You are on page 1of 10

Penulis Jemputan

Sekolah Berkesan dan Program Pembaikan Sekolah di Malaysia


Ghazali Othman

Pada 2 September 2001, dalam sebuah laporan di bawah tajuk utama "FACE THE
FACTS, PM: Find out why standard of national schools has dropped", akhbar The Star
telah memetik ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr.
Mahathir Mohamad ketika beliau merasmikan Kongres Pendidikan Melayu 2001:

"Educationists have to identify the reasons for the decline in the standard of
national schools and act to overcome the shortcomings … They, should be
willing to accept the real reasons even if the truth exposed past mistakes."

Menurut Perdana Menteri, trend kemasukan murid ke sekolah rendah menunjukkan ibu
bapa murid Melayu dan bukan Melayu mula memilih Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan
Cina (SRJK (C)) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJK (C) bagi anak-
anak mereka. Perkara ini berlaku dipercayai berpunca daripada keyakinan ibu bapa
terhadap keberkesanan SRJK (C) dan SMJK (C).

Sebagai penyelidik kita tertanya-tanya apakah ciri-ciri serta proses dalaman sesebuah
sekolah yang dianggap berkesan oleh ibu bapa dan masyarakat. Artikel ini cuba
menghurai usaha penyelidik seperti Edmonds yang akhir-akhir ini tidak lagi berminat
membuat huraian tentang ciri-ciri sekolah berkesan dan sekolah tidak berkesan tetapi
ingin "mencipta" sekolah berkesan, terutamanya di kawasan penduduk miskin. Hasil
penyelidikan tentang ciri-ciri sekolah berkesan akan dihurai dan langkah-langkah dalam
program pembaikan sekolah (school improvement) diperincikan untuk manfaat pengamal
pendidikan di institusi-institusi pendidikan di Malaysia.

Soalan penyelidikan yang kerap dikemukakan ialah adakah terdapat perbezaan ketara
pada ciri-ciri tertentu bagi kedua-dua jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) dan
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dengan SRJK (Cina) dan SMJK (Cina)? Pada
tahun 1980-an khususnya, ramai penyelidik-penyelidik sekolah berkesan telah
menjalankan penyelidikan di seluruh dunia. Salah seorang penyelidik yang terkenal ialah
Peter Mortimore yang telah membuat rumusan terhadap hasil beratus-ratus buah
penyelidikan tentang sekolah berkesan. Mortimore (1995) telah mengutarakan rumusan
tersebut dalam kertas kerjanya "Key Characteristics of Effective Schools" yang telah
dibentangkan di Institut Aminudin Baki.

Dalam usaha kita mengkaji persamaan dan perbezaan di antara dua jenis sekolah rendah,
iaitu SK dan SRJK (Cina), kita harus menggunakan kriteria atau kayu pengukur yang sah
dan boleh dipercayai. Dalam konteks ini, model sekolah berkesan Mortimore yang
mempunyai 11 ciri utama dapat digunakan untuk membandingkan kedua-dua jenis
sekolah tersebut.
Mortimore telah membuat tinjauan ke atas beratus-ratus buah kajian dan dapatan
penyelidikan tentang keberkesanan sekolah di seluruh dunia. Rumusan hasil penyelidikan
ini elok sekali disebarluaskan kepada pihak-pihak yang berkepentingan supaya hasil
berkenaan dapat dimanfaatkan dalam penggubalan dasar dalam pendidikan serta menjadi
amalan warga sekolah di Malaysia. Hasil-hasil penyelidikan sekolah berkesan
mempunyai implikasi secara langsung terhadap usaha pembaikan sekolah (school
improvement). Sebelas ciri sekolah berkesan yang dirumus oleh Mortimore ialah:

(a) Kepemimpinan profesional


Ciri ini menekankan kepemimpinan sekolah yang tegas dan bertujuan. Sekolah-sekolah
harus mempunyai pentadbir proaktif yang
menekankan permuafakatan dan persamaan tujuan yang mengusaha dan mengekalkan
proses memajukan sekolah. Seterusnya, ialah sama ada sekolah mengamalkan
pendekatan musyawarah, berkongsi tanggungjawab serta melibatkan guru dalam
membuat keputusan dan menekankan kepemimpinan ketua jabatan atau panitia. Ciri ini
juga menekankan sama ada pengetua sekolah sebenarnya seorang profesional dan
berilmu yang dapat menawarkan kepemimpinan kurikulum, merancang strategi
kurikulum, memantau kemajuan pelajar, serta sedar dan tahu apa yang berlaku di dalam
bilik darjah dan dapat membantu membaiki amalan dan kualiti pengajaran dan
pembelajaran.

