You are on page 1of 21

Selain daripada anutan masyarakat, asal

sesuatu Tamadun juga berdasarkan ‘jenis


Bangsa’ yang ‘menjalankannya’
Tamadun Melayu bermakna tamadun yang
dimiliki oleh bangsa Melayu.
Bilakah nama Melayu itu digunakan dan
apakah ianya merujuk terus kepada suatu
bangsa?
Antonio de Marga (kajian mengenai orang Tagalog
1663) mengaitkan bangsa Melayu mempunyai
persamaan dari segi:
 warna kulit
 Bentuk badan
 Pakaian
 Adat resam dan upacara
Wilhem F.Von Humbolt –sarjana ilmu bahasa (abad
ke 19) menggunakan istilah ‘Melayu Polinesia’
Alfred Wallace (1869) – membahagikan seluruh
wilayah nusantara –Pasifik kepada dua :
 Kepulauan Melayu (bangsa Melayu & bangsa Papua)
 Polinesia (Bangsa Melayu)
Wang Gung Wu (penelitian kepada rekod China
Lama) ‘Melayu’ merujuk kepada tempat “Mo-la-
YU” di Sumatera.
Rumusan
‘Walaupun terlihat dua makna yang berbeza di
dalam istilah ‘Melayu’ ini,hakikat yang tidak dapat
ditolak ialah bahawa Tamadun Melayu
merupakan tamadun yang dicernakan serta
diaprerasikan oleh orang Melayu yang menjadikan
kebudayaan amalan mereka ‘
‘Tamadun Melayu telah melalui satu perkembangan
sejarah yang sangat panjang dan secara umumnya
dapat dilihat dalam beberapa Fasa’
Fasa Pertama : Kedatangan serta pertapakan
masyarakat yang dikenali sebagai orang
Melayu
Fasa Kedua : Orang Melayu menerima
pengaruh India.
Fasa Ketiga : Kemasukan serta penerimaan
orang Melayu terhadap Islam
Fasa Keempat : Period penjajahan British @
Belanda.
Fasa Terakhir : Kewujudan Negara-Negara
Merdeka
Gelombang Pertama :
 Dihuni oleh orang Veda kira-kira 5000 tahun yang lalu
 Kedatangan Melayu Proto berasal dari Yunan membawa
kebudayaan neolitik dan tinggal di kawasan-kawasan
pinggir sungai dan laut. (sekitar tahun 3000-2500 SM)

Gelombang kedua
 F dan P.E Sarasin (1892) Melayu Deutro –membawa
kebudayaan gangsa-besi (sekitar tahun 1500 SM hingga 300
Masihi)
 Peter Bellwood ( tulisan 1985) – meskipun masih melihat
Yunan sebagi punca kedatangan namun ianya melihat laluan
yang berasingan.
Nik Hassan Suhaimi – bukti-bukti arkeologi telah
menunjukkan bahawa sejak 35 000 tahun yang lalu
,manusia telahpun mendiami Alam Melayu.
Penemuan Rangka manusia awal “orang jawa” (Java
Man)telah menunjukkan bahawa Pulau Jawa telah
mempunyai penghuninya sejak ribuan tahun yang lalu.
James T.Collins(bukti sarjana linguistik) ‘tanah asal’ orang
Melayu adalah di bahagian barat Borneo yang bergerak
sebelum 100 Masihi merentasi Laut China Selatan .
Wan Hashim Wan Teh – kedudukan rumpun bangsa
Polinesia yang tersebar sekitar Lautan Pasifik adalah berasal
dari Alam Melayu yang berhijrah ke selatan sekitar 2000
hingga 4000 tahun S.M
Sudut linguistik – daripada 26 suku bangsa yang mendiami
Yunan tidak ada satu pun yang mempunyai pertalian
bahasa atau budaya dengan rumpun Melayu-Polinesia
Ramai para cendekiawan merumuskan, bahawa
unsur pokok suatu tamadun atau peradaban
(civilization) adalah agama
Pakar sejarah Melayu, Prof. Syed Muhammad
Naquib al-Attas, menyebutkan, bahawa dalam
perjalanan sejarah ketamadunan Melayu,
kedatangan Islam di wilayah kepulauan Melayu-
Indonesia merupakan peristiwa terpenting dalam
sejarah kepulauan tersebut.
Berangkat dari pentingnya peranan agama dalam
suatu tamadun, maka dapat dijelaskan, bahwa
tanda-tanda kehancuran suatu tamadun dapat
dilihat sejauh mana unsur utama (agama) dalam
tamadun tersebut tetap terpelihara dengan baik
Tarikh sebenar menjadi bahan pertikaian dan perdebatan.
 Sumatera sejak abad ke-7 ataupun ke-8/sekitar abad ke-13?
 Semenanjung Malaysia sejak abad ke-9 atau ke-10/pada abad ke-
14?
 Perlak atau Aru?
 Marco polo : Perlak
 Tom Pires : Aru
 Hikayat Raja-raja Pasai : Pasai
 Sejarah Melayu : Pangsir,Lamri,Aru & Perlak
 Salasilah Aceh : Aceh (1204)
 Catatan China : Melaka
 Batu Bersurat : Terengganu

