You are on page 1of 9

Tubuh manusia memerlukan air untuk mengekalkan darah dan cecair-cecair lain secukupnya bagi membolehkannya berfungsi dengan

sempurna. Di samping cecair badan, tubuh juga memerlukan bahan elektrolit, yang terdiri daripada garam yang lazimnya terdapat di dalam darah, cecair tubuh yang lain dan sel-sel. Dehidrasi merupakan kehilangan air dan garam daripada badan. Dalam bahasa Malaysia secara umumnya, ia boleh dimaksudkan sebagai kekontangan. Badan kita boleh kehilangan cecair melalui pelbagai cara. Antaranya ialah: * * * Ketika membuang Semasa muntah atau * Ketika Melalui paru-paru air mengalami semasa kecil. cirit-birit. berpeluh. bernafas.

Jika badan kehilangan sejumlah besar cecair dan garam dan tidak digantikan dengan segera seperti meminum air, badan akan kekeringan atau kekontangan. Walaupun sesiapa sahaja boleh mengalami dehidrasi, golongan yang paling mudah mengalami masalah ini ialah: * Bayi * Penduduk yang * Mereka yang berumur yang tinggal di di Warga bawah 1 tahun. tua. demam. panas.

mengalami kawasan beriklim

Semasa mengalami cirit-birit, kehilangan air dan elektrolit (Natrium klorida, Potasium dan Bikarbonat) dalam najis yang cair akan meningkat. Air dan elektrolit juga akan hilang melalui peluh, muntah, air kencing dan pernafasan. Dehidrasi berlaku apabila kehilangan ini tidak diganti secukupnya dan kekurangan air serta elektrolit terjadi. Dehidrasi yang teruk boleh membawa maut. Apakah Gejala Dehidrasi? Muka menjadi merah Tekanan darah rendah Teramat dahaga Pengsan Kulit menjadi kering dan panas Pengecutan otot yang teruk di bahagian kaki, lengan, perut dan belakang badan. Tidak dapat membuang air kecil atau jumlah air kencing berkurangan dan berwarna kuning pekat Sawan Pening, lemah, sakit kepala Mata cengkung dan kering

Mulut dan lidah kering dengan air liur yang pekat Kulit hilang keanjalannya dan kelihatan berkedut. Kekejangan di kaki dan lengan Penafasan menjadi cepat dan dalam Sedikit atau tiada air mata ketika menangis

Bagaimana dehidrasi dirawat? Garis panduan untuk

cirit-birit

di

kalangan

kanak-kanak:

* Untuk cirit-birit tanpa dehidrasi, berikan kanak-kanak makanan seperti biasa dan berikan cecair rehidrasi tambahan dalam masa 4-6 jam selepas berlaku cirit-birit. * Untuk cirit-birit dengan dehidrasi yang ringan, bawa anak anda berjumpa doktor. Kanak-kanak perlu diberi cecair rehidrasi oral (melalui mulut) di bilik rawatan dan meneruskan memberi makanan dan cecair rehidrasi di rumah. * Untuk kes cirit-birit yang sederhana atau teruk, kanak-kanak perlu dirawat di klinik atau hospital. Dehidrasi yang sederhana boleh dirawat secara oral (seperti memberi cecair rehidrasi melalui mulut). Tetapi dehidrasi yang teruk memerlukan gantian cecair melalui intravena atau salur darah. Memberi ubat anti cirit-birit bukanlah rawatan yang terbaik untuk kanak-kanak. Makanan boleh membantu usus menyerap lebih banyak air dan ini akan membantu memperlahankan cirit-birit. Makanan seimbang yang tinggi kalori adalah disyorkan. Produk atau hasil susu yang sukar dihadam boleh bertahan untuk selama 24-48 jam ketika berlakunya serangan cirit-birit. Bagaimanapun, bayi yang menyusu dengan susu botol hendaklah diteruskan penyusuan dengan susu yang dibancuh separuh pekat dari biasa. Manakala bayi yang sedang menyusu dengan susu badan diteruskan seperti biasa. Jika anda mengalami dehidrasi yang ringan, anda perlulah meminum cecair yang mencukupi untuk menggantikan cecair yang telah hilang. Anda juga perlu menggantikan kehilangan elektrolit (garam) yang berlaku. Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh dibeli dari kedai farmasi bagi menambahkan cecair dan elektrolit (garam). Anda juga boleh meminum minuman sukan (isotonik) atau mengambil larutan garam rehidrasi oral (ORS) dengan segera untuk menggantikan kehilangan tersebut. Jangan menunggu sehingga dehidrasi menjadi teruk. Formula larutan garam rehidrasi (ORS) yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UNICEF mengandungi: Natrium klorida BP 526mg larutkan di dalam 250ml air masak yang sejuk dan kemudiannya diminum. Trisodium Potasium Glukosa Apakah klorida klorida anhidros makanan BP BP yang baik BP yang boleh 373mg 5.4gm diambil ketika cirit-birit? 490mg

