You are on page 1of 3

Perkahwinan Masyarakat Cina Peranakan

http://www.kpkk.gov.my/index.php? option=com_content&view=article&id=503%3Aperkahwinan-masyarakat-cinaperanakan&catid=65&Itemid=158&lang=bm ahad 5.8.2012

Hit : 10514 Masyarakat Cina Peranakan

Orang-orang Cina peranakan adalah orang Malaysia yang dilahirkan di Negeri-negeri Selat iaitu negeri Melaka, Singapura dan Pulau Pinang. Ahli wanitanya dipanggil nyonya dan ahli lelaki dipanggil Baba. Adat-adat yang serupa masyarakat Melayu boleh di dapati di dalam perkahwinan mereka iaitu dari tepak sireh yang melambangkan kesucian wanita yang akan berkahwin itu. Adat lain termasuk mas kahwin diserahkan kepada ibu bapa gadis itu kerana kesucian gadis itu. Upacara lain ialah pertukaran cincin dan hadiah, penggunaan bunga rampai dan pembakaran setanggi. Muzik dimainkan oleh kumpulan ronggeng, boria dan pancaragam serunai Cina. Upacara berlangsung selama 12 hari bagi orang-orang kaya manakala golongan biasa ialah pada hari pertama dan hari kedua belas sahaja.

Pengantin Lelaki Kaum Baba dan Nyonya Melaka Adat Perkahwinan Baba Nyonya Melangkah ke gerbang perkahwinan sememangnya dinantikan dan merupakan saat yang bahagia bagi pasangan yang bercinta. Pelbagai persiapan harus dilakukan dan dirancang terlebih dahulu. Bagi pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan, situasi begini bukanlah sesuatu yang pelik dan ganjil. Namun begitu, setiap kaum dan bangsa mempunyai adat dan kepercayaan mereka yang tersendiri di dalam urusan perkahwinan. Baba dan Nyonya merupakan antara masyarakat Malaysia yang unik. Keistimewaan Baba dan Nyonya masih lagi diperkatakan oleh masyarakat Malaysia yang lain dan ia boleh dilihat melalui adat perkahwinan mereka. Pada peringkat awal perkahwinan, jemputan secara peribadi akan di mulakan dengan melawat dari satu rumah ke satu rumah yang lain untuk menghantar kad jemputan yang bersampul merah dan di hantar oleh 'Pak Chindek". Jemputan untuk kawan-kawan dan saudara mara adalah berbeza dan ianya mengambil masa selama enam hari sebelum upacara perkahwinan.

Pada hari tersebut, ketua upacara tersebut akan berpakaian gaun cina yang labuh dan jaket pendek dan memulakannya dengan memberi 'kueh ih' yang terletak elok di dalam bakul nyoya iaitu bakul Siah. Untuk hari 'kueh ih' ia juga di panggil 'sang ih' yang bermaksud untuk memperkenalkan. 'Ih 'pula adalah symbol bagi benda yang baik untuk perkahwinan. Selain dari 'sang ih', tanglung, kain merah atau 'chye kee' akan diletakkan di pintu utama. Persiapan bilik pengantin jua perlu dan ia diletakkan langsir, cadar baru yang kaya dengan sulaman berwarna-warni, bunga-bungaan dan bilik tersebut di harumkan dengan 'Stangee' iaitu wangian daripada kulit pokok, gula tebu dan gula. Begitu juga dengan 'potpouri' yang dipenuhi dengan wangian dari daun pandan, bunga dan ia lebih dikenali sebagai bunga rampai di kalangan orang Melayu. Seterusnya ialah hari 'KhuihThiah' iaitu hari pembukaan untuk perayaan. Ia juga adalah hari kupas bawang. Hari tersebut juga adalah di buka kepada saudara mara dan kawan-kawan untuk datang menyiapkan pelbagai persiapan. Ini disusuli oleh 'hari menyambal'. Kebiasaannya mereka membuat sambal sebanyak 20 jenis antaranya ialah sambal serunding. Sambal ini akan dimakan bersama dengan 'nasi lemak' pada hari kedua belas upacara perkahwinan. Dua hari sebelum perkahwinan, hari 'tumbuk tepung' dan 'Sang Jit' di uruskan dahulu. Tepung ini akan di gunakan untuk membuat kuih tat, kuih genggang, pisang goreng dari pisang raja, apam berkuah dan onde-onde. Makanan terakhir yang perlu di sediakan ialah putu tekan yang berwarna biru dan putih dan ditekankan dalam bekas kayu. 'Sang Jit' ialah hari bertukar hadiah di antara keluarga pengantin lelaki dan wanita. Antara barangan yang sering di tukar ialah seperti itik, khinzir, cincin berlian dan lain-lain. CHIA N LANG KHEH Chia N Lang Kheh merupakan jamuan makan malam di rumah pengantin perempuan. Sepanjang malam tersebut terdapat kumpulan 'serunee' atau serunai akan menghiburkan hadirin yang hadir. Pengantin perempuan akan di hias dan di andam oleh 'Sang Kheh Umm' atau mak andam. Peranan mak andam ini adalah mengajar pengantin perempuan berjalan, berlutut dan sebagainya. Manakala pengantin lelaki pula akan di bantu oleh 'Pak Chindek' iaitu orang yang terlibat di dalam penghantaran kad jemputan perkahwinan. CHIU THAU Chiu Thau merupakan pemberian yang dianggap suci dan di persembahkan di tempat pemujaan. Tempat pemujaan khasnya di panggil 'Sam Kai' atau 'Sang kuan tai Tay' yang mewakili syurga, bumi dan manusia. Pada hari ini, pengantin lelaki yang akan memulakan adat terlebih dahulu. Walau bagaimanapun kedua-dua pengantin tidak boleh bertemu selagi tidak menjalani adat atau upacara 'Chim Pang'. CHIM PANG Chim Pang merupakan pertemuan pertama diantara pengantin lelaki dan pengantin

