You are on page 1of 2

IKLAN JAWATAN KOSONG

MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR


Warganegara Malaysia yang terdiri daripada ANAK NEGERI SELANGOR yang
berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah
dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :-
1.0 JAWATAN
1.1 Penolong Jurutera (Awam) Gred JA29 (Tetap)
1.2 Penolong Jurutera (Mekanikal) Gred JA29 (Tetap)
1.3 Penolong Juruukur Bahan Gred JA29 (Kontrak)
1.4 Penolong Arkitek Landskap Gred JA29 (Tetap)
1.5 Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (Kontrak)
1.6 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 (Tetap / Kontrak)
1.7 Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 (Tetap)
1.8 Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 (Tetap)
1.9 Pembantu Operasi Gred N11 (Tetap)
1.10 Pemandu Kenderaan Gred H11(Tetap)
2.0 BUTIRAN PERMOHONAN
2.1 Pemohon lahir di Negeri Selangor ; atau
2.2 Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor ; atau
2.3 Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri
Selangor melebihi 15 tahun ; dan
2.4 Pembuktian bagi mana-mana syarat di para 2.1, 2.2 dan 2.3 hendaklah
dikemukakan melalui dokumen-dokumen yang sah di sisi undang-
undang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada
tanggungjawab pemohon sendiri.
2.5 Pemohon hendaklah melengkapkan butiran diri dan permohonan
melalui e-Mohon Jawatan di laman sesawang Majlis Daerah Kuala
Selangor di www.mdks.gov.my.
2.6 Salinan dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar ke Majlis
Daerah Kuala Selangor sebelum 25 April 2017 (Selasa). Dokumen
adalah seperti berikut;
1) Biodata Diri
2) Salinan Kad Pengenalan Pemohon
3) Salinan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa
4) Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
5) Salinan Sijil-Sijil Persekolahan (PMR / SPM)
6) Salinan Kelulusan Akademik;
Sila lampirkan bersama Surat Pengesahan Pengiktirafan
Kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
(JPA) bagi sijil / diploma / ijazah (jika berkaitan)
7) Transkrip keputusan peperiksaan semua semester (Jika
berkaitan);
8) Sekeping gambar ukuran pasport;

Semua dokumen hendaklah DISAHKAN daripada salinan asal.

2.7 Pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah


mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing
mengikut Perintah Am Bab A 2005 dan menyertakan bersama-sama
Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Prestasi terkini.

2.8 Maklumat penting kepada pemohon :

i) Permohonan yang lewat diterima dan tidak lengkap akan ditolak.


ii) Hanya calon yang layak selepas ditapis sahaja akan dihubungi
untuk sesi temuduga.
iii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6
bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap
permohonan mereka tidak berjaya.

2.9 Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 APRIL 2017 (Selasa).

You might also like