You are on page 1of 5

BOLA JARING

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN


Objektif : menjaring sebanyak mungkin gol di tiang pasukan lawan

PEMAIN
Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain utama dan 3 pemain
simpanan. 

(a) PENJAGA GOL

Penjaga gol (goal keeper = GK) menjaga penjaring gol (GS) pasukan lawan baik di
dalam kawasan dan di luar kawasan jaringan. Penjaga gol boleh keluar masuk
kawasan gol. Tugas- tugasnya ialah menjaga kawasan jaringan dan menghalang
penyerang di dalam kawasan jaringan. GK juga perlu bekerjasama dengan penahan
gol (GD).

(b) Pertahanan gol / pertahanan dalam (GD)


Penahan gol (goal defence = GD), menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol 
(GA)pasukan pihak lawan sama ada di dalam kawasan tengah, kawasan gol atau di
dalam kawasan jaringan. GD boleh menghalang hantaran atau mengawal mana-
mana pemain dalam kawasan tengah atau kawasan gol, tetapi tugas utamanya ialah
menghalang penyerang gol daripada membuat jaringan. GD juga boleh menerima
bola dari hantaran tengah.

(c) Pertahanan sayap / pertahanan luar (WD)


Penahan sayap (wing defence = WD) merupakan pemain pertahanan. Tugasnya
ialah menghalang gerak geri dan hantaran yang ditujukan kepada penyerang sayap
(WA) pasukan lawan dalam bulatan jaringan.
WD juga boleh bertindak sebagai penyerang . Ini berlaku semasa bola dihantar ke
tengah atau ke dalam oleh pemain lawan. Apabila pemain lawan membuat jaringan,
WD akan mengawal WA. Kadangkala, WD boleh bertindak sebagai penyerang. Ini
boleh berlaku semasa bola dihantar ke tengah atau ke dalam oleh pemain lawan.

(d) Pemain tengah (C)


Pemain tengah (centre = C) pula memainkan peranan yang penting kerana
ia ditugaskan sebagai penyerang dan merupakan pemain yang membuat
hantaran tengah di awal permainan. Kawasaan C hampir meliputi
keseluruhan padang bola jaring. C boleh bergerak ke semua kawasan
kecuali di kawasan D.
(e) Penyerang sayap (WA)
Penyerang sayap (wing attack = WA)  juga penyerang, dan tugas utamanya
menghantar bola dari kawasan tengah ke kawasan jaringan. WA selalunya akan
menghantar bola kepada penjaring dan penyerang gol dengan kerjasama pemain
tengah.

(f) Penyerang gol (GA)


Penyerang gol (goal attact = GA) ditugaskan sebagai penjaring. GA akan
bekerjasama dengan pemain tengah, penyerang sayap dan penjaring gol. GA juga
selalu menerima hantaran tengah dan bertindak sebagai penyerang.

(g) Penjaring gol (GS)


Penjaring gol (goal shooter = GS) bertugas sebagai penjaring gol. GS mestilah
mahir membuat jaringan. Setiap pemain akan menjaga dan bermain di kawasan
masing-masing. Pemain tidak bebas bergerak ke segenap sudut gelanggang dan
mereka hanya bermain mengikut tugas yang telah ditetapkan.

UNDANG-UNDANG AM BOLA JARING


1.  PENALTI
.
(a)  Penalti akan dikenakan bagi kesalahan di dalam gelanggang dan dikenakan di
tempat berlakunya kesalahan melainkan

(i)    Undang-undang advantage boleh digunakan. Ertinya, pengadil hendaklah


menahan daripada membunyikan wisel untuk mengenakan denda sekiranya
tindakan demikian akan mengakibatkan kerugian kepada pasukan yang dilakukan
kesalahan.

(b) Pengadil hendaklah menunjukkan tempat yang betul dan tepat.


(c) Apabila penalti dikenakan, kecuali lambungan yang diberikan kepada salah satu
pasukan, salah seorang pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan masuk ke
kawasan penalti boleh mengambil penalti itu.

(d) Pemain yang mengambil penalti mestilah melontarkan bola yang ada di
tangannya dalam masa tiga saat selepas dia mengambil tempatnya yang betul.

(e) Apabila pemain mengambil sesuatu hantaran percuma, hantaran penalti, jaringan
penalti, atau hantaran ke dalam, dia mesti mematuhi undang-undang gerak kaki,
seolah-olah kaki yang diletakkan di tempat yang ditunjukkan adalah sama dengan
kaki mendarat semasa pendaratan atas satu kaki ataupun menerima bola dengan
satu kaki tetap di atas tanah.