Umumnya terdapat tiga teori dalam melihat kedatangan


Islam ke alam Melayu.
 Dari Tanah Arab
 Dari China dan
 Dari India
Hubungan perdagangan telahpun terjalin antara alam
Melayu dengan Tanah Arab sejek sebelum kelahiran Islam.
Pedagang-Pedagang Islam yang tertumpu di Yaman
menjalankan aktiviti perdagangan dengan Asia Tenggara
seperti mendapatkan kapur barus,kemenyan dan
sebagainya.
Khalifah Sulaiman bin Ab Malik (715 – 717 M) telah
menghantar armada 35 buah kapal ke muara Sabak di
Jambi.
Pengusiran puak syiah ekoran pemberontakan “syiah
Alawiyyin” oleh Khalifah al-Makmun (813-833M)
Syeikh Ismail mengembangkan Islam ke
Barus,Lamri,Aru,Perlak dan Pasai.
Syeikh Abdullah Bin Syeikh Ahmad al-Qaumiri dari Yaman
mengIslamkankan Maharaja Derbar (Raja Kedah) 1136 M
Sheikh Abd Aziz Dari Judah mengIslamkan Raja Melaka.
Snuck Hurgronje dan Brian Harisson (orientalis barat) –
menyatakan :
“masyarakat Alam Melayu memandang India bagi mendapatkan khidmat
nasihat dan bimbingan termasuklah akhirnya dalam persoalan agama”
Thomas Arnold (The Preacing of Islam) menyatakan Islam ke Asia
Tenggara di bawa oleh pedagang dan pendakwah dari Malabar
dilihat dari persamaan mazhab yang dianuti.
Jasollin deng jong di sokong kajian G.P Moquette terdapat
persamaan dari segi struktur batu nesan Maulana Malik Ibrahim
di Gersik (1419) dengan batu nesan Umar Ibn Ahmad Kazaruni di
Gujerat.
Hanafi S.Q Fatimi menyatakan bahawa Sultan Malikul Salih yang
menjadi Raja pasai yang pertama merupakan seorang pedagang
India berketurunan Benggali.
Secara keseluruhan teori yang melihat bahawa Islam datang ke
Asia Tenggara melalui India ini mempunyai banyak kelemahan .
Zaman pemerintahan Dinasti Pang (sekitar tahun 650 M) Canton
menjadi pusat tumpuan samada pedagang atau pendakwah
Islam.
Saad ibn Waqas serta Qutaibah ibn Muslim dan utusan dari
kerajaan Bani Abbasiyah dikatakan pernah sampai ke negara
China.
Pemberontakan di Canton (878 Masihi) menyebabkan Arab-Islam
melarikan diri ke Kedah dan Palembang.
Catatan Dinasti Sung –kedatangan Islam ke Alam Melayu melalui
sepanjang pantai laut China Selatan dan dibawa oleh pedagang-
pedagang Islam dari China pada awal 977 Masihi.
R.A Kern –berpendapat bahawa Islam datang dari Champa atau
Kemboja pada abad ke-8 Masihi seiring dengan perkembangan
Islam di Wilayah tersebut.
Di Champa ditemui inskripsi mempunyai tulisan khat kufi
bertarikh 1039 M dan sebuah monumen bertarikh 1025 M yang
mencatatkan hukum-hukum Islam.
Faktor perlumbaan Penyebaran Agama
 Permusuhan berterusan antara Penganut Agama
Islam dengan Penganut Agama Kristian (perang
salib)
 Tindakan Portugis secara terbuka melakukan
serangan ke atas petempatan serta wilayah-wilayah
Islam
Faktor Perkahwinan
 Perkahwinan Pedagang dan ulama Islam dengan
wanita tempatan.
 Latarbelakang pedagang dihormati dan mempunyai
kekayaan
 Perkahwinan Raja Yang telah Islam dengan anak
Raja yang belum Islam.
Faktor Perdagangan
 Pengaruh dari perdagangan serta laluan laut
 Perdagangan saudagar Arab dengan masyarakat
Melayu
 Pedagang menjalankan aktiviti dakwah
menyebarkan Islam
Faktor Politik Dan Penaklukan
 Perluasan kekuasaan melaui penaklukan wilayah

