You are on page 1of 11

KAEDAH PENYELIDIKAN KOMUNIKASI

(AK20603)
SEMESTER II, SESI 2022/2023

DISEDIAKAN UNTUK :
DR. HARYATI

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA: MARIAM BINTI BUSMAN


NO.MATRIK: YA20210022
PENGENALAN

‘Kaedah penyelidikan merupakan segala langkah yang diambil untuk mencapai segala

objektif penyelidikan’(Ahmad Mahdzan Ayob 1995:44). Secara umumnya, kaedah utama

penyelidikan untuk mendapatkan data terbahagi kepada dua, iaitu dengan menggunakan

pendekatan kualitatif dan kuantitatif.

Penyelidik boleh memilih salah satu pendekatan ataupun menggabungkan kedua -

duanya. Hal ini dapat dihubungkan dengan teori-teori sosiologi, teori yang berbentuk makro

selalunya akan menggunakan pendekatan kuantitatif manakala yang berbentuk mikro

kebiasaannya digunakan oleh pendekatan kualitatif.

Terdapat perbezaan antara penyelidikan kualitatif dan kuantitatif. Pendekatan

kualitatif berasaskan kualiti. Hal ini kerana ia bersifat deskriptif yang lebih kepada

penghuraian makna terhadap perkara-perkara yang dikaji. Ia tidak mengutamakan data-data

berbentuk nombor. Ianya kurang berstruktur, terbuka dan lebih menumpukan kepada proses.

Skop kajiannya meliputi bilangan responden yang kecil.

Bagi pendekatan kuantitatif pula mengutamakan kuantiti. Penyelidikan kuantitatif

melibatkan angka-angka, data-data numerikal atau statistik. Statistik melibatkan pengiraan-

pengiraan seperti min, median, mod, peratusan, sisihan piawai, skor-Z, skor-T, varian, dan

lain-lain.

Pendekatan kuantitatif dikatakan lebih berstruktur, makna yang jelas, bercorak linear,

mempunyai penjadualan yang jelas, dan menumpukan kepada hasil kajian. Dari segi skop

kajian ia boleh melibatkan bilangan responden yang besar.


Pendekatan kualitatif ialah prosedur penyelidikan yang menghasilkan data gambaran

yang boleh diamati (Lexy, 2007), tradisi tertentu dalam ilmu pengetahuan sosial yang secara

fundamental bergantung kepada pengamatan manusia dalam kawasannya sendiri dan berkait

dengan orang-orang tersebut dalam bahasa dan peristilahannya (Kirk & Miller, 1986).

Pendekatan kualitatif dalam penyelidikan ini juga adalah kajian kes, iaitu suatu

penyelidikan yang dilakukan terhadap suatu kesatuan sistem, sama ada yang berbentuk

program mahupun kejadian yang terikat oleh tempat, waktu atau ikatan tertentu. Kajian kes

dilaksanakan untuk menghimpun data, memperoleh makna, dan memperoleh pemahaman

daripada suatu kes. Proses pengumpulan data berdasarkan Cresswell (1998) iaitu

mengenalpasti tapak atau individu, mendapatkan akses dan membina rekod, persampelan

bertujuan, mengumpul data, merekod maklumat, menyelesaikan isu-isu lapangan dan

menyimpan data.

Pendekatan kuantitatif ialah penyelidikan yang menekankan kepada fenomena

objektif dan dikawal melalui pengumpulan dan analisis data (Nana, 2005; Chua, 2006;

Fraenkel, 2007). Suatu penyelidikan yang melibatkan pengukuran pemboleh ubah kajian

dengan menggunakan alatan saintifik dan eksperimen. Penggunaan ujian statistik terhadap

sesuatu kajian adalah sebagai usaha untuk menerangkan, menjelaskan atau mencari

perhubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam suatu penyelidikan.

Sebagai contoh kajian ini, untuk memberikan penerangan dan penjelasan tentang

persepsi guru terhadap pelaksanaan polisi pemerkasaan guru, kepuasan kerja dan komitmen

organisasi digunakan kekerapan, peratus dan min daripada skor yang diperoleh melalui soal

selidik yang diserahkan kepada sampel kajian.


Manakala untuk menjelaskan pengaruh pemerkasaan guru terhadap kepuasan kerja

dan komitmen organisasi digunakan ujian statistik analisis linear berganda. Ujian ini untuk

memperoleh keputusan tentang pengaruh pemerkasaan guru dalam enam dimensi secara

bersama-sama dan pengaruh masing-masing dimensi pemerkasaan guru terhadap kepuasan

kerja dan komitmen organisasi. Kajian ini adalah penyelidikan inferensi dan skor data yang

diperoleh telah ditransformasi daripada skala ordinal (skala Likert) kepada skala selang,

sehingga analisis regresi linear berganda ialah alat ujian yang sesuai.

