You are on page 1of 6

Dasar Pendidikan Negara

Pengenalan
Dasar pendidikan negara sebelum merdeka mewujudkan 5 jenis sistem persekolahan yang
terasing di antara satu sama lain, iaitu sekolah Inggeris, Melayu, Cina, India dan agama. Sejak
tahun 1946, British sedar satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan harus diwujudkan
bagi menyatukan masyarakat yang berbilang kaum. Kesedaran ini terbukti dalam Rancangan
Cheessmen yang mencadangkan sekolah Inggeris sebagai asas penyatuan sistem persekolahan.
Usaha-usaha telah dijalankan untuk menuju ke arah penyatuan sistem pendidikan. Selepas
merdeka, usaha mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan diteruskan. Dasar pendidikan
kini lebih bertujuan membentuk perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai kaum. Satu dasar pendidikan yang lebih baik adalah penting bagi membentuk
negara yang stabil, bersatu-padu dan progresif.

Penyata Barnes, 1950


Pada Ogos 1950, satu jawatankuasa yang diketuai oleh L.J. Barnes ditubuhkan bagi mengkaji
masa depan sistem pendidikan di Tanah Melayu. Setelah menjalankan kajian, satu penyata yang
dikenali sebagai Penyata Barnes disediakan dan dikemukakan kepada Kerajaan British pada
tahun 1951. Panyata ini mengandungi syor-syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa ini.
Antara syor-syor ini ialah:
a. Sekolah vernakular digantikan dengan sekolah kebangsaan.
b. Sekolah kebangsaan dibuka kepada semua kaum dan diajar oleh guru dari pelbagai kaum
dan keturunan.
c. Sekolah rendah – Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Sekolah menengah – Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar.
d. Semua murid diberi pelajaran percuma di sekolah rendah selama 6 tahun.
Penyata ini dibantah oleh kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu membantah kerana
kedudukan Bahasa Melayu tidak diberi kedudukan yang wajar. Bagi Cina, sekolah kebangsaan
dianggap seolah-olah mengancam kebudayaan dan Bahasa Cina yang mereka banggakan. Orang
India menentang kerana permintaan mereka supaya kedudukan sekolah Tamil dikaji telah ditolak
oleh kerajaan.

Laporan Fenn-Wu, 1951


Pada tahun 1951, kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji kedudukan
sekolah Cina. Jawatankuasa ini dketuai oleh Dr. W.P. Fenn dan Dr. Wu Teh-Yao. Tugas utama
jawatankuasa Fenn-Wu ialah mengkaji kemungkinan menjadikan sekolah Cina yang
menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai pengantar dan Bahasa Cina sebagai
satu matapelajaran pilihan. Syor-syor yang dikemukakan ialah:
a. Sekolah Cina dikekalkan tetapi kurikulumnya berdasarkan latar belakang tempatan.
b. Sekolah Cina menyokong konsep penggunaan 3 bahasa sebagai bahasa pengantar supaya
perpaduan di antara kaum tidak terjejas.
Laporan Fenn-Wu ditolak oleh UMNO kerana tidak menguntungkan orang Melayu.

Ordinan Pelajaran, 1952

All The Best


Pada bulan September 1952, satu jawatankuasa Penasihat Pusat ditubuhkan bagi mengkaji
Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu. Jawatankuasa ini mengesyorkan beberapa cadangan
yang kemudian diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran 1952. Antara cadangannya ialah:
a. Penubuhan 2 jenis sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar.
b. Pelajaran selama 6 tahun dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar di sekolah rendah.
c. Sekolah kebangsaan yang dicadangkan oleh Barnes dilaksanakan.
d. Sekolah Cina dan Tamil tidak termasuk dalam konsep sistem sekolah kebangsaan.
Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan kerana berlakunya Darurat.