Peranan Ahli-Ahli Sufi


 Keperibadian dan karisma Golongan ulamak
menjadi faktor penarik penerimaan Islam oleh
masyarakat setempat.
Melaka : Sheikh Ismail, Syed Abdul Aziz ,Maulana Abu
Bakar, Maulana ishak,Maulana Yusuf dan Sidi Arab.
Aceh : Hamzah Fansuri, Shamsudin al-Sumatrani
,Nurudin Raniri, Abd Rauf Singkel
Demak : Wali Songo, Sunan Giri dan Sunan Gunung Jati.
Pentadbiran
 Gelaran dan Bidang tugas terdapat pengaruh dari
Timur Tengah.
 Pemuafakatan (syura)
 Dasar dan prinsip utama pentadbiran berlandaskan
kepada al-Quran dan sunnah.(rujuk undang-Undang
Melaka 162)
 Keperibadian Islam dititikberatkan di dalam
pentadbiran pada masa itu (rujuk Sejarah Melayu
140)
Ekonomi
 Mengharamkan perniagaan benda-benda haram
 Syarat sah jual-beli, aqad dan lain-lain juga dinyatakan.
 Pengharaman Riba
 Hukum orang Muflis
 Sulh (perjanjian)
 Ikrar
 Amanat
 Pinjaman
 Syarikat (perkongsian )
 Penggunaan Wang Siling ikutan kepada kerajaan Islam di
Timur Tengah
(rujuk Undang-Undang Melaka 134 – 148)
Pendidikan
 Melaka muncul pusat pembelajaran agama Islam yang
utama
 Pembelajaran ilmu Islam mendapat sambutan yang
menggalakan dari segenap lapisan masyarakat.
 Minat yang mendalam golongan Istana mempelajari
Agama Islam
 Penggunaan Tulisan jawi berasaskan tulisan Arab
digunakan sepenuhnya oleh masyarakat Melayu sebelum
kedatangan penjajah Barat.
 Penggunaan Taqwim Hijriah yang diperkenalkan secara
rasminya di dalam dunia Islam oleh Saidina Umar al-
Khatab.
 Perbendaharaan kata Arab di bawa masuk ke dalam
Bahasa Melayu dan Indonesia
Tokoh-Tokoh Tamadun
Tugasan 1:
Pilih beberapa orang Tokoh Tamadun Islam dan
nyatakan sumbangan mereka kepada Tamadun Islam

Tugasan 2 :
Apakah ciri-ciri pemodenan yang berjaya
dilakukan oleh
 Kung Fu Tze
 Lao Tze
 Laksamana Cheng Ho
 Mahatma Ghandi
 Sidhaharta Gautama Buddha
 Tokugawa Ieyasu
 Maharaja Meiji