* Makanan yang tinggi tenaga seperti lemak, dadih dan bijirin adalah mudah diserap ketika ciritbirit. * Buah-buahan yang tinggi kandungan potasiumnya adalah baik untuk dimakan bagi mengembalikan semula keperluan bekalan yang berkurangan ketika cirit-birit. Buah-buahan tersebut ialah seperti pisang, mangga, nenas dan buah-buahan jenis oren. * Sesetengah makanan perlu dielakkan ketika mengalami cirit-birit seperti makanan yang mengandungi banyak serat iaitu buah-buahan yang banyak serabut dan sayur-sayuran, bijirin tulen dan makanan pedas atau berempah. Ibu-ibu perlu mengetahui:

* Untuk bertindak segera apabila berlakunya cirit-birit dengan memberi lebih banyak minuman yang bersesuaian. * Mengenali tanda-tanda dehidrasi yang perlu diberi larutan garam rehidrasi (ORS) atau penjagaan khas.

Jika ORS diberi lebih awal di rumah, kejadian dehidrasi biasanya boleh dicegah dan ramai kanakkanak dapat diselamatkan dari menjadi lebih teruk sehingga mereka terpaksa dibawa berjumpa doktor untuk dirawat. Minuman yang boleh disediakan di rumah untuk mencegah dehidrasi: * Terutamanya sesuatu yang telah dimasak seperti air nasi atau sup lobak merah. Sebolehbolehnya minuman ini hendaklah mengandungi kanji dan/atau gula sebagai sumber glukosa dan tenaga, sedikit Natrium dan kalau boleh sedikit Potasium. * Larutan garam/gula yang ringkas juga sesuai sebagai rawatan rehidrasi yang awal. Cara menyediakannya ialah dengan melarutkan campuran 1 sudu teh (5ml) rata garam bersamasama 8 sudu teh rata gula dalam 1 liter air masak. Jangan masukkan terlalu banyak garam kerana ia boleh menyebabkan sawan. Pencegahan * Perkara penting yang perlu dilakukan ialah sentiasa menggantikan semula cecair dan garam dalam badan yang hilang. Anda perlu minum setiap kali anda membuang air besar yang cair. Anda perlu memaksa diri anda meminum cecair sebelum terjadinya dehidrasi. Jika anda bersama seseorang yang anda fikir sedang mengalami dehidrasi, ikuti garis panduan ini bila perlu: * Berikan lebih banyak cecair dari biasa. * Ingat bahawa orang yang mengalami dehidrasi tidak mempunyai selera makan yang baik. Galakkannya mengambil sedikit makanan dan minuman 5-7 kali dalam sehari. * Awasi tanda-tanda dehidrasi yang lebih teruk dan dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Bagaimanakah denggi merebak dan adakah ia penyakit bermusim? Apakah simptom-simptom yang perlu saya kenal pasti? Apa yang saya perlu lakukan jika anak saya mempunyai simptom-simptom tersebut?

Bagaimanakah saya boleh mengurangkan kebarangkalian anak saya dijangkiti penyakit ini?

Denggi adalah jangkitan virus yang menyebabkan demam dan denggi merupakan salah satu penyakit bawaan nyamuk yang sering berlaku di negara ini. Ia merupakan masalah kesihatan yang besar pada masa ini; di mana dalam minggu pertama tahun 2009 saja, terdapat 1,633 buah kes (termasuk empat kematian) yang telah dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan 41 peratus lebih tinggi daripada minggu sebelumnya. Peningkatan kes denggi lebih ketara di negeri Perlis, Sabah, Kelantan, Pulau Pinang, Pahang, Kuala Lumpur, Selangor, Sarawak, Terengganu, Johor, Perak dan Kedah. Bagaimanakah denggi merebak dan adakah ia penyakit bermusim? Virus denggi disebarkan oleh nyamuk harimau betina (Aedes aegypti). Nyamuk-nyamuk ini membiak di dalam air bertakung dan selalunya menggigit pada hari siang. Oleh itu, seseorang yang digigit oleh nyamuk Aedes boleh mendapat penyakit ini. Virus denggi tidak bermusim, tetapi pada musim monsun, jumlah kes meningkat sebab cuaca panas dan lembap, dan terdapat air bertakung, di mana nyamuk dapat membiak dengan baik. Apakah simptom-simptom yang perlu saya kenal pasti? Denggi pada bayi dan kanak-kanak yang masih kecil selalunya bermula dengan simptom-simptom penyakit virus: demam; ruam kulit yang hidung berair; batuk; ringan.