Penyata Razak, 1956


Jawatankuasa Razak ditubuhkan pada 30 September 1955 untuk mengkaji Ordinan Pelajaran
1952. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein. Hasil kajian
jawatankuasa ini terkandung dalam Laporan Razak yang dikemukakan pada bulan April 1956.
Berikut ialah kandungan Laporan Razak:
1. Sekolah rendah
a. Sekolah rendah dibahagikan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) yang
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan (SRJK) yang menggunakan Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil sebagai
bahasa pengantar.
b. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan matapelajaran wajib.
c. Murid keturunan Cina dan Tamil di sekolah aliran Inggeris diberi peluang mempelajari
bahasa ibundanya jika ada 15 orang atau lebih murid ingin belajar.
d. Guru-guru mestilah mempunyai Sijil Sekolah Menengah Rendah dan mendapat latihan
sepenuh masa setahun dan separuh masa 2 tahun.
2. Sekolah menengah
a. Sekolah menengah dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu sekolah menengah rendah (3
tahun), sekolah menengah atas (2 tahun) dan pra-U (2 tahun).
b. Satu jenis sekolah menengah sahaja yang Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai
matapelajaran wajib.
c. Terbuka kepada semua kaum dan menggunakan sukatan yang sama.
d. Bagi memasuki sekolah menengah, mesti lulus peperiksaan memasuki sekolah
menengah.
3. Sistem peperiksaan
a. Sekolah menengah rendah
Peperiksaan di peringkat Tingkatan 3 (peperiksaan bersama) dan mesti lulus Sijil
Rendah Pelajaran (SRP/LCE) bagi memasuki sekolah menengah atas.
b. Sekolah menengah atas
Peperiksaan bersama di Tingkatan 5 untuk memperolehi Sijil Persekutuan Tanah
Melayu yang sama taraf dengan Cambridge Overseas Certificate.
c. Pra-U
Peperiksaan di Pra-U tahun kedua untuk memperolehi Sijil Tinggi Pelajaran (STP/HSC)
untuk memasuki universiti.
Laporan Razak telah diluluskan pada April 1957 dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran
1957. Laporan Razak ditentang oleh orang Melayu kerana tiada ketegasan dalam pelaksanaan
bahasa kebangsaan. Orang Cina menentang kerana sesetengah cadangan dikatakan mengabaikan
pendidikan Bahasa Cina.
All The Best
Laporan Rahman Talib, 1960
Pada tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan bagi mengkaji semula
perlaksanaan Laporan Razak dan langkah-langkah bagi mewujudkan satu sistem pendidikan
kebangsaan. Jawatankuasa ini diketuai oleh Abdul Rahman bin Haji Talib. Beberapa syor telah
dikemukakan:
1. Bahasa kebangsaan
a. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, sekolah
menengah dan institusi pengajian tinggi.
b. Peperiksaan awam diadakan dalam Bahasa Melayu.
c. Semua calon mesti lulus Bahasa Melayu sebelum masuk ke sekolah menengah.
2. Kelas peralihan
Kelas peralihan diadakan bagi pelajar dari SRJK(C) dan SRJK(T) yang ingin bertukar ke
sekolah menengah aliran Melayu atau Inggeris.
3. Kenaikan automatik
a. Kenaikan darjah secara automatik di semua sekolah rendah dan sekolah menengah
bantuan kerajaan.
b. Peluang pendidikan selama 9 tahun disediakan secara automatik iaitu 6 tahun sekolah
rendah dan 3 tahun sekolah menengah rendah.
c. Pelajaran percuma kepada semua sekolah rendah tanpa mengira bahasa pengantarnya.
4. Matapelajaran akhlak
a. Murid beragama Islam – Pendidikan Islam.
b. Murid bukan beragama Islam – Pendidikan Moral.

Akta Pelajaran, 1961


Syor-syor Laporan Rahman Talib akhirnya digubal menjadi Akta Pelajaran 1961. Melalui akta
ini:
a. Semua sekolah menggunakan kurikulum yang sama tanpa mengira aliran sekolah.
b. Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dari sekolah rendah ke sekolah menengah sampai
institusi pengajian tinggi.
c. Umur minimum meninggalkan sekolah – 15 tahun.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Dasar Luar


Negara

Pengenalan
Semua negara di dunia bergantung di antara satu sama lain. Setiap negara tidak boleh
bersendirian dan terpaksa mengadakan hubungan dengan negara-negara lain sama ada dalam
bidang sosial, ekonomi atau politik. Hubungan ini ditentukan oleh dasar luar sesebuah negara.
Dasar luar negara boleh diertikan sebagai garis panduan bagi segala tindakan yang diambil oleh
negara ini apabila ia berhubungan dengan negara lain. Dasar luar negara ini dipengaruhi oleh
pelbagai faktor, sebagai contoh faktor sejarah, faktor politik, faktor ekonomi dan sebagainya.

