You are on page 1of 3

PERATURAN DAN UNDANG UNDANG BOLA JARING

1. Lebih kawasan: Tidak boleh di hantar lebih daripada kawasan tanpa disentuh atau ditangkap oleh
pemain.

2. Gerak kaki: Pemain tidak dibenarkan mengheret atau menggunakan kaki mendarat.

3. Hantaran ke dalam di beri kepada pasukan lawan jika bola keluar gelanggang.

4. Hantaran tengah di ambil secara bergilir gilir selepas setiap jaringan gol.

5. Permainan dimulakan dengan hantaran tengah.

6. Memulakan permainan.

7. Pengadil diadili oleh 2 orang pengadil.

8. Pasukan akan tukar kawasan gol pada separuh masa.

9. Tempoh permainan: Tempoh ada 2 bahagian iaitu 20 minit untuk setiap permainan dan 5 minit untuk
masa rehat.

10. Bilangan pemain: Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain dan 5 orang pemain simpanan .

11. Off side: Pemain dengan bola atau tanpa bola dianggap keluar kawasan jika memasuki mana mana
kawasan selain daripada kawasannya.

12. Halangan: Pemain tidak dibenarkan menghalang pihak lawan yang memegang bola kurang daripada
0.9 meter (3 kaki). Jarak dikira daripada kaki mendarat.

13. Sentuhan: Pemain tidak dibenarkan melakukan sentuhan dengan pemain lawan sama ada sengaja
atau tidak.
KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING

HANTARAN

A. HANTARAN ARAS BAHU


Hantaran ini dapat dilakukan kerana bola hantaran paras bahu dapat dilontar dengan lebih tinggi dan
jauh.

TEKNIK HANTARAN BOLA PADA ARAS BAHU


· Pegang bola di atas tapak tangan kanan.

· Kaki kiri melangkah ke hadapan bertindak sebagai [aksi pergerakan kaki kanan.

· Berat badan berada di atas kaki kanan.

· Bawa bola ke belakang kepala dengan kedudukan siku dibengkokkan.

· Pindahkan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri semasa membuat hantaran.

· Tolak bola dengan kuat dan terus ke hadapan atau flick.

· Tangan dan jari ikut lajak arah bola di hantar.

· Bagi hantaran jarak jauh gunakan pergerakan ‘whip’pergelangan tangan.


B. HANTARAN BOLA ARAS DADA
Hantaran aras dada ialah satu hantaran yang kuat, cepat dan jarak yang tidak begitu jauh.

TEKNIK HANTARAN BOLA ARAS DADA


· Jari tangan pemain dibuka untuk mencekap bola.

· Bola berdekatan badan iaitu pada aras dada. Tangan dibengkokkan dan suku dalam keadaan
seimbang.

· Pemain dalam kedudukan seimbang dan kaki kiri ke hadapan.

· Pemain hendaklah mengambil satu langkah ke hadapan.

· Siku dan kesemua jari hendaklah diluruskan dan tangan ditolak ke hadapan serentak dengan
kekuatan bola

You might also like