BAB 2 Konsep Asas MT

ZZZT 1043

Bab 2

ZT1043m

Teori dan KONSEP dalam HUBUNGAN ETNIK

1

ZT1043m

2

Liputan Kuliah
Teori dan KONSEP dalam HUBUNGAN ETNIK 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 2.9 2.10 PENGENALAN Teori HE KONSEP HE Masyarakat Majmuk Konsep Kebudayaan Ras Etnik Jarak sosial Integrasi Etnik dan Ras dlm HE

2.11 KESIMPULAN
ZT1043m 3

2.1 Pengenalan
Jumlah penduduk Malaysia 2007 ialah 25 juta dan terdiri daripada 200 suku kaum Ini mewujudkan kepelbagaian Pemahaman teori dan konsep penting supaya hal berkaitan etnik tidak dipolemikkan

ZT1043m

4

Jumlah Penduduk (Juta) Bumiputera

Tahun 2000

Tahun 2005

Tahun 2010

14.56

66.1%

16.06

65.9%

17.95

67%

Cina

5.58

25.3%

6.15

25.3%

6.52

24.3%

India Etnik lain Jumlah Penduduk

1.63 0.27 22.04

7.4% 1.2% 100%

1.83 0.32 24.36

7.5% 1.3% 100%

1.97 0.35 26.79

7.4% 1.3% 100%

Komposisi Penduduk Malaysia, 2000-2010 (Juta orang) Sumber: Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010
ZT1043m 5

Teori HE: Teori Ekologi
Diperkenalkan – Robert E. Park (1950), yang terpengaruh dengan Charles Darwin iaitu kemenangan bagi yang gagah manusia mempunyai dua bentuk warisan iaitu pertama, sebagai ahli kumpulan ras dan mewarisi pusaka biologikal yang dipindahkan melalui perkahwinan sesama kumpulan. Kedua, sebagai ahli kumpulan sosial, dia memindahkannya melalui komunikasi warisan sosial kumpulannya.
ZT1042 6

Teori ekologi Park boleh dirumuskan ke dalam empat usul. Pertama, penghijrahan membawa bersama, dalam perhubungan yang tidak sama rata, manusia yang memiliki fenotaip yang berbeza. Kedua, dalam perhubungan persaingan, individu sedar akan ciri-ciri status yang membezakan mereka. Ketiga, manusia yang berstatus tinggi tidak mahu bersaing atas dasar sama rata dengan mereka yang memiliki status rendah dan kumpulan yang kemudian ini dianggap memiliki kategori semula jadi tersendiri. Keempat, terdapat pembahagian buruh dan prejudis iaitu luahan kesedaran oleh kelompok manusia yang istimewa. Manakala sikap prejudis akan mempertahankan kepentingan mereka dan memperkukuh struktur kategori itu. Teori ini berkembang apabila kedatangan penjajah Barat yang mengamalkan konsep ras secara tertutup berdasarkan ikatan darah dan mempunyai implikasi superioriti ras dan rasisme
ZT1042 7

Teori HE: Freudian
Diperkenalkan oleh John Dollard (1937) dengan merujuk kpd sikap prejudis utk mempertahankan orang kulit putih Terdapat 4 usul iaitu 1. kehidupan melahirkan kekecewaan dan ini dpt diatasi dgn melepaskan kekerasan kpd golongan sasaran 2. orang kulit hitam dikaitkan dgn ketakutan 3. lagi lemah minoriti, lagi sesuai ditindas 4. bertindak tidak rasional utk membenarkan kekerasan
ZT1042 8

Teori HE: Struktur-Fungsionalisme Diperkenal – Talcott Parsons (1975) Individu bertindak secara intensif dan dikawal oleh hukuman Individu mengejar kepentingan yg menyebabkan wujud pembahagian buruh dan juga boleh berkongsi nilai

ZT1042

9

Teori HE: Kelas
Diperkenal – Oliver Cox (1948) Merujuk masalah kelas dan kasta di Amerika Usul: 1. Kapitalis mengaut keuntungan dan meletakkan buruh kelas bawahan 2. Mendukung ketidaksamarataan iaitu kulit putih dan hitam 3. Wujud ras kr menguntungkan kapitalis

