You are on page 1of 8

RANGKAIAN KOMPUTER

APA ITU SISTEM RANGKAIAN? Rangkaian bermula dengan binaan yang kecil, dengan penyambungan lebih kurang sepuluh komputer dan satu pencetak. Teknologi yang wujud di masa itu menghadkan bilangan komputer yang disambung dan panjang kabel komunikasi yang boleh dibenarkan dalam rangkaian. Di awal tahun sembilan puluhan kabel komunikasi boleh ditarik sejauh kira-kira 600 kaki dengan penyambungan sebanyak lebih kurang 30 komputer sahaja. Rangkaian seperti ini sesuai untuk organisasi yang kecil dan dikenali sebagai rangkaian kawasan setempat (LAN). Sistem rangkaian adalah peralatan komputer yang dirangkaikan antara satu sama lain dan mampu untuk berkomunikasi antara satu sama lain sama ada pada kawasan yang terhad mahupun di serata dunia. Sistem rangkaian terbahagi kepada tiga jenis iaitu Local Area Network (LAN), Metropolitan Area Network (MAN) dan Wide Area Network (WAN)

Rajah 1.1: rangkaian LAN, MAN dan WAN.

LAN(Local Area Network) LAN atau Local Area Network adalah satu rangkaian komputer yang disambungkan antara satu sama lain pada kedudukan geografi yang kecil, iaitu pada radius 100 meter ke 10Kilometer, tanpa penyambungan kepada syarikat telekomunikasi.

WAN(wide area network) WAN atau wide area network adalah satu rangkaian komputer yang disambungkan antara satu sama lain pada kedudukan geografi yang luas, iaitu pada radius melebihi 10Kilometer, dengan penyambungan kepada syarikat telekomunikasi, dan menggunakan perantara (ROUTER).

MAN(metropolitan area network) MAN atau metropolitan area network adalah satu rangkaian komputer yang disambungkan antara satu sama lain pada kedudukan geografi yang luas, antara gabungan LAN dan WAN pada satu bandar kepada satu LAN dan WAN pada bandar yang lain dengan penyambungan kepada BACKBONE yang dijanakan oleh syarikat telekomunikasi.

INTERNET (International Network) INTERNET atau International Network merupakan satu jaringan rangkaian terbesar di dunia di mana kesemua jaringan yang ada pada satu-satu negara dirangkaikan kepada satu jaringan antarabangsa agar dapat berkomunikasi. Ini mungkin melibatkan keseluruhan LAN,WAN dan MAN di dunia.

TOPOLOGI Topologi adalah gambaran perhubungan antara peralatan dalam rangkaian komputer. Topologi yang terdapat pada rangkaian komputer terbahagi kepada tiga iaitu topologi STAR, topologi RING dan topologi BUS. Topologi STAR mempunyai ciri-ciri asas seperti komputer disambungkan ke alat di tengah (central) atau hub. Selain itu, setiap komputer juga menggunakan kabel tunggal ke hub. Topologi ini juga boleh membuat multi star.

Rajah 1.2: gambarajah topologi STAR

Bagi topologi RING pula, terdapat ciri-ciri seperti komputer disambungkan di dalam satu close loop. Ia juga boleh menggunakan konfigurasi dual Ring untuk fault tolerance. Kelebihan yang terdapat pada topologi jenis ini ialah ia mudah untuk di troubleshooting. Selain itu, ia juga boleh membuat fault tolerance. Namun, disebalik kelebihan tersebut, terdapat juga beberapa kelemahan seperti topologi ini sukar untuk dikembangkan. Jika terdapat kerosakan pada kabel juga, ia akan mengakibatkan masalah kepada keseluruhan rangkaian.

RAJAH 1.3: gambarajah topologi RING

Bagi topologi BUS pula, terdapat beberapa ciri yang utama seperti menggunakan satu kabel yang tunggal. Selain itu, peralatan juga disambung terus ke kabel. Kabel juga mestilah dimatikan di setiap hujung. Kelebihan yang terdapat pada topologi ini pula ialah ianya murah. Disamping itu, ia juga tidak memerlukan peralatan tambahan. Berbanding dfengan topologi yang lain, topologi ini tidak memerlukan kabel yang panjang. Namun, terdapat juga beberapa kelemahan pada topologi ini seperti topologi yang lain. Antara kelemahan topologi ini ialah jika berlaku kerosakan, kabel akan menganggu keseluruhan segmen. Topologi ini juga amat sukar untuk troubleshooting.

RAJAH 1.4: gambarajah menunjukkan topologi BUS

PROTOKOL RANGKAIAN
Protokol adalah satu piawai untuk pertukaran data di antara satu komputer dengan komputer yang lain. Ia digunakan untuk mengawal komunikasi dalam rangkaian. Protokol terdapat dalam perisian rangkaian yang digunakan dan perkakasan komunikasi. Protokol menetapkan bagaimana penerima dan

penghantar berkomunikasi. Dengan adanya protokol, dua peranti boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Ia memastikan agar data dapat dihantar, kelajuan data yang dihantar adalah optimal, penetapan kaedah dupleks dan sebagainya. Dengan adanya protokol, peranti dari pengilang yang berbeza boleh digunakan dengan peranti dari pengilang yang lain. Rangkaian yang mempunyai protokol berbeza tidak boleh berkongsi data antara satu sama lain. Terdapat banyak protokol telah dibangunkan untuk tujuan penghantaran data dalam rangkaian. Selain protokol TCP/IP, ada protokol lain yang terdapat di pasaran seperti SNA (System Network Architecture) dari IBM. Protokol ini digunakan dalam rangkaian yang melibatkan komputer kerangka besar dan minikomputer. Kedua, terdapat protokol NetBEUI dari Microsoft. Protokol ini digunakan untuk menghubungkan komputer dalam satu rangkaian setempat. Sebagai contoh, kaedah perkongsian network neighbourhood yang terdapat pada Windows 95/98 adalah berasaskan protokol ini. Yang ketiga, terdapat protokol APPLETALK dari APPLE. Protokol ini digunakan untuk komputer jenis Macintosh.

Selain itu, terdapat protokol IPX/SPX dari Novell. Protokol ini digunakan untuk rangkaian komputer peribadi. Satu ketika dahulu, protokol ini merupakan satu protokol yang paling banyak digunakan dalam rangkaian komputer PC. Kini, protokol ini telah semakin kurang digunakan. NetBIOS dari IBM pula, iani ialah protokol yang digunakan dalam rangkaian komputer peribadi. Ia juga terdapat dalam Windows 95/98. X.25 pula merupakan rotokol untuk rangkaian data

awam.dan X.400 merupakan protokol untuk penghantaran mel elektronik antara komputer.

You might also like