(b) Perkongsian wawasan dan tujuan


Ciri ini bermaksud warga anggota sekolah mempunyai persamaan nilai dan tujuan
sekolah serta dapat berfungsi sebagai sebuah organisasi yang mantap. Ciri ini juga
merujuk pada pentadbiran sekolah yang mengamal tindakan pengurusan secara konsisten,
iaitu berdasarkan piawai disiplin yang ditentukan oleh sekolah, atau guru menjadi model
contoh. Ciri ini juga bermaksud tentang kewujudan kesetiakawanan dan kerjasama antara
warga sekolah serta penglibatan guru dalam proses membuat keputusan.

(c) Persekitaran pembelajaran


Ciri ini bermaksud iklim sekolah ditentukan oleh wawasan, nilai dan tujuan. Iklim
sekolah yang baik sebenarnya dipengaruhi oleh suasana pembelajaran dan keadaan
sekolah yang tertib dan teratur dengan persekitaran kerja yang menarik, tenang dan
harmonis dalam suasana berorientasikan tugas, di samping wujudnya disiplin kendiri
dalam kalangan pelajar yang merupakan prasyarat bagi pembelajaran berkesan.

(d) Tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran


Ciri ini menampakkan tujuan utama sekolah, iaitu pengajaran dan pembelajaran kerana
keberkesanan sekolah bergantung kepada keberkesanan pengajaran di dalam bilik darjah.
Kajian menunjukkan ada perkaitan yang rapat di antara tumpuan kepada pengajaran dan
pembelajaran sekolah dengan keberkesanan guru. Kajian juga menekankan sekolah patut
memfokus pada kuantiti dan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Rumusan pelbagai
kajian oleh Mortimore menunjukkan bahawa sekolah harus memaksimumkan
masa belajar, meningkatkan penggunaan masa belajar, mengagih masa untuk mata-mata
pelajaran prioriti secara seimbang. Sebahagian besar masa guru ditumpukan pada
pembelajaran murid dan guru sangat prihatin dengan pelajaran dan pembelajaran kognitif
murid. Sekolah mengamalkan ketepatan masa belajar dan mengurangkan gangguan dari
luar bilik darjah. Sekolah juga begitu menitikberatkan aspek-aspek ilmiah, mempunyai
guru yang berpengetahuan mendalam dalam kurikulum, dan bertumpukan penguasaan
kemahiran-kemahiran asas.

e) Pengajaran yang bertujuan


Mortimore mendapati kualiti pengajaran sebagai inti pati sekolah berkesan, di samping
memiliki guru yang berkualiti. Ciri pengajaran bertujuan pula bermakna perlu
mempunyai organisasi yang efisien, tujuan yang jelas, pengajaran yang berstruktur, dan
amalan yang fleksibel.

f) Jangkaan kejayaan yang tinggi


Ciri ini bermaksud sekolah mempunyai jangkaan kejayaan yang tinggi dalam semua
bidang terhadap murid-murid mereka kerana rumusan kajian Mortimore menunjukkan
ada kaitan yang rapat di antara jangkaan kejayaan yang tinggi dan keberkesanan pelajar.
Guru didapati sangat aktif dalam membantu pelajar dan yakin dengan pencapaian murid-
murid. Guru juga sentiasa menzahirkan jangkaan mereka serta berkeyakinan terhadap
pelajar yang merangsang mereka untuk berjaya. Rangsangan ini diberi melalui kata-kata
pujian yang tekal.

(g) Pengukuhan yang positif


Mortimore mendapati pengukuhan positif dalam bentuk hadiah dan insentif menjadi
faktor penting bagi meningkatkan motivasi pelajar. Pentadbiran disiplin perlu bersih dan
adil. Disiplin yang baik berpunca daripada iklim sekolah yang teratur, yakni yang
berasaskan rasa kepunyaan dan keterlibatan. Disiplin yang berkesan dapat mengekalkan
suasana damai di sekolah. Di samping itu, guru juga harus mendapat maklum balas
segera tentang setiap tindakan yang dijalankan, sementara kepada pelajar pula ganjaran
atau hukuman perlu disegerakan selepas setiap kebaikan atau kesalahan dilakukan.