Faktor-faktor
1. Persekitaran geostrategik
All The Best
Negara kita terletak di tempat yang paling strategik di dunia. Kedudukannya ini di
pertengahan laluan perdagangan antara Timur Jauh dengan Timur Tengah membolehkannya
mengawal laluan perdagangan ini. Keadaan ini menyebabkan negara kita mengamalkan
dasar luar yang bebas dan berkecuali. Negara kita juga sentiasa berusaha memastikan
kawasan ini terhindar daripada tekanan kuasa luar dan menjadikan kawasan ini satu kawasan
yang aman, bebas dan berkecuali.
2. Struktur ekonomi negara
Negara kita kaya dengan bahan mentah seperti petroleum, getah, bijih timah, kelapa sawit
dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan negara kita memerlukan ramai rakan
perdagangan untuk memasarkan barangan dan hasil negara kita. Maka kita haruslah
mengkaji aspek dasar luar negara yang diamalkan tidak membawa keburukan kepada rakan
perdagangan yang sedia ada, di sebaliknya dapat menarik ramai lagi rakan perdagangan.
3. Struktur politik negara
Negara kita merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang
mementingkan demokrasi, kebebasan dan kemakmuran rakyat. Maka kita akan berhubung
dengan negara yang juga memperjuangkan prinsip yang sama.
4. Demografik
Negara kita negara yang terdiri dari pelbagai kaum dan oleh yang demikian negara kita
mengamalkan dasar luar yang mementingkan prinsip-prinsip perpaduan antara manusia dan
juga prinsip-prinsip penghormatan hak asasi manusia. Bukti negara kita mengamalkan dasar
ini ialah negara kita telah menentang dasar apartheid di Afrika Selatan yang mengancam hak
asasi manusia dan bertentangan dengan amalan perpaduan yang wujud di negara kita.
5. Keselamatan negara
Dasar luar negara kita juga dipengaruhi oleh faktor keselamatan negara. Sebagai contoh,
keganasan komunis di negara kita menyebabkan negara kita tidak berhubung dengan negara
komunis. Pergolakan politik di Indo-China menyebabkan negara kita menentang Vietnam
yang menyerang Kampuchea dan kuasa-kuasa luar yang cuba menggugat kestabilan politik
di Asia Tenggara.
6. Keadaan politik serantau
Keadaan politik dan keselamatan serantau juga mempengaruhi dasar luar negara kita. Dasar
luar negara kita bertujuan mewujudkan keamanan dan kestabilan serantau jelas dilihat
apabila negara kita memainkan peranan yang aktif dalam segala perbincangan mengenai
Kampuchea. Negara kita telah cuba menyelesaikan konflik di negara tersebut agar
keamanan dan kestabilan politik wujud di negara itu.
7. Institusi antarabangsa
Institusi antarabangsa yang dimaksudkan adalah seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB). PBB merupakan satu pertubuhan yang selalu cuba menegakkan keamanan dan
kemakmuran dunia. PBB juga berusaha melindungi hak manusia. Maka, apabila negara kita
menyertai pertubuhan ini, negara kita akan dipengaruhi oleh prinsip-prinsip ini dan
menyelaraskan dasar luar negara kita supaya selaras dengan prinsip-prinsip pertubuhan
tersebut. Selain PBB, negara kita juga menjadi ahli Pertubuhan Negara-negara Berkecuali
(NAM), Pertubuhan Komanwel dan sebagainya.
8. Hubungan diplomatik
Pada awalnya, nama negara kita tidak dikenali oleh negara yang lain di dunia ini. Untuk
membolehkan negara kita dikenali oleh seluruh dunia, maka negara kita telah mengadakan
hubungan diplomatik dengan negara yang lain. Oleh sebab hubungan diplomatik yang
dijalinkan membolehkan kita memperolehi kepentingan dari segi politik, ekonomi dan sosial

All The Best


dari negara tersebut, maka polisi yang diamalkan oleh negara kita akan digubal supaya
sesuai dengan keadaan tersebut.
9. Undang-undang antarabangsa
Dasar luar negara kita dipengaruhi oleh sistem perundangan antarabangsa. Negara kita
menghormati prinsip-prinsip yang digariskan dalam Piagam PBB dan juga undang-undang
yang ditetapkan oleh badan-badan antarabangsa. Badan-badan antarabangsa telah
menetapkan pelbagai peraturan yang menggariskan etika tindak-tanduk semua negara
terutamanya peraturan atas perundangan tentang diplomasi, menghormati keutuhan negara
lain, komunikasi dan juga mekanisme untuk menyelesaikan sesuatu pertelingkahan. Maka,
dasar luar negara kita juga terikut-ikut dengan undang-undang yang ditetapkan.

Malaysia dan Pertubuhan Antarabangsa

Pengenalan
Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Atas cadangan
Tunku Abdul Rahman, gagasan Malaysia telah ditubuhkan pada 16 September 1963. Untuk
membolehkan nama Malaysia dikenali oleh seluruh dunia, Malaysia telah menyertai beberapa
pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Komanwel dan
sebagainya. Melalui pertubuhan ini, nama Malaysia telah disebar ke seluruh dunia. Dalam
pertubuhan ini juga, Malaysia telah memperolehi banyak bantuan sama ada dari segi politik
ataupun ekonomi. Semuanya ini banyak membantu Malaysia dalam pembangunan negara.

