You are on page 1of 9

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA


IT-030-3:2013 COMPUTER NETWORK SERVICES
PROGRAM

TAHAP DAN SEMESTER 3 (SEMESTER 2)


KOD DAN TAJUK
KSK 3024 : COMPUTER NETWORK INSTALLATION
KURSUS

KOD, TAJUK KURSUS K1 ANALYSE COMPUTER NETWORK SET-UP SPECIFICATION


DAN KOMPETENSI (KV) K2 CARRY OUT NETWORK INSTALLATION

C04 : COMPUTER NETWORK SET-UP


NO. DAN TAJUK
WA 1 : ANALYSE COMPUTER NETWORK SET-UP SPECIFICATION
KOMPETENSI (NOSS) WA 2 : CARRY OUT NETWORK INSTALLATION
WA 3 : TEST NETWORK CONNECTIVITY
WA 4 : PRODUCE COMPUTER NETWORK SETUP REPORT

NO.KOD KSKV KSK 3024/P(1/13)


Muka Surat : 1 Drp 9
NO.KOD NOSS IT-030-3:2013/C04/P(1/13)

TAJUK :

JENIS-JENIS PENYAMBUNGAN RANGKAIAN.

TUJUAN :

Kertas penerangan ini bertujuan untuk membantu pelatih mengenalpasti jenis-jenis


penyambungan rangkaian.

Copyright KVSB 2019


Muka / Page : Page 2
NO. KOD / CODE NUM. KSK3024/P(1/13)
Drpd/of : Page 9

PENERANGAN/INFORMATION:

1.1 JENIS-JENIS PENYAMBUNGAN RANGKAIAN

MAKSUD RANGKAIAN KOMPUTER

Sistem Rangkaian (Networking) boleh ditakrifkan sebagai lebih daripada satu


peranti yang dipisahkan secara fizikal kedudukannya tetapi disambung atau
dirangkaikan dari segi operasinya. Ini bererti, Sistem Rangkaian Komputer
(Computer Networking) merupakan satu sistem komputer yang mengandungi dua
atau lebih komputer yang disambungkan di antara satu sama lain melalui sistem
pengoperasian yang selaras walaupun komputer-komputer tersebut berada di
tempat-tempat yang berbeza.

JENIS-JENIS RANGKAIAN KOMPUTER

Jenis-jenis rangkaian komputer sebenarnya ditakrifkan mengikut lingkungan


geografi sesuatu rangkaian itu. Selain daripada itu, perbezaan di antara skema
rangkaian-rangkaian tersebut turut melibatkan jarak dan orientasi. Biasanya, ia
berorientasikan kerangka pusat dan menggunakan talian telefon atau bergantung
kepada geganti gelombang mikro untuk menghantar data. Terdapat 3 jenis
rangkaian komputer yang asas iaitu:
i) Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)
ii) Rangkaian Kawasan Metropolitan (MAN)
iii) Rangkaian Kawasan Luas (WAN)

1.1.1 RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT (LAN).

• Rangkaian Kawasan Setempat juga dikenali sebagai LAN yang merupakan


akronim bagi Local Area Network. Ia juga dipanggil LAN dan direka bentuk
untuk kawasan fizikal kecil seperti pejabat, sekumpulan bangunan atau kilang.
• Diantara ciri-ciri rangkaian LAN ialah sambungan rangkaian LAN tidak melebihi
100 buah komputer. LAN juga selalunya mencakupi jarak kurang dari 2 km.
LAN boleh menghantar data pada kelajuan yang tinggi iaitu 10 Mbps, 100 Mbps

Copyright KVSB 2019


Muka / Page : Page 3
NO. KOD / CODE NUM. KSK3024/P(1/13)
Drpd/of : Page 9

atau 1000 Mbps (Gigabit).