Kanak-kanak yang lebih besar selalunya mengalami simptom-simptom tipikal sama seperti yang dialami oleh orang dewasa: Ini muntah; gatal di tapak kaki; ruam kulit mungkin kurang sakit di bahagian demam belakang sakit bertompok merah diikuti selera dan mata dan pada panas; sendi-sendi; kepala; putih. dengan: makan; loya;

rasa sangat lemah semasa menghidapi penyakit dan juga lemah selepas sembuh.

Apa yang saya perlu lakukan jika anak saya mempunyai simptom-simptom tersebut? Jika anak anda menghidapi demam panas yang tidak dapat diubati oleh ubat untuk beberapa hari, dan diikuti dengan ruam kulit atau sakit sendi, hubungi doktor dengan segera sebab rawatan perubatan boleh mengelakkan komplikasi. Oleh sebab simptom denggi dan demam chikungunya adalah seakan-akan sama, doktor anda akan membuat ujian darah untuk mengesahkan diagnosis. Selalunya, rawatan diberikan untuk mengurangkan simptom-simptom; ubat antiradang untuk sakit sendi dan ubat-ubatan lain untuk menurunkan suhu akan dipreskripsikan. Rehat yang banyak, makanan ringan dan berkhasiat, dan mengelap badan akan membuatkan anak anda berasa selesa. Jangkitan denggi boleh berlarutan sehingga 10 hari tetapi jika terdapat komplikasi lain seperti pendarahan, mungkin anak anda perlu dimasukkan ke hospital. Pencegahan dan rawatan awal adalah penting sebab jika tidak dirawat, denggi boleh menyebabkan pendarahan, kegagalan ginjal, konvulsi dan kematian bagi kes-kes teruk. Bagaimanakah saya boleh mengurangkan kebarangkalian anak saya dijangkiti penyakit ini? Tiada vaksin untuk mencegah denggi dan cara terbaik untuk melindungi anak anda ialah dengan mengambil langkah-langkah pencegahan terhadap nyamuk yang menyebarkan virus tersebut. Nyamuk membiak di dalam air bertakung dan cuaca yang panas dan lembap, jadi pastikan rumah anda dan kawasan sekitar anda bebas dari air bertakung yang terbuka, tumbuh-tumbuhan mati dan pasu bunga kosong, terutamanya pada musim monsun apabila air hujan tidak dapat mengalir dengan baik. Kebanyakan nyamuk dan serangga memasuki rumah anda pada waktu fajar dan senja. Jadi pastikan semua tingkap dan pintu telah ditutup ketika waktu itu. Jika anda perlu menggunakan lingkaran elektrik, mat atau pengewap cecair untuk menghalang kemasukan serangga dan haiwan perosak ke dalam bilik, pastikan semua ini dimatikan sebelum bayi anda masuk ke bilik. Alat-alat elektrik yang menggunakan gelombang ultrabunyi dan elektromagnetik untuk menghapuskan serangga perosak juga boleh didapati. Langkah-langkah pencegahan lain termasuk:

Pakaikan anak anda dengan baju berlengan panjang dan seluar panjang, terutamanya apabila dia ke taman atau taman permainan. Pakaian berwarna Pasang cerah juga adalah lebih baik daripada pakaian pada berwarna gelap. tingkap.

jaringan

nyamuk

Gunakan krim dan penyembur berasaskan minyak serai wangi atau penghalau nyamuk jenis herba. Bayi yang lebih kecil dan tidak boleh meniarap lagi boleh diletakkan di dalam kelambu semasa tidur; penghawa dingin juga boleh membantu menghalang nyamuk sebab pintu dan tingkap bilik selalunya akan ditutup. Walaupun anak anda telah menghidap denggi, ini tidak bermakna ia mempunyai imuniti terhadap tiga virus denggi lain yang berkait rapat. Di samping itu, demam denggi berdarah (DHF), iaitu satu jenis jangkitan yang teruk, selalunya dijangkiti oleh mereka yang sudah sensitif kepada virus denggi. Oleh itu, pencegahan adalah pilihan yang lebih selamat.

