You are on page 1of 31

Contoh rangka jawapan yang tidak melebihi

10 muka surat
Proposal Kertas Projek
PELAKSANAAN UNSUR-UNSUR PATRIOTISME DALAM
MATA PELAJARAN SEJARAH TINGKATAN LIMA
DI DAERAH, SIBU

TESIS SARJANA PENDIDIKAN


VMIUC
2016/2017
Nama
Kad matrik

Bab 1

1.0

Pengenalan
Pemupukan unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi antara agenda

utama dalam edisi semakan semula sukatan mata pelajaran Sejarah di bawah Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM). Penegasan dibuat adalah selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.6/1994, agar usaha menanam semangat patriotisme dalam kalangan pelajar perlu dilaksanakan
seperti melalui upacara-upacara menaikkan bendera, menyanyikan lagu Negaraku dan melafazkan
ikrar taat setia yang menjadi intipati keutuhan negara dan kesejahteraan rakyat (Kementerian
Pendidikan Malaysia,1994).

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah
amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan
pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan
kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada
perkongsian nilai serta semangat patriotisme, lingua franca, integrasi, kewarganegaraan dan
demokrasi. Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam sistem
pendidikan bagi melahirkan warganegara glokal yang bertindak bijak menghadapi cabaran
globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan local atau tempatan. Fokus utama dalam membina
negara bangsa mencakupi usaha-usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai
asas perpaduan, integrasi nasional dan bahasa ilmu.

Mengikuti Surat Pekeliling 17/2000, Kementerian Pendidikan sentiasa mendokong dan


melaksanakan apa juga aktiviti yang dianggap dapat memperkukuhkan lagi amalan dan penghayatan
prinsip-prinsip Rukun Negara. Sungguhpun begitu, sejak kebelakangan ini ada tanda-tanda yang
menunjukkan bahawa penghayatan Rukun Negara semakin berkurangan di kalangan pelajar sekolah.
Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan ras, fenomena seperti ini boleh menggagalkan
sebarang usaha ke arah pembentukan negara yang bersatu padu dan harmonis. Dalam hal ini, institusi
sekolah berperanan untuk memupuk dan menyemai pengetahuan, kesedaran dan amalan setlap prinsip
yang terkandung dalam Rukun Negara. Sehubungan dengan itu, semua sekolah menengah diminta
menubuhkan Kelab/Persatuan Rukun Negara mulai tahun 2001.
Mengambil iktibar daripada peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, pemupukan dan
penghayatan terhadap unsur-unsur patriotisme kepada generasi baru perlu diberi penekanan utama
agar tragedi yang serupa tidak berulang. Abd. Rahim Abd. Rashid (2004) menyatakan, penegasan

terhadap patriotisme sebagai perjuangan yang menjiwai kepada kepentingan bangsa dan negara yang
menonjolkan semangat juang yang tinggi mendaulatkan kedudukan, status serta pengaruh bangsa dan
negara menjadi intipati penting terhadap peneguhan semangat patriotisme tersebut. Sehubungan itu,
sistem pendidikan kebangsaan menjadi landasan tepat dalam memupuk semangat patriotisme di
peringkat asas pembentukan bangsa. Berdasarkan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1961, Jawatankuasa
Kabinet ditubuhkan pada September 1974 untuk mengkaji semula pelaksanaan sistem pelajaran
kebangsaan bagi menghasilkan satu masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih selain
melahirkan tenaga kerja yang diperlukan oleh negara. Bagi tujuan tersebut, Laporan Jawatankuasa
Kabinet (KPM, 1984) menjelaskan, pendidikan sejarah negara daripada beberapa aspek seperti aspek
politik, aspek ekonomi dan aspek sosial.
Penghayatan terhadap nilai-nilai patriotisme menjadi elemen penting dalam pendidikan
Sejarah bukan sahaja kerana mengandungi unsur dan elemen bagi tujuan sosialisasi politik tetapi juga
unsur dinamis untuk membina semangat, cita-cita dan aspirasi baru untuk pembinaan masa depan
(Abd. Rahim Abd. Rashid, 1999). Dalam hal ini, peranan guru dalam memupuk semangat patriotisme
kepada murid-murid seharusnya tidak dapat disangkal. Guru menjadi pemangkin dalam memberi
bimbingan dan contoh teladan yang baik. Edward dan Fogelman (2000), menyatakan sekolah
memainkan peranan penting mempengaruhi sikap, nilai dan kemahiran sosial selain kerjasama
keluarga, rakan sebaya, media, politik dan agama bagi melahirkan warganegara yang berguna.
Penghayatan dan pemupukan unsur-unsur patriotisme perlu dilaksanakan secara efektif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Tuntuan kurikulum Sejarah agar unsur-unsur patriotisme perlu
dilaksanakan secara terhormat dan penuh penghayatan bagi memastikan warganegara yang bakal
dilahirkan bertanggungjawab, setia terhadap negara dan berjiwa kental bagi kemakmuran,
kesejahteraan dan pembangunan agama, bangsa dan negara.
1.2

Pernyataaan Masalah
Kajian-kajian membuktikan guru-guru menghadapi pelbagai halangan dalam melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran hususunya tentang penggunaan bahan bantuan mengajar, kaedah dan
strategi yang berkesan dan pemupukan nilai-nilai murni. Edward dan Fogelman (2000) umpamanya
menyatakan, ketidakmampuan guru-guru adalah berpunca daripada kurang keyakinan dan tiada
kemahiran selain kurikulum yang terlalu berat. Jaizah Mahamud, Muhd Khairuddin Lim Abdullah dan
Ibrahim Md. Nor (2001) juga membuktikan bahawa guru-guru memerlukan bimbingan dalam usaha
menerapkan unsur patriotisme akibat kelemahan dalam penguasaan kemahiran dan pengetahuan. Oleh
yang demikian, usaha-usaha membantu guru-guru menguasai kemahiran dan pengetahuan memupuk
unsur patriotisme terlebih dahulu perlu dilaksanakan. Kelemahan-kelemahan ini tentunya akan
membatasi matlamat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran khususnya apabila menyentuh
aspek pemupukan unsur patriotisme.