• LAN digunakan secara meluas kerana mudah untuk mereka bentuk dan
menyelesaikan masalah. Komputer peribadi dan stesen kerja boleh
disambungkan kepada satu sama lain melalui rangkaian LAN. Kita boleh
menggunakan pelbagai jenis topologi untuk membentuk rangkaian LAN
samada Topologi Bintang, Cincin, Bas, Pokok dan lain-lain.
• Penyambungan rangkaian LAN boleh dibina samada dengan menyambungkan
rangkaian mudah seperti menyambungkan dua buah komputer, untuk
berkongsi fail dan rangkaian. Rangkaian LAN juga boleh menjadi kompleks
dengan menghubungkan peranti di seluruh bangunan.
• Rangkaian LAN juga digunakan secara meluas untuk berkongsi sumber seperti
pencetak, berkongsi cakera keras dan lain-lain.

Rajah 1 : Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)

• Salah satu komputer dalam rangkaian boleh menjadi pelayan yang melayani
semua komputer dalam rangkaian yang disebut sebagai pelanggan. Perisian
boleh disimpan di pelayan dan ia boleh digunakan oleh pelanggan lain.
• Penyambungan semua stesen kerja secara berpusat di dalam bangunan untuk
membolehkan komputer tersebut berkomunikasi antara satu sama lain tanpa
sebarang akses internet.

Copyright KVSB 2019


Muka / Page : Page 4
NO. KOD / CODE NUM. KSK3024/P(1/13)
Drpd/of : Page 9

KEBAIKAN RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT (LAN).

i) Sumber perkongsian: Sumber komputer seperti pencetak, modem, pemacu


DVD-ROM dan cakera keras boleh dikongsi dengan melalui Rangkaian
Kawasan Setempat. Ini mengurangkan kos dan pembelian perkakasan.
ii) Perkongsian Aplikasi Perisian: Lebih murah untuk menggunakan perisian
yang sama dalam rangkaian berbanding membeli perisian berlesen
berasingan bagi setiap pelanggan rangkaian.
iii) Komunikasi Mudah dan Murah: Data dan mesej boleh dipindahkan dengan
mudah melalui komputer rangkaian.
iv) Data berpusat: Data semua pengguna rangkaian boleh disimpan pada
cakera keras komputer pelayan. Ini akan membantu pengguna
menggunakan mana-mana stesen kerja dalam rangkaian untuk
mengakses data mereka. Kerana data tidak disimpan di dalam stesen kerja
setiap pelanggan.
v) Keselamatan Data: Data disimpan pada komputer pelayan secara
berpusat, memudahkan pengurusan data malah data juga akan lebih
selamat daripada sebarang ancaman.
vi) Perkongsian Internet: Rangkaian Kawasan Setempat menyediakan
kemudahan untuk berkongsi sambungan internet secara tunggal di
kalangan semua pengguna LAN. Kos langganan internet lebih murah dan
menjimatkan.

KEKURANGAN RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT (LAN).

i) Kos permulaan yang tinggi: Walaupun LAN akan menjimatkan kos dari
masa ke masa disebabkan oleh sumber komputer yang dikongsi, tetapi kos
persediaan awal untuk memasang Rangkaian Kawasan Tempatan adalah
tinggi.
ii) Pelanggaran privasi pengguna dalam rangkaian: Pentadbir LAN
mempunyai hak untuk memeriksa fail data peribadi bagi setiap pengguna
LAN. Pentadbir LAN boleh membuat semakan ke atas setiap aktiviti

Copyright KVSB 2019


Muka / Page : Page 5
NO. KOD / CODE NUM. KSK3024/P(1/13)
Drpd/of : Page 9

pengguna terhadap sesebuah komputer dalam rangkaian seperti aktiviti


melayari internet.
iii) Ancaman keselamatan data: Maklumat dan data penting mudah untuk
diakses oleh pengguna yang tidak dibenarkan sekiranya data tersebut tidak
diuruskan dengan baik dan ciri-ciri keselamatan yang sangat lemah
digunakan.
iv) Kerja penyelenggaraan LAN: Pentadbir LAN perlu sentiasa bersedia
menghadapi kemungkinan terdapat masalah pemasangan perisian atau
kegagalan perkakasan atau gangguan kabel dalam Rangkaian Kawasan
Setempat.
v) Meliputi kawasan yang sangat terhad dan terbatas: Rangkaian Kawasan
Setempat merangkumi kawasan yang sangat terhad dan kecil seperti satu
pejabat, satu bangunan atau sekumpulan bangunan berdekatan.

