You are on page 1of 13

KONSEP DAN

AMALAN RIBA
DARI PERSPEKTIF EKONOMI ISLAM
TAKRIF RIBA
(MENURUT PENGAMAL RIBA)

 Riba adalah satu elemen yang diharuskan, kerana boleh


merugikan pinjaman dan boleh menjadikan pemberi hutang itu
sengsara apabila hilang harta jika si piutang gagal melunaskan
hutang pada masa yang ditetapkan.
 Riba adalah sebagai ganjaran atau upah diatas pertaruhan wang
yang dipinjamkan.
 Riba adalah sebagai balasan terhadap penantian pemberi hutang
terhadap bayaran balik hutang sepanjang masa yang dipersetujui.
 Riba merupakan satu gambaran perbezaan nilai .Ini bermaksud
nilai wang pada hari ini adalah lebih tinggi berbanding dengan nilai
pada masa akan datang. Begitulah seterusnya, makin panjang
masa bagi menjelaskan hutang, lebih tinggi lagi faedah yang berhak
diterima oleh pemberi hutang disebabkan perbezaan nilai yang
terjadi pada masa sekarang dan masa akan datang.
TAKRIF RIBA
(MENURUT ISLAM)

Dari segi bahasa - bertambah,berlebih, atau


menggelembung.
Dari segi syarak
1. Akad yang terjadi atas penukaran barang yang
tertentu, yang tidak diketahui perimbangannya menurut
ukuran syarak ketika berakad, atau dengan
mentakhirkan tukaran kedua-dua belah pihak,atau salah
satu dari keduanya
2. Satu tambahan atau lebihan dari yang sedia ada
yang ditentukan sebelumnya ke atas modal pinjaman di
mana ianya diterima oleh orang yang memberi pinjaman
bersyarat berhubung dengan satu masa tertentu.
Riba mempunyai 3 unsur berikut:

 Tambahan atau lebihan dari yang sedia ada keatas


modal pinjaman.
 Penentuan tambahan ini berhubungan dengan masa.
 Persetujuan menjadi syarat keatas bayaran tambahan
yang ditentukan sebelumnya kepada pemiutang.
JENIS–JENIS RIBA
Riba al-Fadhl
Tambahan yang terjadi dalam pertukaran barang-barang yang bukan
disebabkan penangguhan.

Riba an-Nasiah
Tambahan yang terjadi dalam pertukaran barang-barang kerana
penangguhan.

Riba al-Qard
Pemberian pinjaman kepada seseorang dengan syarat bahawa
sipeminjam memberikan sesuatu yang menguntungkan kepada si
pemberi pinjaman.

Riba al-Yad
Suatu penangguhan dalam penyerahan atau penerimaan barang -
barang yang telah dipertukarkan.
HUKUM AKTIVITI RIBA
Hukum riba ialah haram dan termasuk dalam lingkungan dosa
besar.

Setiap orang yang terlibat dalam perlaksanaannya sama ada


sebagai saksi, jurutulis dan lain-lain lagi termasuk orang yang
dilaknati yakni diusir dari rahmat Allah.

Menggunakan harta riba sama ada memakannya, meminumnya,


atau memakainya sekalipun untuk tempat tinggal dan
kenderaan, maka hukumnya adalah haram dan termasuk dosa
besar.

Semua hukum diatas adalah berdasarkan hadis Nabi Muhammad


SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud iaitu “Allah melaknat
orang yang memakan riba,orang yang memberi riba,saksinya dan
jurutulisnya”.
SEBAB-SEBAB RIBA
DIHARAMKAN
 Riba mengambil harta orang lain dengan tidak ada
imbangannya.
 Orang yang mengamalkan riba akan menjadi malas
berusaha untuk berdagang secara syarak.
 Riba menghilangkan kemudahan hutang-berpiutang.
 Riba itu telah tetap haramnya dalam nas al-Quran dan
hadis Nabi. Oleh itu wajiblah diyakini bahawa riba itu
haram hukumnya.
RIBA PADA ZAMAN MASYARAKAT ARAB JAHILIYAH
(RIBA JAHILIYAH)