(h) Memantau kemajuan


Berdasarkan maklumat kajian yang dikumpul oleh Mortimore, sekolah berkesan sentiasa
melakukan pemantauan terhadap kemajuan dan prestasi pelajar secara teratur. Guru dapat
menentukan sejauh mana tujuan sekolah telah dicapai. Sekolah perlu memberi tumpuan
kepada pelajar, ibu bapa dan tujuan persekolahan. Sekolah juga hendaklah sentiasa
berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam aspek-aspek
penilaian dan kaedah mengajar yang terkini. Di samping itu, sekolah perlu menegaskan
kepada pelajar dan guru supaya mengambil berat tentang kemajuan pelajaran.

(i) Hak dan tanggungjawab pelajar


Rumusan kajian Mortimore turut mendapati sekolah berkesan menekankan usaha
meningkatkan harga diri pelajar. Pelajar sepatutnya mengambil bahagian secara aktif
dalam pelbagai kegiatan di sekolah. Sehubungan itu, sekolah harus merancang dan
meletakkan tanggungjawab yang sesuai kepada mereka.

(j) Hubungan rumah-sekolah


Mortimore seterusnya menekankan tentang pentingnya hubungan rumah-sekolah bagi
meningkatkan keberkesanan sekolah. Kajian-kajian menunjukkan pentingnya penglibatan
ibu bapa dalam membantu anak-anak untuk menyelesaikan kerja-kerja sekolah.
Hubungan ini seterusnya dieratkan melalui lawatan ibu bapa ke sekolah untuk berbincang
tentang kemajuan anak-anak dengan guru di dalam bilik khas yang disediakan, sementara
pengetua pula mengukuhkan lagi hubungan ini melalui dasar-dasar yang terbuka.

(k) Organisasi Pembelajaran


Rumusan kajian Mortimore seterusnya menunjukkan sekolah-sekolah berkesan
mempunyai organisasi pembelajaran yang menggalakkan guru dan staf am terus
meningkatkan ilmu profesional. Ke arah sekolah berkesan, pengurusan sekolah harus
mengadakan program perkembangan staf pada peringkat sekolah untuk membantu guru
dan staf meningkatkan mutu pengajaran di dalam bilik darjah.

Sebahagian besar rangka rujukan dengan sebelas ciri sekolah berkesan yang
dikemukakan oleh Mortimore didapati sesuai dan relevan dengan struktur dan organisasi
sekolah-sekolah formal di Malaysia. Walau bagaimanapun, Teddlie dan Reynolds (2000)
dalam buku mereka, "The International Handbook of School Effectiveness Research"
telah memberi peringatan
kepada penyelidik bahawa terdapat faktor-faktor penting lain yang perlu diambil kira
dalam menafsir keberkesanan sekolah. Antaranya ialah faktor "konteks" yang harus
diberi perhatian supaya penafsiran kita tentang keberkesanan sekolah dapat dibuat secara
holistik dan adil.

Sepuluh daripada sebelas ciri sekolah berkesan yang dikemukakan oleh Mortimore ialah
ciri dalaman sekolah (in-school factors) yang lebih bertumpukan proses daripada konteks.
Cuma ciri penyelidikan hubungan sekolah-rumah merupakan ciri luaran sekolah. Jadi,
penyelidikan keberkesanan sekolah menunjukkan lebih banyak varian keberkesanan
dijelaskan oleh faktor dalaman sekolah. Justeru, bagi tujuan pembaikan sekolah kita
harus menumpukan tindakan yang lebih ke atas faktor-faktor dalaman berbanding dengan
faktor konteks.

Walau bagaimanapun, Ramaiah (1995) berpendapat dalam konteks Malaysia beberapa


kriteria pengukuran keberkesanan sekolah harus dterapkan secara berhati-hati kerana ada
ciri-ciri tertentu seperti faktor "tusyen persendirian" dan konteks "bandar" atau "luar
bandar" yang sangat mempengaruhi kriteria keberkesanan, terutamanya jika prestasi
peperiksaan awam dijadikan ukuran mutlak. Kita juga diingatkan oleh Mortimore (1991)
yang memberi definisi sekolah berkesan sebagai "tempat pelajar menunjukkan kemajuan
lebih besar daripada yang biasanya diharapkan pada tahap kemasukan awalnya ke
sekolah". Justeru, perbezaan prestasi antara sekolah akibat defisit awal ketika kanak-
kanak memasuki sekolah harus juga diambil kira.