1.1.2 RANGKAIAN KAWASAN LUAS (WAN)

Rajah 2 : Rangkaian Kawasan Luas (WAN)

• Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network-WAN) menghubungkan suatu


kawasan yang lebih luas (negeri, negara, benua) dari segi geografinya, sebagai
contoh menghubungkan Malaysia dengan Amerika Syarikat, China dan
sebagainya.
• Ia memerlukan pelbagai perkakasan dan perisian sebelum rangkaian setempat
dan metropolitan berhubung dan berkomunikasi secara global dan
Copyright KVSB 2019
Muka / Page : Page 6
NO. KOD / CODE NUM. KSK3024/P(1/13)
Drpd/of : Page 9

antarabangsa seperti internet.


• Ia juga menyediakan penghantaran data, suara, imej, video untuk jarak jauh
melalui kawasan geografi yang lebih luas meliputi negara, benua atau seluruh
dunia.
• Rangkaian WAN memerlukan gabungan talian telefon, gelombang mikro,
satelit dan media penghantaran lain. Komputer dalam WAN biasanya
dihubungkan melalui rangkaian enterprise.
• Antara ciri-ciri WAN ialah sambungan rangkaian WAN merangkumi rangkaian
LAN dan gabungan MAN. WAN menggunakan media penghantaran gentian
optik, satelit, gelombang radio dan sebagainya serta meliputi antara benua dan
seluruh dunia.
• Media komunikasi yang digunakan oleh WAN adalah pautan PSTN atau Satelit.
WAN beroperasi pada kadar data yang rendah.

KELEBIHAN RANGKAIAN KAWASAN LUAS (WAN)

i) Meliputi kawasan geografi yang besar membolehkan sebarang urusan


diselesaikan secara jarak jauh melalui penyambungan pada satu rangkaian.
ii) Perkongsian perisian dan sumber melalui penyambungan pelbagai peranti dan
stesen kerja.
iii) Mesej boleh dihantar dengan cepat dan mudah kepada sesiapa sahaja di
rangkaian. Mesej ini boleh dilampirkan bersama-sama gambar, bunyi atau
data.
iv) Perkakasan yang mahal (seperti pencetak atau talian telefon ke internet) boleh
dikongsi oleh semua komputer di rangkaian tanpa perlu membeli peranti lain
untuk setiap komputer.
v) Semua orang di dalam rangkaian boleh menggunakan data yang sama dan
yang terkini. Ini dapat mengelakkan masalah di mana beberapa pengguna
mungkin ketinggalan dalam mendapatkan maklumat daripada pengguna yang
lain.

Copyright KVSB 2019


Muka / Page : Page 7
NO. KOD / CODE NUM. KSK3024/P(1/13)
Drpd/of : Page 9

KELEMAHAN RANGKAIAN KAWASAN LUAS (WAN)

i) Memerlukan ciri keselamatan seperti firewall yang lebih baik untuk menyekat
pihak luar untuk memasuki dan mengganggu rangkaian.
ii) Kos permulaan untuk pemasangan rangkaian yang sangat mahal, perlahan
dan rumit. Semakin besar sesebuah rangkaian, semakin tinggi kos
pemasangan sesebuah rangkaian.
iii) Perlu melantik penyelia dan penyelia rangkaian sepenuh masa bagi
melaksanakan kerja-kerja pemantauan dan penyelenggaraan untuk
memastikan rangkaian sentiasa dalam keadaan stabil dan dapat berfungsi
dengan baik.
iv) Keselamatan menjadi masalah utama apabila ramai pengguna berupaya
menggunakan maklumat walaupun tidak mempunyai hak akses terhadap
rangkaian tersebut. Perlu mencari langkah untuk melindungi rangkaian
daripada ancaman penggodam dan virus. Hal ini menambah lebih banyak
kerumitan dan meningkatkan kos perbelanjaan keselamatan.