perempuan di dalam hidup mereka. Ia bermula dengan upacara memasang lilin oleh keduadua ibu bapa pengantin lelaki dan perempuan. Selepas kedua-dua pengantin di ketemukan, mereka akan duduk di kerusi yang di sediakan yang berhadapan di antara satu sama lain. CHOON TOK Upacara 'Choon Tok' ialah upacara untuk pasangan pengantin makan bersama sebagai suami isteri. Pada hari 'sah jit' (perayaan tiga hari) merupakan hari pengantin memberi sembah hormat kepada ahli keluarga dan juga tuhan mereka. CHIAN SIA Upacara ini ialah acara jemputan untuk adat resam dan ia lebih kepada pihak pengantin lelaki. Pada hari ini pengantin perempuan akan memakai baju kurung dan kain sarung yang diperbuat daripada kain broked dan di tenun dengan benang perak dan emas. Pada hari ini lah juga nyanyian 'Dondang Sayang' akan dinyanyikan dan diselang-selikan dengan lawak jenaka, pujian dan ransangan. DUA BELAS HARI Hari ini merupakan hari dimana tetamu akan di hidangkan dengan nasi lemak yang diperbuat dengan begitu teliti supaya mengandungi banyak lemak. Nasi ini di kukus dengan kukusan kayu ditutupi dengan daun pisang. Orang yang pakar dalam memasak nasi lemak di panggil 'Bibi Nasi Lemak'. Pada hari ini juga rundingan dibuat sambil menikmati hidangan tepak sirih atau tempah sirih. CHIAN CHING KAY, CHE UMM Ia merupakan jemputan makan malam untuk ahli keluarga si mertua pengantin perempuan. Tujuannya ialah untuk mengeratkan hubungan persaudaraan di antara kedua-dua belah pihak. Sesungguhnya di dalam upacara sebeginilah hubungan kekeluargaan dapat dieratkan lagi. Walau bagaimanapun di dalam setiap perkahwinan semestinya terdapat pantang larang tertentu bagi mengelakkan sesuatu perkara terjadi. Dalam masyarakat baba nyonya, mereka percaya pemilihan tarikh yang sesuai dapat mengelakkan dari terjadinya sesuatu yang tidak baik. Walaupun adat perkahwinan Baba dan Nyonya ini nampaknya merumitkan, namun adat ini jugalah yang memperlihatkan betapa istimewanya masyarakat Baba dan Nyonya dimata masyarakat Malaysia. Sekalipun ada beberapa upacara yang mempunyai persamaan dengan kaum Cina, namun jika di teliti seakan-akan adatnya bercirikan kemelayuan. Pendek kata, adat perkahwinan Baba dan Nyonya ini ialah sesuatu yang menarik dan unik.

You might also like