You are on page 1of 17

KOD / KURSUS:

GGGE1153 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN

TAJUK :

ISU PEMBELAJARAN ATAS TALIAN TERHADAP PELAJAR UNIVERSITI


KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

SESI

2021/2022

DISEDIAKAN OLEH

KUMPULAN 1

PENSYARAH

DR. HAZRATI HUSNIN

NAMA PELAJAR / NO MATRIK

THIVIYAA A/P LOGANATHAN (A186124)

SITI NURSHABIHA BINTI ABD HAMID (A186508)

SITI MAISARAH BINTI JAINAL RASOL (A186194)

FARAH WAHIDA BINTI MOHD ALI (A186220)


ISI KANDUNGAN

ABSTRAK 1
1.0 PENDAHULUAN 2
2.0 METODOLOGI 3
3.0 DAPATAN KAJIAN 4
3.1 Demografi (Jantina) 4
3.2 Umur responden 5
3.3 Bangsa 5
3.4 Tahun pengajian 6
3.5 Fakulti pengajian 7
3.6 Latar belakang prasarana ICT di rumah (Adakah anda mempunyai
komputer (dekstop/laptop/tablet) di rumah? 7
3. 7 Adakah anda boleh mengakses internet dari rumah? 8
3.8 Adakah anda mempunyai telefon pintar sendiri? 9
3.9 Adakah anda melangan data bagi telefon pintar anda? 9
3.10 Cabaran-cabaran dan langkah-langkah yang dilalui semasa pembelajaran
dalam talian 10
4.0 PERBINCANGAN 11
5.0 KESIMPULAN 13
RUJUKAN 14
ABSTRAK

Kajian ini merupakan tinjauan terhadap pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
dalam pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian. Tujuan kajian yang dilakukan adalah
untuk menepati objektif kajian ini iaitu mengkaji tahap keberkesanan pembelajaran dan
pengajaran dalam talian, mengenalpasti tahap cabaran yang dihadapi dan mengkaji
langkah-langkah untuk mengatasi cabaran yang dihadapi oleh pelajar UKM. Kajian ini
mendapat seramai 60 responden. Kaedah yang digunakan bagi mendapatkan data kajian ini
adalah kaedah kualitatif. Instrumen kajian yang telah digunakan bagi mendapatkan data
dalam kertas kerja ini adalah soal selidik dalam talian (google form) dan kaedah kajian
literatur seperti menggunakan artikel jurnal, kertas kerja dan tesis. Data yang telah
dikumpulkan akan dipersembahkan dalam bentuk graf dan dibahagikan mengikut kategori
seperti demografi, latar belakang prasarana ICT di rumah ,cabaran yang dilalui dan
langkah-langkah mengatasi cabaran belajar dalam talian. Analisis data akan dilakukan secara
deskriptif dengan menggunakan data yang terkumpul. Kajian ini diharapkan dapat membantu
pelajar lain untuk dijadikan bahan rujukan serta dengan kajian ini dapat membuka semua
masyarakat bahawa pembelajaran dalam talian juga mempunyai kekurangan dan cabarannya.

Kata kunci: Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), cabaran,dalam talian

1
1.0 PENDAHULUAN

Pembelajaran secara dalam talian kini dilakukan secara meluas akibat daripada
pandemik Covid-19. Demi menjamin keselamatan para pelajar pihak kerajaan telah
mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 dan
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) meminta universiti mengaktifkan mod Pengajaran dan
pembelajaran (PdP) secara dalam talian. Teknik pembelajaran baharu ini merupakan satu
bentuk pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui penggunaan teknologi.
Semua bahan pembelajaran dan pengajaran disampaikan melalui media mempunyai grafik
visual, perkataan, animasi video ataupun audio. Pembelajaran secara dalam talian ini juga
boleh dilakukan tanpa mengira jarak dan bilangan ahli yang menggunakannya serta masa
juga fleksibel boleh ditetapkan pada bila-bila masa. Namun, kebolehan yang terdapat pada
pembelajaran dalam talian ini terdapat juga cabaran-cabarannya.