ZT1042

10

Teori HE: Masyarakat majmuk
J. S Furnivall (1948) dan M. G. Smith (1965) yang menggunakan konsep masyarakat majmuk untuk mengenal pasti masyarakat di Asia Tenggara di mana wujud satu rantai manusia seperti orang Eropah, Cina, India dan pelbagai kumpulan anak tempatan. Masyarakat majmuk itu didefinisikan sebagai mereka bergaul tetapi tidak bergabung. Setiap kumpulan berpegang dengan agama masing-masing, kebudayaan, bahasa, idea dan cara hidupnya sendiri. Sebagai individu mereka bertemu, tetapi hanya di pasar iaitu semasa membeli dan menjual. Wujud satu masyarakat plural di mana pelbagai bahagian komuniti hidup sebelah menyebelah, tetapi berasingan dalam unit politik yang sama. Manakala dalam bidang ekonomi berlaku pembahagian buruh mengikut garisan ras
ZT1042 11

Loe Kuper (1974) mengkritik Teori Struktur dan Maxisme kr tidak menjelaskan ciri masyarakat yang dipisahkan oleh etnik dan ras Usul: 1. Masyrakat dibezakan dgn fenotaip, ekonomi dan politik 2. konflik berlaku disebabkan garis pemisah ras, bukan kelas 3. ras ditentukan oleh sejarah
ZT1042 12

Teori HE: Pasaran Buruh Terpisah
Diperkenal – Edna Bonacich (1972) akibat perebutan kuasa dlm pasaran buruh Ciri 1. Buruh dipisahkan dgn garis etnik 2. tiga kelas utama i. peniaga nak buruh murah ii. Buruh yang dibayar gaji tinggi disaingi dgn buruh murah iii. Buruh murah dikuasai oleh peniaga
ZT1042 13

Teori HE; Pilihan Rasional
Teori Pilihan Rasional yang menjurus kepada realiti sosial dengan cara melihat pilihan tingkah laku manusia di peringkat individu dan kumpulan. Teori ini dipopularkan antara lain oleh Thomas Sowell (1975), Thomas Schelling (1978), Michael Banton (1983) dan Mansor Mohd. Noor (2000).
ZT1042 14

Teori pilihan rasional tentang hubungan etnik mengandaikan – individu mempunyai matlamat dan kecenderungan yang berbeza dan bertindak untuk memaksimumkan ganjaran material dan kedudukan sosial. – Manakala tingkah laku individu merupakan fungsi sentimen peribadi dan kepercayaan terhadap kelompok sebayanya. – Apabila individu membuat satu pilihan untuk bertindak, tindakan pilihan yang lain akan tertutup. – Seterusnya, semasa individu bertindak ke atas pilihan tingkah laku yang dibuat, individu berkenaan akan mewujudkan ikatan sosial yang lebih erat dengan individu lain yang terlibat hingga terbina ikatan sosial di antara individu. – Namun, apabila individu gagal memaksimumkan kepuasan melalui pelbagai dimensi kumpulan sosial yang wujud dalam masyarakat, dia akan berpaling kepada soal-soal keagamaan dan ketuhanan

ZT1042

15

KONSEP HE: Masyarakat
Definisi Masyarakat :Kamus Dewan :kumpulan manusia, yang hidup bersama,di sesuatu tempat,dengan aturan tertentu. Lucy Mair – satu gagasan yang terdiri drp manusia yang saling berhubung secara kolektif dgn hak dan tanggungjawab yang saling mengiktiraf
ZT1043m 16

Ciri-Ciri Masyarakat
Manusia Yang Hidup Berkelompok
– Satu hakikat yang nyata di kalangan manusia ialah mereka hidup bersama dan membentuk kelompok.
– Kelompok ini yang membentuk masyarakat. Mereka mengenali antara satu sama lain dan saling bergantungan. – Kesatuan sosial wujud dalam perhubungan sesama manusia ini. Seseorang manusia tidak mungkin dapat meneruskan hidupnya tanpa bergantung kepada manusia lain.

Melahirkan Kebudayaan
– Tiada masyarakat, tiadalah budaya dan sebaliknya. – Masyarakat akan melahirkan kebudayaan, sama ada kebendaan atau bukan kebendaan. – Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke generasi berikutnya dengan proses penyesuaian.

Mengalami Perubahan
– Sebagaimana budaya, masyarakat juga turut mengalami perubahan. – Suatu perubahan terjadi kerana faktor-faktor yang berasal dari masyarakat itu sendiri. – Sebagai contoh, suatu penemuan baru mungkin akan mengakibatkan perubahan kepada masyarakat itu

Terdapat Kepimpinan
– Pemimpin adalah terdiri daripada ketua keluarga, ketua kampung, ketua negara dan sebagainya. – Dalam masyarakat Melayu awal, kepimpinan adalah bercorak tertutup kerana pemilihan berdasarkan keturunan

Stratifikasi Sosial
– Stratifikasi sosial meletakkan seseorang pada kedudukan dan peranan yang harus dimainkannya atau merujuk kepada susun lapis masyarakat.

