islam seperti yang diterangkan oleh para ulama dalam kitab-kitab fiqh. Berpandukan kepada kita-kitab tulisan Abu Yaala dari mazhab Hambali dan al-Mawardi seorang ulama terkemuka mazhab Syafie. Mereka telah menggariskan tugas-tugas yang menjadi tanggungjawab sebuah pemerintahan Islam dalam buku masing-masing. Dalam buku yang berjudul “al-Ahkam alSultaniah” al-Mawardi (1978:5) secara umumnya tugas pemerintah Islam ialah “ menjaga kepentingan agama dan mentadbir urusan negara dan umat”. Menurut Ibnu Taimiyah (1969: 3) “Urusan pemerintahan adalah antara kewajipan agama yang terbesar; malah agama itu sendiri tidak dapat ditegakkan tanpa wujudnya pemerintahan” 16

Al-Mawardi (1996: 27) menghuraikan secara terperinci tugas-tugas tersebut yang dapat dirumuskan seperti berikut:
i. Memelihara agama dari sebarang pencerobohan fahaman dan ajaran yang boleh memesong akidah dari ajaran Islam sebenar ii. Melantik jemaah menteri bagi membantu negara dalam menjalankan tugas-tugas pemerintahan. iii.Menyediakan tentera yang mampu mempertahankan negara dan agama dari pencerobohan dan menjamin keamanan dalam negeri. iv.Mewujudkan sistem kehakiman bagi menyelesaikan pertikaian dan menegakkan keadilan. v. Mendirikan sembahyang lima waktu, sembahyang Jumaat dan sembahyang hari Raya, dengan membina masjid-masjid dan melantik imam-imam. vi.Mengendalikan urusan mengerjakan ibadat Haji.

17

Al-Mawardi (1996: 27) menghuraikan secara terperinci tugas-tugas tersebut yang dapat dirumuskan…………..
vii.Mengendalikan urusan pemungutan dan pembahagian zakat seperti perlantikan amil dan sebagainya. viii.Memungut hasil dari sumber-sumber yang ada dalam negara (Kharaj). ix. Menguruskan hal yang berkaitan dengan pembangunan tanah (ehya' al-mawat) x. Mewujudkan pentadbiran yang cekap bagi mengendalikan urusan kewangan, harta benda kerajaan, pekerja dan juga pasukan bersenjata. xi. Membenteras jenayah dan mengenakan hukuman terhadap penjenayah dengan hukuman yang sesuai samada had (jenayah) yang ditetapkan hukumannya oleh syarak dengan syarat-syarat tertentu seperti zina, minum arak dan takzir (jenayah lain yang diberi kuasa kepada hakim menentukan bentuk hukumannya). xii.Melaksanakan tugas hisbah dalam konteks negara moden dikenali dengan bahagian penguatkuasaan. Ia bertujuan memastikan supaya adab-adab, akhlak dan syiar Islam serta peraturanperaturan yang diwujudkan untuk kesejahteraan masyarakat 18 dapat ditegakkan.

MALAYSIA NEGARA ISLAM: SATU PERSOALAN  Perlembagaan Persekutuan telah menyebut kedudukan sistem perundangan di Malaysia. Peruntukan ini menerangkan Perlembagaan Persekutuan adalah sumber rujukan dan undang-undang tertinggi negara. Keterangan ini disebut dalam Perkara 4 Ceraian (1):  “This Constitution is the supreme law of the Federation and any law passed after Merdeka Day which is inconsistent with this Constitution shall, to the extent of the inconsistency, be void” 19

Memorandum UMNO kepada Suruhanjaya Reid
‘Agama bagi Malaysia hendaklah Agama Islam. Pengakuan dasar ini tidaklah akan mengenakan apa-apa sekatan bagi orangorang bukan Islam untuk menganuti dan mengamali agama mereka sendiri,dan tidaklah akan membawa pengertian bahawa negara ini bukan sebuah negara sekular’

20

Kertas Putih Suruhanjaya Reid
‘Telah dimasukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan suatu pengisytiharan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan. Ini tidaklah dengan apa cara sekalipun menjejaskan kedudukan Persekutuan sebagai sekular sebagaimana terdapat pada masa sekarang ini’
21

Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
‘Saya ingin menjelaskan bahawa negara ini bukanlah negara Islam sepertimana ianya difaham umum.Kita hanya memperuntukan bahawa Islam hendaklah menjadi agama rasmi negara.’ ‘Didalam kenyataan saya yang terdahulu tentang agama, saya telah menyebut yang negara ini adalah negara sekular.Maksudnya ialah negara ini bukan negara Islam’ ‘Walaupun orang-orang Islam mahu melihat ia terjadi,tidak akan wujud sebuah negara Islam di 22 Malaysia ini.’