Lantaran itu, kajian ini dilakukan sebagai tinjauan terhadap pelajar di Universiti
Kebangsaan Malaysia(UKM) dalam pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian.
Tinjauan ini dilakukan bagi mengenalpasti sama ada teknik pembelajaran ini memberi
keberkesanan terhadap pembelajaran dan tahap cabaran yang dihadapi serta mengenalpasti
langkah-langkah bagi mengatasi cabaran yang dihadapi oleh pelajar UKM.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan

i. Untuk mengkaji tahap keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian


dalam kalangan pelajar UKM.
ii. Untuk mengenalpasti tahap cabaran yang dihadapi oleh pelajar UKM semasa
pembelajaran dan pengajaran dalam talian.
iii. Untuk mengkaji langkah-langkah mengatasi cabaran yang dilalui oleh pelajar
UKM akibat pembelajaran atas talian.

2
PERSOALAN KAJIAN

i. Apakah tahap keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian dalam


kalangan pelajar UKM?
ii. Apakah cabaran yang dihadapi oleh pelajar UKM semasa pembelajaran dan
pengajaran dalam talian.
iii. Apakah langkah-langkah mengatasi cabaran yang dilalui oleh pelajar UKM
akibat pembelajaran atas talian.

2.0 METODOLOGI

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Dua Jenis kaedah kajian yang telah
digunakan dalam kertas kerja ini iaitu, soal selidik atas talian (google form) dan kaedah
kajian literatur seperti menggunakan artikel jurnal, kertas kerja dan tesis. Kajian ini
melibatkan 60 responden terdiri pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak
kira lelaki mahupun perempuan. hal ini kerana, ia menyenangkan untuk mendapat respon
dengan lebih mudah dan pelajar UKM juga masih mempelajari dalam talian.Soalan-soalan
kaji selidik telah diberikan secara atas talian menggunakan media sosial seperti pautan soalan
kaji selidik yang telah dikongsikan di platform Whatsapp.
Kaedah kajian literatur merangkumi sebanyak 20 artikel jurnal yang telah membincangkan
isu-isu tentang cabaran yang dihadapi semasa pembelajaran dalam talian dalam kalangan
pelajar UKM.

Skop kertas kajian ini adalah untuk mengkaji isu atau cabaran yang dihadapi semasa
pembelajaran dalam talian dalam kalangan pelajar UKM dan mengaitkannya dengan kesan
dan langkah-langkahnya. Kajian ini dilakukan pada semester 2 sesi 2021/2022. Tempoh masa
yang diambil untuk mengumpul data bagi kertas kajian ini adalah lebih kurang empat hari.
Soalan kaji selidik adalah dalam bentuk soalan objektif dengan maksimum 5 pilihan jawapan.
Kajian soalan selidik ini merangkumi empat bahagian iaitu bahagian demografi, latar
belakang, cabaran dan langkah-langkah. Respon daripada kaji selidik dianalisis dan
disimpulkan dalam bentuk graf dan jadual dengan peratus responden.

3
3.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian ini terdiri daripada empat bahagian iaitu bahagian demografi, latar belakang
prasarana ICT di rumah ,cabaran yang dilalui semasa dalam talian dan langkah-langkah
mengatasi cabaran belajar dalam talian.

Tambahan lagi, dapatan kajian ini juga menggunakan interpretasi skor min seperti yang
tertera di bawah:

Jadual 1 : Interpretasi Skor Min

TAHAP SKOR MIN

Tinggi 5.00 - 7.00

Sederhana 2.00 - 4.99

Rendah 1.00 - 1.99

sumber: (Jamil, 2002)

3.1 Demografi (Jantina)

Graf 3. 1 Jantina

Graf 3.1 di atas menunjukkan bahawa daripada kajian soal-selidik terdapat 24 responden
lelaki dan 36 responden perempuan telah mengisi borang soal-selidik tentang isu semasa
belajar dalam talian.

4
3.2 Umur responden

Graf 3.2 Umur responden

Graf 3.2 menunjukkan bahawa seramai 70 peratus iaitu 42 responden merupakan 21-23
tahun, 14 responden iaitu 23.3 peratus merupakan 18-20 tahun, 3 responden adalah 23-25 dan
1 responden adalah lebih daripada 25 tahun.