Loh Kok Wah dan Khoo Boo Teik (2002) menyifatkan usaha ini merupakan cabaran sengit
yang dihadapi oleh kerajaan. Amat sukar untuk membentuk satu entiti Malaysia kerana terdapat
pelbagaian persepsi dalam kalangan pelbagai kaum yang ada di Malaysia. Dapatan kajian oleh
Universiti Kebangsaan Malaysia (1989) menunjukkan identiti nasional masih kurang berjaya dicapai
walau pun telah membuat pelbagai reformasi pendidikan. Kajian tentang perpaduan yang dilakukan
oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
(1995) di enam buah sekolah mendapati amalan dan pengembangan semangat perpaduan dalam
kalangan guru dan murid masih rendah dan konsep patriotisme juga masih di tahap yang amat rendah.
Patriotisme sering kali diajar secara implisit dan terpisah di sekolah (Davies, 1995; Tan, 1998).
Putman (1998) memperlihatkan guru Sejarah percaya isu-isu berhubung patriotisme memainkan
peranan yang penting dalam pendidikan Sejarah Amerika walaupun kebanyakan mereka tidak
mempunyai kemahiran untuk mengaplikasikan patriotisme dalam pengajaran. Malahan kebanyakan
mereka tidak pasti apakah peranan yang patut mereka mainkan dalam pengajaran dan pembelajaran
Sejarah. Anuar (2001), yang membuat kajian pelaksanaan patriotisme dalam kalangan guru Sejarah di
beberapa buah sekolah di Negeri Sembilan mendapati 76% guru tidak bersedia untuk melakukan
penerapan unsur patriotisme semasa pengajaran walaupun menyedari kepentingannya. Mereka lebih
suka memilih nilai-nilai murni yang lain berbanding unsur patriotisme kerana dikatakan senang untuk
diaplikasikan.
Oleh itu kajian tentang patriotisme dirasakan perlu khususnya melalui pendidikan Sejarah
sebab pendidikan Sejarah dianggap elemen utama dalam membina warganegara yang bersatu padu
dan cintakan negara. Pembinaan bangsa dan negara hanya boleh dicapai jika pengetahuan tentang
negara ditanam di jiwa pelajar (Zainal Abidin Wahid, 1998).
1.3

Objektif Kajian

Kajian tentang penerapan dan pemupukan unsur-unsur patriotisme dalam pengajaran pembelajaran
masih giat dijalankan. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk:
i. mengenalpasti peranan guru Sejarah dalam pelaksanaan kurikulum Sejarah bagi memupuk unsurunsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.
ii. Mengenal pasti halangan-halangan yang dihadapi oleh guru Sejarah dalam usaha memupuk unsurunsur patriotisme semasaa pengajaran dan pembelajaran Sejarah.
iii. Mengkaji kesan pemupukan unsur-unsur patriotisme terhadap tingkah laku murid-murid.
iv. Menilai kandungan kurikulum Sejarah dalam memupuk unsur-unsur patriotisme.

1.4

Kepentingan Kajian
Berdasarkan kajian yang dijalankan akan memberi panduan dan manfaat kepada pihak-pihak

yang berkenaan mengenal pasti masalah-masalah kekurangan pengetahuan dan kemahiran sekiranya
dihadapi oleh guru-guru dalam melaksanakan pemupukan unsur patriotisme dalam pengajaran dan
pembelajaran Sejarah. Diharap Pusat Perkembangan Kurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat
Daerah lebih kerap turun padang menangani masalah-masalah tersebut agar matlamat membantu
melahirkan warganegara yang bertanggungjawab akan tercapai.
Selain itu, para guru juga dapat mengambil iktibar tentang peri pentingnya memupuk unsur
patriotisme semasa pengajaran dan pembelajaran kepada murid-murid. Pemupukan unsur patriotisme
ini diharap dapat membentuk generasi masa depan yang berwawasan dan memiliki ciri-ciri
warganegara yang bertanggungjawab dan mempunyai semangat setia negara yang tinggi selain
mengurangkan gejala antisosial.

1.5

Batasan Kajian

Kajian ini adalah merupakan satu kajian tinjauan atau survey dan deskriptif yang terbatas kepada
beberapa perkara berikut;
1.5.1

Kajian yang dijalankan hanya terbatas kepada aspek mengenal pasti peranan guru

melaksanakan kurikulum Sejarah bagi memupuk unsur-unsur patriotisme dalam pengajaran dan
pembelajaran Sejarah. Dapatan kajian adalah hasil daripada pandangan guru-guru Sejarah sahaja.
1.5.2

Kajian melibatkan 10 buah sekolah di daerah Sibu sahaja

1.5.3

Sampel kajian terdiri daripada 50 orang guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah di

Sekolah Menengah daerah Sibu.

Bab 2
Tinjauan Literature
Terdapat beberapa kajian telah dijalankan berhubung usaha penerapan
dan

pemupukan

unsur-unsur

kewarganegaraan

dan

patriotisme

dalam

pengajaran dan pembelajaran. Ian Davies dan Evans Mark (2002), dalam
kajiannya

untuk

kewarganegaraan
berpandangan

melihat
di

baik

peranan

sekolah-sekolah
terhadap

guru
di

pengajaran

melaksanakan

London
tersebut.

pendidikan

mendapati
Mereka

guru-guru

berpendapat

kandungan sislibus patut menumpukan kepada aspek yang lebih nyata dan
melibatkan proses penglibatan dan perubahan tingkah laku murid.
Mohd Jaffar Rais (1998) pula menyatakan hanya 39 peratus guru-guru
bersetuju pendidikan sejarah berkesan memupuk nilai-nilai patriotisme dalam
pengajaran dan pembelajaran di Brunei. Ini termasuklah nilai kesedaran
kebangsaan, nilai kesetiaan dan nilai perpaduan. Hal ini berpunca daripada sikap
guru sendiri yang menganggap nilai sejarah ini merupakan satu konsep yang
abstrak dan sukar untuk disampaikan kepada pelajar di samping kurikulum
Sejarah yang kurang menekankan kepentingan nilai Sejarah tersebut.
Kajian Rosnani Hashim (1996) melibatkan seramai 422 orang guru
daripada 43 buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan
dan Perak mendapati guru mempunyai pandangan positif terhadap usaha
menyerap nilai-nilai murni termasuk semangat patriotisme dalam pengajaran
dan pembelajaran. Mereka menyedari pelbagai kaedah, strategi dan
perancangan perlu dilakukan bagi menyerapkan nilai-nilai tersebut biarpun
menghadapi masalah melaksananya berpunca daripada kecetekan ilmu
pengetahuan dan kemahiran.
Menurut Nazri Muslim dan Jamsari Alias dalam kajian Patriotisme: Konsep
dan Pelaksanaan di Malaysia mencadangkan sebagai rakyat Malaysia, kita perlu
menyedari

bahawa

patriotisme

penting

dalam

ketahanan

nasional

bagi

menghalang sebarang bentuk ancaman sama ada dari dalam atau luar negara.
Kerajaan perlu menjadikan patiotisme sebagai agenda negara kerana patriotisme
adalah tunjang kepada perpaduan nasional dan pembinaan bangsa bermaruah.