Namun untuk menguji kesesuaian alat yang digunakan, terlebih dahulu dilakukan

ujian andaian klasik yang terdiri daripada lima hal, iaitu normaliti,multikolineariti,

autokorelasi, heteroskedastisiti, dan lineariti. Sedangkan untuk menguji hubungan antara

kepuasan kerja dengan komitmen organisasi yang datanya berupa skala selang, maka dengan

itu ia menggunakan ujian korelasi Pearson.

Kaedah yang digunakan dalam penyelidikan kualitatif adalah soal selidik,

pemerhatian dan temu bual. Soal selidik dapat menyokong dapatan kajian melalui pengagihan

borang soal selidik (questionnaire designing) yang merupakan kaedah kuantitatif. Pendekatan

kuantitatif merupakan kajian yang dapat menghasilkan dapatan kajian yang ‘valid’ dan

‘reliable’. Hal ini kerana, penggunaan kaedah kuantitatif ini dapat membuktikan kesahihan

yang kukuh dengan menggunakan angka iaitu hasil daripada analisis. Dalam pembentukan

borang soal selidik, teknik ‘open ended’, ‘close-ended’ dan ‘cotigency question’ akan

digunakan. Soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama

bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan profil responden.

Manakala bahagian kedua, mengandungi soalan berskala likert bertujuan untuk

mengetahui tahap kepentingan dan persepsi setiap elemen yang ada. Soal selidik juga

membenarkan pengkaji untuk mendapat lebih informasi tentang sesuatu dalam masa yang
singkat. Selain itu, hasil penyelidikan juga dapat digunakan semula atau diulangi di kawasan-

kawasan lain yang mempunyai ciri-ciri persekitaran yang sama dalam menyelesaikan sesuatu

permasalahan atau untuk mencadangkan sesuatu perubahan.

Kaedah pemerhatian terbahagi kepada dua iaitu pemerhatian secara terus (Direct

observation) dan Pemerhatian melalui penglibatan (Participant-observation). Kaedah

pemerhatian secara terus ini melibatkan pemerhatian secara lansung seperti pengiraan jumlah

pelajar yang di sebuah sekolah. Teknik ini biasanya tidak melibatkan komunikasi dengan

manusia. Kaedah pemerhatian melalui penglibatan pula berasal dari bidang antropologi

(kajian tentang kehidupan masyarakat). Penyelidik biasanya melibatkan diri dengan

masyarakat yang hendak dikajinya untuk memahami dengan jelas sesuatu isu yang berkaitan

dengan masyarakat tersebut.

Selain itu, maklumat juga dapat diperolehi dengan menggunakan kaedah temubual

secara terus dengan pihak yang telah dipilih. Berdasarkan kaedah temu bual, kita dapat

memperolehi maklumat berkaitan latar belakang, ciri-ciri serta maklumat-maklumat lain yang

diperlukan. Kaedah ini dijalankan bagi individu yang tidak mempunyai masa atau kurang

faham untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam borang soal selidik. Temu

bual bersemuka berkemungkinan adalah kaedah pengumpulan data yang lebih mahal kerana

ia mengambil masa yang lama, serta dapat meluangkan masa untuk beramah mesra dengan

responden. Temubual berstruktur adalah kaedah yang terbaik bagi soalan terbuka dan

mendapatkan maklumat responden secara terperinci.

Kaedah yang digunakan dalam penyelidikan kuantitatif penyelidikan tinjauan,

persampelan, & eksperimen. Penyelidikan tinjauan adalah untuk mengumpul maklumat

dengan bertanya satu set soalan kepada satu sampel individu yang dipilih dari satu populasi

yang hendak dikaji. Persoalan dalam kajian tinjauan sering mengenai kepercayaan,
kegemaran, kesihatan, dan lain lain tingkah laku individu yang hendak diperhatikan. Topik

yang diutarakan mungkin memerlukan pendapat atau sesuatu yang sensitif.

Ia juga sesuai digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai pandangan,

personaliti, tingkah laku atau sikap orang awam secara meluas dari satu kelompok yang

besar. Ia melibatkan pengumpulan maklumat dari responden yang ramai. Kaedah tinjauan

menggunakan soal selidik secara langsung atau pos, bantuan elektronik, temubual langsung,

temubual melalui telefon dan lain lain untuk mengumpul data. Ia digunakan untuk

mendapatkan satu penjelasan yang tepat terhadap ciri yang terdapat pada individu dalam

kumpulan.

