You are on page 1of 10

ECH 6013 PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN AWAL KANAK-

KANAK

SEMESTER III SESI 2020/2021

TUGASAN INDIVIDU:
ULASAN JURNAL

NAMA PENSYARAH:

DISEDIAKAN OLEH:

KUMPULAN:

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM


UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH
KUALA KANGSAR

1
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 2
2.0 JURNAL PERTAMA 3–8
- REMAJA DARIPADA IBUBAPA BERCERAI DI MALAYSIA: SUATU
PENELITIAN EKSPRESI EMOSI

3.0 JURNAL KEDUA 9–12


- PENGARUH FAKTOR SITUASI KELUARGA TERHADAP PENGHARGAAN
KENDIRI PELAJAR BERMASALAH DI PANTAI TIMUR SABAH

4.0 KESIMPULAN 23

2
1.0 PENGENALAN

Tugasan ini adalah satu keperluan bagi kursus Skpk 6103 Prinsip Dan Praktis Kaunseling
Komuniti yang merupakan kursus teras bagi menyempurnakan Pengajian Ijazah Sarjana Muda
Kauseling . Terdapat DUA (2) jurnal yang berbeza yang diulas dalam tugasan ini yang berfokuskan
kepada isu-isu remaja yang bertajuk; Remaja daripada ibubapa bercerai di malaysia: suatu
penelitian ekspresi emosi, Pengaruh faktor situasi keluarga terhadap penghargaan kendiri pelajar
bermasalah di Pantai Timur Sabah, Faktor-faktor yang mempengaruhi remaja yang terlibat dalam
masalah sosial di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh Melaka, Hubungan personaliti dengan
tingkahlaku agresif dalam kalangan remaja bertingkahlaku berisiko tinggi di Malaysia, dan
Hubungan personaliti dengan tingkahlaku agresif dalam kalangan remaja bertingkahlaku berisiko
tinggi di Malaysia.

3
2.0 JURNAL PERTAMA

TAJUK JURNAL 1

REMAJA DARIPADA IBUBAPA BERCERAI DI MALAYSIA: SUATU PENELITIAN


EKSPRESI EMOSI

PENULIS : NORHAYATI ZULKEFLI & ZAIDAH MUSTAPHA


SUMBER JURNAL : ISSN 2180-2491 (2016)
Malaysian Journal of society and space 12 issue 9 (150-160)
BILANGAN MUKA SURAT :11 MUKA SURAT
KUMPULAN SASARAN : Remaja lelaki dan perempuan (Sekolah Menengah Sultan
Abdul Aziz Syah & Sekolah Menengah Jalan Reko)

2.1 PENGENALAN

2.2 BAHAGIAN A: ULASAN JURNAL

Terdapat dua tujuan utama kajian ini dijalankan, yang pertama pengkaji ini mengenalpasti jenis
emosi dan kedua cara pengurusan emosi remaja mengikut jantina dalam kalangan remaja yang
mengalami krisis keluarga bercerai. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif bagi mengumpul
data kaedah temubual secara langsung melibatkan penemubual dan pengkaji dengan informan yang
dikaji. Kaedah ini membolehkan pengkaji mengumpul data dan maklumat dengan mendalam
mengenai perbezaan emosi antara kedua jantina ini. Kajian ini menggunakan interpretivist
paradigm dan dihuraikan dengan menggunakan data deskriptif verbal. Penyelidikan ini
menggunakan rekabentuk fenomenalogi dan memberi tumpuan terhadap pemahaman sesuatu
fenomena dari perspektif informan kajian. .