Read more: http://www.babycenter.com.my/malay/baby/denggi/#ixzz2B4DooiKU

roses Jangkitan Malaria Malaria adalah penyakit disebabkan oleh parasit plasmodium. Penyakit merebak melalui gigitan nyamuk Anopheles yang telah dijangkiti parasit (dipanggil sporozoites) berkenaan. Apabila parasit masuk kedalam tubuh manusia ia akan bergerak melalui salur darah dan terus ke hati. Di dalam hati, parasit menjadi matang dan masuk semula ke dalam sistem darah dan membiak. Dalam masa 48 hingga 72 jam selepas jangkitan, sel darah merah pecah, dan mengeluarkan/melepaskan lebih banyak parasit(merozoites) dan lebih banyak sel darah merah dijangkiti. Pusingan hidup berbeza mengikut jenis Plasmodium. Untuk P.vivax 48 jam, P.malariae 72 jam dan P.falciparum antara 36 hingga 48 jam. Malaria menyebabkan anaemia akibat kemusnahan sel darah merah. Masalah ini menyebabkan bilangan hemoglobin yang dilepaskan ke dalam sistem peredaran darah berlebihan selepas sel darah pecah. Gejala utama biasanya timbul seawal 8 hari atau selewatlewatnya setahun kemudian. Gejala malaria berlaku dalam pusingan antara 48 hingga 72 jam, akibat pelepasan merozoites yang berlebihan ke dalam salur darah. Anaemia terjadi akibat dari kemusnahan bilangan sel darah merah yang terlalu banyak dan paras hemoglobin yang berlebihan disalurkan ke dalam sistem darah selepas ianya pecah. Malaria juga boleh dipindahkan secara semulajadi semasa anak dalam kandungan dan melalui pemindahan darah. Parasit malaria boleh dibawa oleh nyamuk dalam suhu lembab, tetapi parasit ini akan hilang bila musim sejuk. Penyakit ini menjadi masalah yang besar/utama kepada kebanyakan negara tropika. Setiap tahun Bahagian CDC menganggarkan 300 hingga 500 juta kes malaria dengan kematian melebihi satu juta. Sesetengah negara di dunia, nyamuk pembawa malaria menjadi kebal kepada racun serangga, manakala antibiotik tidak memberi kesan kepada parasit. Oleh itu jangkitan penyakit ini sukar dikawal. Salah satu daripada 4 jenis parasit malaria iaitu Malaria Falciparum mengakibatkan kemusnahan yang besar kepada sel darah merah. berbanding dengan parasit lain. Ia akan membiak dalam tempoh beberapa jam selepas gejala awal dikesan. Tanda dan Gejala Mengiggil, demam dan berpeluh Sakit kepala Keletihan Sakit otot Loya dan muntah Anemia Jaudis (kekuningan) Sawan Koma

Bengkak hati dan limpa dapat dikesan semasa pemeriksaan fizikal. Contoh darah pesakit malaria akan diambil untuk diagnosa dan keputusan boleh diketahui dalam tempoh 6 hingga 12 jam. Komplikasi Kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.

Kemusnahan sel darah merah (hemolytic anemia) Jangkitan kuman di lapisan otak (Meningitis) Limpa pecah(rupture of spleen) yang mengakibatkan perdarahan yang teruk

Ramalan Pemulihan/Prognosis Pesakit malaria pulih sepenuhnya selepas mendapat rawatan tetapi, kes jangkitan Falciparum kurang memuaskan , kerana ketahanan ( resistant) parasit terhadap ubat anti-malaria adalah tinggi Rawatan Dalam kebanyakan kes, malaria boleh dirawat dan pulih. Ubat antimalaria boleh diperolehi dengan mudah di hospital dan klinik. Ubat yang biasa diguna chloroquine, quinine dan primaquine. Regim ubat bergantung kepada usia dan tempat di mana mendapat jangkitan. ( parasit malaria dari kawasan tertentu kebal kepada ubat malaria yang biasa) dan alahan kepada ubat. Dapatkan nasihat dan rawatan awal jika baru pulang dari luar negeri dengan gejala penyakit malaria. Dalam kes yang teruk, pesakit yang menghidap malaria mungkin perlu rawatan di unit rawatan rapi, terutama jika ada komplikasi yang melibatkan otak dan buah pinggang. Pesakit yang mendapat jangkitan, terutamanya malaria Falciparum perlu rawatan kecemasan dan masuk hospital. Chloroquine ialah ubat yang biasa digunakan. untuk kes kebal chloroquine, Quindinen atau quinine atau gabungan pyrimethamine dan sulfadoxine diberi. Pencegahan Tiada vaksin khas menentang malaria. Ubat antimalaria diberi sebagai rawatan pencegahan kepada mereka yang keluar daerah di mana penyakit ini senang merebak . Rawatan pencegahan juga diberi pada wanita mengandung di kawasan wabak untuk mengelakkan jangkitan kejanin. Ubat ini juga diberi kepada pelawat mengunjungi kawasan yang berisiko 2 minggu sebelum pergi dan 4 minggu selepas meninggalkan kawasan tersebut. Jenis ubat yang diberi bergantung kepada tempat yang akan dilawati. Langkah pencegahan lebih bertumpu kepada cara memusnahkan nyamuk dengan mencampurkan racun serangga di tempat pembiakanya seperti paya di mana airnya bertakung.Individu yang diberi ubat antimalaria masih boleh dijangkiti malaria. Memakai baju dan seluar panjang, pasangkan net ditingkap dan guna krim pencegah untuk mengelakkan gigitan nyamuk.Ubat chloroquine adalah ubat pilihan untuk mencegah malaria. Ubat Mefloquine berkesan untuk parasit jenis Falciparum malaria, walau bagaimanapun ubat ini memberi kesan sampingan kepada mental seperti keliru. Pelawat boleh menghubungi CDC ( Communicable Disease Centre) untuk mendapat maklumat berkenaan malaria, ubat pencegah, kawasan wabak dan masa yang sesuai untuk mengembara.