Namun, sebelas ciri sekolah berkesan rumusan Mortimore yang berasaskan ratusan kajian
keberkesanan sekolah dapat diguna sebagai rangka rujukan untuk kita bandingkan kedua-
dua jenis sekolah dalam dua tahap persekolahan, iaitu SK / SMK dengan SRJK (C) /
SMJK (C). Hasil perbandingan dapat menunjukkan persamaan dan perbezaan ciri utama
untuk digunakan sebagai panduan dalam program memajukan sekolah di Malaysia.
Rujukan

Mortimore, P. (1995). "Key Characteristics of Effective Schools". Kertas kerja Seminar


Sekolah Efektif, Institut Aminudin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ramaiah, A.L. (1995). "Penyelidikan Keberkesanan Sekolah: Masalah Konsepsi dan
Metodologi". Kertas kerja Seminar Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.
Teddlie, C. and Reynolds, D. (2000). The International Handbook of School
Effectiveness Research. London: Palmer Press.

SEKOLAH BERKESAN
SEKOLAH BERKUALITI MELALUI KEPIMPINAN INSTRUKTIONAL
Oleh: Hj. Azizan Khamis Pengetua SMK Sultan Ahmad Tajuddin Bandar Baharu
Kedah.

1. Pendahuluan
Sekolah Berkualiti atau sebelumnya dikenali sebagai Sekolah Berkesan, ialah sekolah
yang mencapai kejayaan yang melebihi sasaran dalam semua aspek terutamanya bidang
akademik. Ianya telah mula menjadi topik perbincangan yang hangat sejak akhir-akhir
ini. Sekolah Berkesan telah diperbincangkan dengan panjang lebar sejak tahun 1970an
di Amerika Syarikat selepas terbitnya Laporan Coleman 1966. Di Malaysia,
perbincangan mengenai topik ini dibuat di satu seminar iaitu Seminar Sekolah
Berkesan di Institut Aminuddin Baki pada tahun 1995. Walau bagaimanapun Sekolah
Berkualiti menjadi topik perbincangan semasa kerana ianya melibatkan unsur kepuasan
pelanggan. Sekolah Berkualiti wujud disebabkan kepimpinannya yang berkualiti iaitu
kepimpinan Instruksional.

2. Ciri-ciri sekolah berkualiti

Lazimnya sekolah-sekolah yang mencapai kejayaan yang melebihi sasaran adalah


memiliki satu set budaya pengurusan dan amalan kepimpinan yang unggul. Peter
Mortimore (1995) menggariskan bahawa sebuah sekolah yang berkualiti adalah
ditentukan oleh faktor-faktor berikut:

Pemimpin sekolah bertindak secara profesional. • Mempunyai wawasan dan matlamat


yang dikongsi bersama. • Wujud suasana dan persekitaran yang menyokong pengajaran
dan pembelajaran. • Sekolah memberi tumpuan yang lebih terhadap pengajaran dan
pembelajaran. • Guru-guru mengamalkan pengajaran yang bermatlamat. • Sekolah
mempunyai harapan yang tinggi terhadap murid. • Mengamalkan sistem pengukuhan
yang positif. • Mengamalkan pemantauan yang sistematik. • Memberi hak dan
tanggungjawab yang setimpal di kalangan murid. • Wujud perkongsian rumah-sekolah
yang mantap. • Sekolah wujud sebagai sebuah organisasi pembelajaran yang mantap.
Bagi mengetahui sama ada faktor-faktor ini wujud atau tidak di sekolah-sekolah di
Malaysia, Institut Aminuddin Baki telah menjalankan tinjauan ke atas 24 buah sekolah
menengah dan rendah yang telah memenangi Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran dan
Anugerah Sekolah Harapan Negara di peringkat kebangsaan dan negeri. Kajian ini
mendapati, keseluruhan sekolah-sekolah tersebut mengamalkan secara konsisten
faktor-faktor yang telah dikemukakan oleh Mortimore (1996). Kajian ini
mencadangkan bahawa jika sesebuah sekolah berhasrat untuk mencapai matlamat
sebagai sekolah berkualiti pihak yang terlibat dalam pengurusan sekolah hendaklah
mengamalkan sebelas faktor tersebut. Bukti yang telah ditemui dalam penyelidikan ini
menunjukkan bahawa sebelas faktor ini bukanlah perkara mustahil dan sememangnya
boleh diamalkan oleh mana-mana sekolah pun. Sekiranya ada kemahuan yang
bersungguh-sungguh. Status sekolah berkualiti adalah tidak mustahil untuk dicapai.
Walau bagaimanapun, tumpuan perbincangan kertas ini hanya diberikan kepada dua
ciri sekolah berkualiti. Ciri-ciri tersebut ialah seperti yang akan diterangkan di bawah
ini. 2.1 Kepimpinan profesional