– Stratifikasi sosial dibahagikan kepada tiga:
kelas, status kasta

– Kelas ialah kedudukan seseorang dalam masyarakat berdasarkan pemilikan harta atau kekayaan seperti orang kaya kelas atasan dan orang miskin, kelas bawahan. – Status ialah jangkaan peranan yang dimainkan oleh individu dalam masyarakat seperti penerimaan gelaran iaitu Haji, Lebai, Dato’ dan sebagainya. – Kasta ialah kelas sosial yang keahliannya ditentukan hanya melalui kelahiran dan dalam hidupnya tidak berlaku mobiliti sosial. Ini dapat dilihat dalam zaman tradisional India yang memecahkan kasta kepada Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra.

Budaya
Dictionary of Philosophy (1996) memberikan maksud budaya sebagai ‘The way of life of a people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned but are often too persive to be readily noticed from within’. Budaya dapat didefinisikan sebagai cara hidup yang diikuti oleh orang yang menjadi anggota kumpulan tertentu dan meliputi anasir sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, nilai, peralatan budaya, atau apaapa yang dihasilkan oleh mereka sebagai anggota masyarakat

Budaya boleh dibahagikan kepada dua:
– budaya kebendaan – budaya bukan kebendaan

Budaya kebendaan
– peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya. – Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo.

Budaya bukan kebendaan
– kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. – Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran (dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki

Ciri-Ciri Budaya
Dipelajari
– Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari
– Bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat bergantung kepada beberapa faktor iaitu:
i. ii. iii. iv. v. Agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan dan sebagainya. Nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu. Umur seseorang. Tahap pendidikan Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.

Ciri Budaya
Perkongsian – Budaya itu dikongsi oleh manusia iaitu setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan manusia. – Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerana masyarakat menggemarinya. Bahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian. – Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.

Ciri Budaya
Kesejagatan
– Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia. Tidak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan. – budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota. – Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam semua budaya iaitu:
i. ii. iii. iv. v. vi. vii. peralatan dan kelengkapan hidup manusia. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi. sistem sosial. bahasa. kesenian. sistem pengetahuan. agama dan kepercayaan.

Ciri Budaya
Diwarisi
– Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa budaya Melayu, Cina dan India yang diamalkan hari ini adalaah lanjutan daripada budaya terdahulu.
– Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini. Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau.

Ciri Budaya
Berubah – Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya tidak mengalami perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku. Rumah beratap genting telah digantikan dengan rumah beratap rumbia. – Perubahan budaya bukan kebendaan dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah. – Perubahan ini disebabkan beberapa faktor, antaranya:
i.

ii. iii. iv. v. vi.

pertambahan bilangan anggota masyarakat. pertambahan keperluan dan keinginan manusia. penemuan dan penciptaan teknologi baru. pertembungan budaya. konflik yang berlaku. perubahan alam sekitar.

Ciri Budaya
Perlambangan
– Perlambangan ialah sebagai satu lambang dalam budaya yang memberikan makna tertentu kepada pendokongnya seperti bendera, warna, logo, lambaian tangan dan sebagainya.
– Perlambangan yang wujud turut membantu manusia berhubung dan berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil.

Ciri Budaya
Pandangan Semesta
– Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian.
– Pandangan semesta ini timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya. – Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti simpulan bahasa (seperti aur dengan tebing), ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh masa (setanak nasi) dan sebagainya.

Masyarakat Majmuk
Masyarakat yg terdiri drp pelbagai kelompok ras dan etnik berlainan di bawah satu ssistem pemerintahan Diperkenalkan oleh J.S Furnivall (1948) M.S. Smith (1960) – masyarakat yang mempunyai kepelbagaian budaya yang wujud atas dasar konflik dan paksaan dan bukan atas nilai bersama
ZT1042 36

Masyarakat Kepelbagaian
– Tidak lagi dicirikan dgn perbezaan besar dari segi ekonomi – Masyarakat Malaysia lebih kpd masyarakat kepelbagaian, kurang konflik

ZT1042

37

Konsep Etnik
Berasal dari perkataan ethnos Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok manusia dan ciri yang paling ketara serta sering digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinasikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula etnik boleh didefinasikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.

Etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu kaum Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya.
Etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri. Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza
.

Konsep Etnisiti
Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya jelas di mana anggotanya berasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.

Etnosentrisme
Manakala etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dikalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif melihat kelompok etnik lain daripada lensa dan kacamata etnik sendiri.

