You are on page 1of 14

PERMAINAN BAHASA

PERMAINAN TELEFON ROSAK


Objektif: membolehkan pelajar menghafal beberapa ungkapan tertentu dan menyampaikannya kepada rakan dengan tepat.

Bahan: kertas yang mengandungi nota seperti berikut:


Hari ini hari Sabtu. Ibu Abu membawa Abu pergi makan. Abu telah memesan mee rebus 2, 1 telur dada, 4 telur mata, 1 bee hoon , sup 3. Selepas itu, Abu memesan lagi bubur 5, manisan 3, 4 gula dan 6 gelas air tebu serta membungkus 2 juice limau.

Langkah: 1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang sama bilangan. 2. Guru perlu menerangkan peraturan permainan dan langkah-langkah yang perlu diikuti oleh setiap kumpulan.

3. Ketua kumpulan diberikan sekeping kertas yang mengandungi nota atau ayat yang perlu diingati.

4. Ketua kumpulan diberi masa 4 minit untuk menghafal nota atau ayat tersebut. 5. Ketua kumpulan perlu membisikkan ayat yang telah diingatinya itu kepada orang kedua dan orang kedua pula membisikkan kepada orang ketiga dan seterusnya kepada orang terakhir dalam masa 10 minit.

6. Pelajar terakhir akan menulis maklumat yang didengari melalui bisikan tersebut pada papan hitam dan bertanggungjawab membentangkan maklumat yang dia tulis. 7. Laporan maklumat kumpulan yang paling tepat akan dianggap pemenang.

Maka Berkatalah Simon


Objektif melakukan arahan mudah yang didengar dan mengenal pasti dan menamakan bahagianbahagian tubuh. Bahan kosa kata: siku, kuku, lutut, mata, mulut, kaki hidung, telinga,, tangan, kepala

Langkah 1. Pelajar membaca kosa kata yang berkaitan dengan tubuh badan 2. Guru menyebutkan kosa kata manakala pelajar menunjukkan bahagian-bahagian tubuh badan berdasarkan kosa kata yang disebut.

3. Seorang pelajar menuju bahagian-bahagian tubuh badan yang berkaitan manakala pelajar lain menuliskan nama bahagian tubuh badan yang dituju.
4. Apabila pelajar jelas dengan kosa kata, pelajar diterangkan peraturan permainan seperti berikut:

Mendengar arahan yang bermula dengan Simon berkata.


Sekiranya pelajar membuat aksi yang tanpa dimulai dengan perkataan Simon berkata, pelajar dikira kalah dan akan diketepikan daripada permainan.

5. Pelajar yang tinggal apabila permainan ditamatkan dikira sebagai pemenang.

Kotak Beracun
Objektif melatih keberanian pelajar dalam menyebut atau menjawab soalan Bahan kotak, radio, lipatan kertas yang mengandungi soalan

Langkah

1. Memainkan muzik dan kotak mula diedarkan


2. Pelajar meyerahkan kotak tersebut kepada rakan sebelahnya dan begitulah seterusnya

3. Memberhentikan muzik, pelajar yang terakhir yang memegang kotak itu akan didenda

4. Pelajar yang didenda perlu membuka kotak untuk mengambil lipatan kertas yang mengandungi soalan (denda) dan membaca denda
5. Pelajar yang didenda akan melakonkan, menulis atau menjawab soalan 6. Muzik dimulakan semula dan kotak diedarkan semula seperti pusingan pertama hingga pelajar didenda.

TERIMA KASIH

You might also like