Seramai 10 orang informan telah dipilih untuk ditemubual iaitu 5 lelaki dan 5 perempuan
yang merupakan remaja daripada Sekolah Sultan Abdul Aziz Syah dan Sekolah Menengah Jalan
Reko. Pemilihan respondan adalah dalam kalangan remaja berumur 13 tahun hingga 18 tahun masih

4
bersekolah dan dibawah tanggungan penjaga. Hanya seorang informan sahaja yang terlibat dalam
kajian ini bagi umur 13, 14, 15, 18 tahun, manakala tiga orang informan bagi umur 17 dan 16 tahun.
Selain daripada itu, tempoh penceraian mestilah selama 5 tahun dan keatas. Tempoh penceraian
bagi informan yang terlibat, seramai tiga orang informan mengalami kurang daripada 7 tahun,
empat orang bagi tempoh 7-9 tahun dan tiga orang yang melebihi 10 tahun. Dari sudut umur semasa
ibubapa bercerai, seramai tiga orang informan berumur bawah 5 tahun, lima orang berumur 6-9
tahun dan dua orang berumur 10 tahun ke atas. Selain daripada itu, pengkaji juga membahagikan
data deskriptif informan mengikut status penjaga. seramai 6 orang informan dijaga oleh ibu, 2 orang
dijaga oleh bapa dan ibu tiri, seorang informan dijaga oleh ibu dan bapa tiri, dan seorang informan
dijaga oleh ibu dan nenek. Dari aspek status perkahwinan ibubapa informan pula, kesemua bapa
informan telah berkahwin lain. Manakala seramai 7 orang ibu berstatus ibu tunggal dan 3 orang
telah berkahwin lain.

Jenis emosi yang dirasai oleh remaja akibat krisis penceraian dari sudut emosi positif dan
negatif. Pengkaji membahagikan emosi kepada dua iaitu emosi positif dan emosi negatif. Emosi
positif yang dirasai oleh informan akibat krisis penceraian ialah emosi gembira, sayang dan bangga.
Bagi emosi negatif pula ialah emosi benci, marah, malu, sedih dan tertekan. Hasil dapatan kajian
mendapati bahawa emosi ditumpukan kepada satu set emosi positif seperti kasih-sayang, cinta,
kegembiraan dan ketenangan. Set emosi negatif seperti marah, cemburu, takut, keluh kesah, sedih,
dengki dan benci. Tekanan emosi berpusat kepada emosi negatif. Kajian ini juga mendapati
bahawa, keseluruhan informan perempuan mengalami emosi sedih dan malu berbanding lelaki yang
lebih merasai emosi marah dan benci berbanding perempuan. Selain itu, kajian juga mendapati
bahawa informan lelaki kurang merasai emosi takut dan sedih berbanding informan perempuan.

Pengurusan emosi informan dari sudut perluahan dan pemendaman emosi. Pengkaji melihat
pengurusan emosi dari sudut perluahan dan pemendaman emosi dahulu dan sekarang beserta faktor
yang mempengaruhinya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, seramai 5 orang melakukan
pendaman perasaan semasa dahulu, seorang melakukan pendaman perasaan sekarang dan 4 orang
tidak melakukan pendaman perasaan samada dahulu atau sekarang. Antara faktor yang
mempengaruhi pendaman perasaan informan adalah seperti berikut iaitu, faktor masih kecil dan
tidak tahu cara untuk meluahkan, berpendapat bahawa penceraian memalukan dan tidak mahu
diketahui disamping tidak mahu ibu risau, sensitif dan cepat menangis, tiada sokongan daripada ibu,

5
malu rakan memandang rendah dan diejek, tiada kepercayaan terhadap orang lain dan orang lain
tidak memahami tentang perasaan. Dari sudut perluahan perasaan pula, seramai 3 orang melakukan
perluahan perasaan semasa dahulu, 8 orang melakukan perluahan perasaan waktu sekarang dan 2
orang tidak melakukan perluahan semasa sekarang. Faktor yang menyebabkan perluahan perasaan
ialah mendapat sokongan, nasihat, merasa lega, dorongan rakan untuk meminta bercerita,
keterbukaan, mendapat semangat dan kekuatan, dan menghilangkan tekanan. Kebanyakan informan
membuat perluahan kepada individu terdekat seperti rakan baik, ibu, dan kaunselor. Terdapat 2
orang informan tidak dapat menguruskan emosi pada awal penceraian kerana masih kecil iaitu 3
dan 5 tahun. Manakala informan lelaki yang dapat membuat perluahan perasaan pada awal
penceraian seramai 2 orang dan seorang informan perempuan. Kajian mendapati bahawa informan
lelaki yang tidak boleh meluahkan pada awal penceraian dan akhirnya dapat meluahkan pada masa
sekarang adalah seramai 2 orang dan seorang bagi informan perempuan. Seramai 2 orang informan
perempuan yang tidak dapat membuat perluahan perasaan pada awal penceraian dan mendatang.
Kajian ini juga mendapati bahawa informan lelaki mudah meluahkan emosi berbanding informan
perempuan.