3.3 Bangsa

3.3 Bangsa

5
Graf 3.3 menggambarkan bahawa 30 responden iaitu 50 peratus adalah pelajar Melayu, 21
responden iaitu 35 peratus adalah pelajar India, dan enam (6) responden dengan 10 peratus
adalah pelajar berbangsa Cina. Manakala lagi tiga (3) responden dikategori lain-lain.

3.4 Tahun pengajian

3.4 Tahun pengajian

Graf 3.4 menunjukkan tahun pengajian responden dengan 37 responden adalah dari tahun
satu (1), 21 responden dari tahun dua (2), 3 responden daripada tahun tiga (3) dan seorang
responden ialah daripada tahun empat (4).

6
3.5 Fakulti pengajian

Graf 3.5 Fakulti pengajian

Graf 3.5 menunjukkan Fakulti pengajian responden. Kajian ini tidak menetapkan responden
fakulti yang khusus dan ia terbuka kepada semua fakulti.Oleh itu, terdapat 13 fakulti di UKM
bangi kampus. daripada graf tersebut boleh menganalisis bahawa setiap fakulti mempunyai
responden masing-masing.

3.6 Latar belakang prasarana ICT di rumah (Adakah anda mempunyai komputer
(desktop/laptop/tablet) di rumah?

7
Graf 3.6 Latar belakang prasarana ICT di rumah?

Seterusnya, latar belakang prasarana di rumah terdapat pemilihan ya seramai 96.7 peratus
iaitu 58 responden manakala 2 responden memilih tidak. ini menunjukkan bahawa pelajar
UKM mempunyai tiada masalah dalam mempunyai gajet yang bersaiz besar di rumah untuk
sesi pembelajaran.

3. 7 Adakah anda boleh mengakses internet dari rumah?

Graf 3.7 Adakah anda boleh mengakses internet dari rumah?

Graf 3.7 adalah graf untuk soalan adakah anda boleh mengakses internet dari rumah. Graf ini
menunjukkan bahawa 34 responden iaitu 56.7 peratus memilih pilihan ya dan 26 responden
iaitu 43.3 peratus memilih pilihan tidak. Ini menunjukkan sebahagian pelajar UKM dapat
mengakses internet dari rumah.

8
3.8 Adakah anda mempunyai telefon pintar sendiri?

Graf 3.8 Adakah anda mempunyai telefon pintar sendiri?

Graf 3.8 menunjukkan graf untuk soalan adakah anda mempunyai telefon pintar sendiri dan
semua responden iaitu 60 responden dengan 100 peratus memilih pilihan ya. Pemilihan ini
menunjukkan pelajar-pelajar UKM tiada cabaran dalam memperolehi peralatan elektronik.

3.9 Adakah anda melangan data bagi telefon pintar anda?

3.9 Adakah anda melangan data bagi telefon pintar anda?

9
Seterusnya, graf 3.9 menggambarkan bahawa seramai 47 responden iaitu 78.3 peratus
memilih pilihan ya manakala 13 responden iaitu 21.7 peratus memilih pilihan tidak. Respon
ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar UKM juga menggunakan telefon pintar mereka
untuk melanggan data. Oleh itu, ada juga pelajar yang tidak mendapat akses internet di rumah
dan mereka menggunakan data dari telefon pintar mereka dimana internet di rumah adalah
lebih berfungsi daripada data dari telefon pintar untuk menghadiri kelas dalam talian.

3.10 Cabaran-cabaran dan langkah-langkah yang dilalui semasa pembelajaran dalam


talian
BAHAGIAN C : CABARAN YANG DILALUI SEMASA BELAJAR DALAM TALIAN

BIL ITEM MIN % INTERPRETASI

1 Tahap kesediaan dan motivasi pelajar terhadap 2.57 Sederhana


pembelajaran atas talian

2 Tahap persekitaran yang kondusif semasa 2.42 Sederhana


menjalani pembelajaran atas talian

3 Tahap memahami pembelajaran atas talian 2.38 Sederhana

4 Tahap pencapaian internet untuk menjalani 2.42 Sederhana


pembelajaran atas talian

5 Tahap kepuasan atas pembelajaran atas talian 2.27 Sederhana


Jadual 2 Cabaran yang dilalui semasa belajar dalam talian

Jadual 2 di atas menunjukkan cabaran yang dilalui semasa belajar dalam talian. Terdapat lima
pilihan diberikan kepada responden untuk memilihnya. Daripada respon-respon soalan kajian
selidik jadual di atas telah disediakan.