1.1.3 RANGKAIAN KAWASAN METROPOLITAN (MAN)

• Rangkaian Kawasan Metropolitan adalah rangkaian yang menyambungkan


pengguna dengan sumber-sumber komputer dalam kawasan geografi atau
wilayah yang lebih besar daripada yang dilindungi oleh Rangkaian Kawasan
Setempat (LAN) tetapi lebih kecil daripada kawasan yang diliputi oleh
Rangkaian Kawasan Luas (WAN).
• Rangkaian ini direka untuk merangkumi keseluruhan bandar. Rangkaian MAN
juga berkemungkinan gabungan daripada beberapa buah Rangkaian LAN
kepada rangkaian yang lebih besar. Pengendalian rangkaian MAN
dilaksanakan samada oleh syarikat swasta tunggal atau syarikat awam.

Copyright KVSB 2019


Muka / Page : Page 8
NO. KOD / CODE NUM. KSK3024/P(1/13)
Drpd/of : Page 9

Rajah 3: Rangkaian Kawasan Metropolitan (MAN)

• Rangkaian MAN biasanya meliputi bandar dan bandaraya (50 km). Ciri-ciri
MAN ialah sambungan rangkaian melebihi 100 buah komputer. MAN
menggunakan media penghantaran berprestasi tinggi (gentian optik) dan
menjangkau seluruh bandar. MAN juga dikaitkan dengan Bandar bestari yang
menyediakan rangkaian khas untuk sesuatu bandar misalnya Putrajaya dan
Cyberjaya.

KELEBIHAN RANGKAIAN KAWASAN METROPOLITAN (MAN)

i) Sangat cekap dan menyediakan komunikasi pantas melalui medium


berkelajuan tinggi, seperti kabel gentian optik.
ii) Ia menyediakan tulang belakang yang baik untuk rangkaian besar dan
memberikan akses yang lebih besar kepada WAN.
iii) Konsep dual bus yang digunakan dalam MAN membantu penghantaran data
dalam kedua-dua arah serentak.
iv) MAN biasanya merangkumi beberapa blok bandar atau seluruh bandar.

KELEMAHAN RANGKAIAN KAWASAN METROPOLITAN (MAN)

i) Lebih banyak kabel diperlukan untuk sambungan MAN dari satu lokasi ke
lokasi lain.
ii) Sukar untuk memastikan sistem benar-benar selamat dari ancaman
penggodam dan pengintipan perindustrian.

Copyright KVSB 2019


Muka / Page : Page 9
NO. KOD / CODE NUM. KSK3024/P(1/13)
Drpd/of : Page 9

SOALAN/QUESTION :

Soalan 1 :

Apakah maksud Rangkaian Kawasan Setempat, LAN?

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

Soalan 2 :

Nyatakan tiga (3) kekurangan WAN.

i) ________________________________________________________________
ii) ________________________________________________________________
iii) ________________________________________________________________

Soalan 3 :

Nyatakan tiga (3) kelebihan MAN.

i) ________________________________________________________________
ii) ________________________________________________________________
iii) ________________________________________________________________

RUJUKAN/REFERENCES :

1. https://www.studytonight.com/computer-networks/types-of-networks
2. Kurose, J.F. and K.W. Ross (2003) Computer Networking: A Top Down
Approach Featuring the Internet, Addison Wesley.
3. Doug Lowe. (2003) Networking All-in-One Desk Reference For Dummies, John
Wiley & Sons, edition 2012

Copyright KVSB 2019

You might also like