(f) Jika pemain yang mengambil hantaran percuma, hantaran penalti atau jaringan
penalti melanggar undang-undang (c) hingga (e), hantaran percuma diberikan
kepada pasukan lawan.

(g)Jika pemain yang mengambil hantaran ke dalam melanggar undang-undang (c)


hingga (e), hantaran ke dalam akan diberikan kepada pihak lawan.

2.  HANTARAN PERCUMA

HANTARAN PERCUMA
Hantaran percuma pula diberikan untuk kesalahan-kesalahan yang berlaku di dalam
gelanggang kecuali untuk undang-undang halangan, sentuhan, kesalahan-
kesalahan yang dilakukan serentak oleh dua pemain lawan dengan bantuan tiang
gol.
Semasa pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan berada dalam kawasan
itu membuat hantaran percuma, bola tidak boleh dibaling melebihi kawasan
gelanggang seluruhnya tanpa disentuhi atau ditangkap oleh seorang pemain dalam
kawasan itu.

Hantaran Penalti atau Jaringan Penalti

Satu hantaran penalti atau jaringan penalti diberikan jika pemain didapati melanggar
undang-undang halangan dan sentuhan. Jika seseorang pemain didenda kerana
sentuhan satu halangan, dia mesti berdiri bersebelahan dan jauh dari pemain yang
mengambil penalti. Dia tidak boleh membuat sebarang gerakan sehingga bola itu
terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran. Jika pemain yang
bersalah bergerak sebelum bola terlepas daripada tangan pemain yang membuat
hantaran, penalti akan diberikan semula kecuali hantaran atau jaringan itu berjaya
melepasi jaring.

Penalti akan diambil dari tempat pemain yang membuat kesalahan kecuali jika
tindakan itu merugikan pasukan yang membuat penalti. Sekiranya berlaku, penalti
akan diambil di tempat pemain yang tidak melakukan kesalahan (disentuhi atau
diganggu).

Berikut adalah beberapa perkara berkaitan pengambilan penalti:

(a)  Satu percubaan untuk menahan hantaran. Atau jaringan boleh dibuat oleh
seorang pemain lawan yang dibenarkan ke dalam kawasan itu, selain daripada
pemain yang melakukan kesalahan.

(b)  Jika pemain lawan tersentuh atau mengganggu pemain lain membuat hantaran
penalti atau jaringan penalti, maka penalti itu akan dikenakan semula di tempat
pemain kedua.

(c)Pemain pertama dan pemain kedua yang melakukan kesalahan hendaklah berdiri
di sebelah dan jauh dari pemain yang membuat hantaran. Mereka tidak dibolehkan
mengambil bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas daripada tangan
pemain yang mengambil.

(d)Apabila dua pemain daripada satu pasukan serentak menyentuh atau


menghalang seseorang pemain dari pasukan lawan, mereka mesti berdiri di sebelah
dan jauh dari pemain yang membuat hantaran. Kedua-dua pemain tidak dibenarkan
mengambil bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas daripada tangan
pemain yang membuat hantaran.

(e)Apabila penalti diberikan dalam bulatan gol, penjaring atau penyerang gol  boleh
membuat pilihan sama ada ingin membuat hantaran atau melakukan jaringan

Hantaran ke Dalam

  Apabilabola keluar gelanggang, bola itu akan diberikan kepada pasukan lawan
untuk lontaran ke dalam sekiranya :

  (a)Pemain terakhir menyentuh bola itu, atau

  (b)Pemain yang menerima hantaran, tetapi anggotanya menyentuh kawasan luar


gelanggang.

Lambungan 

Satu lambungan dibuat untuk memulakan permainan apabila:

(a) Dua pemain berlainan pasukan mendapat bola serentak iaitu sama ada dengan
satu atau kedua-dua belah tangan.
(b) Dua pemain yang berlainan pasukan serentak menepis bola keluar gelanggang.

(c)Pengadil tidak dapat menentukan pemain yang paling akhir menyentuh bola
sebelum bola itu keluar gelanggang.

(d)Dua pemain daripada berlainan pasukan keluar kawasan serentak dengan salah
seorang memegang ataupun menyentuh bola.

(e)Dua pemain yang berlainan pasukan membuat sentuhan tubuh yang


mengganggu permainan.

You might also like