Kepimpinan bukan hanya semata-mata kualiti individu pemimpin berkenaan, tetapi


juga peranan yang dimainkan oleh pemimpin tersebut yang meliputi gaya
pengurusannya, hubungannya dengan wawasan, nilai dan matlamat sekolah serta
pendekatannya dalam proses membuat perubahan. Kajian-kajian mendapati bahawa
tiga ciri pemimpin yang sering dihubungkaitkan dengan kepimpinan yang berjaya ialah
ketekalan matlamat (strength of purpose), penglibatan staf dalam membuat keputusan
dan mempunyai kewibawaan dalam pengajaran dan pembelajaran (Mortimore 1995).

Davis dan Thomas (1989) merumuskan bahawa pengetua yang berkesan mempunyai
wawasan yang jelas tentang apa yang hendak dicapai dan tindakan yang perlu diambil
berhubung dengan pencapaian akademik murid. David dan Thomas juga menegaskan
bahawa seorang pengetua yang berkesan juga berupaya menggembeleng warga sekolah
ke arah pencapaian sesuatu wawasan yang ditetapkan. Dari segi kewibawaan dalam
bidang pengajaran dan pembelajaran, pengetua di sekolah-sekolah yang berkualiti juga
adalah merupakan seorang pemimpin pengajaran (instructional leader). Pemimpin
pengajaran membawa maksud pemimpin yang sentiasa bertindak ke arah mewujudkan
persekitaran kerja yang produktif dan memuaskan guru-guru, serta sentiasa berusaha
memperkembangkan pembelajaran murid. Antara tindakan yang sering dilakukan oleh
pengetua ini ialah memastikan guru mengajar dan murid belajar. Bagi tujuan tersebut,
pemantauan yang sistematik terhadap pengajaran guru adalah merupakan tindakan ke
arah memastikan guru-guru mengajar. Sistem penilaian dalaman pula diwujudkan bagi
tujuan merancang dan melaksanakan program-program peningkatan. Tindakan ini
adalah sejajar dengan konsep “the purpose of evaluation is not to prove, but to
improve”.

Selain itu, pengetua yang berkesan lazimnya bersifat tegas dalam mencapai matlamat
sekolah, di mana pengetua sebegini mampu menghalang atau mengurangkan gangguan-
gangguan terhadap proses pencapaian matlamat sekolah. Kajian-kajian dalam bidang
ini sering mencadangkan supaya kegiatan-kegiatan sekolah dijadualkan dengan rapi
supaya tidak mengganggu masa pengajaran dan pembelajaran (Davis & Thomas 1989).

“Administrators should organize the school calender to provide maximum learning


time. Student pullouts from regular classes (e.g., early dismissal for tennis team) should
be minimized or eliminated… Unassigned time and time spent on noninstructional
activities should be minimized “(Davis & Thomas 1989: 122).