Justeru,

beberapa

aspek

perlu

diberikan

penekanan

yang

sewajarnya.

Pertamanya melalui pendidikan. Semangat patriotisme ini mampu disuburkan


melalui pendidikan sejarah, sivik dan kenegaraan Malaysia. Perbincangannya
perlu diperluaskan lagi dengan menekankan kepada perkembangan dan
sumbangan tokoh-tokoh dalam membebaskan tanah air dari penjajahan dan
membangunkan negara. Sebagai contoh, para pelajar perlu didedahkan dengan
lebih serius sejarah perjuangan menentang penjajah dan penceroboh seperti Tok
Janggut, Dato Maharaja Lela, Datuk Sagor, Tengku Menteri (Ngah lbrahim), Long
Jaafar, Leftenan Adnan Saidi, Panglima Salleh Selempang Merah, Syed Syeikh alHadi dan Datuk Onn Jaafar untuk melahirkan semangat patriotisme untuk anak
bangsa kini.

Bab 3
Metodologi
3.1

Kaedah Kajian

Kajian ini bersifat tinjauan dan deskriptif bertujuan untuk mendapatkan


maklumat dan idea dengan menggunakan model mixed methodology design
(Creswell, 1994). Empat cara pengumpulan data digunakan iaitu soal selidik,
temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Seramai 2 orang guru Sejarah
menjawab soalan soal selidik dan ditemu bual. Selain itu, pemerhatian
pengajaran dan pembelajaran akan dibuat sebanyak 2 kali setiap guru yang
mengajar dua tema dari HSP.
3.2

Populasi dan Sampel Kajian

Sampel kajian terdiri daripada 2 orang guru sejarah di Sekolah Menengah Kebangsaan
Tiong Hin, Sibu. Menurut Jorgensen (1989), pengkaji menggunakan peluang, masa dan
persoalan kajian sebagai kriteri pemilihan sampel.
3.3

Instrumen Kajian

Soal selidik digunakan sebagai asas pengutipan data. Ia digunakan untuk mendapat
gambaran umum responden berhubung pemupukan patriotisme dalam pengajaran dan
pembelajaran. Dua set soal selidik telah dibentuk bagi memastikan ketepatan dan
penjelasan pernyataan yang dikemukakan.

Data dari soal selidik diperhalusi dengan kaedah temu bual di mana temu bual
digunakan untuk mendapatkan data deskriptif dari responden agar apa yang difahami,
difikirkan dan dirasakan oleh responden dapat dikembangkan. Seramai 8 orang guru yang
telah menjawab soal selidik ditemu bual secara berstruktur. Pembinaan item-item dalam
temu bual adalah berdasarkan dapatan daripada soal selidik. Hasil temu bual diperkukuhkan
lagi dengan pemerhatian terhadap pengajaran guru yang telah ditemu bual untuk melihat
proses pemupukan patriotisme semasa pengajaran dan pembelajaran sama ada yang
tersurat atau yang tersirat. Ia juga sebagai satu cara untuk membuat triangulasi dapatan
sedia ada seperti dengan dapatan temu bual dan analisis dokumen. Kesemua responden
yang ditemu bual terlibat dengan pemerhatian dalam bilik kelas. Untuk mengukuhkan lagi
dapatan kajian, dokumen seperti SP dan HSP Sejarah Menengah Rendah dan Atas (KPM:
2003), buku teks Sejarah (DBP, 2003), Buku Panduan Guru (DBP, 2003), buku persediaan
mengajar dan tahunan dianalisis untuk melihat pemupukan patriotisme dalam pengajaran
dan pembelajaran.
3.4

Prosedur Kajian

Data kajian ini diperoleh dengan mengutip maklumat yang berkaitan

dengan

menggunakan borang soal selidik. Pengkaji memulakan dengan membuat kajian


perpustakaan untuk mendapat bidang dan seterusnya tajuk yang ingin dikaji.
Seterusnya pengkaji berbincang tentang tajuk yang hendak dikaji dengan
penyelia. Pengkaji mencari kajian buku rujukan yang berkaitan untuk mengenal
pasti tajuk yang sesuai.
Sebelum soal selidik ditadbirkan, permohonan kelulusan dan kebenaran untuk
melaksanakan kajian daripada Pengarah Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan

(BPPDP),

Kementerian

Pelajaran

Malaysia

perlu

dilakukan.

Permohonan ini dibuat dengan mengisi dua set Borang BPPDP bersama dengan
satu set usulan kajian serta instrumen kajian yang ingin dilakukan.
Borang soal selidik akan diedarkan kepada 10 buah Sekolah Menengah
Kebangsaan di sekitar Bandar Sibu untuk meminta setiap sekolah meminta guru
sejarah untuk mengisi borang soal selidik ini. Semua borang soal selidik yang
diedarkan melalui Penolong Kanan Akademik, cara tadbir mengisi borang ini
akan dimaklumkan oleh pengkaji kepada Penolong Kanan Akademik secara
bersemuka.
Pengkaji juga akan mengambil kesempatan untuk menemubual dengan setiap
ketua panitia Sejarah daripada 10 buah sekolah ini untuk untuk melihat proses

pemupukan patriotisme semasa pengajaran dan pembelajaran sama ada yang


tersurat atau yang tersirat.
Tambahan lagi, pemerhatian terhadap 10 orang guru akan dilakukan terutama
dalam proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung untuk meninjau
keberkesanan kaedah pedagogi yang digunakan oleh guru sejarah dalam
pemupukan patriotisme seperti yang dihasratkan dalam kurikulum sejarah.