Allahyarham Prof Tan Sri Ahmad Ibrahim
“Oleh sebab Islam menjadi Agama Rasmi Persekutuan dan juga Agama Rasmi untuk beberapa buah negeri di Malaysia, undang-undang Islam harus dikembalikan kepada tempatnya yang asal sebagai undang-undang Asas dan undang-undang Negeri di Malaysia.
(Ahmad Ibrahim dalam al-Ahkam, 1994)
23

Allahyarham Prof Tan Sri Ahmad Ibrahim
“Seksyen 3 dan 5 dalam Akta Undang-undang Sivil hendaklah dimansuhkan. Dengan ini kita tidak akan merujuk kepada undang-undang Inggeris yang lapuk itu, tetapi bebas menerima undang-undang lain yang tidak bertentangan dengan undang-undang Islam. Suatu fasal hendaklah diadakan dalam Perlembagaan yang bertujuan bahawa jika terdapat mana-mana undang-undang di Malaysia yang bertentangan dengan Undang-undang Islam, maka hendaklah undangundang itu terbatal setakat mana ianya bertentangan” (Ahmad Ibrahim dalam al-Ahkam, 1994) 24

Allahyarham Prof Tan Sri Ahmad Ibrahim “Dengan dua cara ini bolehlah kita mengesahkan bahawa undangundang di Malaysia sekurangkurangnya tidak bertentangan dengan undang-undang Islam” (Ahmad Ibrahim dalam al-Ahkam, 1994)

25

Prof Dato’ Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid
‘Perlembagaan negara kita mungkin agak jelas dalam hal ini.Ianya dibentuk untuk mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara sekular.Meskipun ada beberapa perkara yang nampaknya menguntungkan Islam dalam Perlembagaan tersebut,namun keuntungan itu tidak seberapa berbanding dengan beberapa nilai negatif yang berbangkit dari kedudukan yang ada sekarang ini. Dengan mengenepikan kedudukan undang-undang Islam sebagai undang-undang negara,perlembagaan negara kita sekarang telah merupakan suatu halangan besar ke arah citacita merealisasikan undang-undang Islam di negara kita ini.Adalah menjadi tanggungjawab semua mereka yang berkewajiban memperjuangkan perlaksanaan undang-undang Islam di negara ini mencari jalan bagi mengatasi halangan politik dan perlembagaan ni. 26

Pandangan Bekas Ketua Hakim Negara
DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Ghafarullah-Lahu Shah ‘Kita negara sekular.Kita negara berbilang kaum.Bila kita menggubal Perlembagaan dulu,semua hal ini sudah dibincangkan masak-masak,antara Raja-Raja,Perikatan dan Kerajaan British.Dengan berdasarkan itulah Perlembagaan kita digubal.

27

Al-Marhum Tun Mohd Suffian Hashim ‘Parti Perikatan menghuraikan bahawa tujuan menjadikan Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan adalah terutama bagi maksud-maksud upacara,misalnya membaca doa mengikut cara Islam dalam majlis rasmi seperti pertabalan Yang Dipertuan Agong,Hari Merdeka dan majlis serupa itu’
28

Tun Mohd Salleh Abbas ‘Sewaktu menolak rayuan hukuman mati mandatori bagi kesalahan mengedar dadah dan memiliki senjata api,beliau menyampaikan keputusan mahkamah agung dengan menyatakan istilah ‘Islam dan Negara Islam’- Kes terbabit ialah Che Omar dan Che Soh lwn Pendakwa Raya Wan Jalil bin Wan Abdul Rahman & seorang lain lwn Pendakwa Raya

29

KESIMPULAN

Negara Islam adalah negara madani dimana Islam didaulatkan sebagai sumber rujukan negara. Berskala antarabangsa dimana ia mempunyai misi dan matlamat untuk mewujudkan kesejahteraan diseluruh dunia. Ia merupakan negara hukum dimana ia mempunyai prinsip dan hukum syariah sepertimana yang terkandung didalam Al-Quran dan sunnah. Dalam menjalankan hukum,undang-undang yang dilaksanakan menjadi ukuran keislaman.
30

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful