Professional Documents
Culture Documents
Tajuk ini akan membincangkan tentang konsep pengujian, pengukuran, ciri-ciri penting pengukuran, penilaian, perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian dan tujuan penilaian.
1.1 HASIL PEMBELAJARAN Setelah membaca tajuk ini pelajar akan dapat menguasai tentang: 1. konsep pengujian. 2. konsep pengukuran. 3. Ciri-ciri penting pengukuran. 4. konsep penilaian. 5. Perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian. 6. Tujuan penilaian.
Pengujian adalah
perubahan tingkah laku seseorang indiividu. Ia terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan murid memberi satu set tindakbalas. Calon ujian mungkin diminta menyelesaikan sesuatu masalah seperti medefinisikan sesuatu perkataan, menyusun ayatayat al quran, menyatakan dalil atau hujjah sesuatu kenyataan dan sebagainya. Ujian merupakan alat pengukuran yang membenarkan kita mengukur pencapaian pelajar khususnya dalam bentuk markah. Berikut adalah antara tujuan pengujian:
a) b) c)
Mengesan pencapaian hasil pembelajaran yang telah diperolehi. Mengesan kemajuan yang telah dicapai tentang pencapaian hasil-hasil
pembelajaran yang lain. Mengesan masalah-masalah yang dihadapi oleh calon ujian. Proses pengujian biasanya dimulakan dari peringkat persediaan soalan, kemudian peringkat pelaksanaan dan seterusnya peringkat pemeriksaan. Melalui proses pengujian guru dapat mengesan sejauh mana murid dapat menguasai satu-satu kemahiran yang telah dipelajari. Proses pembelajaran murid tidak berakhir dengan menamatkan pelajaran oleh para guru sahaja, malah di akhir sesuatu ujian pihak guru seharusnya mengetahui sejauh mana sesuatu pelajaran itu telah diterima oleh pelajar mereka. Justeru, penilaian sangat penting dalam konteks pembelajaran.
Suatu proses menentukan kuantiti atau takat pembelajaran murid dan keberkesanan pengajaran guru. Guru mungkin menggunakan alat pengukuran yang mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori atau sesuatu skala. Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau membuat keputusan. Fungsi pengukuran adalah seperti berikut :
a) b) c) d) e) i. ii. iii.
Mengesan hasil-hasil pembelajaran yang telah dicapai. Mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperolehi. Mengesan kemajuan-kemajuan yang telah dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid Bagi mendapatkan maklumat untuk : Bimbingan. Kecekapan guru. Rekod prestasi dan profil murid, khususnya sebagai maklum balas kepada
yang lain.
murid dan ibu bapa. Pengukuran dalam bidang pendidikan biasanya dijalankan dalam dua tahap. Tahap-tahap ini adalah seperti berikut (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986):
a)
orang murid yang terbaik daripada satu darjah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Untuk ini, guru memerlukan alat pengukuran yang dapat membeza dan menempatkan kedudukan murid dari segi kebolehan Pendidikan Islam. Untuk pengukuran di tahap ini, guru tidak perlu mengetahui sebanyak mana pengetahuan Pendidikan Islam bagi setiap 10 orang murid terbaik itu atau perbezaan kebolehan Pendidikan Islam bagi 10 orang murid yang terpilih berbanding dengan murid-murid lain. Skel yang digunakan di tahap ini ialah skel urutan sahaja (skel ordinal). b) Di tahap kedua, khususnya untuk kegunaan analisa perangkaan, pengukuran jenis ini menggunakan skel selang. Guru harus menyediakan ujian yang memberi unit markah yang sama besarnya (seperti 100% dan di tahap 1% adalah sama berat nilainya). Dari
Berikut adalah ciri-ciri penting pengukuran: a) Pengukuran tidak melibatkan proses menilai (seperti sesuatu itu dihargai, dianggap baik, buruk, memadai dan sebagainya). Apabila guru mengukur kebolehan murid contohnya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, yang dinyatakan ialah sebanyak mana atau setinggi mana pengetahuan Pendidikan yang telah dicapai oleh murid tersebut. Kebolehan atau pengetahuan murid tidak dikaitkan dengan nilai baik, lemah dan sebagainya. Pertimbangan tentang nilai seperti ini dibuat dalam proses penilaian.