Oleh yang demikian, strategi penyelidikan tinjauan adalah lebih sesuai apabila kajian

bertujuan sebanyak maklumat yang diperolehi mengenai satu populasi, satu sampel atau

tinjauan yang melibatkan sekumpulan elemen yang kecil. Sampel ini mestilah mempunyai

ciri ciri atau sifat sifat populasi berkenaan. Ini penting supaya maklumat yang dihasilkan

melalui satu sampel yang kecil boleh memberi kenyataan dan gambaran umum tentang

populasi yang dikaji.

Persampelan adalah kumpulan kecil daripada populasi yang menjadi sasaran

penyelidik untuk melakukan penyelidikan (Abdul Razak, 2007). Ahmad Adam dan Saidatul

(2001) pula menyatakan bahawa sekumpulan individu daripada populasi yang dipilih untuk

dilibatkan dalam suatu kajian. Ianya merupakan kumpulan individu yang mempunyai

perkaitan dengan kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji.

Persampelan merupakan pengambilan sebahagian pecahan dari suatu populasi atau

juzuk penuh sebagai mewakili populasi atau juzuk itu (Kerlinger,1973). Sampel dalam

kaedah persampelan merupakan satu subset populasi dan sampel berupaya mewakili
keseluruhan populasi. Sampel atau responden-responden yang terpilih dalam soal selidik

haruslah mengikut beberapa kriteria dan juga berkaitan dengan isu sama ada secara langsung

atau tidak langsung.

Terdapat beberapa kaedah persampelan, antaranya adalah persampelan

berkebarangkalian dan persampelan tidak berkebarangkalian. Persampelan kebarangkalian

pula dibahagikan kepada sampel rawak mudah, sampel sistematik, sampel berserta dan

sampel berkelompok. Persampelan tidak berkebarangkalian terdiri daripada sampel kuota,

sampel “bola salji” dan sampel pertimbangan. Persampelan berkelompok digunakan apabila

sesuatu populasi boleh dibahagikan kepada unit-unit dengan setiap unit mempunyai ciri-ciri

populasi. Selepas beberapa unit telah dipilih secara rawak, unsur-unsur dalam unit ini akan

dipilih secara rawak untuk membentuk sampel berkelompok.

Dalam eksperimen saintifik, subjek yang akan dikaji secara rawak ditetapkan sebagai

satu uji kaji. Kelompok uji kaji itu menerima rawatan dan keputusan yang diperolehi

dibandingkan dengan kumpulan kawalan yang tidak mendapat rawatan. Secara realitinya, ia

mungkin tidak menjalankan penyelidikan uji kaji yang sebenar kerana kesukaran untuk

mencari kumpulan kawalan yang mudah dipadankan dengan syarat-syarat kunci

pembolehubah seperti umur, jantina, pendapatan, gred kerja, dan lain-lain. Sebaliknya, reka

bentuk separa-eksperimen yang digunakan oleh para penyelidik. Contohnya, terpaksa

mengesan kewujudan kumpulan-kumpulan daripada mengesan lukisan pada sampel-sampel

yang rawak.

Ralat persampelan merujuk kepada perbezaan antara anggaran sampel dengan

populasi kajian (Ranjit Kumar, 2005). Bagi pendapat Chua (2006) pula menyatakan bahawa

ralat persampelan adalah ralat yang berlaku apabila sampel digunakan untuk mmbuat inferens

terhadap populasi kajian. Perbezaan yang sering wujud dalam ralat persampelan adalah
perbezaan atau variasi antara min sampel kajian dengan min populasi kajian yang bertaburan

secara normal. Semakin besar nilai sisihan piawai sampel maka semakin besar ralat

persampelan yang wujud.

Terdapat banyak perbezaan antara pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Dari sudut

kaedah penyelidikan atau pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah postivis,

eksperimental, data numerika dan ujian statistik. Manakala penyelidikan kualitatif pula

menggunakan kaedah interpretif, penghuraian, kajian lapangan, kajian sejarah, kajian kes,

data verbal dan triangulasi data.

Selain itu, dari segi konsep utama pula ialah penyelidikan kuantitatif mengamalkan

konsep variable, konsep hipotisis kepercayaan, operasional, kesahan dan signifikan.

Sebaliknya kaedah kualitatif pula mengamalkan konsep makna, esei, pemahaman,

pembentukan fenomena, konteks dan triangulasi.

Seterusnya ialah perbezaan dari sudut bidang yang dikaji oleh penyelidik. Kaedah

kuantitatif lebih menjurus kearah bidang sains asas, perindustrian, psikologi, sains politik,

kejuruteraan, ekonomi dan pendidikan.

Manakala kaedah kualitatif pula cenderung kearah bidang antropologi,

kemasyarakatan, linguistik, sosiologi dan sejarah. Dalam menentukan tujuan pula, kaedah

kuantitatif melihat kepada tujuan untuk menguji teori, membina fakta, menunjukkan

perbezaan, menunjukkan hubungan, meramal tingkah laku dan menerangkan kejadian secara

statistik. Berbeza pula dengan kaedah kualitatif iaitu membina tujuan untuk melengkapkan

teori, meningkatkan kefahaman, menghuraikan kenyataan, menyatakan kejadian semulajadi

dan menerangkan kejadian secara verbal.