Konsep Ras dan Rasisme
Istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulangan walaupun membawa makna berbeza. Di Malaysia, istilah ras dan etnik sering kali dicampuraduk dan digunakan secara bertukar sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama. Orang Melayu, Cina dan India serta pelbagai etnik lain di Sabah dan Sarawak sepatutnya dikenali sebagai etnik tetapi juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian. Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata, seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan selainnya. Ciri paling ketara yang digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.

Manakala rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya mengenai sesuatu kelompok lain berdasarkan perbedaan wajah fizikal-bilogikal atau ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui prilaku atau tindakan terbuka.
Rasisme adalah gabungan prejudis dan kuasa diartikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna kulit, mata dan ciri-ciri fizikal-biologikal selainnya.

Rasisme wujud pada dua tahap iaitu tahap individu dan tahap institusi.
Pada tahap individu, rasisme berlaku dalam bentuk kepercayaan wujudnya ras tertentu yang berstatus lebih tinggi dan ada yang berstatus lebih rendah. Rasisme pada peringkat individu ini wujud dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu. Pada tahap institusi, rasisme melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi, seterusnya membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang berbeza. Rasisme pada tahap institusi ini dapat dilihat secara tersirat di dalam struktur sosial.

Malaysia Kaya Budaya

ZT1042 ZT1043m

46

Jarak Sosial
Merujuk kpd pengasingan secara fizikal atau emosi antara individu yang mempunyai perbezaan tanggapan Wujud kr sikap negatif terhadap etnik lain, perbezaan tempat tinggal, pekerjaan, bahasa, agama, adat dan etnik

ZT1042

47

Integrasi
Integrasi Sosial – merujuk kpd proses menyatupadukan pelbagai kelompok dlm masyrakat melalui satu identiti bersama

ZT1043m

48

Apartheid

ZT1042 ZT1043m

49

Akomodasi
– Ia merupakan proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Namun, mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain. – Di peringkat pemerintahan pusat, setiap etnik mempunyai wakil dan dalam bidang ekonomi dan pendidikan, mereka saling bergantungan. – Switzerland adalah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik-etnik Jerman, Perancis dan Itali, saling membuat penyesuaian antara mereka
A+B+C=A+B+C

Akulturasi
– Ia merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan. – Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan yang tertentu dihadapkan unsur-unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur-unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah ke dalam kebudayaan sendiri. – Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima.

– Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam-meminjam. – Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah dan dijadikan unsur kebudayaan sendiri. – Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, ‘angpow’, makanan, hiburan dan sebagainya

Namun kejayaan akulturasi bergantung kepada:
– i. Unsur-unsur kebudayaan asing yang mudah diterima seperti budaya kebendaan seperti pakaian dan kebudayaan tersebut memberi manfaat yang besar. – ii. Unsur kebudayaan asing berbentuk bukan kebendaan sukar diterima seperti ideologi, pemikiran dan sebagainya.

A + B + C = Ai + Bi + Ci

Asimilasi
– Ia merupakan satu proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain. – Asimilasi yang sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. – Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat Jawa, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan Nyonya, merupakan antara contoh berlakunya proses asimilasi

Proses asimilasi berlaku apabila terdapatnya:
– i. – ii. – iii. Etnik yang berbeza budaya. Individu di dalam atau di antara etnik sering berinteraksi. Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama.

Kejayaan asimilasi bergantung kepada:
– i. Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti etnik lain. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain. Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti tidak besar atau kelompok minoriti adalah kecil. Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya etnik minoriti akan menyukarkan proses asimilasi.

– ii.
– iii. – iv. – v.

Faktor penghalang asimilasi ialah:
– i. Kurangnya pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takut terhadap budaya lain. – ii. Timbul perasaan bahawa budaya etnik lebih tinggi dari etnik lain. – iii. Adanya perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat.
A+B+C=A

Berjayakah asimilasi di Patani?

ZT1042

58

Konsep Prejudis dan Stereotaip
Prejudis ditakrif sebagai pandangan negatif yang tersemat di dalam hati seseorang atau satu kelompok etnik, yang sering tidak diluahkan secara terbuka, mengenai ahli atau kelompok etnik lain. Selalunya pandangan ini adalah tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi. Apabila prejudis disuarakan ianya menjadi stereotaip.

Prejudis antara etnik berlaku apabila sesebuah etnik memandangn negatif terhadap etnik lain. Mengubah prejudis yang tinggi terhadap sesebuah etnik lain adalah sukar diubah walaupun fakta yang kukuh diberikan bagi membuktikan bahawa pemahaman tersebut adalah salah.
Prejudis yang wujud biasanya berasaskan sokongan yang aktif daripada masyarakat sekeliling. Melalui proses sosialisasi, sikap prejudis disalurkan dari satu generasi kepada satu generasi lain. Kesan sikap prejudis semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dari aspek politik, ekonomi sosial dan sebagainya.