b)
dengan satu standard. Dalam hampir semua pengukuran di bidang pendidikan atau psikologi, skel atau standard yang digunakan ialah pencapaian murid lain. Dengan kata lain, Pengukuran dalam pemdidikan adalah untuk membandingkan pencapaian semua murid atau tentang perbezaan antara murid. Skel atau standard yang mutlak dan sentiasa tetap tidak dapat digunakan kerana pengukuran dalam pendidikan membandingkan seseorang murid dengan rakan sebayanya dan memberi interpretasi pencapaian murid tersebut berdasarkan pencapaian semua rakan sebayanya (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986). 1.6 PENILAIAN
Penilaian ditakrifkan sebagai proses mentaksir perubahan tingkahlaku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. Ia melibatkan proses menentu, mendapat dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Dalam konteks pendidikan, penilaian adalah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan. Proses penilaian melibatkan melibatkan tiga langkah berikut: a) Mendapatkan maklumat melalui cara mengukur. b) Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran. c) Membuat sesuatu pentaksiran atau pertimbangan tentang hasil pengukuran.
penganalisaan dan penyimpulan. Berikut adalah lima prosedur penilaian secara ringkas: a) Peringkat persediaan ujian. b) Peringkat pentadbiran ujian. c) Peringkat pemeriksaan dan pengukuran. d) Peringkat analisis. e) Peringkat interpretasi dan tindakan. Dari segi konsep, penilaian merupakan konsep yang paling luas dan gambarannya boleh dilihat seperti rajah berikut:
Pengujian Pengukuran
Penilaian
Rajah 1.1 Perhubungan di antara penilaian, pengukuran dan pengujian 1.7 PERBEZAAN ANTARA PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN Perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian boleh dilihat dari pelbagai aspek seperti berikut: a) Takrif. Pengujian ialah teknik mengukur perubahan tingkah laku individu. Pengukuran pula ialah proses memperoleh nilai kuantitatif bagi menentukan pencapaian pembelajaran individu. Manakala penilaian ialah proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. b) Fungsi.
2.3 JENIS PENILAIAN Secara umumnya terdapat dua jenis penilaian di sekolah iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. 2.4 PENILAIAN FORMATIF Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan murid-murid setelah mereka mencapai hasil pembelajaran tentang satu bahagian pengajaran yang terhad, misalnya satu unit pelajaran atau satu bab di dalam buku teks. Keputusan yang diperoleh digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukanlah untuk memberikan
kejayaan dan kegagalan pembelajaran murid-murid. Dengan itu kaedah dan isi Sekiranya terdapat sejumlah besar murid-murid gagal dalam sesuatu unit pelajaran, unit itu akan diajar semula dengan kaedah yang sesuai seperti kaedah kumpulan. Pencapaian murid akan dicatat dalam laporan prestasi dan maklumat ini akan membantu guru merancang akitivit-aktiviti pemulihan serta mengubah strategi pengajarannya jika perlu. Contoh-contoh penilaian formatif ialah seperti lembaran kerja dan ujian bulanan. Secara lebih dekat lagi lihat contoh berikut, guru mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 1, bab 1, bahagian Tilawah Al Quran Sumber Kejayaan. Di akhir pengajaran guru mengedar soalan-soalan seperti berikut: a) Jawap soalan-soalan berikut berpandukan surah Al Baqarah ayat 1-5: i. ii. iii. Nyatakan ciri-ciri orang yang bertakwa. Terangkan maksud perkara ghaib serta berikan dua contoh. Nyatakan tiga pengajaran yang dapat diambil daripada ayat di atas. 2.5 PENILAIAN SUMATIF Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Penilaian dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian. Maklumat tentang perkembangan murid yang diperoleh dari semasa ke semasa melalui penilaian berterusan dapat membantu guru mengambil tindakan susulan yang sewajarnya jika perlu. Penilaian boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat. Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR dan SPM dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara. PKS dan penilaian berpusat saling melengkapi dalam sistem penilaian.
b) Soalan 2
c) Soalan 3
2.6 PERBEZAAN ANTARA UJIAN FORMATIF DENGAN UJIAN SUMATIF Perbezaan antara ujian formatif dengan ujian sumatif boleh dilihat dari beberapa aspek seperti berikut:
a) Fungsi.
