You are on page 1of 46

UNIT 2 BOL A

JARING
P J P K T I N G K ATA N 4 K S S M P J
OLEH CIKGU NORAZILA KHALID
SMK ULU TIRAM, JOHOR
STRATEGI MENYERANG
DALAM SITUASI
PERMAINAN

• Permainan bola jaring


mempunyai tujuh orang
pemain di dalam
gelanggang iaitu penjaga
gol (GK), pertahanan gol
(GD), pertahanan sayap
(WD), pemain tengah (C),
penyerang sayap (WA),
penyerang gol (GA) dan
penjaring gol (GS).
STRATEGI • Strategi menyerang dari hantaran tengah
dilakukan ketika pasukan dalam situasi
MENYERANG menyerang pasukan lawan.
HANTARAN • Hantaran tengah ialah situasi untuk memulakan
TENGAH permainan bola jaring selepas setiap jaringan
gol dilakukan.
CARA BERMAIN DAN MENENTUKAN
PEMENANG − HANTARAN TENGAH

• Murid dibahagikan kepada dua kumpulan


bertujuh iaitu Kumpulan A dan B.
• Kumpulan A akan menggunakan
serangan hantaran tengah manakala
Kumpulan B bertahan di posisi masing-
masing.
• Pemain tengah boleh membuat hantaran
pertama kepada pemain GA, WD, WA
atau GD.
CARA BERMAIN DAN
MENENTUKAN PEMENANG
− HANTARAN TENGAH
• Hantaran ini boleh bertukar
mengikut kedudukan pemain yang
tidak dikawal oleh pemain lawan
atau pemain penyerang yang lebih
bersedia menerima bola.
• Pemain yang menerima bola
daripada pemain C bebas
melakukan hantaran walaupun
sasaran utama ialah pemain GA
atau GS yang boleh membuat
jaringan.
CARA BERMAIN DAN MENENTUKAN
PEMENANG − HANTARAN TENGAH
• Hantaran yang boleh digunakan ialah
hantaran aras dada, aras bahu, lob, lantun
dan sisi.
• Hantaran ini dipilih berdasarkan saiz
pemain lawan, pergerakan pemain lawan
dan posisi mereka semasa membuat
halangan.
• Kedua-dua kumpulan bermain dalam
situasi permainan sebenar dengan
mengaplikasikan peraturan dan undang-
undang permainan bola jaring.
• Kumpulan yang mendapat jaringan
terbanyak dikira sebagai pemenang.
STRATEGI
MENYERANG
HANTARAN KE
DAL AM
• Strategi menyerang
hantaran ke dalam
bertujuan untuk
menyerang.
• Terdapat dua jenis
hantaran ke dalam iaitu
hantaran ke dalam dari
garisan tepi dan hantaran
ke dalam dari garisan gol
HANTARAN KE DALAM DARI GARISAN TEPI
HANTARAN KE DALAM DARI GARISAN TEPI
HANTARAN KE DALAM DARI GARISAN TEPI
HANTARAN KE DALAM DARI GARISAN TEPI
HANTARAN KE DAL AM DARI
GARISAN GOL
CARA BERMAIN DAN MENENTUKAN
PEMENANG − HANTARAN KE DALAM
• Murid dibahagikan kepada dua kumpulan
bertujuh iaitu Kumpulan A dan B.
• Kumpulan A akan menggunakan serangan
hantaran ke dalam manakala Kumpulan B
bertahan di posisi masing-masing
• Semua hantaran ke dalam berdasarkan
kawalan oleh pihak lawan semasa permainan.
• Pemain yang akan membuat hantaran
hendaklah peka kepada pemain yang dikawal
dan tidak dikawal oleh pihak lawan dengan
baik.
• Hantaran perlu dibuat dengan pantas dan
tepat.
CARA BERMAIN DAN MENENTUKAN
PEMENANG − HANTARAN KE DALAM
• Hantaran yang boleh digunakan ialah hantaran aras
dada, aras bahu, lob dan lantun.
• Hantaran dipilih berdasarkan saiz pemain lawan,
pergerakan pemain lawan dan posisi mereka semasa
membuat halangan.
• Variasi hantaran kepada setiap pemain akan berubah
mengikut situasi permainan ketika itu.
• Kedua-dua kumpulan bermain dalam situasi
permainan sebenar dengan mengaplikasikan
peraturan dan undang-undang permainan bola jaring.
• Kumpulan yang mendapat jaringan terbanyak dikira
sebagai pemenang.
STRATEGI MENYERANG
HANTARAN PERCUMA DAN
PENALTI DALAM KAWASAN GOL