Pengurusan emosi informan dari sudut bantuan dan sokongan. Hasil kajian menunjukkan
bahawa rata-rata informan menguruskan emosi dengan bantuan daripada rakan baik, ibu dan
kaunselor. Hal ini mendapati bahawa rakan merupakan individu terdekat informan untuk
mendapatkan sokongan dan bantuan bagi menghadapi krisis penceraian dalam keluarga. Bagi
informan lelaki, kesemua informan menjadikan rakan sebagai sistem bantuan dalam pengurusan
emosi. Manakala 2 orang informan menguruskan emosi dengan bantuan rakan baik dan kaunselor.
Bagi informan perempuan pula, 3 orang informan menguruskan emosi dengan bantuan rakan baik
dan hanya seorang sahaja menguruskan emosi dengan bantuan ibu dan rakan baik.

Secara kesimpulannya, krisis penceraian dalam keluarga menyebabkan informan perempuan


dalam kajian ini mempunyai perasaan malu berbanding lelaki disamping mempunyai emosi positif
iaitu sayang. Informan lelaki lebih menunjukkan emosi negatif benci dan marah dan emosi positif
gembira. Dari aspek peluahan pula, informan perempuan kurang mendedahkan perasaan berbanding
lelaki mungkin disebabkan oleh faktor budaya tidak menggalakkan dan tidak mendapat sokongan
daripada individu terdekat.

2.2 BAHAGIAN B: REFLEKSI DAN PENDAPAT PENGULAS

6
Berdasarkan jurnal yang dikarang oleh Norhayati Zulkefli & Zaidah Mustapha, terdapat beberapa
perkara yang boleh diulas. Perkara tersebut ialah isi penting artikel, kekuatan dan kelemahan artikel
dan cadangan untuk penambahbaikan artikel.

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti emosi remaja yang mengalami krisi
keluarga bercerai dan pengurusan emosi mengikut jantina. Hasil kajian mendapati bahawa
kebanyakan remaja yang mengalami krisis keluarga berdepan dengan emosi sedih dan malu bagi
remaja perempuan. Manakala, emosi marah dan benci bagi remaja lelaki. Kajian ini disokong oleh
kajian yang telah dilakukan oleh Hochchild (1981) yang mendapati bahawa lelaki lebih merasai
perasaan marah berbanding sedih tidak seperti perempuan. Dapatan kajian ini juga kajian yang
dilaksanakan oleh O’Kearney (2004), yang mengesan perbezaan dominan emosi negatif yang
dialami oleh lelaki dan perempuan dimana perempuan lebih merasa sedih, malu, takut dan merasa
bersalah manakala lelaki, lebih merasa marah. Bagi aspek pengurusan emosi mengikut jantina pula,
kajian mendapati bahawa majoriti mereka memendam emosi dan perasaan pada waktu dahulu dan
sebaliknya waktu sekarang mereka lebih terbuka untuk meluahkan perasaan dan emosi. Terdapat
beberapa faktor yang menyebabkan mereka memendam antaranya ialah mereka tidak mahu ibu
risau, masih kecil dan malu takut diejek. Sekarang mereka lebih terbuka untuk meluah emosi kerana
mereka merasa tenang, bersemangat dan mendapat kekuatan selepas bercerita. Berdasarkan hasil
dapatan mendapati bahawa, kebanyakan mereka bercerita perihal krisis keluarga kepada rakan
terdekat dan kaunselor. Kajian ini menyokong dapatan kajian yang dijalankan oleh Scheft dala
Zaidah Mustapha (2000) dalam masyarakat Melayu, emosi yang secara popular sering dikaitkan
sebagai sesuatu yang peribadi dan dianggap tidak sesuai diluahkan secara terbuka.

