You are on page 1of 25

KUMPULAN 5 SITI NURHAFIZA BOLONG NORLINA GAPARE SAHARIA RAHMAN N. PENSYARAH: ENCIK VICTOR P.

SALANGGANG

1. -

Kawasan permainan

Gelanggang yang berbentuk empat segi bujur berukuran 28 meter panjang dan 15 meter lebar. Sebaik-baiknya permukaan gelanggang perlulah diperbuat daripada kayu. Pada bahagian hujung gelanggang dipasang papan pantul berserta dengan keranjang. Keranjang terdiri daripada gelung besi berjaring seluas 45 centimeter bergaris pusat.

Pemain

perlu memakai pakaian yang selesa dan mudah untuk bergerak. Baju yang dipakai oleh pemain perlulah bernombor dihadapan dan belakang. Pemain juga tidak dibenarkan memakai barang kemas kerana boleh mendatangkan kecederaan kepada pihak lawan. Kasut bola keranjang yang perlu dipkai perlulah mempunyai pelapik pelindung yang tebal dan kukuh dibahagian sisi.

Berukuran

75-78 centimeter dan berat adalah antara 600-605 gram. Perlulah diperbuat daripada getah atau getah tiruan.

Setiap

pasukan diwakili oleh 10 pemain. 5 pemain bermain di dalam gelanggang dan 5 lagi dijadikan sebagai simpanan. Permainan dikawal oleh seorang pengadil. Seorang pemain daripada setiap pasukan berdiri di kawasan tengah, bola akan dilambung oleh pengadil dan hanya boleh dimainkan apabila lambungan mencapai tinggi yang maksimum.

Setiap

kali jaringan berjaya dilakukan, salah seorang pemain pasukan yang kena jaring perlu memulakan permainan dengan melakukan hantaran dari garisan belakang. Mata diperolehi apabila bola dilontar masuk ke gelung besi keranjang.Bola yang dilontar dari bawah gelung tidak akan dikira. 2 mata akan diberi jika bola yang dilontar dari kawasan separuh bulat masuk ke jaring, selain itu hanya 1 mata.

Terdapat

2 jenis faul dalam bola keranjang, faul sendiri dan faul teknik. Had maksimum melakukan faul bagi setiap pemain adalah 5 kali.

Melibatkan

seorang pemain dengan bola .Jika faul sendiri dilakukan dalam permainan, pihak lawan akan diberi hantaran masuk dari garisan tepi berhampiran tempat melakukan kesalahan. Jika faul dilakukan keatas pemain lawan yang hendak menjaring bola, dua lontaran percuma akan diberi kepada pihak lawan. Faul sendiri boleh berlaku jika pemain yang memegang bola dihalang, ditolak atau dihimpit oleh pihak lawan. Juga boleh berlaku kepada pemain yang memegang bola..

Berkait rapat dengan tingkah laku yang tidak bersemangat kesukanan, sama ada yang dilakukan oleh pemain simpanan atau jurulatih. Antara tingkah laku yang boleh dikenakan faul teknik ialah:

Sengaja melengah-lengahkan masa permainan Bertengkar dengan pengadil atau pihak lawan Menghina pengadil atau pihak lawan Sengaja mengganggu permainan pihak lawan. Pengadil akan memberi 2 lontaran percuma.

Menggelecek bola Menghantar bola Menjaringkan gol Bertahan

Lantunkan

bola menggunakan hujung jari. Jangan sesekali menggunakan tapak tangan. Lantunan yang dilakukan haruslah tidak melebihi paras pinggang dan tidak lebih rendah daripada paras lutut. Kelecekan bola dengan tangkas, sama ada dengan tangan kanan atau kiri dan seseorang pemain perlu berupaya menukar tangan yang melantunkan bola ketika mengubah arah pergerakan.

Perkara-perkara penting ketika melakukan hantaran ialah :

Lontar bola dengan pantas dan sempurna. Setiap sasaran hantaran yang kamu lakukan adalah antara bahagian pinggang dan bahu rakan kamu. Kelirukan pihak lawan secara tidak memandang terus ke arah sasaran. Biasakan menerima dan menghantar bola dengan tangan dan jari yang terbuka. Setelah melepaskan bola dari tangan, jari perlulah mengikut lajak ke arah sasaran.

