You are on page 1of 4

UNDANG-UNDANG PERMAINAN BOLA JARING

A.Peraturan Asas Bola Jaring


1. Bola jaring ini adalah sukan yang dimainkan boleh dua pasukan yang setiap satu
pasukan terdiri daripada tujuh.
2. Pengiraan mata sukan ini adalah dikira berdasarkan jumlah jaringan bola yang
paling banyak akan menang.
3.Hanya posisi pemain Penjaring Gol (GS) dan Penyerang Gol (GA) sahaja yang
boleh menjaringkan gol sepanjang perlawanan.

B.Peraturan Semasa Permainan


1. Dilarang menghantar bola lebih dari kawasan tanpa disentuh atau diambil oleh
pemain.
2. Pemain tidak dibenarkan untuk mengheret atau memusingkan tapak kaki apabila
sedang memegang bola.
3. Jika bola keluar, hantaran kedalam diberikan kepada pasukan lawan.
4. Hantar tengah untuk memulakan permainan diambil secara bergilir-gilir selepas
jaringan gol.
5. Setiap perlawanan mempunyai 2 orang pengadil.
6. Pasukan akan menukar posisi gelanggang setiap kali masuk suku perlawanan.
7. Kesalahan “off side” apabila pemain keluar daripada kawasan yang dibenarkan.
8. Pemain mesti melakukan halangan minima 3 kaki dari pemain yang memegang
bola.
9. Pemain tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang sentuhan ketika memegang
bola samada sengaja atau tidak.

C. Tempoh masa permainan bola jaring

1. Masa permainan ialah terbahagi kepada 2 separuh masa .Setiap separuh masa
mempunyai 5 minit permainan. Masa rehat 5 minit antara separuh masa pertama
dan kedua.
2. Setiap pasukan mesti menukar posisi gelanggang setiap kali memasuki separuh
baru. Setiap permainan perlu dilakukan sepanjang tempoh masa permainan
sahaja. Kecuali, jika suatu pasukan tersebut diberikan penalti pas di dalam
bulatan gol. Pengadil akan meniup wisel penamat setelah pemain tersebut
selesai melakukan penalti pas.
D. Pemain dan posisi bola jaring

1.Di dalam sukan bola jaring, setiap pemain mempunyai posisi masing-masing,

setiap posisi ini mempunyai kawasan yang berbeza di atas gelanggang bola

jaring. Kami akan kongsikan di dalam slot ini.

2. Sepanjang permainan setiap pasukan mesti mempunyai minima 5 atau

maksima 7 pemain di atas gelanggang. Setiap pasukan wajib mempunyai

seorang ketua/kapten.

E.Pemain dan Posisi bola jaring

1. Di dalam sukan bola jaring, setiap pemain mempunyai posisi masing-masing,

setiap posisi ini mempunyai kawasan yang berbeza di atas gelanggang bola

jaring. Kami akan kongsikan di dalam slot ini.

2. Sepanjang permainan setiap pasukan mesti mempunyai minima 5 atau maksima

7 pemain di atas gelanggang. Setiap pasukan wajib mempunyai seorang

ketua/kapten.

F.Penalti
Di dalam cara bermain bola jaring, terdapat beberapa kesalah yang boleh dikenakan

penalti. Terdapat 2 jenis penalti bola jaring iaitu:

G.Lontaran Percuma
Lontaran percuma ini diberikan apabila berlakunya kesalahan kecil. Apabila pengadil

melihat berlakunya kesalahan kecil maka pasukan lawan akan diberikan lontaran

percuma. Antara kesalahannya adalah:


H. Memegang bola
Apabila seorang pemain memperoleh bola, pemain tersebut hanya mempunyai

masa 3 saat untuk melakukan hantaran ke pemain seterusnya. Jika lebih dari 3 saat,

pengadil akan meniup wisel dan memberikan lontaran kepada pasukan lawan.

I.Gerakan kaki
Apabila seorang pemain memperoleh bola, pemain tersebut hanya dibenarkan untuk

membuat satu langkah sahaja. Jika semasa mendapat bola kaki kiri menjejak

gelanggang, maka hanya satu langkah kaki kanan sahaja dibenarkan. Jika kedua-

dua kaki berada di atas gelanggang semasa memegang bola, selangkah dibenarkan

untuk mana-mana belah kaki.  

J.Menerima bola
Seorang pemain hanya boleh memberikan/melantunkan bola yang sedang dipegang

kepada pemain lain sahaja. Pemain tidak dibenarkan untuk mengambil semula bola

yang dilepaskan dari penggangan tangan. Jika berlaku, bola perlu terlebih dahulu

diambil oleh pemain lain barulah boleh menerima semula bola tersebut.

K.Kawasan bola
Bola yang dihantar lebih daripada satu pertiga dari kawasan permainan tanpa

disentuh oleh mana-mana pemain adalah satu kesalahan, pengadil akan meniup

wisel dan lontaran akan diberikan kepada pasukan lawan.

L.Off side
Setiap pemain mempunyai posisi dan kawasan bergerak masing-masing di dalam

gelanggang. Pemain tidak dibenarkan memasuki kawasan selain dari kawasan

posisinya. Jika pemain memasuki kawasan yang bukan sepatutnya, ini adalah satu
kesalahan dan lontaran akan diberikan kepada pasukan lawan.

M.Lontaran penalti
Lontaran penalti ini akan diberikan apabila berlakunya kesalahan seperti bermain

secara kasar, mengganggu pemain lawan serta beberapa lagi yang dikenal pasti

oleh pengadil. Kesalahan ini boleh dilihat apabila pengadil akan mengarahkan

pemain untuk berdiri di sebelah pemain lawan yang memperoleh lontaran penalti.

Pemain yang melakukan kesalahan ini hanya boleh bergerak apabila lontaran

penalti dilakukan. Antara kesalahan yang sering dilakukan adalah:

1. Melanggar
Dalam permainan bola jaring, setiap pemain dilarang melanggar pemain lain

samada sengaja ataupun tidak sengaja. Pengadil akan melihat dan membuat

keputusan samada untuk memberikan lontaran penalti ataupun tidak.

2. Menghalang
Setiap pemain tidak dibenarkan untuk menyentuh ataupun mengambil bola yang

sedang dipegang boleh pemain lain. Setiap pemain hanya boleh melakukan

halangan minima jarak 3 kaki daripada pemain yang memegang bola.

3. Penalti gol
Jika kesalahan seperti melanggar atau menghalang dilakukan di dalam bulatan gol,

pasukan lawan akan diberikan lontaran terus ke jaring gol. Lontaran ini dilakukan

tanpa halangan daripada pemain pasukan lawan.

You might also like