You are on page 1of 10

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA TEORI MENTALIS/INNATIS Oleh:FADHILAH BINTI MUSTAFAH ZURIDAH BINTI SUPRI

TEORI MENTALIS/ INNATIS


y Teori ini dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang

mengatakan bahawa pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis.


y Teori ini menganggap bahawa bahasa sebagai satu

aktiviti mental yang merupakan satu kebolehan istimewa manusia secara semula jadi. Bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf.
y Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dengan alat

pemerolehan bahasa yang bersifat universal.


2

y Melalui alat ini kanak-kanak berpotensi secara

semulajadi untuk mempelajari bahasa apa sahaja. Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis.
y Hipotesis Nurani ( The Innateness Hypothesis) yang

mengatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan secara semulajadi (genetik) untuk berbahasa.
y Otak manusia telah diperlengkapkan dengan struktur

bahasa sejagat yang dikenali sebagai LAD ( LanguageAcquisition Device).


3

- Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu;
Proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama. Proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama) Proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak Tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.
4

- Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalam mempelajari bahasa ibundanya,Chomsky memberikan tiga hujah berikut:
Wujudnya unsur-unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan formal yang terdiri daripada ciri-ciri tatabahasa dan kesejagatan substantif yang berupa kategori-kategori tatabahasa Bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehinya tanpa keupayaan semulajadi Kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh 4 hingga 5 tahun dan tanpa keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai.
5

Kelebihan Teori Pembelajaran Mentalis


Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan. Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat,kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar.Pengajaran berpusatkan pelajar bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru.
6

Kelemahan Teori Pembelajaran Mentalis


y Teori ini mementingkan kemahiran tulisan, yang

kemudiannya diikuti dengan kemahiran bacaan.


y Manakala kemahiran lisan pula kurang diberikan

perhatian.
y Ini akan menyebabkan sesetengah murid hanya mahir

menggunakan bahasa dalam tulisan dan bacaan, tetapi lemah dalam lisan (mendengar dan bertutur).

Aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Melakukan perancangan dengan membuat pemeringkatan kemahiran secara berperingkat-peringkat sesuai dengan kemahiran dan penguasaan mereka.

Guru harus menyedari bahawa kebolehan semula jadi

untuk berbahasa yang ada pada kanak-kanak itu membolehkan mereka menganalisis pertuturan yang mereka dengar. murid-murid dalam masa merancang dan menentukan bahan-bahan pengajaran yang akan diajar nanti.

Guru perlu menggunakan pengetahuan bahasa

Kemahiran membaca akan dimulakan dengan kemahiran paling asas iaitu mengenal suku kata, dan seterusnya kemahiran itu dipertingkatkan kesukarannya sehinggalah murid berkenaan dapat membaca sebuah ayat yang lengkap.

Sebagai contoh, dalam pelaksanaan pengajaran ini, guru menetapkan 10 kriteria yang perlu dikuasai oleh murid sebagai bukti mereka telah menguasai kemahiran membaca yang telah ditetapkan.

Pada pembelajaran pertama, guru mungkin

menetapkan dua kriteria yang perlu dicapai, kemudian dua lagi pada pembelajaran akan datang dan begitulah seterusnya sehingga semua murid berjaya mencapai kriteria tersebut.
9

y Tulisan dan bacaan adalah diutamakan dalam proses

pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kajian-kajian bahasa biasanya dilakukan berasaskan bahasa tulisan.
y Latihan-latihan tulisan yang diberi termasuklah

latihan terjemahan bahan daripada bahasa sasaran kebahasa ibunda atau sebaliknya

10

You might also like