3.5

Penganalisian Data

Data kuantitatif diperolehi dari soal selidik dan bahan dokumen. Statistik
peratusan digunakan bagi menjawab persoalan kajian berdasarkan soal selidik
yang digunakan. Huraian bersifat deskriptif digunakan untuk menghuraikan hasil
temu bual yang telah dilakukan. Analisis data pemerhatian juga dibuat secara
manual. Analisis kekerapan dan huraian secara deskriptif digunakan untuk
memberi gambaran tentang pelaksanaan unsur patriotisme dalam bilik darjah.

Bibliografi
Abd. Rahim Abd. Rashid, (1999). Pendidikan Sejarah: Falsafah, teori dan amalan. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abd. Rahim Abd. Rashid, (2004). Patriotisme:Agenda pembinaan bangsa. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Creswell, J. W. (1994). Research Design. Qualitative & Quantitative Approaches.
U.S.A: Sage Publications, Inc.
Davies, I. (1995). "Teaching and Learning about interpretation of the recent European past for the
purposes of developing European citizenship. Teaching History. 81. pp 26-31.
Davies,I & Mark, E.(2002).'Encouraging active citizenship'.Educational,
Review,54(1),69-78.

Edward, J dan Fogelman,K.(2000).'Citizenship, education and cultural diversity'.dalam Politics,


education, and citizenship. (ed. by Mal Leicester et. al). vol.vi. London: Falmer Press.
Laporan

Jawatankuasa

Kabinet

mengkaji

pelaksanaan

dasar

pelajaran

1979.(1984).Kuala

Lumpur:Kementerian Pelajaran Malaysia.


Loh Kok Wah, F., & Khoo Boo Teik. (2002). Democracy in Malaysia: Discourses and Practices
(eds). Nordic Institute of Asia Studies. Richmond Surrey: Curzon Press.

Mohd Jaffar Hj. Rais (1998). Penilaian guru Sejarah mengenai pencapaian
matlamat dan objektif pendidikan sejarah di sekolah menengah di negara
Brunei Darussalam. (Disertasi Sarjana Pendidikan , Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya.Kuala Lumpur)
UKM. (1989). The Process Of National Integration In the Education Setting. Bangi: Fakulti
Pendidikan. UKM
Putman, D. E. (1998). Teaching About Patriotism: An Assessment Of Teacher Attitudes And
Classroom Practices, Tesis Ph.D. yang tidak diterbitkan. University Of Tennessee.

Rosnani Hashim (1996). Penyerapan nilai-nilai murni dalam aspek pengajaran


dan pembelajaran KBSM dari perspektif guru, dalam Seminar Kebangsaan
penilaian KBSM: Isu dan halatuju strategi ke arah abad ke-21 pada 2-6
September 1996, Genting Highland, anjuran Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Soal Selidik

Bahagian A
Soal selidik latar belakang pelajar
Soal selidik dalam bahagian ini adalah bertujuan untuk mengumpulkan
maklumat mengenai latar belakang anda. Sila jawab semua soalan yang
dikemukakan dengan jujur, dengan menandakan (X) atau nyatakan jawapan di
ruang yang disediakan. Segala kenyataan anda adalah sulit dan akan diproses
secara kumpulan. Kerjasama anda diucapkan ribuan terima kasih.

1. Jantina :
(1) Lelaki ( )
(2) Perempuan ( )
2. Etnik
(1) Melayu
(2) Cina
(3) India
(4) lain-lain

3. Agama
(1) Islam
(2) Kristian
(3) Buddha
(4) Hindu
(5) Selainnya (nyatakan)

Bahagian B
Dimensi Input
Soalan: Adakah cikgu telah membuat perancangan dan persediaan tentang
maklumat yang berkaitan dengan topik yang diajar
Kod Data

Perkara

Tiada

Ada

Skor

Catatan

DSPPS 1
DSPPS 2
DSPPS 3
DSPPS 4

B. Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran


Soalan: Adakah cikgu telah membuat perancangan dan persediaan tentang
maklumat yang berkaitan dengan rancangan pengajaran dan pembelajaran
seperti berikut:

Kod Data

Perkara

Tiada

Ada

Skor

Catatan

DSPPS 1

Tajuk Pelajaran

DSPPS 2

Tajuk kecil

DSPPS 3

Objektif Pelajaran

DSPPS 4

Persediaan Bahan Membantu


Mengajar atau peralatan
mengajar

DSPPS 5

Set induksi

DSPPS 6

Aktiviti

DSPPS 7

Penilaian

DSPPS 8

tugasan

DSPPS 9

refleksi

C. Hasil Pembelajaran
Soalan : Adakah cikgu telah membuat perancangan dan persediaan tentang
maklumat yang berkaitan dengan hasil pembelajaran seperti berikut
Di akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat:
Kod Data

Perkara

Tiada

Ada

Skor

Catatan

DSPHP 1
DSPHP 2
DSPHP 3
DSPHP 4

D. Objektif Pelajaran
Soalan : Adakah cikgu telah membuat perancangan dan persediaan tentang
maklumat yang berkaitan dengan objektif pelajaran seperti berikut:
Kod Data
DSPOK1

Perkara

Tiada

Ada

Skor

Catatan

DSPOK 2
DSPOK 3
DSPOK 4

Pengetua
Kod
Data

Perkara
Memberi sumbangan secara
peribadi dalam melaksanakan
Sejarah
Sentiasa memberi motivasi
dalam menjalankan tugas
Sentiasa peka terhadap
peralatan mengajar
Sentiasa memberi peluang
mencuba idea-idea yang baharu
Bertindak sebagai ketua yang
baik dalam memberi idea dan
sokongan
Sentiasa memahami objektif
Sejarah
Memberi keutamaan kepada
Sejarah dalam penyusunan
Jadual waktu
Sentiasa mempunyai masa
untuk mendengar masalah
guru-guru Sejarah
Sentiasa mengkritik pekerja
yang lemah
Sentiasa membuat pencerapan
pada guru semasa mengajar
Peruntukan kewangan Sejarah
digunakan dengan bijaksana
Sentiasa memastikan guru-guru
Sejarah berada di tahap yang
memuaskan
Mengambil berat dalam segala
urusan yang berkaitan dengan
Sejarah

Kewangan

Tiada

Ada

Skor

Catatan

Kod
Data

Perkara

Tiada

Ada

Skor

Catatan

Perbelanjaan untuk kegunaan


Sejarah adalah mencukupi.
Peruntukan kewangan untuk
Sejarah tidak digunakan untuk
urusan lain.
Saya sentiasa menyimpan rekod
kewangan yang diperuntukan
untuk Sejarah
Pembelian barangan Sejarah
dikawal oleh pihak sekolah.
Pihak sekolah menggunakan
wang Sejarah untuk kegunaan
rekreasi sekolah
Pelajar disuruh menyediakan
wang sendiri untuk menjalanan
sesuatu projek
Saya sentiasa menyemak
akauan kewangan untuk
memastikan ia digunakan
dengan banyak.
Guru diberi kuasa sepenuhnya
untuk membeli peralatan tanpa
dihalang oleh pihak sekolah.