Penyakit taun atau kolera merupakan penyakit akibat cholera.

daripada

jangkitan

virus

(kuman), vibrio

Salah satu punca bagaimana kuman taun boleh tersebar ialah melalui pengambilan makanan dari persekitaran yang kotor dan tidak terurus seperti pengambilan makanan yang dicemari kuman taun atau tidak dimasak . Penyakit taun merupakan penyakit saluran penghadaman (intestinal tract) yang disebabkan oleh bakteria Vibrio cholerae. Virus ini biasanya ditelan melalui air minuman yang tercemar kerana pengendalian yang tidak bersih atau melalui ikan yang tidak dimasak dengan betul terutamanya kerang. Simptom termasuk cirit-birit ( diarrhea ), perut tegang (abdominal cramps), mual, muntah, dan kekeringan. Penyakit Taun dirawat dengan rehidrasi dan antibiotik, tetapi dalam kes teruk, taun boleh menyebabkan kematian. Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan penyakit taun atau kolera telah menurun dari 1,304 kes (19 kematian) pada tahun 1998 kepada 365 kes (7 kematian) pada tahun 2002. Penurunan ini adalah petanda baik bahawa pendidikan dan penguatkuasaan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan berkesan, namun pengguna harus sentiasa berwaspada terhadap tahap kebersihan dan keselamatan makanan mereka. Sekitar sejuta virus Vibrio cholerae harus dihadamkan sebelum taun menjangkiti seseorang dewasa yang sihat, walaupun peningkatan jangkitan boleh diperhati pada mereka dengan sistem pertahanan diri yang lemah, mereka yang asid gastrik kurang (akibat penggunaan antasid), atau mereka yang kekurangan makanan. Wabak taun terakhir di Amerika Syarikat adalah pada tahun 1911. 1,099,882 kes dan 10,453 kematian dilapurkan di Hemisphere Barat antara Januari 1991 dan Julai 1995. Secara purata, satu kes taun dilapurkan di Amerika Syarikat setiap minggu. cholerae menyebabkan penyakit dengan membebaskan toksin yang melumpuhkan

Vibrio

fungsi GTPase pada protin G yang merupakan sebahagian pasangan penerima-protin G ( G proteincoupled receptor ) di dalam sel usus. Ini mengakibatkan protin G terkunci dalam "kedudukan terpasang" mengikat GTP (biasanya, protin G kembali "tertutup" dengan pantas

dengan hydrolizingGTP kepada GDP). Protin G mengakibatkan adenylate cyclase menghasilkan sejumlah besar cyclic AMP (cAMP) yang mengakibatkan kehilangan cecair dan garam yang banyak pada lapisan perut. Cirit-birit yang berlaku membenarkan virus tersebar kepada orang lain akibat keadaan yang tidak bersih. Pembawa gen penyakit Sistik Fibrosis (cystic fibrosis) dilindungi dari kesan taun teruk akibat mereka tidak kehilangan air dengan cepat. Ini menjelaskan jumlah tinggi cystic fibrosis dikalangan penduduk yang pernah terdedah kepada taun.

Kajian genetik terkini menunjukkan kecenderungan seseorang kepada taun (dan cirit-birit lain) bergantung kepada jenis darah mereka. Mereka dengan darah jenis O paling mudah dijangkiti. Mereka dengan darah jenis AB paling tahan, hampir kebal. Antara kedua melampau terdapat jenis darah A dan B, dengan jenis A lebih tahan berbanding jenis B. Lihat juga John Snow dan Robert Koch

You might also like