Terdapat kekuatan dalam kajian ini dimana kaedah kajian kajian adalah kualitatif. Kaedah
berbentuk ini lebih dekat dengan informan dimana mereka boleh menilai perasaan dan emosi yang
ditonjolkan oleh informan dengan lebih jelas.

Namun, terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti daripada jurnal ini. Selain daripada
mengenalpasti emosi remaja yang mengalami krisis keluarga bercerai dan pengurusan emosi
mengikut jantina, adalah lebih lengkap dan baik jika kajian ini mengkaji tentang kecerdasan emosi.
Selain daripada itu, kajian ini juga boleh mengambil peluang untuk mengkaji tahap daya tindak
remaja berdasarkan emosi yang ditonjolkan. Dari aspek pemilihan informan pula, kajian ini
dijalankan pada informan melayu. Oleh itu, kajian ini mungkin bias terhadap ekspresi emosi kaum

7
dan budaya lain memandangkan Malaysia merupakan negara berbilang kaum. Dengan ini, saya
mencadangkan bahawa kajian mengenai emosi remaja yang mengalami krisis keluarga dan
pengurusan emosi bagi setiap kaum perlu dijalankan supaya pemerhatian yang lebih jelas dapat
dilihat.

2.3 BAHAGIAN C: PENUTUP

Berdasarkan kajian yang dibuat, faktor budaya memainkan peranan penting bagi
menentukan aspek perluahan dan pendaman emosi remaja yang mengalami krisis penceraian.
Budaya Malaysia memandang isu penceraian adalah isu yang tidak patut terjadi kerana Malaysia
adalah sebuah Negara Islam sebagai agama rasmi. Selain daripada itu, kurang sokongan daripada
ahli keluarga terdekat juga mendorong mereka untuk tidak berkongsi tentang emosi mereka. Anak-
anak yang mempunyai hubungan yang baik dengan ibu atau bapa akan membuat penyesuaian yang
baik dalam kehidupan dan sebaliknya. Individu yang tidak dapat membuat penyesuaian yang baik
dalam kehidupan akan cenderung untuk terlibat dalam gejala sosial yang tidak sihat kerana tidak
berupaya untuk menguruskan emosi dengan efektif.

3.0 JURNAL KEDUA

TAJUK JURNAL 2

REMAJA DARIPADA IBUBAPA BERCERAI DI MALAYSIA: SUATU PENELITIAN


EKSPRESI KOGNITIF

PENULIS : NORHAYATI ZULKEFLI & ZAIDAH MUSTAPHA


SUMBER JURNAL : ISSN 2180-2491 (2016)
Malaysian Journal of society and space 12 issue 9 (150-160)
BILANGAN MUKA SURAT :11 MUKA SURAT
KUMPULAN SASARAN : Remaja lelaki dan perempuan (Sekolah Menengah Sultan
Abdul Aziz Syah & Sekolah Menengah Jalan Reko)

8
3.1 BAHAGIAN A: ULASAN JURNAL

7.0 RUMUSAN

Jurnal yang dipilih oleh pengulas adalah kajian yang berdasarkan beberapa aspek iaitu gaya
keibubapaan, personaliti agresif, dan faktor situasi keluarga dan emosi remaja kesan daripada
penceraian.
Antara jurnal yang dipilih untuk diulaskan ialah Remaja daripada ibubapa bercerai di
malaysia: suatu penelitian ekspresi emosi, Pengaruh faktor situasi keluarga terhadap penghargaan
kendiri pelajar bermasalah di Pantai Timur Sabah, Faktor-faktor yang mempengaruhi remaja yang
terlibat dalam masalah sosial di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh Melaka, Hubungan personaliti
dengan tingkahlaku agresif dalam kalangan remaja bertingkahlaku berisiko tinggi di Malaysia, dan
Hubungan personaliti dengan tingkahlaku agresif dalam kalangan remaja bertingkahlaku berisiko
tinggi di Malaysia.

9
10

You might also like