Kursus Dalam Perkhidmatan


Soalan mengenai Kursus anjuran KPM dan JPN , tidak berkaitan dengan kursus
dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru.
Kod
Data

Perkara
Kursus yang saya hadir tidak
mencukupi untuk mengajar
kesemua topik dalam Sejarah
Saya sering diabaikan untuk
mengikuti kursus Sejarah oleh
pihak sekolah dan JPN
Tenaga pengajar untuk kursus
Sejarah tidak cekap dan kurang
pengetahuan
Janga masa kursus terlalu
pendek dan tidak mencukupi
untuk mengajar topik
kemahiran yang baharu
Tempat kursus tidak sesuai
untuk mengajar
Peralatan yang digunakan untuk
mengajar tidak mencukupi

Tiada

Ada

Skor

Catatan

Bahan pengajaran dan


pembelajaran yang disediakan
tidak mencukupi
Kursus untuk sesuatu
kemahiran itu diadakan lewat
dan guru sudah bermula
pengajaran di sekolah
Memperolehi pengetahuan dan
kemahiran diri

Jadual Waktu
Kod
Data

Perkara

Tiada

Ada

Skor

Catatan

Ada

Skor

Catatan

Kombinasi jadual waktu


mengajar Sejarah di sekolah
saya adalah sesuai
Jadual waktu Sejarah diberi
keutamaan dalam menyusun
jadual waktu sekolah
Pembahagian Jadual waktu
Sejarah dengan mata pelajaran
lain dibuat dengan baik
Guru Panitia Sejarah dilantik
dalam AJK Jadual Waktu

Dimensi Proses
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Kod
Data

Perkara
menentukan objektif
pembelajaran berkaitan dengan
patriotisme dapat dicapai
dengan berkesan
memilih pengalamanpengalaman pembelajaran yang
berkesan dalam
mengembangkan unsur

Tiada

patirotisme
menggunakan kaedah-kaedah
yang berkesan dalam memupuk
unsur-unsur patriotisme
mempelbagaikan kaedahkaedah yang berkesan dalam
memupuk unsur patriotisme
memilih pengetahuanpengetahuan yang relevan
dengan pemupukan unsur
patriotisme
menjelaskan konsep-konsep
patriotisme yang melibatkan
penghayatan pelajar
membina kemahiran berfikir
berlandaskan unsur-unsur
patriotisme
memupuk sentimen-sentimen
positif berkaitan dengan
semangat patriotisme
memupuk sentimen-sentimen
positif berkaitan dengan
semangat patriotisme
menggunakan strategi p
engajaran yang kreatif dan
inovatif untuk memupuk
patriotisme
merancang aktiviti-aktiviti yang
melibatkan pelajar secara aktif
dalam proses memupuk
patriotisme.
menentukan setakatmana
matlamat dan objektif
pembelajaran berkaitan dengan
patriotisme telah dicapai oleh
pelajar.
meningkatkan
kesedaran,kefahaman, dan
sensitiviti pelajar mengenai
semangat patriotisme.
memilih bahan-bahan
pembelajaran yang sesuai bagi
memupuk unsur patriotisme
menggunakan buku Panduan
Guru yang dibekalkan dengan

berkesan terutama mengenai


pemupukan patriotisme.
menggunakan bahan-bahan
daripada laman web dan
internet untuk meransang
pembelajaran pelajar berkaitan
dengan unsur patriotisme
memilih bahan-bahan yang
relevan untuk sesuatu tajuk
berkaitan dengan pemupukan
patriotisme
melaksanakan dengan berkesan
unsur-unsur yang perlu dipupuk
dalam pembelajaran seperti
yang digariskan dalam sukatan
pelajaran.
meningkatkan proses
pembelajaran reflektif dari
pengalaman -pengalaman
pembelajaran yang disediakan
dalam buku teks.
mengaitkan unsur-unsur
patriotisme yang ditekankan
dalam sukatan pelajaran dalam
kehidupan sebenar pelajar.
meningkatkan kesedaran dan
keinsafan melalui kisah-kisah
atau perjuangan yagn bersifat
patriotisme dalm pengajaran
dan pembelajaran Sejarah.

Pemantauan Kurikulum
Kod
Data

Perkara
Pencerapan
Pencerapan
Pencerapan
Pencerapan
Pencerapan

Berkala
Panitia Sejarah
Guru Kanan
Buku latihan
JPN dan Nazir

Tiada

Ada

Skor

Catatan

Negeri
Penilaian
Kod
Data

Perkara

Tiada

Ada

Skor

Catatan

Saya mengikuti format penilaian


SPM dalam penyediaan kertas
peperiksaan
Kertas 3 dimasukkan dalam
setiap kali peperiksaan sumatif
Saya akan membimbing pelajar
menjawab pada kertas 3
Saya berpandukan format SPM
dalam menilai kertas 3
Saya akan memberi markah
walaupun pelajar tidak
menjawab
Saya sentiasa semak satu
persatu berdasarkan skema
jawapan yang diberikan

Persepsi Pelajar terhadap strategi pengajaran dan pembelajaran guru

Kod
Data

Perkara
menentukan
objektif
pembelajaran berkaitan dengan
patriotisme
dapat
dicapai
dengan berkesan
memilih
pengalamanpengalaman pembelajaran yang
berkesan
dalam
mengembangkan
unsur
patirotisme
menggunakan
kaedah-kaedah
yang berkesan dalam memupuk
unsur-unsur patriotisme
mempelbagaikan
kaedahkaedah yang berkesan dalam
memupuk unsur patriotisme
memilih
pengetahuanpengetahuan
yang
relevan
dengan
pemupukan
unsur
patriotisme

