You are on page 1of 21

Jenis-Jenis Penyelidikan

1.Sejarah 2.Deskriptif

Kajian Kes / Lapangan Korelasi

3.Perkembangan
4.Eksperimen Sebenar 5.Quasi - Eksperimen

Perbandingan
Sebab - Musabab Action Research

PENYELIDIKAN SEJARAH
Paling rendah darjah ketepatan jawapan. Mengumpul fakta dan membuat kesimpulan daripada peristiwa lepas. Penyelidik mencari fakta, menilai dan menafsirkan fakta yang diperoleh secara sistematik bagi memahami masa lampau.

Penemuan bahan masa lampau dijadikan bahan pada masa sekarang dan ramalan pada masa akan datang
Kesulitan yang dihadapi dalam penyelidikan ini lebih banyak daripada penyelidikan eksperimen, ex post facto dan penyelidikan deskriptif.

Ini disebabkan penyelidikan ini tidak boleh di kawal dan tidak boleh direplikas

PENYELIDIKAN EXPLORATIF
Aspek yang lebih luas daripada penyelidikan sejarah. Oleh kerana sifatnya, penyelidik sering memberikan batasan terhadap ruang lingkup penyelidikannya.

PENYELIDIKAN DESKRIPTIF
Penyelidikan menerangkan sesuatu gejala, peristiwa, dan kejadian pada masa sekarang. Fokus kepada masalah. Berfungsi untuk pemecahan masalah amalan pendidikan.

Tidak ada hipotesis.


Pemboleh ubah yang dikaji biasa tunggal, dan juga lebih dari satu pemboleh ubah, bahkan biasa mendeskripsikan hubungan antara -pemboleh ubah. Misalnya, guru ingin mengetahui cara belajar pelajar dalam kelompok. Melalui pengamatan langsung secara intensif dapat diperoleh mengenai cara yang dilakukan setiap pelajar dalam kelompoknya.

Jenis-jenis Penyelidikan Deskriptif


Kajian Kes Mempelajari secara intensif seseorang individu yang dipandang mengalami suatu kes tertentu.

Misalnya, mempelajari secara khusus anak nakal, anak yang tidak biasa bergaul dengan orang lain, anak yang selalu gagal belajar, atau anak pandal, anak yang paling disukai teman-teinannya dan lain-lain.
Kelebihan : Penyelidik dapat mengkaji subjek secara mendalam dan kajian kes bukan untuk menguji hipotesis

Kajian Perkembangan Kajian perkembangan mengkaji bagaimana individu mengalami pertumbuhan. Ciri-ciri individu mencakupi intelektual, emosional, sosial dan keperibadian individu. Kajian ini dapat dilakukan kepada kelompok individu pada usia tertentu atau seorang individu sahaja.

Kajian Perkembangan terbahagi 2 iaitu; (i) Kajian longitudinal dan (ii) Kajian cross sectional/ Kaedah silang i) Kajian longitudinal ialah; Menggunakan sampel yang sama untuk jangka waktu yang panjang. Contoh penyelidik mengkaji perkembangan bahasa pelajar tahun satu sehingga mereka berada dalam tahun enam.

ii) Kajian cross-sectional Di laksanakan dalam waktu singkat berbeza kajian longitudinal. Ia mengkaji semua individu yang berbeza taraf umur dalam waktu yang sama.

Kajian Tindakan lanjutan (Follow up) Kajian ini hampir sama dengan kajian longitudinal

Ia mempelajari perkembangan subjek selepas subjek diberikan perlakuan khusus atau keadaan tertentu dalam kurun waktu tertentu sampai selesai. Kajian ini tepat untuk menilai keberkesanan suatu program tertentu.

Kajian Kecenderungan (Ramalan) Kajian kecenderungan meramalkan keadaan pada masa depan berdasarkan keadaan, gejala, dan data yang ada pada masa sekarang. Penyelidik menggunakan data daripada kajian kes atau survey untuk membuat ramalan pada masa depan.

Kajian Survey (Tinjauan) Di gunakan untuk pemecahan masalah pendidikan dan mencari kepentingan pendidikan, tetapi bukan untuk pengembangan ilmu pendidikan. Tujuan untuk mengumpulkan maklumat tentang pemboleh ubah, bukan maklumat individu yang dikaji. Data yang dikumpulkan dari kes atau subjek yang relatif besar. Survey kebiasaan berkisar pada pertanyaan apa?, bagaimana?, berapa?, tetapi bukan pertanyaan mengapa?