• Pasukan perlu merancang strategi


menyerang dengan hantaran percuma
atau penalti yang diberikan oleh
pengadil.
• Hantaran percuma dilakukan bagi
semua kesalahan dalam gelanggang
melainkan sentuhan atau halangan dan
diambil di tempat kesalahan berlaku
• Hantaran penalti diberikan untuk
kesalahan sentuhan atau halangan
dalam gelanggang kecuali kawasan gol.
HANTARAN PERCUMA DALAM KAWASAN GOL
HANTARAN
P E N A LT I
DALAM
K AWASAN
GOL
CARA BERMAIN DAN MENENTUKAN
PEMENANG −HANTARAN PERCUMA DAN
PENALTI DALAM KAWASAN GOL
• Murid dibahagikan kepada dua kumpulan
bertujuh iaitu Kumpulan A dan B.
• Kumpulan A akan menggunakan serangan
hantaran percuma dan penalti dalam
kawasan gol manakala Kumpulan B bertahan
di posisi masing-masing.
• Sebelum menghantar bola, pemain boleh
mengacah pemain lawan. Variasi hantaran
boleh dibuat berdasarkan fizikal dan
kedudukan pemain lawan.
• Pemain C yang mendapat hantaran percuma
menghantar bola terus kepada pemain GA
atau GS berdasarkan situasi permainan.
CARA BERMAIN DAN MENENTUKAN
PEMENANG −HANTARAN PERCUMA
DAN PENALTI DALAM KAWASAN GOL
• Penalti yang diambil dalam kawasan gol atau
kawasan D bergantung kepada situasi
permainan semasa. Jika pemain yang
disasarkan telah dikawal dengan ketat,
hantaran boleh dilakukan kepada pemain
yang tidak dikawal.
• Jaringan boleh dibuat oleh pemain GS atau
GA mengikut kesesuaian.
• Kedua-dua kumpulan bermain dalam situasi
permainan sebenar dengan mengaplikasikan
peraturan dan undang-undang permainan
bola jaring.
• Kumpulan yang mendapat jaringan
terbanyak dikira sebagai pemenang.
STRATEGI BERTAHAN DALAM
SITUASI PERMAINAN

• Strategi Satu Lawan Satu


• Strategi Mengawal Zon
STRATEGI SATU
LAWAN SATU
• Ketika permainan
berlangsung, semua posisi
pemain akan mengawal
setiap pemain penyerang.
• Strategi ini dipanggil satu
lawan satu
• Pemain GK akan mengawal
GS, pemain GD mengawal
GA, pemain WD mengawal
WA dan pemain C
mengawal C.
CARA BERMAIN DAN MENENTUKAN
PEMENANG − BERTAHAN TEGAR

• Murid dibahagikan kepada dua kumpulan


bertujuh iaitu Kumpulan A dan B.
• Semua pemain perlu mengawal pemain
lawan mengikut posisi masing-masing.
• Pemain akan menggunakan kemahiran
mengadang, menepis dan melompat bagi
mengelakkan hantaran dan serangan
berlaku.
• Semua pemain perlu berada dalam jarak
tiga kaki dari pemain lawan untuk
mengelakkan sentuhan berlaku.
CARA BERMAIN DAN
MENENTUKAN PEMENANG
− BERTAHAN TEGAR
• Pemain perlu mengawal
penyerang secara berdiri di
hadapan pihak lawan
• Pertahanan perlu mengikut
pergerakan pihak lawan dan jika
perlu, hulur tangan untuk
memintas bola.
• Kemahiran memintas,
mengadang, menangkap dan
menghantar dalam pelbagai
kelajuan perlu dimiliki oleh
pemain yang bertahan.
CARA BERMAIN DAN
MENENTUKAN PEMENANG
− BERTAHAN TEGAR
• Pemain perlu sentiasa peka
dengan pergerakan dan
kemampuan pemain yang
dikawal.
• Kedua-dua kumpulan bermain
dalam situasi permainan sebenar
dengan mengaplikasikan
peraturan dan undang-undang
permainan bola jaring.
• Kumpulan yang dapat menahan
bolos dikira sebagai pemenang.
STRATEGI
MENGAWAL ZON

