You are on page 1of 32

PKP 3107 PERKEMBANGAN DAN PENGUASAAN BAHASA MELAYU 1.

ISL 1 (FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMEROLEHAN BAHASA & ALAT ARTIKULASI).

Disediakan oleh: Hamizah binti Mohamed Saari Siti Nurdiyana binti Mohd Yusof
PISMP PEMULIHAN (BM)/MT

PEMEROLEHAN BAHASA
Pemerolehan bahasa merupakan satu proses perkembangan bahasa manusia. Umumnya, pemerolehan bahasa pertama dikaitkan dengan perkembangan bahasa kanakkanak manakala pemerolehan bahasa kedua bertumpu kepada perkembanga bahasa orang dewasa. Menurut Mangantar Simanjuntak (1982) pula, pemerolehan bahasa bermaksud penguasaan bahasa oleh seseorang secara tidak langsung

PERSEKITARAN

KEMATANGAN

KOGNITIF.

FAKTOR PEMEROLEHAN BAHASA.

i) KEMATANGAN.
Dikaitkan dengan kematangan pertumbuhan atau perkembangan seseorang individu. Menurut Paul Egan dan Don Kauchak, perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan.

Faktor yang mempengaruhi kematangan perkembangan kanakkanak

Faktor Endrogen

Faktor Ekstogen

Faktor Endrogen. Dikenali juga sebagai faktor baka. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan hadkeupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai, kadar perkembangan setiap individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial.

Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas pintar. Mengikut kajian ahli-ahli psikologi, emosi seseorang individu juga diwarisi daripada baka ibu bapa.

Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Faktor Ekstogen Faktor ekstogen pula faktor yang datang dari luar diri individu atau merupakan faktor persekitaran.

Kematangan Perkembangan Fizikal


Perkembangan ini penting bagi pergerakan diri kanak-kanak tersebut atau untuk interaksi yang berkesan dengan dunia persekitaran mereka. Menurut pendapat Gallahue (1993), pengetahuan tentang perkembangan kanakkanak boleh dibahagikan kepada tiga kategori asas

keseimbangan (stability)

Gallahue (1993),

pergerakan (locomotion)

manipulasi (manipulation)

Keseimbangan

Kebolehan kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan graviti.

Pergerakan

Aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanak tersebut.

Manipulasi

Kemahiran kanak-kanak berhubung dengan objek di persekitarannya.

ii) PERSEKITARAN
Persekitaran terdiri daripada gaya hidup, sosio-ekonomi, perhubungan dalam keeluarga dan masyarakat sekeliling. Penggunaan bahasa yang diamalkan oleh masyarakat setempat secara automatik menyumbang kepada perkembangan bahasa setiap manusia.

Faktor Persekitaran

Jumlah masa interaksi

Status sosioekonomi keluarga.

Masa Interaksi
Mengikut kajian, anak-anak yang mempunyai ibu yang banyak berkomunikasi dengan anak-anak menyumbang 4x ganda lebih perbendaharaan kata berbanding ibu yang pendiam. Kajian terhadap pra-sekolah di Amerika (1998-99) mendapati ibu bapa yang membaca kepada anakanak mereka 3-4 kali seminggu menyebabkan anak-anak mempunyai kemahiran berbahasa berbanding ibu-bapa yang kurang berbuat demikian.

Status Sosioekonomi Keluarga.


Menurut kajian Betty Hart & Todd Risley mendapati ibu bapa daripada golongan profesional menyediakan persekitaran perkembangan bahasa yang lebih baik. (Santock, 2007) Golongan kurang profesional kurang menerangkan sesuatu perkara lebih lanjut.

iii) KOGNITIF
Mengikut Piaget, semua kanak-kanak sejak lahir telah dilengkapi dengan alat nurani yang berbentuk mekanikal umum untuk semua kebolehan manusia termasuklah kebolehan berbahasa. Bagi Chomsky dan Miller pula, alat yang khusus ini dikenali sebagai Language Acquisition Device (LAD) yang mana digunakan untuk menguasai segala-galanya termasuklah bahasa.

LAD dikatakan telah dimiliki oleh setiap anak secara semula jadi dan dengan alat nurani ini akan membolehkan kanak-kanak mampu memperoleh bahasa ibundanya dengan mudah dan cepat.

Kebolehan Kognitif
Kecerdasan individual dinilai menerusi kecekapan individu tersebut berbahasa Kanak-kanak cerdas lebih cekap penggunaan bahasanya berbanding kanak-kanak terencat akal (gangguan atau masalah pertuturan) Sayugia berpendapat bahawa fungsi bahasa adalah sarana gambaran pemikiran individu

Jean Piaget menyatakan bahawa pengadaptasian individu dengan alam sekitar merupakan faktor yang penting dalam perkembangan manusia. Pembelajaran terhasil melalui interaksi kanakkanak tersebut bersama orang yang lebih berpendidikan daripadanya. Teori beliau telah membahagikan lima konsep asas yang berkaitan dalam penyataan gambaran teori pembelajaran; iaitu :

Skema

Akomodasi Adaptasi Jean Piaget

Asimilasi

Keseimbangan

ALAT ARTIKULASI
Fonetik merupakan bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Dalam fonologi bahasa Melayu,ia terbahagi kepada dua cabang yang utama iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik pula dibahagikan lagi kepada tiga iaitu fonetik penghasilan bunyi (organ), fonetik akustik (sifat bunyi bahasa) dan fonetik auditori (pendengaran).

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah

11. Tengah lidah 12. Belakang lidah 13. Akar lidah 14. Epiglotis 15. Pita suara 16. Rongga tekak 17. Rongga hidung 18. Rongga mulut 19. Rahang 20. tenggorak

10 Hadapan lidah .

Lidah Pita suara Gigi

Rongga hidung

Fungsi Alat Pertuturan Bibir

Lelangit

Gusi

Lidah

Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.

Gigi
Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi.

Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi.

Bibir
Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut.

Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai.

Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut.

Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

Lelangit

Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.

Rongga Hidung
Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara

Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi

Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

DAERAH ARTIKULASI

Daerah atrikulasi adalah alat atrikulasi yang tidak boleh digerakkan dan sentiasa berada di tempat asalnya kecuali berlaku sesuatu yang luar biasa

Gigi

Rongga hidung

Contoh Daerah Artikulasi

Gusi

Lelangit

Bibliografi:
http://www.scribd.com/doc/13829674/PENGENALAN-PKK http://www.scribd.com/doc/15905653/KomponenKomponen-DalamBahasa http://derinad08.student.ipb.ac.id/2010/06/19/penyebab-dan-faktorketerlambatan-bicara/ http://nahulinguistik.wordpress.com/2009/04/14/pemerolehan-bahasapertama/ http://pkukmweb.ukm.my/~fpendidikan/siswazah/prosiding/jilid%202%202 010/bil%205%20pengaruh%20faktor.pdf

Sekian