Melihat pula perbezaan dari sudut reka bentuk kajian, kaedah kuantitatif berbentuk

eksperimental, kuasi eksperimental, temubual berstruktur, pemerhatian berstruktur dan

tinjauan. Kaedah kualitatif pula berbentuk pemerhatian, pemerhatian peserta, temubual tidak

berstruktur, rujukan maklumat dokumentasi dan kajian kes. Dari sudut sampel pula, kaedah

kuantitatif mengambil sampel bersaiz besar, kaedah persampelan kebarangkalian, pemilihan

sampel secara rawak, kumpulan sampel kawalan dan sampel berlapis.

Manakala kaedah kualitatif pula, sampel yang diambil berskala kecil, persampelan

bukan kebarangkalian dan pemilihan sampel dengan mempunyai tujuan berdasarkan

penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik. Keupayaan keputusan yang digeneralisasikan

adalah tinggi dengan menggunakan kaedah kuantitatif berbanding kaedah kualitatif.

Melihat perbezaan dari segi data pula, kaedah kuantitatif mengumpul data secara

kuantiti, bilangan, pengukuran dan statistik. Manakala kaedah kualitatif pula menjurus

kearah penghuraian deskriptif, nota pandangan, catatan verbal, rakaman pemerhatian atau

temubual dan maklumat dari bahan dokumentasi.

Dari sudut analisis data pula, kaedah kuantitatif menganalisis data secara deduktif dan

statistik. Manakala kaedah kualitatif pula menganalisis secara tertutup, dalam jangka masa

yang panjang dan secara mendalam. Seterusnya perbezaan dari segi format instrumen untuk

membentuk data pula, kaedah kuantitatif adalah lebih formal, spesifik, struktur, telah

ditetapkan dan menggunakan skala manakala kaedah kualitatif adalah sebaliknya.

Kesimpulannya, penyelidikan amatlah penting dalam membantu penyelidik untuk

mengetahui, mengetahui dirinya, alam sekeliling, masyarakat, negara dan segala-galanya

yang terfikir oleh para penyelidik. Keinginan mengetahui sesuatu perkara ini telah mendesak
manusia untuk melakukan penyelidikan yang kemudiannya membantu memperluaskan ilmu

pengetahuan sedia ada.

Tambahan pula, kaedah penyelidikan ini merupakan kaedah pengkajian menerusi

penyiasatan yang tuntas dan teliti terhadap semua bukti yang diperoleh berkaitan dengan

masalah yang dinyatakan sehinggalah kita sampai kepada penyelesaian masalah tersebut.

Sebelum sesuatu penyelesaian masalah itu diperolehi, pelbagai perkara yang diambil kira

dalam penyelidikan ilmiah ini iaitu antaranya teori, masalah, rangka kerja, hipotesis, data,

alat bantu dan kebebasan. Mengambil kira atas semua faktor-faktor ini akan membawa

kepada keberkesanan penyelidikan dengan penemuan penyelesaian masalah berkaitan

dengan fenomena yang diselidiki. Rentetan daripada itu, bagi memudahkan penyelidikan ini

dilakukan, wujudnya pelbagai kaedah seperti kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif.
RUJUKAN

Ahmad Mahdzan Ayob, Kaedah Penyelidikan Sosial Ekonomi, Dewan Bahasa Dan Pustaka,

Kuala Lumpur 1995.

Lexy J. Moleong, (2007) Metodologi Penelitian Kualitatif, PT Remaja Rosdakarya.

Kirk & Miller, (1986). Reliability and Validity in Qualitative Research, SAGE Publications.

Abdul Razak Habib, (2007). Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan. Unitem Sdn.Bhd.,

Kuala Lumpur.

Ahmad Adam & Saidatul Nornis Haji Mahali, (2001). Penyelidikan Dan Penulisan Ilmiah.

Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu.

Chua Yan Piaw, (2006). Kaedah Dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan, Buku 1,

McGraw Hill, Kuala Lumpur.

Chua Yan Piaw, (2006). Kaedah Dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik Penyelidikan,

Buku 2, McGraw Hill, Kuala Lumpur.

Ranjit Kumar, (2005). Research Methodology: A Step-By-Step Guide For Beginners (2nd

Edition). London, Sage Publications Ltd.

Creswell J. W., (1998). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five

traditions. Sage Publications.

Kerlinger, F. N., (1973). Review of research in education. F. E. Peacock. Unique Identifier.

1973-32027-000.

You might also like