Suatu survey mencakupi seluruh populasi menjadi objek kajian disebut kes. Sedangkan survey yang mempelajari sebahagian populasi dinamakan sampel survey. Survey tidak hanya terbatas pada data kuantitatif, tapi juga dilakukan untuk data kualitatif, dengan pemboleh ubahpemboleh ubah abstrak seperti pendapat, persepsi, sikap, prestasi, motivasi, dan lain-lain.

Kajian Korelasi Mengukur hubungkait antara dua pemboleh ubah. Hanya menerangkan kekuatan dan signifikan. Tidak menunjukkan sebab dan akibat. Perlukan dua set data daripada setiap satu sampel. Data nominal atau ordinal sukar diproses kecuali guna statistik.

Contoh Kaitan antara berat dan ketinggian seseorang. Kaitan antara jumlah penduduk dan jumlah kilang.

Kaitan antara prestasi dan status sosio ekonomi. Kaitan antara minat dan kepuasan bekerja.

Diterangkan melalui indeks korelasi melalui ujian statistik. Ujian yang sesuai ialah Spearman dan Pearson.

Nilai indeks daripada 1.0 hingga +1.0. Nilai hampir 1.0 menandakan hubungan hampir sempurna. Nilai 0 menandakan tiada kaitan. Nilai negatif menandakan hubungan songsang. 0,00 - 0,20 hampir tiada hubungan (rendah sekali) 0,20 - 0,40 hubungan rendah atau kecil 0,40 - 0,70 hubungan sederhana 0,70 - 0,90 hubungan tinggi atau kuat 0,90 - ke atas hubungan tinggi atau sangat kuat.

Eks-pos-fakto
Membawa maksud selepas fakta. Peristiwa berlaku dan dengan ini tidak dapat dimanipulasikan. Tujuan utama untuk mencari sebab dan akibat. Risiko kerana fakta lepas perlukan bukti utama. Cabaran utama ialah mengawal pemboleh ubah luar supaya tidak mempengaruhi data. Contoh: kajian tentang faktor yang mempengaruhi prestasi sukar dimanipulasikan faktor seperti responden tukar sekolah atau kelas.

Penyelidikan Eksperimen

Penyelidikan yang paling tinggi darjah ketepatan.

Eksperimen bersifat prediktif. Semua keadaan diatur penyelidik.


Tingkahlaku subjek dikawal dan akibat daripada perlakuan diukur dengan cermat,

Faktor luar yang berpengaruh dikawal bagi mendapatkan darjah ketepatan jawapan yang tepat.
Eksperimen merupakan penyelidikan yang paling baik dan dilakukan untuk menguji hipotesis. Penyelidik secara sistematik memanipulasi pemboleh ubah dan kemudian melihat kesan perlakuan subjek dan hasil kajian itu. Reka bentuk penyelidikan yang tepat digunakan dalam penyelidikan berkisar pada rekabentuk eksperimen, ex-post facto, deskriptif dan sebahagian kecil reka bentuk sejarah

Kajian melihat punca dan akibat fenomena dengan mengatur peristiwa untuk berlaku dan membuat kesimpulan. Berbeza dengan kaedah pensejarahan kerana kaedah eksperimental mengatur peristiwa supaya berlaku sementara pensejarahan mengkaji peristiwa yang telah berlaku. Menggunakan satu kumpulan yang sama tetapi menguji ciri yang berlainan. Dua kaedah dilaksanakan pada pelajar yang sama. Perbandingan dibuat untuk mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan prestasi yang mengandaikan keberkesanan pengajaran. Kelemahan utama ialah hasil tidak dapat ditentukan dengan mutlak.

Kajian Tindakan

Usaha bersifat diagnostik dengan modifikasi yang sentiasa berlaku sehingga kesimpulan yang ideal dan terbaik berlaku. Bersifat praktikal dan teori dan biasanya terbahagi kepada dua gelungan kajian

Gelungan Kajian Pertama Langkah 1: Mengenal pasti isu, masalah dan situasi kajian. Langkah 2: Merancang Langkah 3: Bertindak Langkah 4: Memerhati dan menganalisis Langkah 5: Mengimbas dan menilai

Gelungan Kajian Kedua Langkah 1: Merancang semula. Langkah 2: Tindakan semula. Langkah 3: Memerhati dan menganalisis tindakan susulan. Langkah 4: Mengimbas dan menilai tindakan susulan.

You might also like