Manakala stereotaip pula ialah kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu etnik seperti semua orang Arab itu Islam, orang Belanda itu kedekut dan sebagainya.
Dengan kata lain, stereotaip ialah gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu etnik oleh etnik lain. Ini terhasil apabila berlaku pertembungan dua atau lebih komuniti etnik. Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat majmuk di Malaysia. Ini kerana fahaman stereotaip akan menjadikan sesuatu etnik itu akan memandang rendah kepada etnik lain dan seterusnya membawa implikasi kepada terbatasnya interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yang menebal.

Konsep Diskriminasi
Diskriminasi ditakrif sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi prilaku pihak yang berpandangan negatif. Ringkasnya, diskriminasi adalah perbuatan membezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. Diskriminasi merupakan hasil terjemahan daripada prasangka yang ada pada sesuatu etnik.

Ia semakin mudah berlaku terutama apabila wujud prejudis dan stereotaip dalam sesebuah masyarakat, sama ada di peringkat individu ataupun kumpulan etnik.

Interaksi sosial
Proses sosial yang melibatkan dua atau lebih individu atau kelompok yg saling membalas tingkah laku dan mempengaruhi

ZT1042

62

Etnik dan Ras dlm Konteks HE di Malaysia
Amalan mengaitkan konsep ras dengan ciri-ciri fizikal dan etnik dengan ciri-ciri kebudayaan seseorang individu itu sudah diterima pakai secara meluas. Namun demikian, batas dalam sesuatu kumpulan etnik dan ras tidaklah begitu jelas dan tetap seperti yang diandaikan oleh orang ramai. Kedua-dua konsep ini sering bertindih dan dalam banyak perkara maknanya kabur. Individu daripada kumpulan ras dan etnik yang berlainan juga boleh berkahwin dan menghasilkan percampuran ras. Percampuran ras ini menyebabkan ciri-ciri fizikal seperti warna kulit dan sebagainya berubah.

ZT1042

63

Di Malaysia, konsep ras tidak digunakan dalam memahami hubungan antara rakyat yang pelbagai budaya. Konsep yang digunakan untuk mentakrifkan kaum Melayu ialah konsep etnik iaitu bercirikan budaya, bahasa dan agama (Fazilah Idris 2008). Konsep etnik telah diguna pakai di Alam Melayu sebelum kedatangan penjajah Barat lagi. Jelas menunjukkan bahawa orang Melayu ditakrifkan berdasarkan konsep etnik, bukan ras. Penggunaan konsep ras akan menyulitkan pengkategorian kumpulan Melayu disebabkan berlakunya percampuran ras dengan tiga kategori fenotaip, pertama, fenotaip Kaukasian seperti orang Inggeris, Belanda, Turki, Arab, Portugis, India dan lain-lain, kedua fenotaip Mongoloid seperti Cina, orang rumpun Melayu, orang Asli dan lain-lain dan ketiga ialah fenotaip Afrika (Nur Syam 2007). Percampuran ras tiga kategori fenotaip ini telah menyebabkan ciriciri fizikal orang Melayu menjadi kabur (Mansor Mohd Noor 2005).

ZT1042

64

2.6 Kesimpulan
1. Masyarakat Malaysia mempunyai unsur dalaman yg positif ke arah perpaduan spt yg terkandung dalam Kebudayaan Kebangsaan 2. Kebudayaan Kebangsaan yg menyatukan kebudayaan asal, asing dan Islam adalah wahana hubungan etnik yg ampuh dlm mencapai perpaduan acuan Malaysia.

ZT1042

65

3. Memahami dan menghayati konsep hubungan etnik yang positif dapat mengelak tragedi perkauman dan kemanusiaan

4. Ketegangan etnik menghancurkan kehidupan tanpa mengira warna kulit …..

ZT1043m

66

Konflik perkauman mengundang tragedi kemanusiaan

ZT1042

67

Andai terbuang tak diterima

ZT1043m

68

Andai disingkirkan

69 ZT1043m

Ke mana nak dibawa

70 ZT1043m

Ke mana nak di semaikan

ZT1043m

71

Cinta ini

ZT1043m

72

Rela berjuang

ZT1043m

73

Demi cinta ini

ZT1043m

74

Ingin kotakan janji

ZT1042 ZT1043m

75

Sepanjang kedewasaan ini

ZT1043m

76

Penyambung warisan

ZT1043m

77

Wariskan mereka hubungan etnik yg harmoni demi satu kehidupan

78

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful