You are on page 1of 5

BOLA JARING (1M1S)

SMK TENGKU BARIAH

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN BOLA JARING

Objektif : menjaring sebanyak mungkin gol di tiang pasukan lawan

1.0 PEMAIN
Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain utama dan 3 pemain simpanan.

(a) PENJAGA GOL


Penjaga gol (goal keeper = GK) menjaga penjaring gol (GS) pasukan lawan baik di dalam kawasan dan
di luar kawasan jaringan. Penjaga gol boleh keluar masuk kawasan gol. Tugas- tugasnya ialah menjaga
kawasan jaringan dan menghalang penyerang di dalam kawasan jaringan. GK juga perlu bekerjasama
dengan penahan gol (GD).

(b) Pertahanan gol / pertahanan dalam (GD)


Penahan gol (goal defence = GD), menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol (GA) pasukan pihak
lawan sama ada di dalam kawasan tengah, kawasan gol atau di dalam kawasan jaringan. GD boleh
menghalang hantaran atau mengawal mana- mana pemain dalam kawasan tengah atau kawasan gol,
tetapi tugas utamanya ialah menghalang penyerang gol daripada membuat jaringan. GD juga boleh
menerima bola dari hantaran tengah.

(c) Pertahanan sayap / pertahanan luar (WD)


Penahan sayap (wing defence = WD) merupakan pemain pertahanan. Tugasnya ialah menghalang
gerak geri dan hantaran yang ditujukan kepada penyerang sayap (WA) pasukan lawan dalam bulatan
jaringan.

WD juga boleh bertindak sebagai penyerang. Ini berlaku semasa bola dihantar ke tengah atau ke
dalam oleh pemain lawan. Apabila pemain lawan membuat jaringan, WD akan mengawal WA.
Kadangkala, WD boleh bertindak sebagai penyerang. Ini boleh berlaku semasa bola dihantar ke
tengah atau ke dalam oleh pemain lawan.

(d) Pemain tengah (C)


Pemain tengah (centre = C) pula memainkan peranan yang penting kerana ia ditugaskan sebagai
penyerang dan merupakan pemain yang membuat hantaran tengah di awal permainan. Kawasaan C
hampir meliputi keseluruhan padang bola jaring. C boleh bergerak ke semua kawasan kecuali di
kawasan D.

(e) Penyerang sayap (WA)


Penyerang sayap (wing attack = WA) juga penyerang, dan tugas utamanya menghantar bola dari
kawasan tengah ke kawasan jaringan. WA selalunya akan menghantar bola kepada penjaring dan
penyerang gol dengan kerjasama pemain tengah.

(f) Penyerang gol (GA)


Penyerang gol (goal attact = GA) ditugaskan sebagai penjaring. GA akan bekerjasama dengan pemain
tengah, penyerang sayap dan penjaring gol. GA juga selalu menerima hantaran tengah dan bertindak
sebagai penyerang.

Bola jarring_ 2017 Page 1


BOLA JARING (1M1S)
SMK TENGKU BARIAH

(g) Penjaring gol (GS)


Penjaring gol (goal shooter = GS) bertugas sebagai penjaring gol. GS mestilah mahir membuat
jaringan. Setiap pemain akan menjaga dan bermain di kawasan masing-masing. Pemain tidak bebas
bergerak ke segenap sudut gelanggang dan mereka hanya bermain mengikut tugas yang telah
ditetapkan.

2.0 PENGADIL
Pengadil bertanggungjawab memastikan pertandingan itu berjalan lancar dan semua pemain
bermain dengan bersih dan mengikut peraturan permainan yang telah ditetapkan. Pengadil adalah
orang yang paling berkuasa dalam gelanggang.

Terdapat 2 orang pengadil dan 2 pegawai lain yang terdiri daripada seorang penjaga masa dan
seorang lagi pencatat masa dalam satu pertandingan. 2 orang pengadil inilah yang
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perjalanan sesuatu pertandingan dan lazimnya pengadil ini
terdiri daripada wanita tetapi terdapat juga pengadil lelaki.

Semasa dalam permainan, pengadil sepatutnya


berada di luar gelanggang,
kecuali dalam keadaan atau tugas berikut:

1. Membuat lambungan
2. Menunjukkan tempat di mana penalti akan
diambil
3. Melihat permainan dengan lebih jelas
4. Melihat pemain yang tercedera (jika ada)
Wisel adalah perlu bagi seorang pengadil dalam
sepanjang masa permainan.

UNDANG-UNDANG AM BOLA JARING

1.0 PENALTI
(a) Penalti akan dikenakan bagi kesalahan di dalam gelanggang dan dikenakan di tempat berlakunya
kesalahan melainkan
(i) Undang-undang advantage boleh digunakan. Ertinya, pengadil hendaklah menahan daripada
membunyikan wisel untuk mengenakan denda sekiranya tindakan demikian akan mengakibatkan
kerugian kepada pasukan yang dilakukan kesalahan.

(b) Pengadil hendaklah menunjukkan tempat yang betul dan tepat.

(c) Apabila penalti dikenakan, kecuali lambungan yang diberikan kepada salah satu pasukan, salah
seorang pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan masuk ke kawasan penalti boleh
mengambil penalti itu.

Bola jarring_ 2017 Page 2


BOLA JARING (1M1S)
SMK TENGKU BARIAH

(d) Pemain yang mengambil penalti mestilah melontarkan bola yang ada di tangannya dalam masa
tiga saat selepas dia mengambil tempatnya yang betul.

(e) Apabila pemain mengambil sesuatu hantaran percuma, hantaran penalti, jaringan penalti, atau
hantaran ke dalam, dia mesti mematuhi undang-undang gerak kaki, seolah-olah kaki yang diletakkan
di tempat yang ditunjukkan adalah sama dengan kaki mendarat semasa pendaratan atas satu kaki
ataupun menerima bola dengan satu kaki tetap di atas tanah.