Tiada

Ada

Skor

Catatan

menjelaskan
konsep-konsep
patriotisme yang melibatkan
penghayatan pelajar
membina kemahiran berfikir
berlandaskan
unsur-unsur
patriotisme
memupuk
sentimen-sentimen
positif
berkaitan
dengan
semangat
patriotisme
memupuk
sentimen-sentimen
positif
berkaitan
dengan
semangat patriotisme
menggunakan
strategi
p
engajaran yang kreatif dan
inovatif
untuk
memupuk
patriotisme
merancang aktiviti-aktiviti yang
melibatkan pelajar secara aktif
dalam
proses
memupuk
patriotisme.
menentukan
setakatmana
matlamat
dan
objektif
pembelajaran berkaitan dengan
patriotisme telah dicapai oleh
pelajar.
meningkatkan
kesedaran,kefahaman,
dan
sensitiviti
pelajar
mengenai
semangat patriotisme.
memilih
bahan-bahan
pembelajaran yang sesuai bagi
memupuk unsur patriotisme
menggunakan buku Panduan
Guru yang dibekalkan dengan
berkesan terutama mengenai
pemupukan patriotisme.
menggunakan
bahan-bahan
daripada
laman
web
dan
internet
untuk
meransang
pembelajaran pelajar berkaitan
dengan unsur patriotisme
memilih
bahan-bahan
yang
relevan untuk sesuatu tajuk
berkaitan dengan pemupukan
patriotisme
melaksanakan dengan berkesan
unsur-unsur yang perlu dipupuk
dalam pembelajaran seperti
yang digariskan dalam sukatan
pelajaran.

meningkatkan
proses
pembelajaran
reflektif
dari
pengalaman
-pengalaman
pembelajaran yang disediakan
dalam buku teks.
mengaitkan
unsur-unsur
patriotisme yang ditekankan
dalam sukatan pelajaran dalam
kehidupan sebenar pelajar.
meningkatkan kesedaran dan
keinsafan melalui kisah-kisah
atau perjuangan yagn bersifat
patriotisme dalm pengajaran
dan pembelajaran Sejarah.

Dimensi Produk
Persepsi Guru Terhadap Murid
1. Unsur-unsur patriotisme berikut adalah berkaitan dengan berbangga
terhadap negara yang perlu dipupuk dalam kalangan murid-murid. Setakat
manakah pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang dilaksanakan oleh cikgu
telah berjaya dihayati oleh murid-murid. Bulatkan jawapan cikgu sama ada A,
B,C,D atau E yang menjelaskan kesan perubahan tersebut terhadap murid-murid.
A. Kesemua murid menunjukkan nilai tersebut
B.Sebahagian besar murid menunjukkan nilai tersebut
C. Sesetengah murid sahaja menunjukkan nilai tersebut.
D. Sebilangan kecil murid menunjukkan nilai tersebut
E. Tiada murid langsung menunjukkan nilai tersebut

a. menghormati raja dan pemimpin negara


b. menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara
c. menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera, lagu kebangsaan,
jata negara)
d. kesedaran menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara.
e. menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa

f. Berbangga dengan sejarah negara.


3. Unsur-unsur patriotisme berikut adalah berkaitan dengan semangat setia
negara yang perlu dipupuk dalam kalangan murid-murid. Setakat manakah
pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang dilaksanakan oleh cikgu telah
berjaya dihayati oleh murid-murid. Bulatkan jawapan cikgu sama ada A, B,C,D
atau E yang menjelaskan kesan perubahan tersebut terhadap murid-murid.
A. Kesemua murid menunjukkan nilai tersebut
B. Sebahagian besar murid menunjukkan nilai tersebut
C. Sesetengah murid sahaja menunjukkan nilai tersebut
D. Sebilangan kecil murid menunjukkan nilai tersebut
E. Tiada murid langsung menunjukkan nilai tersebut

a. Kesedaran cinta akan bangsa dan negara.


b. Taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara.
c. sedia berkorban untuk bangsa dan negara.
d. bertanggungjawab kepada bangsa dan negara.
e. berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan negara dan bangsa.
f. Peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara.
g. Bersyukur sebagai warganegaraan Malaysia.
4. Soalan berikut adalah berkaitan dengan usaha memupuk semangat
kekitaan. Setakat manakah melalui pengajaran dan pembelajaran Sejarah,
cikgu telah berjaya mencapai matlamat-matlamat berikut dalam kalangan muridmurid. Bulatkan jawapan cikgu sama ada A, B, C, D dan E.
A. Amat berjaya
B. Berjaya
C. Kurang berjaya
D. Tidak berjaya
E. Tidak pasti

a. bersatupadu dan berharmoni


b. bertolak ansur dan bertoleransi

c. bekerjasama dan tolong-menolong


d. Hormat-menghormati
e. Bersefahaman dan bermuafakat
f. Muhibah atau semangat bermasyarakat

5. Kenyataan-kenyataan berikut adalah berkaitan dengan membentuk


warganegara yang berdisplin. Setakat manakah melalui pengajaran dan
pembelajaran Sejarah cikgu telah berjaya mencapai matlamat -matlamat berikut
dalam kalangan murid-murid. Bulatkan jawapan cikgu sama ada A, B,C, D atau E.
A. Amat berjaya
B. Berjaya
C. Kurang berjaya
D. Tidak berjaya
E. Tidak pasti

a. membentuk murid-murid berakhlak dan berbudi pekerti mulia.


b. meningkatkan kesedaran mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan
Negara.
c. membentuk murid-murid mematuhi peraturan dan undang-undang.
d. membentuk murid-murid berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah
tinggi.
e. melatih murid-murid bertindak wajar.
f. membentuk murid-murid bersifat amanah dan jujur.
g. membentuk murid-murid berlaku adil dan bertimbang rasa.
6. Kenyataan-kenyataan berikut adalah berkaitan dengan matlamat
pembelajaran Sejarah bagi membina murid-murid supaya berusaha dan
produktif. Setakat manakah matlamat ini berjaya dilakukan oleh cikgu melalui
pengajaran dan pembelajaran Sejerah. Bulatkan jawapan cikgu sama ada A,
B,C,D dan E bagi menjelaskan jawapan cikgu.
A. Amat berjaya
B. Berjaya
C. Kurang berjaya
D. Tidak berjaya
E. Tidak pasti

a. membentuk murid-murid supaya rajin dan gigih.


b. memupuk nilai-nilai berdikari.
c. melatih murid-murid supaya tabah menghadapi cabaran.
d. membina sikap murid-murid supaya menyokong dan melibatkan diri dalam
usaha pembangunan.
e. memupuk semangat berganding bahu membangunkan negara.
f. mendidik murid-murid supaya berilmu dan berketrampilan.