• Kawalan pemain di dalam zon


merupakan satu strategi
bertahan yang terdapat dalam
permainan bola jaring.
• Lima zon telah dibahagikan
pada gelanggang bola jaring.
• Zon 1 (kawasan D1), zon 2
(kawasan gol 1 sebelah kiri),
zon 3 (kawasan tengah), zon 4
(kawasan gol 2 sebelah kanan)
dan zon 5 (kawasan D2).
CARA BERMAIN DAN MENENTUKAN
PEMENANG − KEKAL BERTAHAN
• Murid dibahagikan kepada dua kumpulan bertujuh iaitu Kumpulan A dan
B.
• Kumpulan B akan menggunakan strategi bertahan mengawal zon
manakala Kumpulan A menyerang dari hantaran tengah.
• Apabila bola mula dimainkan oleh pemain C, kumpulan yang bertahan
harus bergerak mengikut posisi.
• Contohnya, pemain WD akan mengawal pemain WA kumpulan lawan di
zon 3 di kawasan tengah.4 Kawalan zon ini bermaksud semua posisi
bermain dalam zon masing-masing.
• Hanya pemain C sahaja boleh bergerak dan bermain di semua zon
kecuali zon 1 dan zon 5.
CARA BERMAIN DAN MENENTUKAN
PEMENANG − KEKAL BERTAHAN

• Murid boleh menggunakan kemahiran


mengadang dan menangkap bola yang
dihantar oleh pemain lawan.
• Jika bola berjaya dirampas, kumpulan
bertahan boleh melakukan serangan
balas.
• Kedua-dua kumpulan bermain dalam
situasi permainan sebenar dengan
mengaplikasikan peraturan dan undang-
undang permainan bola jaring.
• Kumpulan yang dapat menahan bolos
dikira sebagai pemenang.
MERANCANG STRATEGI MENYERANG DAN
BERTAHAN DALAM SITUASI PERMAINAN
- STRATEGI MENYERANG DAN BERTAHAN
TIGA LAWAN TIGA

• Gelanggang digunakan separuh sahaja,


bermula dari kawasan tengah
dibahagikan kepada tiga zon iaitu zon 1,
zon 2 dan zon 3.2 Posisi pemain yang
bermain ialah pemain C, WA dan GA.3
Undang-undang dan peraturan
pertandingan bola jaring diaplikasikan.
MERANCANG STRATEGI MENYERANG DAN BERTAHAN DALAM
SITUASI PERMAINAN
- STRATEGI MENYERANG DAN BERTAHAN TIGA LAWAN TIGA
• Masa permainan 5-1-5 minit sahaja.
• Pasukan yang menang diberikan tiga mata.
• Posisi dan pergerakan pemain adalah
seperti berikut:
• C – zon 1 dan 2
• WA – zon 1 dan 2
• GA – zon 1, 2 dan 36 Selepas tamat
permainan, guru boleh menukar pemain
dengan murid yang lain.
• Semasa permainan berlangsung, murid
yang tidak bermain perlu menganalisis
strategi permainan.
CARA BERMAIN DAN MENENTUKAN
PEMENANG − TIGA LAWAN TIGA
(PENYERANG)
• Murid dibahagikan kepada dua kumpulan bertiga iaitu
Kumpulan A dan B.
• Kumpulan A akan menyerang menggunakan strategi
yang telah dipelajari manakala Kumpulan B bertahan di
posisi masing-masing.
• Pemain tengah perlu merancang strategi serangan
sebelum perlawanan bermula.
• Pemain C sentiasa bergerak dalam kawasan menyerang
bersama-sama pemain WA. Mereka akan bertukar-tukar
arah bagi menyukarkan Kumpulan B yang bertahan
manakala pemain GA akan sentiasa berada di kawasan
D untuk menjaringkan gol.
• Kumpulan yang mendapat jaringan terbanyak dikira
sebagai pemenang.
CARA BERMAIN DAN
MENENTUKAN PEMENANG − TIGA
LAWAN TIGA (BERTAHAN)
• Murid dibahagikan kepada dua kumpulan bertiga iaitu
Kumpulan A dan B.
• Kumpulan A akan menyerang manakala Kumpulan B
bertahan menggunakan strategi yang telah dipelajari.
• Pemain akan menggunakan kemahiran mengadang,
melompat dan memintas.
• Setelah berjaya memintas atau merampas bola, pemain
akan mula menyerang.
• Semua strategi berdasarkan situasi semasa dalam
permainan. Ketiga-tiga pemain perlu berbincang bagi
bertahan dan menyerang bersama apabila mendapat
peluang.
• Kumpulan yang menghalang jaringan dikira sebagai
pemenang.
TAMAT

You might also like