Komanwel
Pertubuhan Komanwel merupakan sebuah pertubuhan negara-negara bekas tanah jajahan British
yang telahpun mencapai kemerdekaan. Pertubuhan ini ditubuhkan secara rasminya pada tahun
1931 oleh Parlimen British berasaskan idea Lord Rosebury, Menteri Luar Britain. Pertubuhan ini
diketuai oleh Ratu England, Queen of Elizabeth II. Negara kita telah menyertai pertubuhan ini
pada tahun 1957 selepas mencapai kemerdekaan. Pada hari ini, Pertubuhan Komanwel
mempunyai 49 anggota negara. Hanya 4 negara sahaja yang keluar dari Komanwel sehingga hari
ini iaitu Ireland, Afrika Selatan, Pakistan dan Fiji. Negara kita mendapat banyak faedah daripada
Komanwel seperti:
1. Bidang pertahanan
Melalui Perjanjian Pertahanan Britain Tanah Melayu 1957, negara kita telah mendapat
bantuan pertahanan dari Britain. Britain telah menempatkan angkatan tenteranya di negara
kita untuk membantu negara kita dalam usaha membanteras ancaman komunis. Semasa
Konfrontasi Indonesia, negara kita telah mendapat bantuan tentera dari New Zealand,
Australia dan sebagainya.
2. Bidang perdagangan
Sebagai salah satu ahli dalam pertubuhan Komanwel, barang eksport negara kita telah
dikenakan kadar cukai yang rendah di Britain. Sebagai balasan, negara kita telah memberi
keutamaan kepada kegiatan perdagangan di antara Britain dengan negara kita.
3. Rancangan Colombo
Rancangan Colombo ditubuhkan pada tahun 1950 dengan tujuan memberi bantuan teknik
oleh negara-negara Komanwel yang maju kepada negara-negara Komanwel yang
membangun dan mundur. Menerusi rancangan ini, negara kita telah memperolehi faedah
seperti:
All The Best
a. Australia, New Zealand, Britain dan Canada telah memberi biasiswa kepada pelajar
kita yang menuntut di institusi pengajian tinggi di sana.
b. Negara penderma telah memberi bantuan kewangan kepada negara kita untuk
menubuhkan pusat-pusat latihan teknik.
c. Britain menghantar pakar-pakar insurans dan cukai untuk menolong negara kita dalam
memajukan ekonomi negara.
d. Canada membekalkan peralatan untuk membantu negara kita memajukan industri
perikanan.
e. Bantuan dari New Zealand dalam bentuk wang untuk membuka tanah baru.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)


PBB ditubuhkan pada 24 Oktober 1945, beribu pejabat di New York. Trygve Lie menjadi
Setiausaha Agung yang pertama. PBB ditubuhkan atas usaha Presiden Woodraw Wilson
(Amerika Syarikat) dan Perdana Menteri Winston Churchill (Britain). Kini PBB mempunyai 166
buah anggota negara. Pada 17 September 1957, negara kita menjadi ahli PBB. Dari PBB, negara
kita telah memperolehi pelbagai faedah, iaitu:
1. Dari UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization)
a. Pakar pendidikan telah dihantar ke Malaysia untuk membantu negara kita dalam
rancangan pelajaran.
b. Pengawal penyelidikan sains dihantar untuk membantu negara kita dalam penyelidikan
sains.
c. Bantuan telah diberi dalam penubuhan maktab teknik di Ipoh.
2. Dari WHO (World Health Organization)
Nasihat telah diberi kepada negara kita untuk membantu negara kita dalam mencegah
penyakit malaria, batuk kering, untut, demam kepialu dan sebagainya.
3. Dari FAO (Food and Agricultural Organization)
Bantuan dalam bentuk kewangan dan kepakaran telah diberi untuk membantu negara kita
meningkatkan pengeluaran makanan.
4. Dari ILO (International Labour Organization)
a. Pakar telah dihantar untuk membantu negara kita meningkatkan taraf perusahaan
negara kita.
b. KWSP telah ditubuhkan untuk melindungi kaum pekerja atas saranan ILO
5. Dari WB (World Bank)
a. Memberi bantuan kewangan kepada negara kita dalam melaksanakan projek-projek
pembangunan negara.
b. Pakar ekonomi dihantar ke negara kita untuk membantu negara kita menyelesaikan
masalah ekonomi.

All The Best

You might also like