BAHAGIAN D: LANGKAH-LANGKAH MENGATASI CABARAN BELAJAR DALAM


TALIAN

BIL ITEM MIN % INTERPRETASI

1 Berinteraksi yang lebih mendalami dengan 4.58 Sederhana


pendidik dan pelajar

2 Persekitaran yang lebih kondusif 4.62 Sederhana

3 Kemudahan internet yang kuat 4.67 Sederhana

10
4 Meningkatkan motivasi untuk menerusi 4.63 Sederhana
pembelajaran atas talian

5 Kemudahan penggunaan komputer dan telefon 4.65 Sederhana


pintar yang baik
Jadual 3 Langkah-langkah mengatasi cabaran belajar dalam talian

Jadual 2 di atas menunjukkan langkah-langkah mengatasi cabaran belajar dalam talian.


Terdapat lima pilihan jawapan untuk soalan ini dalam kajian soal-selidik. Jadual ini
disediakan dengan respon daripada pelajar-pelajar UKM dalam kajian soal-selidik.

4.0 PERBINCANGAN

Hasil kajian yang dijalankan mendapati terdapat lima cabaran yang dihadapi oleh
responden sepanjang pembelajaran atas talian akibat pandemik Covid-19. Antaranya ialah,
tahap kesediaan dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran atas talian, tahap persekitaran
yang kondusif semasa menjalani pembelajaran atas talian, tahap memahami pembelajaran
atas talian, tahap pencapaian internet untuk menjalani pembelajaran atas talian dan tahap
kepuasan pembelajaran atas talian. Setiap cabaran berikut telah diringkaskan dan
dibincangkan seperti berikut: -

Tiada kajian lagi yang dibuat untuk cabaran tahap kesediaan dan motivasi pelajar
terhadap pembelajaran atas talian. Berdasarkan kajian kami, terdapat sebanyak 46.7%
responden bersetuju dengan cabaran tahap kesediaan dan motivasi pelajar terhadap
pembelajaran atas talian. Langkah yang boleh diambil untuk membendung masalah motivasi
dan tahap kesediaan pelajar ialah para pendidik perlulah mencari cara untuk meningkatkan
motivasi untuk menerusi pembelajaran atas talian kepada pelajar. Antaranya para pendidik
perlulah meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas atas talian.

Cabaran seterusnya ialah, tahap persekitaran yang kondusif semasa menjalani


pembelajaran atas talian. Berdasarkan kajian lepas tiada perbezaan yang dapat dikenalpasti
kerana suasana yang tidak kondusif untuk belajar di rumah merupakan cabaran untuk mereka
sepanjang proses pembelajaran secara atas talian. Sama seperti kajian yang dilakukan,
sebanyak 53.3% responden bersetuju bahawa tahap persekitaran yang kondusif semasa
menjalani pembelajaran atas talian merupakan cabaran yang dihadapi oleh pelajar dalam isu
belajar atas talian. Langkah yang boleh diatasi untuk masalah ini adalah persekitaran yang

11
kondusif. Hal ini kerana, apabila pembelajaran atas talian dilakukan di rumah, ia akan
melibatkan suasana riuh yang tidak kondusif kerana tidak semua pelajar mempunyai bilik dan
meja belajar sendiri.

Di samping itu, cabaran yang dihadapi ketika pembelajaran di atas talian ialah tahap
memahami pembelajaran atas talian. Seramai 28 daripada 60 responden bersetuju dengan isu
ini. Hal ini kerana, tidak semua subjek boleh diajar melalui atas talian. Sebagai contoh,
subjek yang memerlukan jalan kerja kira-kira agak sedikit sukar untuk difahami oleh para
pelajar. Berdasarkan kajian lampau yang telah dibuat, tiada isu yang berbangkit tentang
perkara ini dalam kajian tersebut. Langkah yang boleh diambil untuk membendung cabaran
ini ialah perlulah ada interaksi yang lebih mendalam antara pendidik dengan pelajar. Hal ini
telah disokong oleh para responden dengan peratusan sebanyak 73.3% yang bersetuju dengan
langkah ini.