Dapatan IAB melalui tinjauan di sekolah-sekolah yang cemerlang ini, adalah bahawa
keseluruhan pengetua dan guru besarnya memiliki ciri-ciri seperti yang disebutkan oleh
Mortimore (1995) dan Davis dan Thomas (1989).
Sebagai contoh;
Di sebuah sekolah menengah A , seorang guru menyebutkan tentang stail kepimpinan
pengetuanya iaitu : Pn. Pengetua menyatakan misi dan visi dengan jelas .... seingat saya
pada mesyuarat pertama lagi. Pengetua akan tetapkan satu tahap yang tinggi jadi kami
perlu berusaha mencapai tahap tersebut. Beliau seorang yang tegas walaupun nampak
lembut.
Selain itu, Pengetua sekolah ini juga dikatakan mengamalkan pendekatan penyertaan
antara kumpulan pengurusan sekolah dengan kumpulan bawahan (participative
approach). Beliau menumpukan aspek staff team building, school image building dan
pengurusan kolektif demi mencapai kecemerlangan sekolah Bagi menjadikan wawasan
sekolahnya satu kenyataan, pengetua sekolah ini mengamalkan konsep firm but at the
same time friendly. Selain itu beliau sering menggalakkan guru-gurunya bertanya
untuk mendapat kepastian sekiranya mereka tidak memahami kehendak dan hasrat
pengurusan sekolah. Pengetua berpendapat setiap tindakan perlu dibuat dengan konsep
musyawarah, di mana sesuatu tindakan boleh dilaksanakan setelah mendapat
persetujuan bersama.
Di sekolah menengah B pula, Pengetua sekolah ini menunjukkan sifat-sifat seperti
berikut:
• Tegas
• Berhala tuju
• Mementingkan pencapaian sekolah
• Menjalankan pengurusan yang transparen, dan
• Memberitahu apa yang dilakukan kepada semua staf

Majoriti guru, staf dan murid berpendapat personaliti pengetua mereka adalah menarik.
Beliau menunjukkan sifat yang lemah lembut, prihatin, penyayang, bersopan santun
tetapi tegas, serta mempunyai keazaman yang tinggi untuk mencapai kecemerlangan.
Beliau pandai bertutur kata dan berhujah. Bahasa yang digunakan oleh pengetua ini
dapat menawan hati guru dan murid di sekolahnya. Beliau selalu menggunakan istilah
“boleh”, “hebat” dan “tahniah” untuk memotivasikan semua warga di sekolah. Di
samping itu, beliau sering menasihatkan muridnya mendengar nasihat guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dengan kata-kata, “murid yang baik adalah murid
yang akur dengan kata-kata guru”.
Jelasnya, beliau selalu meminta pelajarnya mencapai sesuatu yang terbaik sama ada
dalam pelajaran mahupun sahsiah seperti wawasan sekolahnya “menjana generasi
cemerlang di dunia, sejahtera di akhirat”.
Di sekolah rendah pula, didapati kepimpinan guru besarnya adalah sangat profesional
seperti yang ditakrifkan oleh Mortimore (1995). Guru Besar sekolah ini mengamalkan
sepenuhnya konsep collegiality sebagai teras kejayaan sekolah. Selain itu, sekolah ini
berpegang teguh kepada falsafah bahawa semua murid boleh dipupuk dan dibentuk
melalui pendidikan. Guru adalah sebagai media bergerak dan pemangkin kepada
pencapaian pendidikan cemerlang. Sesungguhnya konsep collaborative, participative
dan ownership menjadi amalan kepimpinan di sekolah rendah ini.

Selain itu, guru besar sekolah ini sering menekankan bahawa semua kegiatan yang
dijalankan adalah ke arah pencapaian sekolah yang berkualiti dan demi kecemerlangan
pendidikan. Apa yang dimaksudkan dengan kecemerlangan pendidikan ialah, diakhir
proses pendidikan itu akan terhasillah insan-insan yang berkualiti, bukan peguam
menipu, pegawai bank menyeleweng dan pegawai salah guna kuasa
Selain itu, didapati guru besar sekolah ini mengamalkan gaya kepimpinan perhubungan
kemanusiaan. Antaranya ialah amalan berkomunikasi secara terbuka. Pintu pejabatnya
sentiasa terbuka kepada stafnya. Beliau bersedia menerima maklum balas daripada
stafnya. Bagi beliau maklum balas adalah penting untuk membuat sesuatu keputusan.
Guru besar sekolah rendah ini juga mengamalkan konsep “win the heart”. Bagi beliau
pengamalan konsep ini sangat perlu supaya perjalanan sekolah tidak terjejas. Kesan
amalan konsep ini didapati guru-guru sekolah ini berhasrat untuk terus kekal di sekolah
ini selagi guru besar ini masih ada di sekolah ini. Keadaan ini telah membangkitkan
rasa kesepunyaan di kalangan guru-guru.