Persepsi murid terhadap hasil pengajaran


Persepsi Guru Terhadap Murid
1. Unsur-unsur patriotisme berikut adalah berkaitan dengan berbangga
terhadap negara yang perlu dipupuk dalam kalangan murid-murid. Setakat
manakah pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang dilaksanakan oleh cikgu
telah berjaya dihayati oleh murid-murid. Bulatkan jawapan cikgu sama ada A,
B,C,D atau E yang menjelaskan kesan perubahan tersebut terhadap murid-murid.
A. Kesemua murid menunjukkan nilai tersebut
B.Sebahagian besar murid menunjukkan nilai tersebut
C. Sesetengah murid sahaja menunjukkan nilai tersebut.
D. Sebilangan kecil murid menunjukkan nilai tersebut
E. Tiada murid langsung menunjukkan nilai tersebut

a. menghormati raja dan pemimpin negara


b. menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara
c. menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera, lagu kebangsaan,
jata negara)
d. kesedaran menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara.
e. menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa
f. Berbangga dengan sejarah negara.

3. Unsur-unsur patriotisme berikut adalah berkaitan dengan semangat setia


negara yang perlu dipupuk dalam kalangan murid-murid. Setakat manakah
pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang dilaksanakan oleh cikgu telah
berjaya dihayati oleh murid-murid. Bulatkan jawapan cikgu sama ada A, B,C,D
atau E yang menjelaskan kesan perubahan tersebut terhadap murid-murid.
A. Kesemua murid menunjukkan nilai tersebut
B. Sebahagian besar murid menunjukkan nilai tersebut
C. Sesetengah murid sahaja menunjukkan nilai tersebut
D. Sebilangan kecil murid menunjukkan nilai tersebut
E. Tiada murid langsung menunjukkan nilai tersebut

a. Kesedaran cinta akan bangsa dan negara.


b. Taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara.
c. sedia berkorban untuk bangsa dan negara.
d. bertanggungjawab kepada bangsa dan negara.
e. berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan negara dan bangsa.
f. Peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara.
g. Bersyukur sebagai warganegaraan Malaysia.
4. Soalan berikut adalah berkaitan dengan usaha memupuk semangat
kekitaan. Setakat manakah melalui pengajaran dan pembelajaran Sejarah,
cikgu telah berjaya mencapai matlamat-matlamat berikut dalam kalangan muridmurid. Bulatkan jawapan cikgu sama ada A, B, C, D dan E.
A. Amat berjaya
B. Berjaya
C. Kurang berjaya
D. Tidak berjaya
E. Tidak pasti

a. bersatupadu dan berharmoni


b. bertolak ansur dan bertoleransi
c. bekerjasama dan tolong-menolong

d. Hormat-menghormati
e. Bersefahaman dan bermuafakat
f. Muhibah atau semangat bermasyarakat

5. Kenyataan-kenyataan berikut adalah berkaitan dengan membentuk


warganegara yang berdisplin. Setakat manakah melalui pengajaran dan
pembelajaran Sejarah cikgu telah berjaya mencapai matlamat -matlamat berikut
dalam kalangan murid-murid. Bulatkan jawapan cikgu sama ada A, B,C, D atau E.
A. Amat berjaya
B. Berjaya
C. Kurang berjaya
D. Tidak berjaya
E. Tidak pasti

a. membentuk murid-murid berakhlak dan berbudi pekerti mulia.


b. meningkatkan kesedaran mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan
Negara.
c. membentuk murid-murid mematuhi peraturan dan undang-undang.
d. membentuk murid-murid berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah
tinggi.
e. melatih murid-murid bertindak wajar.
f. membentuk murid-murid bersifat amanah dan jujur.
g. membentuk murid-murid berlaku adil dan bertimbang rasa.
6. Kenyataan-kenyataan berikut adalah berkaitan dengan matlamat
pembelajaran Sejarah bagi membina murid-murid supaya berusaha dan
produktif. Setakat manakah matlamat ini berjaya dilakukan oleh cikgu melalui
pengajaran dan pembelajaran Sejerah. Bulatkan jawapan cikgu sama ada A,
B,C,D dan E bagi menjelaskan jawapan cikgu.
A. Amat berjaya
B. Berjaya
C. Kurang berjaya
D. Tidak berjaya
E. Tidak pasti

a. membentuk murid-murid supaya rajin dan gigih.


b. memupuk nilai-nilai berdikari.
c. melatih murid-murid supaya tabah menghadapi cabaran.
d. membina sikap murid-murid supaya menyokong dan melibatkan diri dalam
usaha pembangunan.
e. memupuk semangat berganding bahu membangunkan negara.
f. mendidik murid-murid supaya berilmu dan berketrampilan.

Protokol temubual dengan Guru


Soalan-soalan berikut adalah berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
khususnya berkaitan dengan kaedah, strategi dan pendekatan bagi
mengembangkan unsur-unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran
Sejarah. Setakat manakah cikgu bersetuju dengan kenyataan-kenyataan berikut.
Bulatkan jawapan cikgu sama ada A, B, C, D dan E bagi soalan 1 hingga 5. Sila
tandakan (/) pula di ruang yang disediakan bagi soalan 6 dan 7.
A. Amat bersetuju
B. Bersetuju
C. Kurang bersetuju
D. Tidak bersetuju
E. Tidak pasti

1. Cikgu lebih mementingkan penguasaan fakta dan kefahaman isi kandungan


kurikulum Sejarah berbanding dengan pemupukan unsur patriotisme.
2. Amat sukar menentukan kaedah yang sesuai bagi memupuk unsur patriotisme
dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.
3. Pemupukan unsur patriotisme sukar dilaksanakan kerana memerlukan
pengetahuan dan kemahiran dalam strategi pengajaran dan pembelajaran
Sejarah.
4. Buku teks tidak memberi panduan yang jelas bagaimana menggunakan
kaedah dan strategi yang sesuai untuk memupuk unsur patriotisme.

