You are on page 1of 1

DOA SEMPENA LARIAN 1 MURID, 1 SUKAN, 1 MALAYSIA

.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu Ya ALLAH kerana telah mengizinkan kami untuk berhimpun di Dataran SEK. KEB.TUN HUSSEIN ONN pada pagi yang bersejarah ini, bagi menghadiri Pelancaran LARIAN SERENTAK 1 MURID, 1 SUKAN, 1 MALAYSIA yang diadakan di seluruh negara pada hari ini. Ya Allah Ya Aziz Ya Sattar Ya Faalullima yurid Engkau jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai memenuhi tuntutanMu, agar kami sentiasa hidup dalam rukun dan tidak pernah berpecah belah. Perkuatkanlah perpaduan kami dengan berkat kalimat keramat 1 MALAYSIA... Hindarilah kami dari sebarang permusuhan, persengketaan dan perpecahan sesama sendiri. Jauhkanlah diri kami dari sentiasa memiliki rasa buruk sangka, hasad dengki dan khianat sesama sendiri, agar kami menjadi sebuah bangsa yang kuat dan bersatupadu dalam memimpin ummah ke arah kejayaan dan kecemerlangan. Ya Allah Ya Muhaiminu Ya Jabbar Sejahterakanlah tubuh badan kami, pendengaran kami, penglihatan kami serta seluruh jiwa dan raga kami. Berkatilah usaha-usaha kami ini. Mudah-mudahan dengan usaha-usaha ini, mutu pencapaian fizikal kami akan mencapai tahap yang sangat cemerlang Sehingga kami dapat memberi sumbangan yang positif dan bermakna ke arah memajukan sukan di negara Malaysia yang tercinta ini. . Ya Allah , Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwalikram , Ya Allah, Jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati. Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini pula, sebagai perpisahan yang Engkau pelihara dari mara bahaya dan keburukan.

You might also like