Ujian formatif menghasilkan maklumat balik kepada murid dan guru tentang kemajuan murid. Ia dapat mengesan punca-punca kelemahan untuk kegunaan dalam pendidikan pemulihan. Ujian sumatif digunakan untuk pensijilan atau penggredan murid di akhir kursus. b) Masa diberi. Ujian formatif diberi sepanjang pengajaran, manakala ujian sumatif diberi pada akhir satu-satu unit atau kursus. c) Tekanan dalam penilaian. Ujian formatif memberi penekanan kepada tingkah laku kognitif, psikomotor dan afektif. Ujian sumatif menekankan kepada tingkah laku kognitif sahaja. d) Fokus pengukuran. Ujian formatif difokuskan kepada satu-satu segmen. Ujian sumatif difokuskan kepada objektif kursus. e) Sifat sampelan. Ujian formatif terhad kepada tugasan pembelajaran.berubah-ubah mengikut segmen. Ujian sumatif adalah beraneka jenis.
BENTUK PENILAIAN
3.1 HASIL PEMBELAJARAN Setelah membaca tajuk ini pelajar dapat menguasai:
1. Konsep penilaian secara pemerhatian. 2. Konsep penilaian secara lisan. 3. Instrumen penilaian lisan. 4. Konsep penilaian secara penulisan. 5. Instrumen penilaian penulisan 6. Mengenal pasti contoh perkataan atau frasa untuk membuat penilaian.
a) Hasil pembelajaran yang hendak dinilai. b) Kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai.
Kaedah-kaedah ini boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan untuk mendapatkan maklumat penilaian yang lebih jelas dan tepat mengenai kebolehan, perkembangan dan kemajuan murid. Ketiga-tiga kaedah ini boleh digunakan untuk :
c) Mengesan kemajuan. d) mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran. e) perlu dirancang secara individu atau kumpulan. f) menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran kerja, ujian
bertulis.
g) Mengesan pencapaian. h) mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada akhir
program.
i) perlu dirancang secara individu. j) dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian bertulis dan
ujian lisan.
a) sikap. b) perlakuan/amalan. c) Amali. d) kemahiran manipulatif. e) kemahiran bersosial. f) kemahiran belajar. g) kemahiran kinestetik. h) kemahiran literasi komputer. i) kemahiran mereka cipta.
Pemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan, buku skrap, kraf tangan dan kerja kursus membolehkan guru menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran. Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru melengkapkan gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan. Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar. 3.5 PENILAIAN SECARA LISAN Penilaian secara lisan digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi antara:
a) murid dengan guru. b) murid dengan murid. c) murid dengan bahan pembelajaran.
Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah:
(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM) d) penggunaan bahasa yang tepat. e) kefasihan menghafaz. f) sebutan dalam berbahasa. g) kecekapan mencongak. h) gaya persembahan. i) pertuturan dan sikap.
3.5.1 Instrumen Penilaian Lisan Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:
a) bacaan kuat. b) Syarahan. c) Perbahasan. d) Bercerita. e) Perbincangan. f) Hafazan. g) temu bual. h) soal jawab. i) Nyanyian. j) deklamasi sajak.
k) mendengar dan memberi respon secara lisan Penilaian lisan membolehkan guru :
(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM) a) soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah
difahami. b) aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
c) pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk
merangsang murid berfikir.
a) kemahiran menulis. b) menyusun idea. c) penggunaan tanda baca. d) perbendaharaan kata. e) Mengaplikasi. f) Mentafsir. g) Menilai.
Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara yang berikut mestilah diambil kira:
a) soalan menepati kemahiran yang akan diuji. b) bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami. c) bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan.
(PIM 3110 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM) d) aras kesukaran soalan dipelbagaikan. e) skema pemarkahan disediakan.
daripada
calon prinsip, -
Menganalisis Menguji kebolehan calon mencerakinkan idea-idea kepada bahagian-bahagian membuat perbandingan menghuraikan perhubungan.
Mensintesis Menguji kebolehan calon mengabungkan idea-idea mentafsir dan membuat rumusan.
Menguji kebolehan calon untuk membuat pertimbangan nilai bagi sesuatu fikiran, tugasan atau kaedah. -