You are on page 1of 3

Tajuk : Not Dressing Is Disobedience, Not Just A Nuisance Daripada Murray Mitchell Dan Pat Hewitt

Di ulas oleh: Muhamad Khairul Anam Bin Ishak Bm /Pj /Ks

Di sekolah menengah di seluruh negara, satu peristiwa berulang mengancam kualiti program pendidikan kita. Sementara butiran berbeza dari satu tempat ke tempat, senario ditempuhinya dalam cara yang biasa. Kebanyakan murid datang ke sekolah dan kelas bersedia untuk menyertai segala aktiviti yang ditetapkan oleh guru dan pihak sekolah, tetapi sesetengah daripada mereka memilih untuk mengelakkan atau tidak melibatkan diri dalam menyertai dalam pelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani dengan tidak berpakaian sukan semasa kelas di jalankan. Tujuan artikel ini adalah untuk mengenal pasti mengapa sesetengah daripada murid-murid tidak mahu mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru dan langkah dan strategi yang boleh membantu menangani masalah tersebut. Biasanya, guru akan meminta murid untuk yang berpakaian sukan untuk kelas pendidikan jasmani, di mana semua aktiviti yang dilakukan oleh guru berjalan sama ada di gymnasium, padang atau ruang aktiviti yang disediakan. Sesetengah daripada akan menuruti segala arahan guru dengan membawa baju serta mengikuti segala aktiviti yang dijalankan oleh guru. Murid-murid ini akan sentiasa bersedia dengan apa yang bakal mereka terima ketika pengajaran dan pembelajaran yang akan diberikan kepada mereka. Malangnya, sesetengah daripada mereka akan meingkari arahan dengan tidak mengambil apa-apa bahagian semasa guru menyuruh atau mengadakan sesuatu aktiviti. Misalnya tidak membawa baju sukan, dan menggunakan pelbagai alas an untuk tidak bersama-sama mengikut aktiviti yang telah dirancang oleh guru.

Akibat daripada tindakan mereka yang ingkar terhadap arahan yang diberikan oleh guru, mereka akan dibiarkan begitu sahaja oleh guru yang mengakibatkan mereka kekurangan ilmu yang sepatutnya disampaikan kepada mereka. Hal ini juga, akan menyebabkan mereka gagal kerana pengurangan gred kerana lemahnya dalam menguasai matapelajaran pendidikan jasmani. Beberapa orang guru cemerlang menjalankan kajian mereka mengenai masalah ini, hasilnya mereka mendapati setiap guru biasanya telah merancang rancangan pengajaran mereka sebagai contoh, sejarah aktiviti, teknik dan beberapa kemahiran asas yang merangkumi aspek kecergasan dan penggunaan alatan yang betul tetapi terdapat pelbagai cabaran sehingga menyebabkan guru gagal untuk menyampaikan sepenuhnya isi pelajaran yang hendak disampaikan kerana adanya sesetengah murid yang tidak berpakaian sukan semasa pendidikan jasmani dan tidak mahu mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan yang menyebabkan masalah yang besar bagi setiap guru. Murid mengangap bahawa setiap kemahiran yang diajarkan di sekolah adalah tidak penting yang menyebabkan mereka berasa bosan dan tidak mahu menguasai dan mengikuti perkara yang diajarkan. Sebenarnya, penyertaan murid dalam segala aktiviti yang dijalankan merupakan matlamat penting supaya murid mendapat pengalaman dan bukannya memaksa mereka supaya mencapai semua matlamat seperti yang diharapkan. Cukuplah dengan penglibat mereka untuk mendapatkan serba sedikit perkara yang hendak disampaikan oleh guru pada masa tersebut. Di sini terdapat beberapa cara atau strategi yang dijalankan di Hartsville high school, antaranya ialah pihak sekolah telah menetapkan 4 indicator prestasi bagi setiap murid. Pertama melakukan peperiksaan untuk menentukan gred murid, kedua merancang kecergasan setiap murid, ketiga melakukan aktiviti luar bilik darjah dan akhir sekali, mencapai matlamat supaya murid benar-benar cergas dan sihat mengikut jantina dan umur mereka.

Selain itu, pihak sekolah juga ada menetapkan beberapa peraturan yang boleh digunakan di semua sekolah di Negara ini. Sebagai contoh, pihak sekolah mewajibkan murid memakai pakaian sukan apabila aktiviti pendidikan jasmani diadakan dan murid boleyh menyewa pakaian tersebut di sekolah sekiranya mereka tidak bawa. Selain itu, sekiranya murid tidak dapat melakukan aktiviti mereka hendaklah menunjukkan surat daripada doctor dan mendapat pengesahan mengenai penyakit mereka. Di samping itu juga, murid juga akan dikenakan amaran, denda dan hukuman sekiranya mereka sentiasa tidak memakai pakaian sukan ketika aktiviti pendidikan jasmani.

Kesimpulanya, setiap guru di sekolah perlulah memainkan peranan mereka bagi mengatasi masalah murid yang tidak mahu mengambil bahagian di dalam aktiviti yang dirancang seperti yang dirancang dalam rancangan pengajaran supaya segala objektif dapat dicapai. Dengan itu, guru perlulah menggunakan pelbagai pendekatan dan strategi yang menarik supaya dapat menarik minat murid-murid mengikuti dan menyertai segala aktiviti yang telah dirancang untuk mereka.

You might also like