Cabaran yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran atas talian yang seterusnya
ialah, tahap pencapaian internet untuk menjalani pembelajaran atas talian. Pencapaian
internet adalah komponen yang paling penting dalam pembelajaran atas talian kerana pada
zaman moden sekarang semua aplikasi yang berhubung memerlukan akses internet. Sebagai
contoh, kebanyakan pendidik menggunakan aplikasi Zoom, Google Meet dan Microsoft
Teams sebagai medium pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Dalam kajian ini, sebanyak
40% responden bersetuju bahawa tahap pencapaian internet untuk menjalani pembelajaran
atas talian merupakan salah satu isu dan cabaran pembelajaran atas talian. Penyataan ini juga
turut disokong oleh kajian lalu yang telah dilakukan untuk membuktikan cabaran para
pelajar dalam mendapatkan capaian internet apabila melakukan pembelajaran secara atas
talian. Langkah yang boleh diambil untuk mencegah masalah ini ialah kemudahan internet
yang kuat. Para pelajar boleh mencari capaian internet yang kuat seperti di perpustakaan
awam ataupun melanggan capaian internet.

Akhir sekali, isu dan cabaran yang dihadapi oleh para pelajar ketika pembelajaran atas
talian dilakukan ialah tahap kepuasan pembelajaran atas talian. Seramai 21 daripada 60
responden bersetuju dengan isu ini. Perkara ini juga termasuk dalam cara pelajar
menguruskan masa mereka untuk menghadiri kelas secara atas talian. Disebabkan
pembelajaran atas talian dilakukan di rumah, kebanyakan pelajar kurang fokus didalam kelas
kerana terdapat banyak gangguan di sekeliling sekaligus memberikan kurang kepuasan dalam
pembelajaran tersebut serta kekurangan teknologi juga mendorong para pelajar untuk berasa

12
kurang puas ketika pembelajaran dilakukan kerana tidak semua pelajar berkemampuan untuk
membeli komputer riba. Penyataan ini disokong oleh kenyataan yang lebih kurang sama
dengan kajian lalu yang telah dilakukan bahawa tahap keberkesanan pembelajaran rendah
apabila pembelajaran atas talian dilakukan. Langkah yang boleh diambil untuk mengatasi
masalah ini ialah, kemudahan penggunaan teknologi seperti komputer riba mungkin dapat
meningkatkan kepuasan pembelajaran pelajar untuk belajar secara atas talian.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, seramai 60 responden telah memberikan respon terhadap tinjauan isu


belajar atas talian terhadap pelajar UKM. Terdapat lima cabaran yang dihadapi oleh pelajar
Ukm dalam pembelajaran secara atas talian. Tiga cabaran yang mendapat skor tertinggi ialah
tahap persekitaran yang kondusif semasa menjalani pembelajaran atas talian sebanyak 53.3%,
tahap memahami pembelajaran atas talian sebanyak 46.7% dan tahap kesediaan dan motivasi
pelajar terhadap pembelajaran atas talian 46.7%. tiga langkah untuk membendung cabaran
yang dihadapi ketika pembelajaran atas talian yang mendapat skor tertinggi ialah kemudahan
internet yang kuat dengan skor 76.7%, berinteraksi yang lebih mendalam antara pendidik
dengan pelajar dengan skor 73.3% dan persekitaran yang kondusif dengan skor 73.3%.
Cabaran yang dihadapi ini semestinya membebankan ramai pelajar untuk mengikuti
pembelajaran atas talian. Walaupun begitu, cabaran yang dihadapi oleh para pelajar telah
mendapat perhatian daripada pelbagai pihak seperti pihak . Pelbagai inisiatif dan bantuan
telah diberikan kepada para pelajar agar beban mereka dapat diringankan. Antara inisiatif
yang telah diambil ialah pihak kerajaan telah memberikan bantuan dari segi kewangan
sebanyak RM200 kepada semua pelajar IPTA dan IPTS. Dengan bantuan yang diberikan para
pelajar dapat menggunakan wang tersebut untuk meringankan beban mereka sebagai contoh
mereka dapat membeli capaian internet di mana kosnya agak sedikit mahal. Selain itu,
bantuan komputer riba juga telah ditawarkan kepada pelajar yang kurang kemampuan seperti
pelajar dari golongan B40. Inisiatif yang telah diambil daripada pihak universiti juga ialah
untuk membenarkan pelajar yang mempunyai masalah capaian internet dan persekitaran yang
kurang kondusif untuk pulang ke kolej agar mereka dapat melakukan pembelajaran secara
atas talian. Pembelajaran secara atas talian adalah perkara yang paling tidak dijangka oleh
semua pihak dan merupakan norma baharu yang perlu diadaptasikan oleh para pelajar dan
pendidik.

