You are on page 1of 2

Esei - Elemen 3 Esei contoh 2010

Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia? Malaysia merupakan negara yang penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum. Antaranya orang Melayu, Cina atau Tionghua dan orang India di samping kaum yang lain. Oleh sebab itu, tidak hairanlah negara ini begitu unik kerana mempunyai pelbagai budaya dan tradisi yang tersendiri. Sebagai warganegara Malaysia, kita seharusnya bersyukur ( UP 2 ) kerana perayaan tradisi pelbagai kaum ini merupakan satu keistimewaan tersendiri yang tidak terdapat dalam kebanyakan negara yang lain. Bagi orang Melayu yang beragama Islam sambutan hari Raya Aidilfitri atau Hari raya Puasa, Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban dan Maulidul Rasul ialah perayaan yang penting dalam kalendar Islam. Sementara itu, sambutan Tahun Baharu Cina ialah perayaan yang disambut oleh golongan orang Tionghua dan Hari Deepavali serta Thaipusam disambut oleh masyarakat India.Dengan adanya pelbagai sambutan perayaan ini membolehkan rakyat negara kita lebih menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa (UP 1) yang kita warisi sejak turun temurun dan dapat memperkukuh perpaduan dengan bangsa yang lain. Sambutan perayaan tradisi yang diamalkan oleh rakyat negara ini bukan sahaja dirayakan oleh golongan etnik itu sahaja, bahkan turut dirayakan oleh kaum yang lain. Keadaan ini akan mewujudkan perasaan muhibah atau semangat bermasyarakat (UP 3) sesuai dengan konsep

Satu Malaysia seperti yang dihasratkan oleh Perdana menteri negara kita. Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum di negara ini lebih terserlah dalam penganjuran Rumah terbukayang diadakan saban tahun oleh para peminpin atasan mahupun peringkat bawahan. Rakyat pelbagai kaum yang berpeluang mengunjungi majlis rumah terbuka ini akan dapat melihat sendiri sambutan tradisi yang diadakan pada hari hari tersebut. Mereka bukan sahaja dapat menikmati juadah yang disediakan malahan dapat mengetahui dan mematuhi peraturan dan undang-undang(UP 4) tertentu semasa sambutan tersebut diadakan. Seterusnya, semangat hormat-menghormati (UP 3) antara kaum akan akan lebih jelas dapat dilihat. Keadaan ini sudah tentu dapat mengukuhkan dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini. Bagi pihak kerajaan kita, cuti umum telah diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia bukan kepada kaum yang menyambut perayaan itu sahaja. Hal ini membolehkan seluruh rakyat Malaysia dapat sama-sama menyambutnya pada hari tersebut. Kunjung-mengunjungi rumah jiran yang pelbagai kaum merupakan cara terbaik untuk kita mengenali budaya kaum yang lain dengan lebih dekat.Bak kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta.Semasa

kunjungan ke rumah jiran ini kita seharusnya berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi (UP 4) agar kita dipandang sebagai bangsa Malaysia yang bertamadun. Tidak dapat dinafikan bahawa sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum tentunya dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini.

You might also like