Hantaran

tolak Hantaran paras dada Hantaran lantun Hantaran atas kepala Hantaran besbol

Hantaran

ini digunakan ketika melakukan hantaran jarak dekat atau sederhana jauh. Pegang bahagian belakang bola dengan kemas. Sebelah tangan memegang sisi bola sebagai imbangan. Tolak bola ke hadapan pada paras bahu. Semasa melakukan tolakan, ambil satu langkah ke hadapan arah penerima bola.

Perkara-perkara yang perlu dititikberatkan ialah: Pegang bola dengan kemas. Gunakan kedua belah tangan. Jari-jari mestilah terbuka. Bengkokkan sedikit kedua belah lutut. Tinggikan pula kedua belah siku supaya mudah menolak bola dengan lengan, tangan dan jari. Semasa meluruskan lengan ke hadapan, bergerak satu langkah ke arah sasaran. Luruskan lengan ke hadapan dengan satu pergerakan yang cepat dan bertenaga serta lajak ke arah hantaran.

Teknik

hantaran lantun hampir sama dengan teknik hantaran paras dada tetapi kedua-dua siku perlu direndahkan. Pastikan hanya pergelangan tangan dan jari kamu yang melakukan tolakan.

Teknik hantaran : Pegang bola ke atas. Pastikan kedudukan bola di belakang sedikit daripada kepala kamu. Jari kamu mestilah terbuka dan memegang bahagian belakang bola. Sebaik sahaja kamu melangkah ke hadapan, luruskan kedua-dua belah lengan dengan cepat.

Kedua-dua belah tangan mengikut lajak ke arah sasaran. Bola yang dihantar perlulah sampai kepada penerima pada paras kepalanya.

Hantaran

besbol perlu dilakukan dengan cepat. Bawa bola ke belakang telinga kamu dengan sebelah tangan. Pegang bola dengan kemas. Jari kamu perlu terbuka dan pegang di bahagian belakang bola.Pada peringkat awal, berat badan kamu adalah di kaki belakang. Alihkan berat badan ke kaki hadapan. Serentak dengan itu juga gunakan kekuatan lengan dan pergelangan tangan untuk menghayun bola ke hadapan. Hayunan tangan perlulah mengikut arah sasaran bola.

Jaringan

statik Jaringan lompat Jaringan tegak

Jaringan statik diambil apabila terdapat faul dan pengadil memberi lontaran percuma. Jika kamu bermain dengan tangan kanan, kaki dan bahu kanan perlu mengarah ke sasaran gol. Arahkan siku yang menolak bola ke arah gol. Bawa bola turun ke paras dada. Kedua-dua belah lutut dibengkokkan sedikit bagi merendahkan badan. Mulakan pergerakan bahagian kaki,diikuti oleh badan, lengan, tangan dan akhirnya jari kamu. Ikutlah lajak pergerakan sehingga tumit kamu tergantung ke udara atau kedua belah kaki melonjak ke atas. Bola yang dilontar perlu dilepaskan sebelum lonjakan kamu mencapai ketinggian sebenar.

Gaya

ini hampir sama dengan jaringan statik. Perbezaannya ialah bola dilepaskan daripada tangan ketika lonjakan berada di paras paling tinggi. Ketika hendak melakukan jaringan, berdiri tegak dan seimbangkan berat badan pada kedua-dua belah kaki. Siku tangan yang menolak bola mesti mengarah ke sasaran. Tolak bola ke atas dengan lengan. Sentak pergelangan tangan sebaik sahaja melepaskan bola.

Jaringan

ini dilakukan apabila tiada halangan ketika mahu menjaringkan gol. Bola yang hendak dijaringkan akan dikelecek ke arah gol. Kemudian bergerak beberapa langkah sebelum melonjak ke arah gol. Ketika hendak melakukan jaringan, melonjaklah dengan sebelah kaki yang bertentangan iaitu jika kamu menjaring dengan tangan kanan,melonjaklah dengan kaki kiri dan sebagainya.

Matlamat bertahan ialah untuk menguasai bola. Perkara-perkara berikut adalah mengenai dirian tindak, kedudukan badan, gerak kai dan kelajuan kamu semasa bertahan : Dirian tindak kamu semasa bertahan adalah seperti ahli tinju. Jarakkan kaki luas sedikit daripada luas bahu kamu. Kedua belah lutut perlu dibengkokkan.

Bergerak dengan pantas dalam pelbagai arah, kekalkan berat badan kamu di bahagian hujung kaki. Mata sentiasa memerhatikan bahagian dada pemain lawan. Pastikan lengan bengkok dan jari terbuka serta sentiasa bersedia.

You might also like