13
RUJUKAN

Hassan, S. A. A. (2021). Keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian


(epembelajaran) terhadap pembelajaran pelajar di Kolej Komuniti Hulu
Langat. International Journal of Humanities Technology and Civilization,
1-14.

Khalid, F., Daud, M. Y., & Nasir, M. K. M. (2016, October). Perbandingan


penggunaan telefon pintar untuk tujuan umum dan pembelajaran dalam
kalangan pelajar universiti. In International Conference on Education and
Regional Development (Vol. 31).

Mahlan, S. B., & Hamat, M. (2020). Pengajaran dan pembelajaran dalam talian
semasa perintah kawalan pergerakan. Creative and Innovative Teaching
Practices during COVID-19 Movement Control Order (MCO), 1, 14-23.

Tasir, Z., Harun, J., & YEN, L. S. (2006). Faktor penggunaan komputer dan kaitannya
dengan kesediaan mengikuti pembelajaran dalam talian di kalangan pelajar
sarjana. Sains Humanika, 44(1).

Zakaria, N. N., & Azman, N. (2021). Daya Tahan dan Motivasi Pembelajaran alam
Talian Semasa Pandemik Covid-19 Pelajar Kolej Universiti Islam Melaka
(KUIM). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH),
6(10), 41-53.

Azlan Ahmad, Amirul Mukmini Mohamad & Noorhazila Mohd Hamid. (2021).
Kajian Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP)
Atas Talian Bagi Kursus Penulisan Pantun Kreati. Jurnal Pengajian Umum
Asia Tenggara, Vol, 2 : 278 -289.

Siti Azura Binti Abu Hassan, Suzana Binti Zainol Abidin, Zulkurnain Bin Hassan.
(2021). Keberkesanan Pembelajara Dan Pengajaran Dalam Talian
(e-Pembelajaran) Terhadap Pembelajaran Pelajar di Kolej Komunti Hulu
Langat. International Journal of Humanities Technology and Civilization
(IJHTC), Vol 2: 1-14.

Wong Ai Bing1dan Khairul Azhar Jamaludin1. (2021). Pembelajaran Dalam Talian


(E-Pembelajaran) Semasa Pandemik Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan, Vol,
3(3): 408-414.

Dr. Ehwan Ngadi. (2020). COVID19: Implikasi Pengajaran dan Pembelajaran Atas
Talian.
https://www.usim.edu.my/news/in-our-words/covid19-implikasi-pengajaran-d
an-pembelajaran-atas-talian/ [ 11 Jun 2022 ].

14
Nor Salwana Binti Hj Muhammad Idris. (2021). COVID 19: Norma Baharu dalam
Pengajaran dan Pembelajaran.
https://news.ump.edu.my/qa/covid-19-norma-baharu-dalam-pengajaran-dan-p
embelajaran [12 Jun 2022].

Mahathir Yahaya ,Wardatul Hayat Adnan, (2021). Cabaran Pelajar Melalui Kaedah
Pembelajaran Atas Talian: Kajian Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia,
Journal of Media and Information Warfare, Vol. 14(1).

Jamil, Ahmad. Pemupukan Budaya Penyelidikan Dikalangan Guru di Sekolah: Satu

Penilaian. 2002.

15

You might also like