 Menurut Mujahid, riba jahiliyah ialah apabila seseorang itu


berhutang dengan seseorang yang lain, dia akan berkata “saya
akan memberi kamu sekian banyak jika kamu dapat melanjutkan
tempoh pinjamanku”.
 Menurut Imam Malik pula pada zaman jahiliyah, riba ialah apabila
seseorang itu memberikan pinjaman untuk satu tempoh tertentu dan
tempoh itu kemudiannya tamat,sipiutang akan meminta siberhutang
menjelaskan hutangnya atau menokok jumlahnya. Jika siberhutang
memilih untuk menokok jumlahnya, maka tempoh hutang dapat
dilanjutkan.
 Selain itu menurut Imam Razi, orang-orang jahiliyah kerap
meminjamkan wang mereka dan menerima riba secara bulanan
tanpa menjejaskan jumlah yang dipinjamkan. Bila tiba waktu
pembayaran balik,jumlah pokok yang dipinjamkan akan diminta dan
sekiranya pihak siberhutang tidak berupaya menjelaskannya,
sipiutang akan menokok jumlah ini sesuka hatinya dan
membenarkan tempohnya dilanjutkan.
HUTANG PIUTANG
Terdapat 2 keadaan membezakan antara hutang yang melahirkan riba dan
yang tidak melahirkan riba. Dalam konteks ini, terdapat satu persamaan
iaitu si berhutang membayar lebih apa yang telah dihutangnya.

Pertama, kalau pembayarannya itu dilebihkan oleh si berhutang dengan


kehendak hatinya sendiri, ertinya bukan diakadkan lebih dahulu ketika ia
mulai menerima barang yang dihutangnya itu, maka hal yang semacam ini
tidak dinamakan riba. Keadaan ini amat dituntut oleh agama.

Kedua, sekiranya ia telah diakadkan terlebih dahulu ketika ia mulai


menerima barang, maknanya disyaratkan oleh pemberi hutang itu supaya
hutangnya itu harus diberi keuntungan nanti ketika dikembalikan, maka
lebihan yang disebabkan akad itu menjadi riba. Inilah yang diharamkan oleh
agama. Andaikata terjadi juga lebihan dalam penukaran barang itu, dengan
tidak diakadkan oleh kedua belah pihak (dua orang yang menukarkannya),
maka lebihan itu juga dikatakan riba.
PRINSIP JUAL BELI
(TANPA PENGARUH RIBA)

 Kedua-dua barangan sama nilainya,maksudnya sama


kualitinya.
 Sama mengikut tuntutan syarak iaitu sama
timbangannya pada barang yang ditimbang, sama
sukatannya pada barang yang disukat dan lain-lainnya.
 Sama nilainya dimajlis akad jika barang itu berlainan
jenisnya.
Apabila Allah mengharamkan riba, Dia memberi
alternatif jual-beli (al-Baqarah: 275). Keuntungan yang
dihalalkan melalui jual-beli (al-bai’) ialah apabila adanya
usaha (al-kasb) kerana penjual harus membeli
barangan daripada pembekal sebelum menjualnya
dengan harga yang lebih tinggi daripada kos asal.
Penjual juga mesti bersedia menanggung kerugian (al-
dhaman) dan risiko (al-ghurm) lain sekiranya barangan
yang dijual itu rosak atau tidak terjual. Inilah sebahagian
daripada elemen ‘iwad yang membezakan keuntungan
dalam jual beli dengan faedah berupa riba dalam kontrak
hutang.
MENGURUS HARTA RIBA
Segera dilupuskan dengan mendermakannya untuk kegunaan
awam. Melupuskannya merupakan tanda bertaubat kepada Allah
s.w.t.
Duit riba yang menjadi hak kita tidak boleh dibiarkan dalam bank,
atau dipulangkan kepada bank, dengan alasan itu adalah duit riba,
kerana ini akan menguntungkan pihak bank sedangkan hasil dari
riba itu masih boleh dimanfaatkan.
Menggunakan harta tersebut untuk kemaslahatan orang ramai
seperti membina wakaf, tandas awam, memperbaiki jalan, bukan
untuk makan minum atau membeli serta menyediakan apa-apa
yang berkaitan dengan ibadat.
Justeru, hasil dari sistem riba tidak boleh digunakan untuk
keperluan peribadi, tidak kira untuk apa tujuan sekalipun seperti
membayar duit kereta, bil telefon dan sebagainya. Seperti mana
disebut di atas, manfaatnya mesti kepada orang awam bukan
kepada si pemilik riba.