You are on page 1of 6

Galah Panjang

NORHIDAYAH SYAMIMI BINTI ABDUL AZIZ


PJMS3092
PERMAINAN TRADISIONAL
Pengenalan

 Permainan tradisional ini dimainkan diluar rumah.

 Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak malahan sebagai pertunjukan di pesta-pesta

kebudayaan

 Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan iaitu kumpulan penyerang

dan kumpulan bertahan.

 Salah seorang dari ahli kumpulan akan dilantik sebagai ketua. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai

mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan
permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga
garisan melintang di dalam gelanggang.

 Sebelum permainan dimulakan undian secara osom dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa

yang menang akan menjadi pasukan penyerang.


 PEMAIN :

 Pemain terdiri daripada 6 orang pemain (termasuk satu pemain simpanan).

 MASA :

 Masa permainan bergantung kepada sepantas mana bilangan pemain dapat merempuh atau melintasi halangan ke

pihak lawan.

 GELANGGANG PERMAINAN

 Kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, samada di atas tanah, kawasan bertar atau bersimin dan di

atas padang. Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan antara enam hingga lapan meter
lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan lintang bagi
awak-awak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan.

 Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Cat juga boleh digunakan

sekiranya gelanggang simin. Tetapi kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.
HADAPAN BELAKANG
9m

K 6m
Cara Bermain
1. Setiap pasukan perlu memilih ketua. Ketua pasukan akan mengundi pasukan menjaga dan pasukan menempuh gelanggang.

2. Pasukan menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak di atas garisan yang dilukis. Ketua akan menjaga
garisan tengah dan bebas pergi ke depan atau belakang tetapi mesti kekal digarisan tengah sahaja.

3. Pasukan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menepuk tangan dengan ketua pihak
lawan.

4. Seterusnya pasukan menempuh akan berlari masuk ke dalam gelanggang.

5. Penjaga akan menjaga kawasannya agar pasukan penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya.

6. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya
berpatah balik. Sekiranya penempuh telah disentuh, maka penempuh tersebut dikira telah “mati” dalam perlawanan itu.

7. Mata dikira berdasarkan jumlah pemain yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan.

8. Pasukan tersebut akan bertukar peranan dalam perlawanan seterusnya.

9. Pemenang berdasarkan pasukan dengan mata tertinggi.


 SYARAT PERMAINAN

 Penjaga gelanggang mestilah menyentuh anak buah dengan cara kedua-dua kaki berada di atas garisan,

barulah sentuhan dikira.

 Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati atau tamat gilirannya

bermain dan dikehendaki keluar gelanggang.

 Pasukan penempuh tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan gelanggang dan tidak boleh

keluar daripada gelanggang, ia akan dikira mati.

 Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan tamat giliran dan akan

bertukar giliran antara penjaga dan penempuh.

 MATA KEMENANGAN

 Mata untuk peserta yg melepasi penamat = 1

You might also like