Amalan konsep “terbuka” yang diamalkan oleh pemimpin sekolah memberi peluang
dan memudahkan ibu bapa dan komuniti setempat berurusan dengan sekolah. Hebahan
secara rasmi dan tidak rasmi tentang tujuan dan peranan sekolah mudah di sebarkan
kepada semua anggota dan komuniti sekeliling. Ini ditambah dengan lawatan tidak
rasmi pemimpin dan guru-guru sekolah ke tempat kediaman murid untuk mengeratkan
hubungan di samping menyampaikan hasrat sekolah. Seperti yang disebutkan oleh
Mortimore (1995), pengetua di sekolah-sekolah berkesan adalah bersifat tegas dan
profesional. Menurut seorang guru perempuan di sekolah rendah ini, beliau telah
ditegur oleh guru besar kerana datang lewat ke mesyuarat dan memakai selipar. Beliau
akur serta bersetuju akan tindakan guru besar kerana ia menyalahi etika seorang
penjawat awam. Bagi guru besar ini, teguran mesti dilakukan “on the spot” supaya
kesalahan dapat diperbetulkan dengan segera Jika tidak, kesalahan itu akan dilakukan
berterusan dan kesannya menjadi lebih besar.

Beliau juga seorang yang bijak menyelesaikan masalah dan strategis. Menurut guru
penolong kanan I sekolah ini, guru besar sekolah ini adalah seorang yang bijak
mengatur strategi. Contohnya dalam kes di mana sekolah mengalami masalah
kekurangan guru Bahasa Inggeris Guru besar telah membuat kursus intensif secara in-
house kepada guru-guru yang mempunyai kemampuan berbahasa Inggeris sebagai
langkah penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Hasilnya sekolah tersebut telah
berjaya mengatasi masalah dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam mata
pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat Ujian Penilian Sekolah Rendah.
Selain itu, guru besar sekolah ini juga merupakan role-model dan mempunyai ciri-ciri
instructional leadership kepada warga sekolah. Misalnya, beliau sendiri menyahut
cabaran mengajar murid-murid mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Al-Quran. Selain
itu, beliau juga membimbing guru-guru berbahasa Bahasa Inggeris dan Al-Quran
dalam usaha beliau memartabatkan ilmu. Beliau menunjukkan contoh teladan yang
baik kepada warga sekolah melalui tindakannya mengutip sampah yang terlihat di
sekelilingnya supaya sekolah sentiasa bersih dan ceria. Tidak ketinggalan beliau
sanggup membawa pulang pelajar-pelajar yang lemah ke rumahnya untuk diberi
tuisyen tambahan dalam usaha meningkatkan kebolehan mereka.
2.2 Penumpuan Kepada Pengajaran dan Pembelajaran

Kajian-kajian dalam bidang ini sering mencadangkan supaya kegiatan-kegiatan sekolah


dijadualkan dengan rapi supaya tidak mengganggu masa pengajaran dan pembelajaran
Guru Besar dan Guru Penolong Kanan (Pentadbiran) perlu merancang aktiviti
kurikulum. Penekanan kepada pengajaran dan pembelajaran murid diutamakan. Pada
hari pertama sekolah, guru-guru telah menjalankan aktiviti mengajar dan proses
pembelajaran dapat berlangsung pada hari pertama lagi. Semasa mesyuarat pertama
staf, Guru Besar telah membentangkan perancangan tahun bersama dengan budget.
Pelantikan dan agihan tugas telah dibuat dan guru-guru telah menentukan sasaran kerja
tahunan masing-masing.

Buku rekod mengajar telah disediakan di mana semasa mesyuarat kurikulum pertama,
setiap panitia telah merancang sukatan pelajaran untuk tahun itu. Takwim pemantauan
dan peperiksaan bulanan dan penggal telah diedarkan pada awal tahun. Guru-guru juga
telah diberi maklumat yang jelas tentang perancangan kurikulum.