5. Oleh sebab unsur patriotisme tidak dinilai dan tidak dijadikan soalan-soalan
dalam peperiksaan , maka unsur patriotisme tidak dipentingkan oleh guru-guru.
6. Berapa kerapkah cikgu menggunakan bahan-bahan grafik yang sesuai bagi
memupuk unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.
selalu
kadang kadang
jarang-jarang
tidak pernah
tidak terfikir
7. Cikgu selalu menggunakan bahan-bahan bacaan tambahan dan sokongan
berkaitan dengan unsur patriotisme.
selalu
kadang kadang
jarang-jarang
tidak pernah
tidak terfikir
Bahagian D
Sila tandakan (/) pada jawapan yang sesuai dengan cikgu.
1. Adakah usaha memupuk unsur patriotisme dalam pengajaran dan
pembelajaran Sejarah penting dilakukan oleh cikgu?
2. Adakah cikgu mendapat panduan yang jelas dan berkesan bagi memupuk
unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah?
Ya
Tiada
Tidak pasti
3. Adakah cikgu menghadapi masalah dalam melaksanakan usaha memupuk
unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah?
amat bermasalah
bermasalah
kurang bermasalah
tidak bermasalah
tidak pasti
4. Susun secara rangking 1 hingga 7 bagi jawapan-jawapan berikut yang
menunjukkan cara-cara cikgu memperoleh pengetahuan dan kemahiran
mengajar memupuk unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran
Sejarah.
Kursus dan seminar anjuran PPD, JPN
Bacaan sendiri
berbincang dengan rakan
kursus dalaman peringkat sekolah
kursus anjuran organisasi lain
merujuk kepada guru pakar
merujuk kepada buku panduan guru

5. Setakat manakah kemahiran dan pengetahuan cikgu memupuk unsur


patriotisme dalam mata pelajaran Sejarah?
amat baik
baik
kurang pengetahuan
tiada pengetahuan langsung
tidak pasti
6. Adakah cikgu mendapat pendedahan pengetahuan dan kemahiran yang
berkesan tentang strategi dan pendekatan memupuk unsur patriotisme dalam
pengajaran dan pembelajaran Sejarah?
amat mencukupi
mencukupi
kurang mencukupi
tidak mencukupi langsung
tidak pasti
7.Bagaimanakah cikgu mengatasi masalah dari segi kekurangan pengetahuan
dan kemahiran dalam memupuk unsur patriotisme dalam pengajaran dan
pembelajaran Sejarah?Pilih satu daripada jawapan berikut.
membaca buku pedagogi
membaca buku teks panduan guru
berbincang dengan guru lain
merujuk kepada guru pakar
menyemak laman web pendidikan
biarkan sahaja
Bahagian E
Berdasarkan kurikulum mata pelajaran Sejarah Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3
yang dipelajari di sekolah, apakah penilaian cikgu terhadap tema-tema dan
topik-topik Sejarah dari segi keberkesanan dan kepentingan ke arah memupuk
patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran. Bulatkan jawapan cikgu pada
jawapan yang berkaitan.
A. Amat bersetuju
B. bersetuju
C. Kurang bersetuju
D. Tidak bersetuju
E. Tidak pasti

1. Elemen dan unsur patriotisme dipupuk dengan berkesan dalam setiap topik
dan tema mata pelajaran Sejarah.
2. Penonjolan tokoh-tokoh sejarah dalam buku teks memberi kesan
meningkatkan semangat patriotisme murid-murid.
3. Isi kandungan dan pengetahuan sejarah diperkukuhkan dengan unsur-unsur
patriotisme.

4. Visi dan misi pengajaran Sejarah bagi memupuk patriotisme dapat


dilaksanakan oleh cikgu dengan baik dan berkesan.
5. Banyak peristiwa penting dalam sejarah yang dipelajari dapat digunakan
memupuk dan membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan muridmurid.
6.Cikgu dapat menggunakan pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam
sejarah untuk memupuk dan meningkatkan patriotisme murid-murid.
7. Kebanggaan terhadap negara sentiasa diberi perhatian dalam pengajaran
sejarah cikgu dan memberi kesan positif kepada murid-murid.
8. Persembahan dan olahan unsur patirotisme dalam buku teks memberi kesan
kepada pemupukan unsur patriotisme dalam kalangan murid-murid.
9. Guru-guru memainkan peranan penting bagi memupuk unsur patriotisme
yang terkandung dalam sukatan pelajaran.
10. Kebanyakan unsur patriotisme bersifat abstrak dan mempunyai konsep
tersendiri yang sukar difahami dan dilaksanakan.

Bahagian F
Apakah penilaian cikgu terhadap kurikulum mata pelajaran Sejarah khususnya
berkaitan dengan usaha-usaha memupuk unsur patriotisme dalam pengajaran
dan pembelajaran Sejarah. Bulatkan jawapan pada jawapan yang berkaitan
sama ada A, B, C,D atau E.
A. Amat bersetuju
B. bersetuju
C. Kurang bersetuju
D. Tidak bersetuju
E. Tidak pasti

1. Unsur patriotisme jelas diterapkan dalam buku teks yang digunakan di


sekolah.
2. Konsep patriotisme yang digunakan kabur untuk diaplikasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
3. Unsur patriotisme sukar diintergrasikan dengan pengetahuan dan kemahiran
sejarah.
4. Kandungan kurikulum yang luas menyukarkan pemupukan unsur patriotisme
5. Latihan pengukuhan yang terdapat dalam buku teks tidak menekankan unsur
patriotisme.
6. Guru menghadapi masalah penggunaan kaedah yang sesuai untuk digunakan
dalam memupuk unsur patriotisme.
7. Kebanyakan konsep patriotisme sukar diterjemahkan dan dilaksanakan.
8. Pendekatan buku teks yang bersifat menempel unsur patriotisme tidak
memberi kesan mendalam kepada pengajaran dan pembelajaran Sejarah.
9. Guru menghadapi kesulitan bagaimana mengukur unsur patriotisme telah
berjaya dilaksanakan.

10. Kesan patriotisme tidak dilihat dari segi perubahan pemikiran, semangat dan
tingkah laku murid-murid.
11. Kebanyakan guru tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang baik
dalam penilaian sesuatu program khususnya berkaitan dengan pelaksanaan
unsur patriotisme.

You might also like