(f) Jika pemain yang mengambil hantaran percuma, hantaran penalti atau jaringan penalti melanggar
undang-undang (c) hingga (e), hantaran percuma diberikan kepada pasukan lawan.

(g)Jika pemain yang mengambil hantaran ke dalam melanggar undang-undang (c) hingga (e),
hantaran ke dalam akan diberikan kepada pihak lawan.

2.0 HANTARAN PERCUMA


2.1 HANTARAN PERCUMA
Diberikan untuk kesalahan-kesalahan yang berlaku di dalam gelanggang kecuali untuk undang-
undang halangan, sentuhan, kesalahan-kesalahan yang dilakukan serentak oleh dua pemain lawan
dengan bantuan tiang gol.

Semasa pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan berada dalam kawasan itu membuat
hantaran percuma, bola tidak boleh dibaling melebihi kawasan gelanggang seluruhnya tanpa
disentuhi atau ditangkap oleh seorang pemain dalam kawasan itu.

2.1.1 Hantaran Penalti atau Jaringan Penalti

Satu hantaran penalti atau jaringan penalti diberikan jika pemain didapati melanggar undang-undang
halangan dan sentuhan. Jika seseorang pemain didenda kerana sentuhan satu halangan, dia mesti
berdiri bersebelahan dan jauh dari pemain yang mengambil penalti. Dia tidak boleh membuat
sebarang gerakan sehingga bola itu terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran. Jika
pemain yang bersalah bergerak sebelum bola terlepas daripada tangan pemain yang membuat
hantaran, penalti akan diberikan semula kecuali hantaran atau jaringan itu berjaya melepasi jaring.

Penalti akan diambil dari tempat pemain yang membuat kesalahan kecuali jika tindakan itu
merugikan pasukan yang membuat penalti. Sekiranya berlaku, penalti akan diambil di tempat pemain
yang tidak melakukan kesalahan (disentuhi atau diganggu).

Berikut adalah beberapa perkara berkaitan pengambilan penalti:

(a) Satu percubaan untuk menahan hantaran. Atau jaringan boleh dibuat oleh seorang pemain
lawan yang dibenarkan ke dalam kawasan itu, selain daripada pemain yang melakukan kesalahan.
(b) Jika pemain lawan tersentuh atau mengganggu pemain lain membuat hantaran penalti atau
jaringan penalti, maka penalti itu akan dikenakan semula di tempat pemain kedua.
(c) Pemain pertama dan pemain kedua yang melakukan kesalahan hendaklah berdiri di sebelah dan
jauh dari pemain yang membuat hantaran. Mereka tidak dibolehkan mengambil bahagian dalam
permainan sehingga bola terlepas daripada tangan pemain yang mengambil.

Bola jarring_ 2017 Page 3


BOLA JARING (1M1S)
SMK TENGKU BARIAH

(d) Apabila dua pemain daripada satu pasukan serentak menyentuh atau menghalang seseorang
pemain dari pasukan lawan, mereka mesti berdiri di sebelah dan jauh dari pemain yang membuat
hantaran. Kedua-dua pemain tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam permainan sehingga bola
terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran.
(e) Apabila penalti diberikan dalam bulatan gol, penjaring atau penyerang gol boleh membuat
pilihan sama ada ingin membuat hantaran atau melakukan jaringan.

2.1.2 Hantaran ke Dalam


Apabila bola keluar gelanggang, bola itu akan diberikan kepada pasukan lawan untuk lontaran ke
dalam sekiranya :

(a)Pemain terakhir menyentuh bola itu, atau


(b)Pemain yang menerima hantaran, tetapi anggotanya menyentuh kawasan luar gelanggang.

2.1.3 Lambungan

Satu lambungan dibuat untuk memulakan permainan apabila:


(a) Dua pemain berlainan pasukan mendapat bola serentak iaitu sama ada dengan satu atau kedua-
dua belah tangan.
(b) Dua pemain yang berlainan pasukan serentak menepis bola keluar gelanggang.
(c) Pengadil tidak dapat menentukan pemain yang paling akhir menyentuh bola sebelum bola itu
keluar gelanggang.
(d) Dua pemain daripada berlainan pasukan keluar kawasan serentak dengan salah seorang
memegang ataupun menyentuh bola.
(e) Dua pemain yang berlainan pasukan membuat sentuhan tubuh yang mengganggu permainan.

UJI MINDA!
AKTIVITI 1: Padankan pemain bola jaring dengan peranan dengan betul

NO PEMAIN PERANAN
1 C - Penjaring gol.
- Menerima hantaran tengah dari C dan membantu
GS menjaringkan gol.
2 WA - Penahan sayap.
- Menghalang gerak-geri penyerang dan bola pihak
lawan di bahagian tengah hingga ke kawasan D.
3 WD - Penahan gol
-Menghalang gerak-geri GA lawan dan membuat
hantaran dalam sekiranya perlu.
4 GA - Penjaring gol utama.
- Menerima hantaran dari C/WA/GA untuk jaringan
gol.
5 GD - Penyerang pasukan.
- Membuat hantaran tengah diawal permainan.
6 GK - Penyerang sayap.
- Menerima dan menghantar bola ke kawasan gol
(D).

Bola jarring_ 2017 Page 4


BOLA JARING (1M1S)
SMK TENGKU BARIAH

7 GS - Penjaga gol
-Mengawasi GS lawan dari menjaringkan gol.

AKTIVITI 2: Labelkan pemain dengan posisi yang betul mengikut peraturan permainan.

Bola jarring_ 2017 Page 5

You might also like