Perancangan pengurusan kurikulum mesti menunjukkan tumpuan kepada pengajaran


dan pembelajaran. Contohnya terdapat sekolah berkualiti yang membuat 21 program
berkaitan kurikulum dibawah Projek Gemilang Program-program yang dirancang
adalah:
• Aku Janji Penetapan Target PMR/SPM/STPM • Pemantauan Kualiti Kumpulan
Gemilang dalam Pencapaian Akademik • Analisis Soalan Peperiksaan • Tuisyen
Gemilang • Tuisyen Al-Bukhary • Latihtubi 3000 Soalan • Pakej Percutian •
Perkampungan PMR/SPM/STPM • Pecutan Akhir • Seminar Teknik Menjawab Soalan
• Motivasi & Kecemerlangan Pelajar • Curahan Kasih (Mawaddah Warahmah) • Sesi
Temu Mesra dengan Pentadbir • Mentor-Mentee (Attabanni) • Rakan Pembimbing •
Pra PMR/SPM/STPM • Pemantauan Latihan dan Kerja-Kerja Bertulis Program-
program pengurusan kurikulum yang disenaraikan di atas jelas menunjukkan
kesinambungan perancangan program yang lengkap daripada penetapan target
pencapaian akademik kepada pemberian input pelajaran seperti tuisyen, analisis soalan
dan teknik menjawab soalan yang disusuli dengan latih tubi serta motivasi untuk
mengekalkan semangat belajar yang tinggi.

Strategi peningkatan kualiti akademik di sekolah ini adalah berorientasikan pencapaian


akademik terutama dalam peperiksaan awam. Dengan itu, penetapan target pencapaian
akademik di sekolah ini adalah tinggi. Peninjauan terhadap penetapan target gred
purata bagi peperiksaan PMR, SPM dan STPM jelas menunjukkan harapan dan
penghargaan yang tinggi diberi kepada pelajar.

Pengajaran dan pembelajaran tetap menjadi fokus utama sekolah ini dalam
meningkatkan kecemerlangan sekolah. Misi memperkenalkan sekolah melalui
kecemerlangan kurikulum menjadi sumber inspirasi bagi guru-guru sekolah ini untuk
sentiasa berusaha gigih bagi meningkatkan prestasi pencapaian sekolah khususnya
dalam peperiksaan SPM. Bagi mencapai misi tersebut, pihak sekolah banyak
merancang program peningkatan pembelajaran dan pembelajaran seperti Kelas
tambahan, Kelas Intensif, Program 40 hari, Kempen 9A, Kempen Sijil, Bengkel,
Teknik Menjawab Soalan di samping aktiviti seperti post-mortem pada setiap kali ujian
dalaman yang dijalankan.Temu bual dengan GPK 1 menjelaskan lagi peranan pihak
pengurusan khususnya Pengetua bahawa kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran
tetap fokus utama sekolah:
“ Pengetua sentiasa menggalakkan guru supaya lebih kreatif dan berinovasi dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Pengetua dan setiap guru kanan sentiasa
memantau pelaksanaan pembelajaran di samping membimbing guru-guru untuk
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran”.

Suatu perkara yang istimewa lagi di sekolah ini, ialah guru-gurunya mempunyai
kemahiran dalam melaksanakan pengajaran. Program pembangunan staf dilaksanakan
sebagaimana yang dirancang. Guru-guru yang telah pergi kursus di peringkat daerah,
negeri atau peringkat kebangsaan perlu memberi penerangan atau latihan “in-house”
kepada guru-guru lain.

Pengetua merupakan pemimpin kurikulum yang prihatin. Bagi setiap kejayaan dalam
bidang pengajaran dan pembelajaran di sekolah, beliau tidak lupa untuk memberi
pengiktirafan kepada guru dan murid yang membawa kejayaan itu kepada sekolah.
Hasil suasana pembelajaran yang unggul maka sudah tentu guru – guru akan
meningkatkan usaha ke arah meningkatkan pencapaian pelajar. Pelbagai teknik
pembelajaran berkesan dipraktikkan. Segala panduan daripada pelbagai pihak seperti
Pusat Perkembangan Kurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri dan Nazir Sekolah akan
cuba dilaksanakan dengan bersungguh – sungguh. Bahkan pihak sekolah telah berjaya
merakamkan contoh – contoh pengajaran yang mengaplikasikan kaedah dan teknik
mengajar dalam bentuk buku panduan memudahkan guru-guru lain melihat contoh
bagaimana melaksanakan di kelas masing-masing.

You might also like