You are on page 1of 4

Undang undang Permainan Hoki Permainan hoki melibatkan dua pasukan.

. Setiap pasukan mempunyai 11 orang pemain utama termasuk penjaga gol. Jumlah pemain adalah 18 orang yang di

daftarkan dalam sesuatu pertandingan atau kejohanan. ( tertakluk kepada peraturan semasa ) . Tiada had pertukaran bagi sesebuah pasukan semasa perlawanan berlangsung. Setiap pertukaran mestilah mendapat kebenaran daripada pegawai yang bertugas. Pertukaran hanya dibenarkan apabila pemain yang ditukarkan meninggalkan kawasan padang. Bagi pemain yang cedera di dalam padang, pertukaran boleh dilakukan secara terus tanpa menunggu pemain tersebut dikeluarkan ataupun memasuki kembali ke padang. Masa akan diberhentikan jika penjaga gol digantikan dan semasa penjaga gol membetulkan peralatan pakaiannya. Setiap pasukan mestilah mempunyai seorang ketua pasukan. Ketua pasukan haruslah memakai lilitan arm band pada bahagian bawah bahu, bagi membezakan dirinya dari pemain lain. Ketua harus mengawal pemainnya dan memastikan pertukaran pemain bagi pasukannya dilakukan dengan cara yang betul. Sebuah pasukan mestilah memakai pakaian/ jersi yang seragam ( warna ). Pemain tidak dibenarkan memakai sebarang benda yang boleh membahayakan pihak lawan. Pemain dibenarkan menggunakan sarung tangan ( gloves ), asalkan tidak mempengaruhi kepada saiz genggaman tangan pada kayu hoki. Pemain diwajibkan memakai alat pelindung tulang kering ( shin guard ), pelindung mulut dan pelindung kaki ( ankle guard ), memakai topeng muka semasa pukulan sudut penalti. Penjaga gol mestilah memakai pakaian yang berbeza daripada pemain lain dan menggunakan semua alat perlindungan tubuh ( kepala, alas badan ,tangan, lutut, pengadang kaki dan penendang ). Masa permainan dijalankan ialah antara 60 70 minit bergantung kepada peringkat umur para pemain. Masa rehat pada separuh masa permainan diberi. 30 : 5 : 30 / 35 : 5 : 35. Pasukan mana yang menjaringkan gol yang banyak akan dikira sebagai pemenang apabila wisel penamat ditiup oleh pengadil perlawanan. Jika tiada sebarang gol, maka perlawanan akan dikira seri. ( pada peringkat kumpulan ).

Pengadil akan membuat undian dengan lambungan syiling untuk menentukan siapa yang memulakan sepak mula. Jika pasukan A yang memulakan sepak mula pada separuh masa pertama, maka pasukan B pula yang akan memulakan sepak mula pada separuh masa kedua. Bola akan dikira out apabila keseluruhan bola keluar melintasi garisan sisi padang dan belakang padang. Permainan dimulakan dengan, bola diletakkan di atas garisan tepi dan dipukul oleh pasukan yang mengambilnya. Jaringan hanya dikira sah atau gol, apabila bola melepasi garisan dalam kawasan gawang gol. Bagi pemain yang melakukan kesalahan pertama akan diberikan amaran tanpa kad. Amaran kad hijau akan diberikan oleh pengadil kepada pemain apabila melakukan kesalahan kedua, selepas diberi amaran tanpa kad. Pengadil akan memberikan kad kuning kepada pemain yang melakukan kesalahan dan kekasaran. Dan ini akan menyebabkan pemain tersebut dikeluarkan dari kawasan permainan selama 5 minit. Pemain ini tidak boleh digantikan oleh pemain lain. Bagi pemain yang menerima kad merah, pemain ini akan disingkirkan terus daripada perlawanan dan diminta meninggalkan kawasan padang dan juga kawasan pertandingan. Jumlah pengadil dalam sesuatu perlawanan adalah 2 orang. Pengadil tersebut akan berada di keduadua tepi garisan kawasan padang hoki dan bertanggungjawab terhadap kelancaran dan mutu perlawanan.

Strategi Permainan Hoki

Kemahiran pukulan sudut penalti menjadi satu aspek penting dalam hoki kerana kebanyakan bilangan gol dijaringkan menggunakan sudut penalti. Pukulan masuk dikira dari garisan gol di dalam kawasan D dan bola mesti diberhentikan di luar kawasan D. Hanya penjaga gol dan empat pemain pertahanan berada dalam kawasan D semasa sudut penalti. Pemain pertahanan hendaklah berada di

belakang garisan gol sehingga bola di tolak masuk oleh penyerang. Pemain penyerang yang melakukan tolakan dibenarkan berada dengan sebelah kaki atau kedua-dua belah kaki di dalam kawasan bermain. Pemain penyerang yang lain perlu berada di luar garisan kawasan D sehingga bola di tolak masuk.

You might also like